Thursday, October 30

Buat Mak & Abah, Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke-35!

Sempena ulangtahun perkahwinan mak & abah kali nie, kami adik beradik sepakat nak belanja mak & abah makan 'sifud' kat Tanjung Lumpur. Angah sekeluarga turun dari Kerteh dan lily with arif pon turut turun skali dari KL. Cuma acik & akim je takde sbb yg sorang sebok kerja & sorang lagi sebok exam. Kebetulan hari Khamis ni, hasben aku yg comel tu pon balik dari Kerteh dan aku pon baru je balik dari Putrajaya. Penat takyah cakap laa.. Pastu ramai-ramai naik grand livina angah (ada la dalam 10 orang, eh! campur kandungan lily = ada la dalam +/- 10 orang).

hasben bersama bapa mentuanya..


mak & cucu sulung, wan hadi imran

angah ngan anaknya yang bongsu, wan hanis yasmin

lily with arif

"meh, meh kita kongsi meh" kata lelaki itu kepada menantunya.

Wednesday, October 22

Mr Bluhm Sketching..

Aku kenal si Mr. Bluhm ni masa aku mula2 masuk kerja KDN. Tu pon jumpa masa kursus-kursus yang dianjurkan oleh HQ mahupun Bahagian Sumber Manusia. Sekarang berkhidmat di cawangan KDN Kuching, Sarawak. Berkawan sampai sekarang pon hanya melalui friendster & YM. Kiranya aku boleh serasi la kawan ngn mamat ni. Dan dia pon bertemu jodoh dgn staff ofis aku masa keje kat Shah Alam dulu. Kalo dah jodoh dia, takkan kemana ye dak? Sekarang dia expecting baby boy Disember nanti. Tahniah bro! Dia ni juga freelance kartunis untuk komik2 yg berada di pasaran Malaysia ni. Di sini dia ada sketch wajah hubby lantas me'lidi'kan diriku. Biar nampak kurus katanya. Hampeh la ko nih Bluhm!


Tuesday, October 21

La Cremeria with Girlfriends

Aku selalu hanging around with my girlfriends. Shopping here and there. I do love shopping, exactly. Even just bought a small packet of raisins at Mydin's. Giggles together when some of my friends making silly joke or doing a stupid acts. And as usual, 5 peoples crushing each other in Irma's small Kancil with flated tyre. Sometimes we're cruising wth Sheila's Viva or Watie's Iswara. Hehehe.. good times.. good times..


Last friday we're having a good jolly times feasted with la cremeria. Lots of pecan and almond melted in our mouth.. bringing the sweetest sensations in our taste buds..


la cremeria had 3 sensational taste = almond pecan praline, chocolate & hazelnuts

tahap laga sudu ngn kak irma.


shiela's mocking funny face, kak irma's with her yummy spoon & tutie's, as usual, being more presentable in front of camera.


la cremeria indulgences

Monday, October 13

Selamat Hari Lahir - 27 tahun

10 Oktober 2008 bersamaan 10 Syawal 1429 Hijrah, genap umur ku 27 tahun. Mudah-mudahan Allah S.W.T kurniakan aku rezeki yang melimpah ruah, dikurniakan zuriat yang baik akhlaknya, kehidupan rumah tangga yang sentiasa diredhai, diberkati dan disayangi suami selalu.

Sempena besday kali ni, suamiku mengajak aku ke Black Canyon & Coffee Shop kat East Coast Mall. Aku makan beef steak black pepper sauce with chicken soup & long black mocha iced. Hmm.. sedapnyeeeeeeeeee!!! Perasaan aku tersentuh dan terharu giler. Being with the person that you love most is the best things in the whole wide world. So, aku faham la perasaan mana2 kapel yang sedang hangat dilamun cinta tu kann..


Ofis aku hari ni buat sambutan hari lahir untuk staff-staff yang lahir bulan Oktober. Aku dapat kad ucapan Selamat Hari Jadi dan hadiahnya sekali. Antaranya aku, firdaus, khairul dan herry. Juadah yang disediakan adalah, 'strawberry ripple ice cream cake' n pulut kuning rendang ayam.. fuhhh.. lazatttt! (kalo cite bab makan nampak sangat excited & over react kan????)



35 Minit...

Pagi-pagi lagi aku rasa stressed! Why? Sbb perjalanan aku ke opis pagi ni mengambil masa 35 minit! 35 minit untuk perjalanan sekadar 10km! Lama tuuu! Kat "T Junction" depan sekolah Sungai Isap tu je 10 minit, kat traffic light simpang Permatang Badak tu je 3 minit.. Tu belom lagi dari hi-way ke exit nak masuk simpang opis aku tu.

Sumua ni gara2 yincik lori yang bermaharajalela di atas jalan raya. Baik kt Sungai Isap, Permatang Badak, hi-way.. Sumua puak2 lori ni konker. Memang berlainan pada hari-hari biasa. Aku jadi pelik. Selalunya tak macam nie. Aku yg hanya menaiki kenderaan 'kechil' ni dah brape kali kena hon. Bukannye aku halang jalan diorang pon. Aku amek side tepi jalan tu jek. Tu belom kira pasir sama kerikil yang depa 'bagi' kt aku lagi tuh!

Bukan ke lori sumua2 ni ada waktu perjalanan depa sendiri? Kan biasanya depa kene bergerak tengah malam? Untuk mengelakkan pertembungan dengan pengguna jalan lain untuk pergi kerja? Kenapa sumua ini harus berlaku? Kenapa???? Last2 aku memujuk rasa amarahku dengan makan karipap, biskut raya sama sandwich 4 keping n teh 'o' secawan. Mood ku kembali riang ria seperti biasa....

Tuesday, October 7

Permata hati keluarga kami, Wan Hanis Yasmin @k@ Yamen

Kehadirannya cukup ditunggu-tunggu oleh kami sekeluarga.
Keletahnya yang manja dan selamba, kecomelannya menambat hati sesiapa sahaja.
Benda 'faveret' dia : High heels Carlo Rino, Sudu & Mangkuk Plastik.
Wan Hanis Yasmin, buah hati kami setiap masa..



Our serenity


Our precious

Our bubbly

The Little Ones..

Monday, October 6

Raya 2008

Hmm.. sedar tak sedar, dah 6 hari kita menyambut aidilfitri. Dan ini kali pertama aku menyambut hari raya sebagai seorang isteri dan ditemani oleh suami. Aktiviti raya pertama dimulakan dengan menyediakan baju melayu untuk suami, sesi bermaaf-maafan dengan mak, abah & adik beradik yang lain, menziarahi kubur arwah along yang telah meninggalkan kami sekeluarga tahun lepas, sekumpulan kanak2 yang dtg ke rumah dengan tujuan menambahkan lagi duit raya dan mengunjungi rumah rakan-rakan sepejabatku disamping menambahkan lagi beban di dalam perut dengan merasa (yeke setakat rasa jea????) pelbagai hidangan yang sukar ditolak oleh akal fikiran dan nafsu makan yang membuak-buak.


Raya kedua pula, suami aku mengajak beraya ke chini (pronunciation = che'ni) bersama adik lelakinya untuk mengunjungi rumah buah hati pengarang jantung marvellous cinta hatinya iaitu cik ila dengan harapan dapat merapatkan lagi ikatan silatulrahim bersama bakal ipar duai beliau. Di samping itu juga, (skema gile ayat) aku dapat belajar macamana nak rebus ketupat palas guna santan. Then kami bertiga terus ke pekan untuk beraya rumah fixi yang aku kenal sejak 8 tahun lepas masa zaman sama-sama blaja dulu. Rendang daging dia yang begitu lazat dan enak sehingga suami ku menikmati trus rendang tu dari mangkuk tanpa memandang diriku yang terkulat-kulat dok sebelah dia sambil memerhatikan betapa emosi dan khusyuknya air muka dia menikmati hidangan rendang tersebut. At the end, aku yang kena drive bawak kete balik ke kuantan memandangkan suamiku terduduk lesu kekenyangan bersama mangkuk rendangnya...

BILA KO SIBUK..

Lama sungguh tak bersiaran.. laptop aku rosak.. aku sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga dan bekerja. Susahnya nak allocate masa.. kalo...