Posts

Showing posts from September, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2008

Image

Minggu Cuti

Oleh kerana minggu ini dikira musim cuti sekolah & cuti perayaan, perjalanan aku ke ofis pagi ni AMAT-AMAT lancar sekali. Tak pernah dalam hati aku rasa seriang, segumbira dan sedamai ini time nak p ofis.. Biasanya perjalanan ke ofis mengambil masa lebih kurang 20 minit, tapi hari ini hanya 8 minit saja. Best.. Bestt! Oleh kerana aku dah transfer ke kuantan yakni kampung halamanku, so aku kene keja la smpi esok, last puasa. Tak dapat nak cuti lebih2. Takpe laaa, umah aku dekat je. :-(

Bored..bored n more boredom

............

Dwet Raya si Ahmad Faisal @k@ Capat

Chatting with Mr. Capat.

ahmad faisal : lalalalallaa
ahmad faisal : masa utk bg dwet rayaa...
mia_fhar : aku?
mia_fhar : aku nok gokk..
ahmad faisal : ko tunggu dapat anak dulu
mia_fhar : anak tekak, anak mata, ada pe..
ahmad faisal : ni anak betol2 laa..
ahmad faisal : mengong aa mu atie!
mia_fhar : ko bg sape? kriteria anak bawah bape tahun?
mia_fhar : aku kanak2 gak pe?
mia_fhar : aku baru je 2 taun setgh
ahmad faisal : aloo.. ko tu dah nak jadi mak orang! 2 taun setgh hape nye!
ahmad faisal : aku bg kt budak2 br lahir sampai skolah je
ahmad faisal : yg dah bekerja, sori ek..
mia_fhar : siot aa ko neh capat!
mia_fhar : sorang dapat bape dwet raye?
ahmad faisal : mana leh bgtau, ikot ikhlas hati aku le
mia_fhar : rm 5? rm 50?
ahmad faisal : hahaha! mana leh bgtau aa mengong!
ahmad faisal : sape yg baik ngn aku, aku bg lebih lee..
mia_fhar : kalo mcm tu aku nak berbaik2 ngn ko aa capat!
mia_fhar : nnt aku dpt lebih
mia_fhar : nnt ko masukkan dlm akaun aku deh
ahmad faisal : apa plak? xmain aa msk acc
ahmad f…

Cuti-Cuti Buat Biskut..

Image
Hari nie cuti Nuzul Quran. Aku mengambil kesempatan cuti ni nak buat biskut raya.. Ni kali pertama aku buat. Maklum laa, sebelum ni aku dok jauh kat shah alam tu hampir 5 tahun. Cuma bila dah dapat transfer balik kampung ni, seronok la sikit nak buat benda2 alah ni. Okey, hari ni aku buat biskut sugee. Hmm.. faveret aku sejak kecil lagi ni. Ok, ini "bahang-bahangnye" : 60gm Icing Sugar 1/4 sudu kecil Garam 160gm Tepung Gandum 50gm Tepung Suji / Semolina 100gm Ghee (minyak sapi la tuu) Semua bahan-bahan nie aku beli kat giant dengan menge'pau' duit suami.
Cara-caranya: Campurkan kesemua bahan2 tersebut dalam mangkuk & gaul sebati Masukkan ghee dan gaul sampai jadi doh. Doh tersebut buat 2 bahagian untuk diadunkan dengan pewarna yang kita suka la. Then, masukkan dalam plastik dan disimpan ke dalam peti sejuk selama 4 jam. (Yaaaaa.... 4 jam. Tak tipu. Sebab doh dia lembut ya amat) Selepas 4 jam, kuarkan doh dan bentuk2kan ia. Panaskan oven sehingga 170 celcius, bakar selama 15…

Berbuka Puasa..

Hari nie big bos kami iaitu Datuk Seri Syed Hamid Albar, datang berbuka puasa kat Kompeks KDN sini. Seperti biasa la, jabatan dibawah naungannya seperti AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) & JPA 3 (Jabatan Pertahanan Awam) selaku pengendali majlis berbuka ni. Dialog ini berlaku di awal pagi tadi : Pengarah : "Ok semua, petang nanti Hamid Albar nak datang sini berbuka. Setiausaha Kementerian pon datang sekali. Setiap jabatan kena hantar wakil untuk berbuka bersama menteri. Di sini saya nak wakil, terutamanya yang masih bujang2 la ye. Tak banyak komitment sangat. Tak pun, yang dah kawin tapi husband @ wife dok jauh" (maksudnya aku la tuuu..) "Hah! Awak Zaidi, datang tak malam nie?" Zaidi :"Insya'allah bohhh" (dengan loghat Kelantan yang maha pekat) Pengarah: "Bagus.. Bagus.. Sheila? Tutie? Irma? Awak semua kena datang malam nie.." Sheila, Tutie, Irma: "Kalo takde aral melintang, kami datang la bos.." (sambil berbincang sesama sendiri …

Si Ikan Lampam..

Image
Sampai sekarang otak aku ni dok teringat kejadian pagi tadi.. Nak tergelak pon ada, kesian pon ada..

Alkisahnya, aku seperti biasa la menjadi orang pertama yang sampai kat opis nie, on pc, kemas2 sket meja, tengok schedule untuk kerja hari ini, dan lain-lain aktiviti yang biasa aku buat bila setiap kali aku sampai ke opis.

Tetiba aku dikejutkan dengan suatu bunyi. Bunyi macam "kelepap! kelepek" gitu2 la. Aku ni bukan pandai sangat pon nak wat mimik2 bunyi nie. Makin lama, makin kuat lak. Aku dah cuak gila dah. Dah le sensorang kat level nie. Dah la tu, bunyi tu macam dekat2 je ngn aku.

Tak boleh jadi neh, aku kena siasat gak puncanya. Slow2 aku mengintai kat partition sebelah, yakni partition si Tutie. Aku tengok meja dia dibasahi dengan air. Aku makin pelik. Pandang siling, hmm.. ok je.. Tak bocor apa2 pun. Aku pon berjalan la kat meja dia. Tup-tup, aku terpandang sesuatu kat tepi kaki aku ni. Ya Allah, ikan lampam si Tutie ni terjun tiruk rupernye!! Siap landing baik punye a…

my hubby balik hari ni yey...

Well, tak mudah bagi orang yang baru kawin macam aku ni terpaksa duduk berjauhan dengan suami setiap minggu. Hanya dapat jumpa hujung minggu sahaja. Tapi tu kira ok la daripada kapel hasben & wife lain dok jauh beribu-ribu batu.. ye tak? hehe!

Suamiku pulang petang ni, rasa excited sbb dah lama tak jumpa. Yeyyyy.. Kenapa laa jarum jam ni lambat sangat nak sampai pukul 5??? Isshhhkkkk..

Cracked Pot..

Aku dapat ni daripada e-mel, dan secara jujur aku katakan, aku tertarik dengan content yang tersirat di dalamnya, well guys, enjoy and think about it.. 'Seorang wanita tua mempunyai dua bekas pasu air yang digantung di setiap penjuru galah yang digalas di atas bahunya. Salah satu pasu tersebut telah retak sedikit sementara pasu yang satu lagi masih elok dan dapat mengisi air dengan penuh. Pada perjalanan yang jauh dari sungai ke rumahnya, pasu yang retak tersebut hanya dapat sampai dengan separuh penuh air sahaja. Dan keadaan ini berlaku setiap hari selama dua tahun, wanita tua itu hanya dapat membawa 1 1/2 pasu air sahaja. Semestinya pasu yang sempurna tersebut, sangat berbangga dengan pencapaiannya. Sebaliknya, pasu yang retak itu sangat malu dengan ketidaksempurnaannya dan merasa sangat sedih kerana ia hanya mampu membawa separuh air sahaja. Setelah dua tahun berlalu dengan kepahitan dan kegagalan, pasu retak tersebut berbual dengan wanita itu di tepi sungai. "Aku rasa sangat …

I'm married now.. huhu!!

Image
Laaa.. baru prasan, dah dekat setahun tak post something dalam blog sendiri. hehehe.. lately, dalam tempoh setahun ni, macam2 event yang berlaku dalam hidup aku ni.. Antaranya ialah :



- 13 Oktober 2007 , keluarga pihak lelaki datang beraya kt umah aku, berkenal-kenalan gitu.



- 11 November 2007, keluarga pihak lelaki datang merisik. Yap, cincin risik definitely disarungkan di jari manis ku ini.. Ohhhh.. lallalla..



- 01 Januari 2008, rombongan lelaki datang untuk meminang aku. Aku kini menjadi tunangan orang dah.. huhu!



Akhirnya, 01 Ogos 2008 lepas, aku telah selamat menjadi isteri kepada Fardy Hisham setelah aku mengambil masa selama 6 tahun untuk mengenal hati budinya, sifatnya, dan sewaktu dengannya.



Yap, perkahwinan ini telah membuka perspektif minda dan perasaan aku dengan lebih luas lagi. Aku jadi lebih bertanggungjawab, lebih caring and oh well, menjadi lebih manja.. hehehehe..