Wednesday, December 31

Kronologi diriku menjadi milik si dia..

Aku kenal si dia pada tahun 2000 masa zaman aku blaja2 dulu. Dia senior aku. Tak sangka, begitu cepat masa berlalu. Proses kenal-mengenali mengambil masa yang agak lama memandangkan kami ni long distance couple. Tahun lepas dia memberi kejutan dengan menyatakan dia ingin membawa keluarganya merisik dan seterusnya meminang diriku. Aku memang terkejut (dalam hati gembira gilerrrr). Ye la, sesiapa yang sedang bercinta sudah tentu mahu menyemai bahagia sehingga ke jinjang pelamin. Begitu juga dengan diriku.

Majlis merisik pada 11 November 2007

Tanggal 1 Januari 2008, secara rasminya aku menjadi tunang dia. Tempoh bertunang ditetapkan selama 8 bulan. Mula dari tarikh ni aku dah mula membuat persiapan baik dari segi survey barang-barang hantaran, pergi kursus kahwin, check HIV test, bunga telur, buat cenderahati untuk para tetamu seperti lilin, hiasan daripada senduk kayu, kerepek, potpori dan juga kerongsang serta kain pelekat untuk para penanggah dan pelbagai lagi aspek yang perlu di ambil kira. Duit? Ye.. Orang nak kawin memang pakai banyak duit.. Memang tidak dapat dinafikan.

Bakal mak mentua sarungkan cincin tunang - 1 Januari 2008

Majlis Pertunangan

Cincin tunang - solitaire diamond (cinta nan satu)

Bulan Februari aku bersama adik aku dah mula buat persiapan untuk majlis perkahwinan sampailah saat-saat terakhir aku nak dinikahkan. Debaran semakin kian terasa, dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Beli senduk kayu, lekatkan dengan rempah ratus seperti kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, biji ketumbar, cengkih, jintan dengan gam pistol tu, kendian varnish. Sebagai cenderahati unik untuk diberikan kepada para tetamu (simbolik : rencah hidup alam berumahtangga)

Door gift untuk para tetamu

Sesi mengisi telur pada siang sebelum akad nikah

Persiapan terakhir

Bunga telur

Malam 1 Ogos 2008, sah aku menjadi isteri si dia dengan sekali lafaz. Hilang sudah debaran di dalam hati, rasa lega dan bahagia tak terungkap. Aku tak tahu macamana nak ceritakan perasaan aku masa itu. Pengalaman paling bermakna seumur hidup aku.

Aku dan kak ngah aku.

Saat2 terakhir aku single


Menanti rombongan si dia datang.


Majlis akad nikah

Esoknya 2 Ogos 2008, kenduri dan bersanding. Letih jadi Raja Sehari ni sebenarnya. Tapi seronok! Heheheh..

Pose suami isteri

Pose suami isteri jugak

3 Ogos 2008, pagi keesokkan harinya.. upacara membuka hadiah. Macam-macam hadiah yang kami dapat. Antaranya stove, quilt, blender, non-stick pan, kipas, mineral water dispenser, coffee maker, juice extractor & etc..etc..


Antara hadiah2 yang kami dapat

Suamiku yang ceria di pagi hari.. lalalalalaaaa

Macam-macam ada...

Petang 3 Ogos tu kami ke Cherating untuk berbulan madu. Jalan-jalan tepi pantai, tengok matahari terbenam..

Jalan-jalan tepi pantai sambil menyaksikan matahari terbenam.

Aku bertuah bertemu dengan si dia. Aku bebas berkongsi cerita, masalah, suka dan duka bersama dia hatta perkara yang remeh temeh sekali pun. Walaupun hanya bercerita mengenai kambing hitam di tepi jalan ataupun mengapa harga bawang merah berbeza antara Carrefour dan Giant. Kerana kami menjadi diri kami sendiri dan jujur antara satu sama lain. Dan kerana kami saling bertolak ansur dan menyintai apa yang ada di dalam diri masing-masing. Selagi jasad ini masih bernyawa, aku pasti, dalam masa 10, 15 tahun akan datang, aku akan buka dan baca balik entry ini untuk mengingatkan kembali kisah-kisah indah yang berlaku antara aku dan si dia, cinta hatiku.

Friday, December 5

Anugerah & Kursus

Bulan November lepas banyak betul aktiviti2 yang perlu dipenuhi. Antaranya menghadiri jemputan KSU KDN (Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri) di Kompleks D, Putrajaya untuk menerima Sijil Kepujian kerana markah SKT (Sasaran Kerja Tahunan) pada tahun 2007 adalah antara yang tertinggi (depa yang kata la..). Bagus laa.. at least boleh mencantikkan lagi buku perkhidmatan aku sebagai penjawat awam ni.


Tak lama lepas tu aku dapat pulak memo arahan, diulangi.. memo arahan untuk menghadiri Kursus Penerbitan Tahap II kat Everly Resort Hotel, Melaka atau dulunya lebih dikenali sebagai Rievera Bay. "Kalau tak pergi, sila kemukakan surat tunjuk sebab kepada SUB ya.." kata urusetia kursus tersebut. Aku bukannya apa, sejak dah kahwin ni malas nak outstation jauh2. Ingatkan malas la nak pergi. Masa aku bujang2 dulu kena campak kursus kat mana dan selama mana pun aku sanggup pergi. Sekarang ni bila dah kahwin kena pulak kursus time husband aku balik hujung minggu. Dah la aku jarang jumpa dia. Oleh kerana aku malas nak memerah otak mencari seribu satu alasan kepada SUB, aku pun pergi laa..


pemandangan dari apartment aku

seaview..

bersama-sama staff Shah Alam, KLIA dan Port Klang

tunggu matahari terbenam masa ni.


Thursday, December 4

Berkahwin Itu Pahala

"Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala yang tidak putus-putus bagi yang menjadikannya sebagai gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan daripada ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - hanya bagi yang mengetahui rahsianya.


Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi dan bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorongnya supaya jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang"' - Petikan dari HM 4 Disember 2008.


Tidak dapat dinafikan, ramai di antara staf-staf office aku ni tak kahwin lagi. Bukan kerana mereka memilih, cuma mereka tak jumpa lagi individu2 yang dirasakan mempunyai kualiti yang sesuai untuk menjadi pasangan mereka. Bak kata kawan aku, "kita nak hidup dengan pasangan kita bukannya sehari, sebulan atau setahun dua, tetapi kita nak hidup dengan dia sepanjang akhir hayat kita, yang hanya mencintai diri kita dan kita dapat membalas cintanya dengan seikhlas hati dan menyayangi dirinya tanpa sedikit pun perasaan curiga". Ya.. memang betul apa yang dikatakannya.


Berkahwin ini bagi aku adalah satu medium untuk lengkap melengkapi. Cinta tidak akan terbina sekiranya cinta yang dihulur tetapi tidak dibalas. Setiap celah di antara jari jemari kita akan diisi dan dilengkapi dengan genggaman erat jari jemari si dia untuk mengukuhkan lagi hubungan ini. Bila kita tersenyum dan dia tertawa. Bila kita merajuk dan dia memujuk. Dan bila dia kerungsingan kita yang akan menyejukkan hatinya, mendamaikan perasaannya.


Kehidupan rumahtangga mempunyai tanggungjawab yang cukup besar. Cabaran dan dugaan pasti akan berlaku. Namun begitu, kehidupan rumahtangga tidak akan kekal sekiranya hanya sebelah pihak sahaja yang berusaha untuk mempertahankannya. Cabaran dan dugaan perlu diatasi bersama-sama. Kerana dugaan sebeginilah yang akan menguatkan lagi ikatan kasih sayang antara satu sama lain.


Kepada kawan-kawan aku yang masih mencari2, jangan putus asa dan jangan sesekali tutup hati kalian terhadap cinta. Pandangilah setiap individu itu melalui hatinya, kelebihan dan kebaikkan yang ada dalam dirinya. Kerana dari situlah hati akan terbuka untuk menerima segala kekurangan yang ada.


Dan aku selalu berdoa agar Tuhan sentiasa tetapkan hati aku dan hati suamiku agar tidak memaling ke arah lain. Kerana aku mencintai keseluruhan yang ada di dalam dirinya tanpa sedetik pun perasaan curiga. Dan kerana dia adalah perkara yang paling terindah di dalam hidup aku.

Monday, December 1

Sibuk!

Paperwork melambak-lambak atas meja. Kerja tertunggak since 2 minggu lepas. Statistik bulanan lagi. Kerja menambah-nambah setiap hari. Ishhhhkkk.. Aku patut dihantar ke kelas menangani stress nihh... Nasib baik aku ada kuih karipap yang menemani ku sepanjang kesibukan ini.

BILA KO SIBUK..

Lama sungguh tak bersiaran.. laptop aku rosak.. aku sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga dan bekerja. Susahnya nak allocate masa.. kalo...