Wednesday, December 31

Kronologi diriku menjadi milik si dia..

Aku kenal si dia pada tahun 2000 masa zaman aku blaja2 dulu. Dia senior aku. Tak sangka, begitu cepat masa berlalu. Proses kenal-mengenali mengambil masa yang agak lama memandangkan kami ni long distance couple. Tahun lepas dia memberi kejutan dengan menyatakan dia ingin membawa keluarganya merisik dan seterusnya meminang diriku. Aku memang terkejut (dalam hati gembira gilerrrr). Ye la, sesiapa yang sedang bercinta sudah tentu mahu menyemai bahagia sehingga ke jinjang pelamin. Begitu juga dengan diriku.

Majlis merisik pada 11 November 2007

Tanggal 1 Januari 2008, secara rasminya aku menjadi tunang dia. Tempoh bertunang ditetapkan selama 8 bulan. Mula dari tarikh ni aku dah mula membuat persiapan baik dari segi survey barang-barang hantaran, pergi kursus kahwin, check HIV test, bunga telur, buat cenderahati untuk para tetamu seperti lilin, hiasan daripada senduk kayu, kerepek, potpori dan juga kerongsang serta kain pelekat untuk para penanggah dan pelbagai lagi aspek yang perlu di ambil kira. Duit? Ye.. Orang nak kawin memang pakai banyak duit.. Memang tidak dapat dinafikan.

Bakal mak mentua sarungkan cincin tunang - 1 Januari 2008

Majlis Pertunangan

Cincin tunang - solitaire diamond (cinta nan satu)

Bulan Februari aku bersama adik aku dah mula buat persiapan untuk majlis perkahwinan sampailah saat-saat terakhir aku nak dinikahkan. Debaran semakin kian terasa, dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Beli senduk kayu, lekatkan dengan rempah ratus seperti kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, biji ketumbar, cengkih, jintan dengan gam pistol tu, kendian varnish. Sebagai cenderahati unik untuk diberikan kepada para tetamu (simbolik : rencah hidup alam berumahtangga)

Door gift untuk para tetamu

Sesi mengisi telur pada siang sebelum akad nikah

Persiapan terakhir

Bunga telur

Malam 1 Ogos 2008, sah aku menjadi isteri si dia dengan sekali lafaz. Hilang sudah debaran di dalam hati, rasa lega dan bahagia tak terungkap. Aku tak tahu macamana nak ceritakan perasaan aku masa itu. Pengalaman paling bermakna seumur hidup aku.

Aku dan kak ngah aku.

Saat2 terakhir aku single


Menanti rombongan si dia datang.


Majlis akad nikah

Esoknya 2 Ogos 2008, kenduri dan bersanding. Letih jadi Raja Sehari ni sebenarnya. Tapi seronok! Heheheh..

Pose suami isteri

Pose suami isteri jugak

3 Ogos 2008, pagi keesokkan harinya.. upacara membuka hadiah. Macam-macam hadiah yang kami dapat. Antaranya stove, quilt, blender, non-stick pan, kipas, mineral water dispenser, coffee maker, juice extractor & etc..etc..


Antara hadiah2 yang kami dapat

Suamiku yang ceria di pagi hari.. lalalalalaaaa

Macam-macam ada...

Petang 3 Ogos tu kami ke Cherating untuk berbulan madu. Jalan-jalan tepi pantai, tengok matahari terbenam..

Jalan-jalan tepi pantai sambil menyaksikan matahari terbenam.

Aku bertuah bertemu dengan si dia. Aku bebas berkongsi cerita, masalah, suka dan duka bersama dia hatta perkara yang remeh temeh sekali pun. Walaupun hanya bercerita mengenai kambing hitam di tepi jalan ataupun mengapa harga bawang merah berbeza antara Carrefour dan Giant. Kerana kami menjadi diri kami sendiri dan jujur antara satu sama lain. Dan kerana kami saling bertolak ansur dan menyintai apa yang ada di dalam diri masing-masing. Selagi jasad ini masih bernyawa, aku pasti, dalam masa 10, 15 tahun akan datang, aku akan buka dan baca balik entry ini untuk mengingatkan kembali kisah-kisah indah yang berlaku antara aku dan si dia, cinta hatiku.

Friday, December 5

Anugerah & Kursus

Bulan November lepas banyak betul aktiviti2 yang perlu dipenuhi. Antaranya menghadiri jemputan KSU KDN (Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri) di Kompleks D, Putrajaya untuk menerima Sijil Kepujian kerana markah SKT (Sasaran Kerja Tahunan) pada tahun 2007 adalah antara yang tertinggi (depa yang kata la..). Bagus laa.. at least boleh mencantikkan lagi buku perkhidmatan aku sebagai penjawat awam ni.


Tak lama lepas tu aku dapat pulak memo arahan, diulangi.. memo arahan untuk menghadiri Kursus Penerbitan Tahap II kat Everly Resort Hotel, Melaka atau dulunya lebih dikenali sebagai Rievera Bay. "Kalau tak pergi, sila kemukakan surat tunjuk sebab kepada SUB ya.." kata urusetia kursus tersebut. Aku bukannya apa, sejak dah kahwin ni malas nak outstation jauh2. Ingatkan malas la nak pergi. Masa aku bujang2 dulu kena campak kursus kat mana dan selama mana pun aku sanggup pergi. Sekarang ni bila dah kahwin kena pulak kursus time husband aku balik hujung minggu. Dah la aku jarang jumpa dia. Oleh kerana aku malas nak memerah otak mencari seribu satu alasan kepada SUB, aku pun pergi laa..


pemandangan dari apartment aku

seaview..

bersama-sama staff Shah Alam, KLIA dan Port Klang

tunggu matahari terbenam masa ni.


Thursday, December 4

Berkahwin Itu Pahala

"Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala yang tidak putus-putus bagi yang menjadikannya sebagai gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan daripada ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - hanya bagi yang mengetahui rahsianya.


Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi dan bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorongnya supaya jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang"' - Petikan dari HM 4 Disember 2008.


Tidak dapat dinafikan, ramai di antara staf-staf office aku ni tak kahwin lagi. Bukan kerana mereka memilih, cuma mereka tak jumpa lagi individu2 yang dirasakan mempunyai kualiti yang sesuai untuk menjadi pasangan mereka. Bak kata kawan aku, "kita nak hidup dengan pasangan kita bukannya sehari, sebulan atau setahun dua, tetapi kita nak hidup dengan dia sepanjang akhir hayat kita, yang hanya mencintai diri kita dan kita dapat membalas cintanya dengan seikhlas hati dan menyayangi dirinya tanpa sedikit pun perasaan curiga". Ya.. memang betul apa yang dikatakannya.


Berkahwin ini bagi aku adalah satu medium untuk lengkap melengkapi. Cinta tidak akan terbina sekiranya cinta yang dihulur tetapi tidak dibalas. Setiap celah di antara jari jemari kita akan diisi dan dilengkapi dengan genggaman erat jari jemari si dia untuk mengukuhkan lagi hubungan ini. Bila kita tersenyum dan dia tertawa. Bila kita merajuk dan dia memujuk. Dan bila dia kerungsingan kita yang akan menyejukkan hatinya, mendamaikan perasaannya.


Kehidupan rumahtangga mempunyai tanggungjawab yang cukup besar. Cabaran dan dugaan pasti akan berlaku. Namun begitu, kehidupan rumahtangga tidak akan kekal sekiranya hanya sebelah pihak sahaja yang berusaha untuk mempertahankannya. Cabaran dan dugaan perlu diatasi bersama-sama. Kerana dugaan sebeginilah yang akan menguatkan lagi ikatan kasih sayang antara satu sama lain.


Kepada kawan-kawan aku yang masih mencari2, jangan putus asa dan jangan sesekali tutup hati kalian terhadap cinta. Pandangilah setiap individu itu melalui hatinya, kelebihan dan kebaikkan yang ada dalam dirinya. Kerana dari situlah hati akan terbuka untuk menerima segala kekurangan yang ada.


Dan aku selalu berdoa agar Tuhan sentiasa tetapkan hati aku dan hati suamiku agar tidak memaling ke arah lain. Kerana aku mencintai keseluruhan yang ada di dalam dirinya tanpa sedetik pun perasaan curiga. Dan kerana dia adalah perkara yang paling terindah di dalam hidup aku.

Monday, December 1

Sibuk!

Paperwork melambak-lambak atas meja. Kerja tertunggak since 2 minggu lepas. Statistik bulanan lagi. Kerja menambah-nambah setiap hari. Ishhhhkkk.. Aku patut dihantar ke kelas menangani stress nihh... Nasib baik aku ada kuih karipap yang menemani ku sepanjang kesibukan ini.

Monday, November 24

Guitar Hero III - Legends of Rock

Ahad lepas aku main game 'Guitar Hero III - Legend of Rock' Sony PS2 dengan adik bongsu aku, Akim yang baru balik dari UITM Arau sempena cuti semester. Oleh kerana game ni hanya memerlukan seorang pemain je, kami gilir-gilir main dari petang sampai malam. Tengok markah siapa paling tinggi. And of course la, adik aku la juara. Lagu DragonForce - Through The Fire and Flames paling susah nak main. Dengan key yang tahap gaban cakerawala 7 (kira laju sangat2 la tu) dia leh main lek lek kool jek.. Aku dengan penuh emosi, tapak tangan berpeluh hanya dapat separuh je dari markah dia. Cisssss...


Lagu Muse - Knights of Cydonia dan Eric Johnson - Cliffs of Dover antara key yang agak susah nak main tapi tak le sesusah lagu Through The Fire and Flames tu. Punya la kusyuk main sampai tak terbalas sms suami aku dari kerteh tu. Sori la bang ye...


Addited aku main game nih

Antara lagu yang aku main

Saturday, November 15

Jalan - Jalan Kuala Terengganu

Suami aku mengajak aku ke UDM, Terengganu untuk mengambil barang2 Luqman. Aku pon suka la sebab aku memang teringin nak g jalan-jalan. Tengok tempat2 orang. Pukul 8.30 pagi dah bertolak dari Kuantan. Perjalanan ke sana damai je rasa. Tak panas, tak hujan juga. Lebih kurang pukul 12.30, kami pon sampai ke UDM..

Kolej Luqman kat UDM

Lebih kurang setengah jam kemudian, setelah mereka selesai urusan angkut mengangkut (abis kuar semua muscle lengan 2 orang adik beradik tu), daki mendaki (tangga kolej), lompat melompat (lompat longkang) kami berdua pon gerak la keluar dari UDM. Aku jadi pelik, kenapa suami aku ni tak lalu jalan yang menghala ke Kuantan, sebaliknya menuju ke bandar Kuala Terengganu? Rupa-rupanya dia nak bawa aku berjalan-jalan sekitar bandar Kuala Terengganu sebab dia dah lama tak bawa aku keluar bersiar-siar. Aku rasa terharu giler. The sentiment of love for me, it's PRICELESS.

Kami hanya berpandukan papan tanda kat jalanraya bandar ini untuk ke satu-satu tempat. PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) sini memang bagus buat papan tanda di setiap simpang, jadi peratusan untuk kami sesat tu kurang la sikit. Tapi kami tetap tersesat la jugak, niat di hati nak pergi Pulau Wan Man, tapi ntah macamana kami boleh sampai pulak kat Jabatan Perikanan Daerah Terangganu. Isshhkkkk...


Ntah macamana la boleh sampai sini


Then kami patah balik dan perhatikan papan tanda sekali lagi. Setelah pusing punya pusing, sampai juga kami ke Pulau Wan Man. Rasa damai je bila masuk kat pintu gerbang Taman Tamadun Islam ni. Angin membuai-buai (cewah!), pohon kelapa melambai-lambai (lagi tak tahan dgn statement nih), suasana aman tenteram lagi harmoni jea..


Pintu Masuk ke Pulau Wan Man

Masjid Kristal


Interior


Dome



Mini Monumen Masjid Negara


Pintu Gerbang Yang Kecil


Orang Lagi Tinggi Dari Tingkap

Kami berdua berlatarbelakangkan Benteng

Sebelah Masjid Al Haram, Mekah

Berposing sebelah monumen Aleppo Citadel, Syria

Kuat tak tiang monumen tu?

Monumen Masjid Suleyman, Turki

Replika Batu Terapung di dalam Kubah As-Sakhrah, Jerusalem. Kubah ini menyemadikan batu suci (Batu Terapung) di atas Gunung Moriah dan untuk memperingati perjalanan Nabi Muhammad SAW untuk bertemu Allah.

Thursday, November 13

REAL LOVE ---- The Beatles

All my little plans and schemes,
Lost like some forgotten dreams,
Seems that all I really was doing,
Was waitin' for you...

Just like little girls and boys,
Playing with their little toys,
Seems that all I really was doing,
Was waitin' for love...


Lonely to be alone,
No need to be alone..


It's real love, it's real,
Yes it's real love, it's real..


From this moment on I know,
Exactly where my life will go,
Seems that all I really was doing,
Was waitin' for love..


No need to be afraid,
No need to be afraid..


It's real love, it's real,
Yes it's real love, it's real..


Thought I'd been in love before,
But in my heart I wanted more,
Seems like all I really was doing,
Was waitin' for you...


Lonely to be alone,
No need to be alone,


It's real love, yeah it's real,
It's real love, it's real,
Yes, it's real love, it's real,
It's real love, it's real,
Yes it's real love, it's real,
It's real love, it's real,
Yes it's real love, it's real,
It's real love, it's real,
Yes it's real love....

from SH to my dear FHAR

Tuesday, November 11

Apa yang aku baru fikir tadi.

Listing:

  • Syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan aku tak perlu menjalani D&C.
  • Masih menjalani tempoh berpantang selama sebulan.
  • Addicted dengar lagu Bohemian Rhapsody - Queen dan juga lagu Across 110th Street - Bobby Womack.. isshhkkkk..
  • Malas nak hafal akta untuk exam.
  • Malas nak pergi exam bulan depan (amek lain kali laa..)
  • Malas nak g keje (tapi duit gaji nak plak!)
  • Malas nak g pos ofis amek rebat
  • Cepat kenyang bila makan (why????????? ni bukan diri aku niiiiii...)
  • Aku terharu sampai tahap ngalir air mata tengok movie Forest Gump ahad lepas.
  • Aku dah clearkan semua kerja tertunggak atas meja.
  • Aku benci air cond office (centralized) yang tersangat-sangat sejuk ni.
  • Aku teringin nak g jalan-jalan.
  • Aku teringin nak makan sata sama otak-otak kat kuala kemaman.
  • Tu jela wat masa nie.

Thursday, November 6

Sicked n Tired!

I feel so bad today!! My vision became so blurry, i have to deal with headache, blocked nose, cough (the worst coughs i ever had), and the main things happen in my life, i realized that i'm carrying the little sweet peas in my womb about 2 weeks ago but last week, my doctor confirmed that i'm miscarriage my child. I start bleeding 2 days before heading to Putrajaya and until now i'm still bleeding. The doctor gave me times until this saturday to my blood stop flowing down. "And if not", he said "you must do the D&C operation..". There's nothing i can do, but wait and see.. Please God.. help me go through all this..

Tuesday, November 4

Big Fish - Tim Burton

Malam tadi aku belek-belek koleksi DVD Movie hasben aku. Saje nak tengok, kot-kot ada movie menarik. Tengah sedap membelek-belek tu, tangan aku terhenti pada 1 dvd ni, Big Fish. Macam aku pernah tengok movie ni dulu. Puas aku fikir, kat mana aku tengok movie ni.. Last-last baru aku teringat yang aku pernah tengok movie Big Fish ni kat GSC Megamall ngn hasben aku waktu zaman muda-muda cintan cintun dulu. Kiranya masa tu tengah kapel girlfriend boyfriend lagi le. Aku tersenyum sendirian bila mengenangkan lelaki yang bersama aku susah senang dulu, kini menjadi suami aku yang sah. Yelah.. dulu nak dating kene naik bas, jalan kaki ngan cuaca yang panas terik tu dari bandar ke Megamall (tu jela tempat dating ponn..).


Aku tonton movie tu sorang-sorang dari awal sampai habis kat ruang tamu umah aku tu. Aku tertarik dalam satu ayat dalam movie ni, iaitu :


"And from the first day i saw her until the day i'll die, she's the only one.."


Fuhhh.. tersentap jiwa ragaku mendengar ayat itu. Patut le dalam blog hasben aku, dia letak list nama aku - "Uchee's She is the one"

Thursday, October 30

Buat Mak & Abah, Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke-35!

Sempena ulangtahun perkahwinan mak & abah kali nie, kami adik beradik sepakat nak belanja mak & abah makan 'sifud' kat Tanjung Lumpur. Angah sekeluarga turun dari Kerteh dan lily with arif pon turut turun skali dari KL. Cuma acik & akim je takde sbb yg sorang sebok kerja & sorang lagi sebok exam. Kebetulan hari Khamis ni, hasben aku yg comel tu pon balik dari Kerteh dan aku pon baru je balik dari Putrajaya. Penat takyah cakap laa.. Pastu ramai-ramai naik grand livina angah (ada la dalam 10 orang, eh! campur kandungan lily = ada la dalam +/- 10 orang).

hasben bersama bapa mentuanya..


mak & cucu sulung, wan hadi imran

angah ngan anaknya yang bongsu, wan hanis yasmin

lily with arif

"meh, meh kita kongsi meh" kata lelaki itu kepada menantunya.

Wednesday, October 22

Mr Bluhm Sketching..

Aku kenal si Mr. Bluhm ni masa aku mula2 masuk kerja KDN. Tu pon jumpa masa kursus-kursus yang dianjurkan oleh HQ mahupun Bahagian Sumber Manusia. Sekarang berkhidmat di cawangan KDN Kuching, Sarawak. Berkawan sampai sekarang pon hanya melalui friendster & YM. Kiranya aku boleh serasi la kawan ngn mamat ni. Dan dia pon bertemu jodoh dgn staff ofis aku masa keje kat Shah Alam dulu. Kalo dah jodoh dia, takkan kemana ye dak? Sekarang dia expecting baby boy Disember nanti. Tahniah bro! Dia ni juga freelance kartunis untuk komik2 yg berada di pasaran Malaysia ni. Di sini dia ada sketch wajah hubby lantas me'lidi'kan diriku. Biar nampak kurus katanya. Hampeh la ko nih Bluhm!


Tuesday, October 21

La Cremeria with Girlfriends

Aku selalu hanging around with my girlfriends. Shopping here and there. I do love shopping, exactly. Even just bought a small packet of raisins at Mydin's. Giggles together when some of my friends making silly joke or doing a stupid acts. And as usual, 5 peoples crushing each other in Irma's small Kancil with flated tyre. Sometimes we're cruising wth Sheila's Viva or Watie's Iswara. Hehehe.. good times.. good times..


Last friday we're having a good jolly times feasted with la cremeria. Lots of pecan and almond melted in our mouth.. bringing the sweetest sensations in our taste buds..


la cremeria had 3 sensational taste = almond pecan praline, chocolate & hazelnuts

tahap laga sudu ngn kak irma.


shiela's mocking funny face, kak irma's with her yummy spoon & tutie's, as usual, being more presentable in front of camera.


la cremeria indulgences

BILA KO SIBUK..

Lama sungguh tak bersiaran.. laptop aku rosak.. aku sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga dan bekerja. Susahnya nak allocate masa.. kalo...