Thursday, January 29

Woman in Love

Artist : Barbra Streisand
Song : Woman in Love
Album : Guilty 1980


Life is a moment in space
When the dream is gone
It's lonelier place
I kiss the morning goodbye
Down inside, you know me
never know why
The road is narrow and long
When eyes meet eyes
And the feeling is strong
I turn away from the wall
I stumble and fall
But I give you it all


I am a woman in love
And I'd do anything
To get you into my world
And hold you within
It's a right I defend
Over and over again
What do I do


With you eternally mine
In love there is no measure of time
We planned it all at the start
You and I live in each other's heart
We may be oceans away
You'll feel my love
I hear what you say
No truth is ever a lie
I stumble and fall
But I give you it all

I am a woman in love
And I'd do anything
To get you into my world
And hold you within
It's a right I defend
Over and over again
What do I do

I am a woman in love
And I'm talking to you
You know I know how you feel
What a woman can do
It's a right I defend
Over and over again


I am a woman in love
And I'd do anything
To get you into my world
And hold you within
It's a right I defend
Over and over again
What do I do

Thursday, January 15

Ceramah 'Wanita dan Kepenggunaan'

Semalam, aku bersama Watie dan CC menerima jemputan untuk menghadiri ceramah 'Wanita dan Kepenggunaan' anjuran Pejabat Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang (aku rasa nama pejabat ni paling panjang kat Malaysia) dan penceramahnya tak lain dan tak bukan, YB Dato' Ustazah Siti Norbahya bersama suaminya (alaaa.. host "Semanis Kurma kat TV9" dan terkenal dengar urutan cakar harimau dan labah-labahnya tu..). So, kami pun pergi ke sana dengan menaiki Toyota Estima CC (giler.. CC aku pakai Estima! hebak tuuu.. siap sliding door ada magnet untuk merapatkan pintu dan bila gear reverse ada lcd tv kat dashboard yang boleh tengok pemandangan belakang..) Okey.. okey i'm a little bit exaggerated.. Sorry!

Content ceramah mengenai isu kepenggunaan kurang disentuh oleh beliau. Namun begitu, beliau memberikan 12 tips bagaimana mahu menjadi wanita cemerlang. Berikut adalah tips2nya. Semoga kita dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan kita sehari-harian.

  1. Nur Keimanan memancar di wajah (jangan tinggal suruhan Tuhan dan selalu membaca Surah Yusuf - Ayat 4 untuk memperolehi jodoh yang baik)
  2. Akhlak yang Terpuji (Wanita kena ada sifat pemalu dan jangan ambil kesempatan di atas kebaikkan suami)
  3. Ilmu Pengetahuan untuk menjadi wanita yang bijaksana (dengan ilmu kita tahu yang mana satu kebenaran dan kemungkaran)
  4. Senyuman manis terutama buat suami tercinta (senyum aje dah dapat pahala berlipat ganda.. wahhhhh)
  5. Berhias dan berdandan untuk suami tercinta (biar nampak comel di mata suami)
  6. Meluangkan masa untuk merawat diri (buat medical check up, makan EPO (Evening Primrose Oil), Lecithin (Soya) dan Vitamin C)
  7. Hati yang dipenuhi dengan sifat Mahmudah (Elak hasad dengki)
  8. Penampilan mengikut Syariat (jaga aurat.. jangan bagi orang lain tengok. Kalo suami sendiri takpe..)
  9. Segera minta maaf jika bersalah dan bersedia untuk memaafkan (penting ni..)
  10. Bersabar menempuh dugaan hidup
  11. Sentiasa menderma untuk kebajikan (Agar gaji lebih berkat, jangan lupa bagi wang kat ibu bapa, jika mereka redha terhadap kita maka hidup kita sentiasa di bawah keredhaaNYA. Jangan sesekali abaikan ibu bapa.)
  12. Bersifat penyayang terhadap anak-anak (Dunia ini bulat.. ingat tu.. Bila kita menunjukkan kasih sayang kat anak2, maka anak2 pon sayang kat kita sampailah kita dah tua kelak.)

P/S : Bila suami penat pulang dari kerja dan si isteri datang membawa segelas air untuk diberikan kepada suami, maka Allah telah menganugerahkan pahala kepada si isteri tadi seperti pahala setahun berpuasa sunat.. (Untungnya menjadi isteri di bawah keredhaan suami..)

Welcome Gingeyyy..

Setelah sekian lama aku menunggang skuter MZ Moskito 125 yang memang menjadi transport utama aku untuk pergi ke office (ada la dekat 4 tahun), aku pun membuat keputusan untuk menambahkan lagi aset aku dengan membeli kereta Proton Gen-2, 1.6 Auto Transmission yang sememangnya menjadi idaman aku kerana teknologi dari Lotus dan rekabentuk yang sporty. Nyamuk (nama skuter aku) tetap menjadi 'pojaaan hatikuuu' untuk ke tempat kerja. Bagusnya nyamuk ni, dia tak pernah meragam @ buat2 sakit dan purata petrol seminggu adalah rm4 (murah gilerrrr tu). Lagipon aku memang hantar nyamuk buat servis selang 1,000km. Tukar minyak gear, minyak enjin, minyak untuk belting (skuter pakai belting, bukan rantai ye) dengan kos tak sampai rm40. Sebab tu walaupon aku ada gingeyy (Gen-2), nyamuk tetap bertakhta no.1. Dulu dialah peneman aku ke tempat kerja, tak kira panas mahupun hujan, di kala susah dan senang (cewah).

Berbalik kepada Gingeyy, ianya sudah menjadi satu keperluan bagi aku pada musim2 tengkujuh sekarang ni. Benarlah kata orang, berkahwin itu adalah rezeki. Alhamdulillah, rezeki aku melimpah ruah semenjak aku kahwin dan secara tidak langsung kerana rezeki itulah aku memiliki Gingeyy..


Proton Gen-2 Facelift Nitrus Black, New Beetle Lamp


Fully tinted, 15" standard sport rim


Automatic Transmission, Smooth and Superb Handling



Blaupunkt CD/ Radio Player



Power Steering with dial mode (+/- volume, mute, search, next & previous)


Kene g checking kat Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang



Sempat berposing dalam kereta sementara menunggu flight turun

Thursday, January 8

Hiasan Dalaman

Selain jalan-jalan g shopping, aku ada sedikit interest terhadap interior design. Aku suka beli majalah2 yang berkait rapat dengan pengubahsuaian, kemasan lantai, peralatan/perkakasan rumah yang moden dan mesra pengguna, penataan perabot berlandaskan konsep zen, minimalis, fusion dan sebagainya. Baru-baru ni aku berkesempatan mengunjungi rumah kak ngah aku kat kerteh. Dan aku agak tertarik dengan struktur keluasan dan konsep minimalis yang diketengahkan oleh dirinya. Dia kata senang anak2 dia bermain di tengah2 rumah.

Kemasan parquet di ruang tamu digabung bersama marble tiles warna cerah untuk kemasan lantai lebih menarik

Struktur menara di tengah rumah setinggi 15 meter memberi penataan cahaya lebih terang dan aliran udara lebih lancar.

Satu bilik khas untuk beribadat dan dilengkapi dengan tempat berwuduk

Tulisan khat dari China menjadi picture wall di ruang makan

Husband aku lebih suka duduk atas parquet sambil menonton tv

Sony LCD 40"

BILA KO SIBUK..

Lama sungguh tak bersiaran.. laptop aku rosak.. aku sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga dan bekerja. Susahnya nak allocate masa.. kalo...