Wednesday, December 30

Gigi - 11 Januari

I wish that my husband would sing this song to me. Well, it's nothing special about 11th January but i really love the lyrics (will he sing this to me?? in ur dream laa uchee..haha!)

Catch the moments..

Adam's growing up so fast! As a working mom, i didn't have so much time with my baby (sorry dear..). Last night, when i cuddling my baby, i did realize something. He got more fairer skin, more taller and fleshy, gurgling, cooing more than usual, giving me affectionate smile that i never seen before.. it's really touch deep inside my heart. So, i decided to 'catch' that "gurgling, cooing, big grin" moments because i know, this time will never come again as he did growing up so fast..

cooing

staring

smiling

laughing

chubby

Thursday, December 24

Wanita..

"Ketika AKU menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuatkan bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun harus cukup lembut untuk memberikan keselesaan"

"AKU memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya"

"AKU memberikannya kekerasan untuk membuatnya tetap tabah ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh"

"AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya"

"AKU memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya ketika suaminya menemui kegagalan dan dilengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya"

"AKU memberikannya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, AKU memberikannya air mata untuk dititiskan. Ini khusus miliknya untuk digunakan bila-bila masa sahaja"

"Kecantikan wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakan, susuk tubuh yang ditampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya"

"Tetapi kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya - tempat dimana CINTA itu ada..."

Wednesday, December 23

Bidadari..

Seorang bayi bersiap untuk dilahirkan ke dunia. Dia berkata pada dirinya sendiri : "Para Malaikat mengatakan bahawa esok aku akan dikirimkan ke dunia, tetapi bagaimana aku boleh hidup di sana? Aku begitu kecil dan lemah?"

Tiba-tiba terdengar suatu suara : "Jangan bimbang. Aku telah memilih seorang bidadari untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihi kamu disana." Bagaimanapun bayi itu merasa bimbang dan takut untuk menghadapi dunia yang amat asing baginya.

"Di sini 'syurga', apa yang aku lakukan hanyalah menyanyi dan ketawa sepanjang hari. Ini sudah cukup bagi aku untuk berasa bahagia", kata bayi itu dalam nada yang cukup sedih.

"Jangan kamu bimbang. Bidadarimu akan menyanyi, sentiasa tersenyum dan menjagamu sepanjang masa. Dan kamu akan merasa kehangatan cintanya. Dengan semua itu kamu akan lebih bahagia daripada di sini", terdengar sekali lagi suara tadi.

"Tapi bagaimana aku akan mengerti apa yang dibicarakan oleh bidadariku jika aku tidak memahami bahasanya?" tanya bayi itu separuh merintih. "Bidadarimu akan berbicara kepadamu menggunakan bahasa lembut paling indah pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan mengajarkan kamu cara berbicara", berkata suara itu lagi.

Bayi itu masih tidak puas hati, dia terus juga bertanya : "Aku mendengar bahawa di dunia banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi aku?"

"Bidadarimu akan memberikan perlindungan kepada kamu dengan sepenuh jiwa dan raganya", balas suara itu. "Tetapi aku pasti akan merasa sedih kerana meninggalkan tempat yang begini indah", rintih bayi itu lagi.

Bidadarimu akan menceritakan segala-galanya. Dia akan mengajar kamu segala ilmu yang ada. Jangan bimbang kerana bidadarimu sanggup mengorbankan segalanya untukmu. Padanya, kamu adalah segala-galanya!

Di saat itu suasana menjadi begitu tenang dan perlahan-lahan bayi itu bertanya lagi : "Jika aku harus pergi sekarang, bolehkan diberitahu siapakah bidadari itu?"

"Kamu akan memanggil bidadari itu..... IBU!"

Monday, December 21

Biru???

Aku tak tau la, memang trend baju baby atau kanak-kanak yang dijual kat Malaysia ni lebih banyak menjurus kepada baby / kanak2 perempuan. Punya la banyak pilihan, design, dan sudah tentu kaler2 girlie such as pink, lilac, soft pastel colour..

Alkisah, semalam aku dan suami saje jenjalan kat Megamall Kuantan nak survey baby cot dan cari sweater untuk Adam memandangkan sekarang ni musim hujan, sejuk pula tu. So, dengan berbekal semangat Y.E.S (Year End Sale), kami pon berkobar2 aa g cari baby cot dan sweater, mana tau dapat murah yang tak terhingga ke..(kunun2 laa)

Masuk kedai Anakku, huhhh.. dari hujung dinding sampai la ke dinding nun sana tu, kebanyakkannya semua bebaju bebudak pompuan. Kaler pink2 belaka. Adehhh.. siap tanya kat sales girl Anakku tu, "Cik, ada tak sweater untuk baby boy?". Jawapannya, "Yang ni je ada kak" sambil menunjukkan sweater berbunga2 rambu ramba warna pink. Aku dalam hati, "ko cakap jela takde! yang ko nak g tunjuk sweater bunga2 tu pehal!"

So, aku jalan2 lagi area baby cot. Iya, memang ada diskaun 30% for all baby cots tapi dah less pon harga boleh bayar monthly sebijik kete Savvy! Ishkk..ishkkkk.. Tak jadi nak beli lagi. Then kami keluar dari kedai Anakku tu dan turun ke lobby, kebetulan ada plak Anakku punya sales kat bawah. Sia2 je aku naik atas, ruper2nya kat bawah lagi banyak pilihan, termasuk Fisher Prices punya toys dan produk2 Philip Avent. Cari punya cari, jumpa jugak la sweater untuk Adam. Tu pon kaler dah ala2 girlie. Kaler peach + oren gitu. Ambik jela. Tu pon mujur ada. Nak harapkan biru?? payoh aa..

Dapat gak sambar selai, tu pon dah kaler ala2 peach gitu. Nasib baik ada gamba gajah naik kereta, nampak la maskulin sket. Adam pon nampak lebih teruja bersama sweater barunya. Hehehe..

Wednesday, December 16

Adam + Car Seat = ZZzzzzz..

Kiutnye la anak teruna aku yang sorang ni tido.. dalam car seat pon lena juga. Adam.. Adam... macam2 gelagat kamu ni yaa...



Wednesday, December 9

Kronologi cahaya mata pertama kami Adam Fahri b. Fardy Hisham

Biasanya setiap penghujung tahun mesti aku akan post dalam blog mengenai suatu event terbesar dalam hidup aku. Macam tahun lepas, aku posting event ini tetapi tahun ini bertambah pula ahli keluargaku iaitu Adam Fahri, buah hati cinta kami berdua.

Pada bulan Oktober 2008, setelah dua bulan aku melayari kehidupan berumahtangga, aku dapati diriku hamil buat kali pertama. Hati memang teruja + bersyukur sangat. Ada rezeki Allah nak bagi kat kami berdua. Tapi bila 1st time aku guna pregnancy test, aku dapati line merah satu lagi kelihatan kabur dan pudar, sepatutnya dalam usia kandungan sudah mencecah 9 minggu, hormon Hcg aku kuat dan line merah pada pregnancy test sepatutnya terang. Tapi aku cuba sedapkan hati dengan berkata takde pape kott..

Akhirnya, sesuatu yang aku risaukan terjadi juga, tiba2 saja aku start bleeding dan makin lama makin banyak. Terus suamiku bawa aku ke klinik Al-Farabi dan doktor melakukan scan mendapati tiada janin dalam kandunganku. Aku keguguran tanpa diketahui sebab musababnya. Aku berdoa agar janinku gugur sepenuhnya (complete abortion) sebab aku nak elak daripada menjalani D&C iaitu pembersihan tisu2 janin di dalam rahim dengan menggunakan peralatan seperti spatula dan sebagainya. Komplikasi mungkin terjadi sekiranya menjalani D&C.

Setelah dua minggu bleeding, aku pergi scan sekali lagi dan doktor mengesahkan aku complete abortion. Alhamdulillah... Sedih memang la sedih tapi suami aku memujuk dengan mengatakan ada rezeki Allah nak bagi lebih baik untuk kita dan Allah mengetahui segalanya apa yang kita tidak ketahui. Oleh itu jangan la bersedih, mana tau baby tu tak cukup sifat ke, sakit ke.. Kata-kata suamiku dah cukup buat aku kuat semangat. Dan dia paling bersemangat kata ada banyak masa untuk kita buat baby lagi (cehhhh....)

Dan selepas sebulan kemudian, aku mendapati diriku hamil sekali lagi (wahhh.. apo subor bonar aku nehhh..) tapi aku tak teruja pun. Rasa biasa2 je sebab kalau ada apa2 terjadi pada kandungan kali ni, aku tak mau rasa sedih sangat. In fact, dah nak masuk 3 bulan pon aku rasa aku macam tak mengandung pun. Aku takde alahan sangat macam morning sickness, mengidam tah hape2 ke dan aku rasa semangat dan tak la lembik cam orang lain. Cuma mengidam nak makan cekedis Supering tu jek.


Positif mengandung kali kedua


Hamil 5 minggu


Hamil 9 minggu

Aku mula memahami realiti yang aku sedang mengandung apabila sudah masuk bulan ke-4. Sebabnya, masa aku pergi scan, aku boleh melihat degupan jantung anakku begitu cepat, aku boleh nampak struktur tulang belakang, kepala, tangan dan kaki dia. Ohhh, ada manusia dalam rahimku rupernya.. Dan bila dia start menendang, makin kuat rasa sayang aku kat dia ni.

Tarikh jangkaan aku bersalin 21 Oktober 2009, tapi sampai ke tarikh itu aku tak bersalin2 lagi. Dah aku kene induced untuk bagi laluan supaya bersalin.. Bila aku ingat2 kembali sakit kontraksi, fuhhhhhh.. tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata. Maklumlah, aku dipaksa bersalin, bukan bersalin secara semulajadi. Dalam masa 4 jam serviks ku boleh terbuka sampai 10cm, punya la cepat ritma kontraksi tu, tak sempat aku nak berehat. Sampai ketar2 tanganku. Suamiku slalu ingatkan aku supaya banyak2 ingat Allah, mengucap 2 kalimah syahdah sambil pegang erat2 tanganku. Lagi kuat sakit kontraksi, lagi kuat aku genggam tangan dia. Dan ye, aku lebih kuat dan bersemangat bila dia ada di sisi menemani aku di saat2 sebegini. Dan tepat 7.30 malam, Rabu 21 Oktober 2009, lahirlah seorang bayi lelaki yang diberi nama Adam Fahri.. Sebaik sahaja dia keluar, hilang serta merta rasa sakitku, yang tinggal hanya nikmat senikmat-nikmatnya. Lega teramat sangat..


Monitor degupan jantung Adam masa dalam kandungan


Bole le sengih2 sebab tak sakit lagi

Klinik Al-Farabi merupakan pusat rawatan keluarga Islam memang menyediakan bahan untuk membasuh uri dan bertahnik

Adam Fahri sebaik sahaja dilahirkan

Cover depan buku checking Adam Fahri

Selepas seminggu Adam dilahirkan, dia mengalami jaundis yakni warna kuning di kulit, mata putih dan gusi disebabkan serum bilirubin yang berlebihan di dalam darah. Hati aku rawan giler. Sebak tengok dia dalam keadaan macam ni. Oleh kerana Adam sudah sampai ke tahap 319mmol jaundisnya, dia terpaksa la kena tahan di dalam wad. Kalau tak ditangani dengan segera, akan ada komplikasi yang berlaku iaitu pekak, terencat otak, lumpuh dan kekejangan. Selama dua hari Adam di hospital dan diberi UV fototherapi. Alhamdulillah, jaundisnya menurun kepada 255mmol dan dibenarkan pulang.


Cian anak ibu ni..

Spek mata Adam yang pertama

Dan alhamdulillah Adam sihat setakat ini, sudahpun diberi suntikan untuk dos sebulan, menjalani adat mencukur rambut, dicukur botak oleh ibu dan ayahnya sendiri (hati kene kering oo nak cukur kepala anak guna pisau cukur, takut kot2 terluka ke kulit kepala dia..) supaya cerdas pemikirannya, insya'allah...

Adam Fahri botak sekarang ni

Tuesday, December 8

Apa yang aku baru fikir tadi - II

  • Dos suntikan Adam dah pon dibuat. Baik aku g Al-Farabi jek. Takyah nak tunggu klinik kerajaan ni lama2. Sampai sekarang tak tepon2 lagi. Tima kasih yea iPerintis & Mediclinic. Lain kali bagi kami rawatan percuma lagi. :-D
  • Tombol gear kereta aku dah pon dibaiki. Tu pun sebab aku terjumpa skru tombol gear kat alas kaki masa aku driving g bandar itu hari. Terus mood aku riang ria seperti biasa. Dan abah aku tak panggil aku *'musang' lagi. Hua hua huaa..
  • Borang SKT dan borang cuti dah siap diisi. Huu..
  • Sekarang cuma tinggal nak bayar roadtax + insurans + monthly installment jela. Apsal la kerajaan x bagi bonus tahun nehhh.. demn! Terpaksa la aku mengepau suamiku macam biasa. Hehehehehe..
* musang = garang

Wednesday, December 2

Apa yang aku baru fikir tadi

Perkara yang belum selesai lagi : -

  • Dos suntikan bayi sebulan untuk Adam masih tak buat lagi sebab klinik desa sebelah umah ni takde stok dos tu, padahal anak aku tu dah nak masuk 2 bulan dah.
  • Solusi : - Tunggu depa kol bagitau dah ada stok
  • Tombol gear kereta aku yang tercabut tu belum dibaiki lagi. Aku tak tau sape yang buat. Yang paling best tu, aku boleh tak tau benda tu tercabut, padahal tu kereta aku tuh. Sedangkan semua orang dalam umah aku dah tau termasuk la husband aku! (Hiding this things to me really make me pissed off!! )
  • Solusi :- Hantar Proton Servis & confront dengan siapa yang buat dan merahsiakan dari aku
  • Borang Sasaran Kerja Tahunan 2009 tak isi lagi. Benda yang simple tapi di'complicated'kan.
  • Solusi :- Pergi opis dan tiru Sheila punya. Abis cerita.
  • Isi borang cuti untuk bercuti seminggu pas habis maternity leave.
  • Solusi :- Pergi opis gak
  • Roadtax & insurans kereta aku tamat 30 Disember nanti (aduh aiii.. $$$$$)
  • Solusi :- Tunggu gaji dan guna saving yang ada.. woo wooooo...
Itu jela buat masa ni, sepatutnya lagi 2 minggu aku masuk kerja dah, tapi memandangkan ada perancangan lain, terpaksa sambung cuti lagi seminggu. So, tak dapat la cuti rehat aku tu dimasukkan dalam 'golden hand shake' huhuu..

Monday, November 16

30hb November 2009

Cepat laa 30hb November.. Tak sabar nak tunggu habis pantang. Tak mudah orang yang dah biasa bekerja macam aku ni dok *sekung dalam umah selama tempoh 40 hari. Aku nak kuar g jenjalan, makan sidap2 dan bila Adam dah besar sket, bleh bawak jalan2 guna stoller sambil tengok pemandangan. Oh ye, kesian Gingeyy (kete Gen-2) aku tu dah lama tak gerak. Sama mcm aku gak, dok *sekung je dia. Aku tengok tayar dia pon mcm dah flat sket. Bumbung sama cermin depan kete aku takyah cakap aa, penuh ngan habuk dan taik cicak! apa cicak2 ni ingat bumbung kete aku tu tandas ke apa??

*sekung = mendiami / dibiarkan dalam jangka masa yang lama

Thursday, November 12

Sunat Muakkad

Aqiqah adalah menyembelih kambing untuk anak yang baru lahir, dicukur dan diberi nama akan anak itu pada hari ketujuh setelah kelahirannya. Tujuannya adalah untuk mengungkap rasa syukur ke atas kelahiran bayi, baik bagi bayi laki-laki mahupun perempuan. Hukum bagi aqiqah adalah Sunat Muakkad yakni sunat yang sangat dianjurkan.

Kewajiban mengaqiqahi bagi si anak yang baru lahir adalah tanggungjawab orang tua bayi yang baru dilahirkan, yang memikul nafkah si anak. Namun demikian, ianya dapat ditunaikan oleh orang lain atas kehendaknya sendiri. Dari sudut jumlah aqiqahnya, dua ekor kambing yang berdekatan umurnya (hampir seusia) bagi bayi lelaki dan seekor kambing bagi bayi perempuan

Pembahagian daging aqiqah terdiri daripada 3 yakni :
  1. Dimakan sendiri
  2. Disedekahkan kepada fakir miskin
  3. Dihadiahkan kepada jiran / tetangga, kerabat, sanak saudara dan sebagainya
Sebaiknya daging aqiqah / kambing dipotong-potong, dimasak dahulu, setelah masak dagingnya dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin, anak-anak yatim, kaum kerabat, jiran tetangga terdekat yang muslim, tujuan dimasak terlebih dahulu adalah bermaksud untuk memudahkan pembahagiannya.

Mengenai faedah mencukur rambut bayi berkenaan, Ibnu Al-Qoyyim berkata : "Mencukur rambut adalah pelaksanaan perintah Rasulullah SAW untuk menghilangkan kotoran". Dalam hal ini, kita membuang rambut yang lemah dengan rambut yang kuat dan lebih bermanfaat bagi kepala dan lebih meringankan untuk si bayi. Dengan ini ianya dapat membuka lubang pori-pori yang ada di kepala supaya gelombang panas dapat keluar melaluinya dengan mudah dan sangat bermanfaat untuk menguatkan indera penglihatan, hidu dan pendengaran si bayi (Athiflu Wa Ahkamuhu, ms 203-204)

Kemudian rambut yang telah dipotong tersebut ditimbang dan kita disunatkan untuk bersedekah dengan perak (seharga emas atau perak, seberat timbangan rambut si bayi)

Dalam pelaksanaan mencukur rambut, perlu diperhatikan larangan Rasulullah SAW untuk melakukan Al-Qaz'u, yakni mencukur sebahagian rambut dan membiarkan yang lainnya (HR. Bukhari Muslim). Ada sejumlah gaya mencukur rambut yang termasuk Al-Qaz'u tersebut :
  1. Mencukur rambut secara berceracak sana-sini
  2. Mencukur rambut bahagian tengahnya sahaja dan membiarkan rambut di sisi kepalanya dan sebaliknya.
  3. Mencukur rambut bahagian depan dan membiarkan bahagian belakang dan sebaliknya.
Untuk pencukuran disunatkan sampai habis / botak, kalau sulit dikhuatiri melukai kulit kepala si bayi yang masih lembut, boleh ditipiskan sahaja. Disunatkan mencukurnya dari kanan ke kiri, kerana setiap pekerjaan yang baik hendaknya dimulai dari kanan terdahulu.

Faedah aqiqah adalah sebagai ungkapan rasa syukur atas kelahiran seorang anak dengan melaksanakan salah satu syiar agama dan merupakan wasilah untuk taqorrub kepada Allah SWT khususnya bagi si anak yang baru lahir ke dunia.

sumber : http://www.mail-archive.com/syiar-islam@yahoogroups.com/msg05498.html

Monday, November 9

Ibu 19 hari..

Aku dalam proses 'menyesuaikan' diri menjadi seorang ibu. Hari ini sudah masuk hari yang ke 19. Tapi macam dah lama je rasanya. Padahal usia anak teruna aku ni tak sampai pon sebulan lagi. Sampai sekarang aku dok kelam kabut kalo dia menangis. Lama-lama nanti aku jadi biasa la tuu..

Usia Adam sehari..

Tidolah nak oiii.. lagipon kamu nak buat apa lagi. Dah besar sket ibu ajar kamu blogging ya..

Comel sungguh la anak aku ni. Maklum laa.. ayah encem mak pon comeiii
(stok angkat bakul sendirikk)

Adam dan ayah

Friday, November 6

Con te Partiro..

Dah bertahun-tahun aku cuba cari tajuk lagu nie ngan penyanyi dia sekali. Oleh kerana aku ni 'buta' bahasa Itali, aku biarkan jela. Cuma kebelakangan ni iklan coklat ferrero rocher kat tv ada background lagu ni. Aku siap kata kat suami aku lagi masa tengok iklan ni, "mamim suka tol lagu ni, tapi tatau apa tajuk dan sape penyanyi dia.." dan suami aku hanya tersenyum..

Dua hari kemudian, aku dapat sms dari suami aku - "andrea bocelli, con te partiro". Aku fikir bende alah apa lah laki aku taip nehhh, sejenis baby car seat ke?? Suami aku pon sms balik, "lagu iklan coklat yang mamim suka tu.." Aku pon trus la bukak youtube dan ya, memang lagu ni yang aku dok tercari-cari sekian lama.

Sebenarnya aku tak sangka yang suami aku ni ingat perkara-perkara yang aku anggap hal ini cuma perkara remeh bagi dia, sebab reaksi dia hanya tersenyum jekk. Tak sangka lak dia seorang thoughtful dan sanggup lak cari benda2 kecik macam ni. Dan ya, dia berjaya buatkan aku terharu.

Tuesday, November 3

Totally different

Kelahiran Adam Fahri membuatkan hidup aku berubah sama sekali. Setiap masa tertumpu pada si kecil ini. Tiada lagi tidur yang berkualiti, mandi lama2, makan santai2 tapi semua itu sedikit pun tak menjadi hal bagi aku. Sebab bagi aku, inilah pengalaman terindah dalam hidup. Hamil dan melahirkan zuriat aku dan suami. Aku sangat bersyukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnianya yang begitu berharga. Semua pengalaman ini tidak boleh dibayar dengan wang ringgit.

Bagi aku, 3 perkara penting yang begitu berbeza. Yang pertamanya tentang tanggungjawab. Kalau dulu aku hanya jaga diri sendiri dan suami sahaja. Ikut suka nak tidur pukul berapa atau makan kat mana. Tapi kini, seluruh masa aku terpaksa mengikut waktu si kecil Adam. Dia bangun tengah malam buta, aku pun kena bangun sekali , dia tidur siang, aku pon tidur siang. Ishkkkk..

Yang kedua tentang kegembiraan. Kalau dulu selalu hanging around dengan kawan2, g shopping ke, pilih2 kasut atau handbeg ke, tapi kini, Adam adalah segala-galanya. Aku tak fikir dah sandal Crocodile ke, handbag Bonia ke, sekarang hanya terfikir tentang baby cot la, stoller la, baby car seat la..

Yang terakhir adalah masa hadapan. Dulu aku hanya fikir masa depan aku jek, tapi bila dah ada anak, aku kena fikir masa depan dia sekali. Aku dah fikir tentang SSPN, penukaran nama wasi dalam insurans kepada anakku ini, tabungan kecemasan, permohonan kad insurans medikal dan lain-lain lagi.

Aku mahu menjadi ibu terbaik untuk Adam. Semoga dia menjadi anak yang baik, soleh dan mendamaikan hati ibu dan ayahnya.

Friday, October 30

Adam Fahri b. Fardy Hisham, 21 Oktober 2009, 7:30 malam

Akhirnya, 40 minggu penantian yang cukup menguji kesabaran, penat lelah, persediaan mental, fizikal, kerohanian dan ya.. kesakitan untuk melahirkannya yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata, sudah berakhir dengan kehadiran Adam Fahri, nikmat Allah paling BERHARGA untuk kami berdua. Sesungguhnya Adam adalah amanah Allah untuk kami..

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan,
Maha Agung nama Tuhanmu Yang Mempunyai Kebesaran dan Kurnia
- Surah Ar-Rahman 77-78

Friday, October 9

Detik demi detik..

Aku selalu pujuk baby dalam kandungan aku ni, "kalo boleh, kuar la hari sabtu 10hb ni yea.. leh sama ngn besday ibu.. nanti senang ayah nak belikan hadiah dan belanja kita makan best2!". Baru-baru ni aku pergi klinik kerajaan Jalan Gambut dan doktor pon dah sahkan baby aku ni dah engaged dan boleh bersalin bila2 masa je. Paling lewat pon 21hb ni sebab aku ada rekod diabetes sewaktu hamil (even gula dalam darah aku normal jekkkk..). Pendek kata kalo 21hb ni tak sakit2, kena induced jela bagi bersalin hari tu jugak. Takpe, 12 hari tak lama lagi. Nak gak tengok macamana la muka baby hasil perkongsian hidup Fardy Hisham dan Susilawaty ni.. Huhuuu..


Thursday, October 1

Massive Congestion

Aku cam biasa kuar g keje 7.20 pagi. Bagi panas2 enjin sket, buang taik cicak yang bermaharajalela kat atas bumbung dan cermin depan (sbb parking bawah lampu) dan perjalanan ke ofis biasanya mengambil masa 20 minit la dari umah sampai la ke tempat duduk opis aku ni. Tapi tah macamana, aku tengah sedap2 bawak kete sambil dengar lagu Modern Talking dengan kelajuan tak sampai pon 110 km/j kat hi-way bypass, tetiba kete kelisa depan aku brek mengejut! Aku ni brek mengejut gak aa, safety belt pon kuat aa menahan daya tujahan daripada aku ke depan. Kesian anak dalam perut aku ni, dah le aku ni sarat mengandung! Sakit ooo.. Tapi bila aku rasa dia bergerak2 balik, aku dah bersyukur sangat dah. Takut efek apa2 pada dia ke.. macamana laa aku nak jawab ngan suami aku nanti.



Aku konfius giler nape hi-way leh jam. Kalo tak road block, mesti ada accident. Tapi tak mungkin JPJ @ Polis wat road block taim orang g keje. Mau mengamuk pengguna jalan raya..


Dah jadi 3 lane dahh..

Pukul 7:44 pagi masih tersadai lagi ni.. lambat la aku hari ni
Nampak cam lori jekk melintang tengah2 fly-over depan dari jauh..

Lori batu bata rupernye terbabas.. Patut laa..

Akhirnya aku lambat sampai ke opis. Cari parking dalam basement lagi, tunggu lif lagi. Tapi aku siap musykil, punch card aku dah siap di punch kan dah. Camna depa tau aku tersangkut dalam jam? Aku tak kol pon opis kata lambat. Rupe2nya member aku si shiela yang turut tersangkut dalam jam tu suh opis mate lain tolong punch kan kad aku ngn dia. Tima kasih la sape yang tolong punch kan kad tu. Lenkali kalo terlambat leh mintak tolong lagi. Hehehe.. (Abih aa kalo boh aku baca blog aku ni...)

Wednesday, September 30

Rindu lak pada pia!


Serius aku rindu kat pia nehhh... teringat2 aku kat mata dia yang sebijik fotostet mcm mama dia dan senyuman dia yang manis gilerrr tuu. Huuu...

Monday, September 28

Pusat Cuci Kereta Automatik

Percayakah anda, dengan hanya RM3, kereta anda akan menjadi kilat, cemerlang, bersinar-sinar dan bergemerlapan dipanah cahaya matahari dan juga lampu neon sewaktu malam? Kerana dengan adanya Pusat Cuci Kereta Automatik, individu-individu yang tidak rajin, sibuk atau senang cakap jenis malas nak basuh kereta sendiri macam aku ni, ini adalah jalan penyelesaian yang pantas dan murah.

Bersiap sedia dengan 3 hengget di tangan.

Harga ikut saiz kenderaan anda, kecik = murah, besar = mahal

Mula-mula ikut giliran dulu, kendian kereta anda akan disembur dengan hi-pressure water jet. AMARAN KERAS! SILA PASTIKAN CERMIN TINGKAP KERETA ANDA DITUTUP RAPAT (sebabnye aku tak perasan yang tingkap kereta aku terbuka sikit, akibatnye aku dan suami turut terkena tempias air water jet tuhh..tak pasal2 rasa klorin dalam mulut. aiyaaaa...) Selepas kereta disembur dengan air, dua orang pekerja luar negara berstatus antarabangsa (abe2 bangla) akan memberus tayar kereta anda, lap2 dengan tuala, kasi cuci habuk2 yang melekat kat kereta tu.

Baca dengan teliti arahan yang diberikan. Antaranya tutup radio, pastikan gear dalam keadaan Neutral, jangan tekan brek dan pelbagai lagi arahan.

Masa ni berus2 lembut akan berputaran menyental luar kereta anda.

Berus cermin depan pula, selepas itu kereta anda akan disembur lagi dengan air untuk membuang sisa-sisa sabun. Sekali lagi seorang pekerja luar negara berstatus antarabangsa akan mengelap kereta anda dan memastikan tiada kekotoran yang tertinggal.

Kereta aku di lap sekali lagi dengan kain kering agar terserlah ke"sporty"an rupa parasnya. Ohh.. kilatnye memancor2!

Perlu diingatkan di sini bahawa, setiap sesuatu perkara yang dilakukan ada pro dan kontranya. Dalam konteks membasuh kereta guna mesin automatik ni, sudah tentu murah dan pantas tetapi BERKEMUNGKINAN ada risiko antena radio patah la, windscreen-wiper rosak ke, atau getah penahan pintu kereta tercabut ke dan lain-lain lagi. Oleh itu risiko atas tanggungan sendiri ya. (Tapi tak tau la plak kalo buleh tuntut gantirugi ke kedai ni ke.. hehe)

Monday, September 14

Berbuka puasa di New Horizon Garden

Sabtu lepas, staff opis aku mengadakan majlis berbuka puasa di New Horizon Garden. Lokasinya berada berhampiran dengan Kemaman Kopitiam opposite Megamall dan ni 1st time aku ternampak restoran 3 tingkat nih (termasuk surau di level atas sekali). Sedap2 jugak lauk pauk dia, kebanyakkan ala chinese style. Cuma bulan puasa ni jea minuman chinese tea di ganti dengan sirap biji selasih (aku tak suka tol bijik selasih, rasa cam nak tapis2 jek biji2 tu) tapi aku ngn husband gok yang memonopoli jag air tu, siap mintak refill ngn waiter 3 kali! huhhh.. sib baek tak kena extra charge.. dahaga wooo..
watie ngan husbandnya

Kak dah & abg busu sekeluarga

Tutie bersama kazennye

Ehem2.. pasangan baru bertunang, sheila & khairi
Bakal ibu bapa, of kos la kami berdua (makan puas2 seblom berpantang)
Sotong Celup Tepung
Fried Kailan with Salted Fish
Chicken with Onion Ginger
Butter Prawn

Ikan Siakap Sweet n Sour

Dan macam2 lagi juadah seperti tomyam campur, puding kastard jagung, betik, tembikai, kurma dan lenlain. Huhh.. kami ni kenyang air jekk, lauk pauk org lain yang abiskan. Pas solat maghrib, kami ke Mydin untuk shopping ala kadar jekk. Tu pon masa balik terjumpa ngan pengemis cina yang bagi aku sangat psycho gilerr mengekori kami sampai ke kereta, siap letak cawan duit atas kete aku lagi tuhhh.. gara2 kami terlambat sbb membeli sebungkus neslo ais. Nasib baik tak terlanggar kete belakang masa nak reverse. Huuu..

Thursday, September 10

Larut..

Sejak akhir-akhir ni aku addited tol ngn lagu Larut - Dewa nih. Seriusssss.. 'jiwa kacau' (aku kene amek darah 4x sehari kat klinik desa, kena g klinik Jalan Gambut amek darah lagi, mau bocor tangan aku nihh, emosi tol aku dibuatnye sejak minggu lepas apabila disahkan ada diabetes sewaktu hamil!) leh jadi 'jiwa tenang' pas dengar lagu ni kat opis, dalam kete dan umah jua. Sambil2 tu main game, layan facebook dan tunggu suami pulang setiap petang khamis. Yeyyy..


BILA KO SIBUK..

Lama sungguh tak bersiaran.. laptop aku rosak.. aku sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga dan bekerja. Susahnya nak allocate masa.. kalo...