Posts

Showing posts from July, 2007

Mee Kari Uchee

Image
Mee Kari Uchee
Today is Sunday.. Hari untuk bermalas-malasan di depan telebesen. Spongebob, Oggy n The Cockroaches, Pucca.. semua katun aku layan. Pastu perut lapar. Nak masak apa la hari nie.. dlm fikiran ada 2. Samada nasi ayam @ mi kari. Memula nk masak ns ayam tp memandangkan ianya sejenis nasi (hehe) n aku dlm usaha nk "mengecilkan" sedikit tubuh aku, trus aku tukar menu.

Memang la mi kari nmpk berlemak tp kita ada alternative lain untuk tukarkan dari santan kepada susu cair tanpa kolestrol.. rasanye lebih sedap n boleh tahan lama daripada penggunaan santan. Selain tu, kita leh isi sawi celur, tauge, fishball, isi aym, isi kerang, telur dan lain2. Kiranye well balance diet juga la.. 1st time aku blajar buat mi kari. Adik aku yg sememangnye seorg yg pakar dlm bab2 masakan menjadi sifu aku kali nie. Dia bg aku markah 3 bintang drpd 5! Oh hoooo... kiranye hebat gak aa utk 1st timer mcm aku!

Durian.. oh.. durian..

Image
Adik aku tiba2 je datang "angin gila" dia nak makan durian.. Uiksss! Pelik lak rasenye.. setahu aku dia nie bukannye kategori yg suka makan durian. Mungkin pengaruh rakan sebaya dia kot masa belajar kt UITM dulu.. hmmm...
Aku yg sememangnye seorang kakak yang comel lagi baik hati (cewah!), ikut la kehendak dia.. so, p la jalan2 ngn dia cari durian kt area2 umah aku tu.. Kami pun berenti la kat satu gerai buah tepi jalan , adik aku tanpa buang masa trus pilih2, goncang-goncang, hidu2 buah durian tu! Wahhhhhh! aku menyaksikan dgn penuh kekaguman sedangkan aku langsung tak tahu menahu nk pilih durian mcmana.. Berskill sungguh dia dgn hidungnya di ujung duri durian tu...

What Flavor Ice Cream Girl Are You?

Image
You Are A Vanilla Ice Cream GirlFlexible. Easygoing. Classic.What Flavor Ice Cream Girl Are You?

Just around the corner..

Image
semoga terbimbing la aku hendaknya..
Yap, definitely! dapat surat dari Bahagian Khidmat Pengurusan untuk menghadiri exam PTK 1 Ogos nie, kt PICC Putrajaya. Kene banyak membaca dan menghafal terutamanya Perintah Am, Tonggak 12, Nilai Etika dll.. Tu belom masuk menghafal Akta Mesin Cetak n Akta Teks Al-Quran lagi tuhh.. aiyaaaa.. 5 more days..

Tapi bagi aku ini sekadar preliminary untuk aku tau bentuk2 soalannya macamana.. but still, aku kene berusaha untuk mendapatkan aras gred yang terbaik.. Kepada kengkawan yg akan amek PTK sama ngn aku rabu depan, selamat menjawab periksa..

Kerjaraya & Ganjaran

Kerja, kerja dan kerja.. kerja sepanjang zaman. Kerja yang masih lagi tertangguh menyebabkan meja tak pernah clear mengikut duedate yang telah ditetapkan. Bukan sebab aku malas (yeke???) tapi kesibukan kerja luar dan kursus sana sini menyebabkan kerja utama aku tertangguh. Siap bawak balik umah pon still tak settle lagi.. Apa taknya, pengaruh tv, game, smsing, tido awal dll. Okla tu kan.. Orang bujang mcm aku nak buat apa lagi..

Kepada abah, Selamat Hari Jadi yang ke 55 tahun jumaat nie, Selamat Berpencen dan Selamat Berehat.. Nanti kalo dapat duit ganjaran n duit Golden Hand Shake tu ingat2lah anakandamu di Shah Alam nie.. huhu! Eh! Eh! Tetiba je abah nampak lebih hensem dari biasa! (ayat bodek nak pau duit tu..)

Kursus Sepanjang Minggu

Image
pemandangan swimming pool jam 7:30pg
swimming anyone??
semasa menunggu feri dari lumut datang
pemandangan bahagian depan chalet aku
Ya, seperti apa yang telah diarahkan oleh pegawai atasan untuk menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh Bahagian Sumber Manusia, maka aku pon pergilah menghadiri kursus Ms. Power Point Advanced dari 16-17 Julai di Kompleks Mutiara Jalan Ipoh dan sambung pula kursus Bengkel Menjawab Soalan PTK kt Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor 18-20 Julai.. Resort yang cantik dan mendamaikan.. hmmmm...


Penat memang la penat tapi ilmu lebih penting. Jarang dapat peluang macam nie. Pasni kene stadi G.O (General Order) n Circular ngn AMCP & APTQ skali.. Aiyaaa.. exam PTK just around the corner, maybe 1st Ogos nie.. Demi gaji n pangkat, marilah berusaha untuk mendapat Aras 4 PTK!! Yosshhhhh..

Meeting UKP

Hari nie Friday the 13th (mengikut waktu tempatan).. mat saleh kata tarikh nie membawa hari yang malang. Bida'ah je tu! kalo dah memang nasib malang, memang malang aa walopon tarikh 1 Januari ke, hari raya ke.. Hari nie mood aku baik, pakai tudung warna hitam manik2 lagi.. hehehe.. ada miting Unit Kawalan Penerbitan pukul 9:30pg. Isu apa yg hendak dibincangkan kurang jelas, mungkin minit mesyuarat tak diedarkan setakat nie (sapa laa yg wat minit lepas.. aiyaaa...)

my first entries

yap.. baru create blog. cuba memupuk satu hobi baru untuk diri sendiri..lately banyak event2 bakal berlaku mulai next week.. antaranye ialah kursus intermediate & advance ms p.point kt kompleks mutiara, jalan ipoh, kl starting 16-18 julai.. emm, buku2 kajian "exhibitionism" n "infidels, a history of conflict between Christendom and Islam" yang perlu disiapkan secepat mungkin, report naziran, update PL.. aiyaaaaa.. manyak giler keje tertunggak..