Posts

Showing posts from August, 2008

Outstation di Pulau Tioman

Image
Hmmm.. frankly speaking, inilah satu-satunya operasi jabatan aku yang paling "sempoi" yang pernah aku pergi. Atau bagi aku ianya lebih kepada jalan-jalan Pulau Tioman.

Isnin 25 Ogos 2008, awal-awal pagi lagi aku dah bertolak dari rumah n sebaik saja sampai basement office, terus aku naik kenderaan jabatan yakni Ford Everest. Pilot office aku ni punya la laju bawak kenderaan neh sampai tahap 160-170km/j!! Gila2! Dah la aku baru kawin! Cisss..

Perjalanan dari Kuantan ke Mersing yang sepatutnya mengambil masa 3 jam, hanya mengambil 2 jam suku je. "Terima kasih" laa diucapkan kepada pilot kerana membuatkan kami kecut2 perut tahap gaban cakerawala 7 sebab menyelit2 sebelah lori, potong kiri (boleh ko bayangkan, ford everest potong lori line kiri dengan jalan 1 lane je tu???)

Then kami naik feri ke Pulau Tioman dengan kadar tambangnya rm35 sehala dan mengambil masa 2 jam dari jeti Mersing ke jeti Kg.Tekek. Dan check in kt Pesona Resort. Aku sebilik ngan kaum2 hawa la yakni …