Friday, March 27

Ada suka, ada duka

Aku tak banyak keje minggu ni. Dok opis jela. Hari ni pon hasben aku hantar dan amek aku kat ofis. Tak banyak benda yang aku buat. Kelmarin, mak mentua aku kol, bagitau adik ipar aku keguguran pada usia kandungan dah masuk 11 minggu. Aku pon dulu pernah keguguran pada minggu ke 8. So, aku faham la macamana perasaannya. Sokongan suami sangat penting bagi isteri yang baru sahaja selepas keguguran. Di dalam alam perkahwinan, tentu saja ada suka dan duka.

Kandungan adik aku kini dah masuk minggu ke 34. Kiranya lebih kurang 8 bulan. Berat baby dalam kandungan dia dah 2.7kg. 5 minggu lagi. Tak lama lagi aku bakal dapat anak buah perempuan. Aku boleh imagine muka anak buah aku tu nanti. Bulat2, pipi tembam2, mata sepet2 sket.. comelnyeeeeee! Rasa nak gigit2 pipi dia!

Monday, March 23

Cuti-cuti Utara

Frankly speaking, aku tak pernah jejakkan kaki ke Kedah, even kursus2 anjuran Sumber Manusia pon tak pernah buat sampai sini. Biasanya kat PD, Melaka, JB, Putrajaya jela.. Memandangkan hasben aku cuti panjang dan kebetulan dah lama kami tak balik Parit Buntar sejak Watie kawin dulu, inilah kesempatan yang ada. So, pagi khamis 5hb kami dah gerak nak balik sana. Hasben aku dah wat perancangan sejak awal lagi, nak p umah Mak Teh kat Pokok Sena, jalan2 Alor Star, g Arau jenguk Akim, g Padang Besar, UUM kt Sintok dll..

Jenguk Akim kat UiTM, Arau. Dia siap kirimkan barang2 untuk mak lagi.

Pashima untuk mak.. (mak aku terharu giler bila dapat benda ni)

Dapat tengok gate Istana Arau pon jadi laa..

Pasukan rumah kuning.

Perbincangan anak beranak.

UUM entrance.

Menara jam kat bandar Alor Star

Pak mentuaku memang suka pokok2 semua ni.

Mak dan pak mentuaku

Welcome to Padang Besar.


Star Walk. (Aku puas hati dapat jalan2 Alor Star ni.. banyak tempat yang aku p Pekan Rabu, Souq, Kepala Batas dll..)

Akhirnya dapat juga aku menjejakkan kaki ke Kedah dan Perlis. Tu pon sebab aku kahwin dengan orang utara. Kalo dok, memang tak sampai punye... :-D


Wednesday, March 18

Dah 3 minggu..

Dah 3 minggu aku tak jumpa anak2 buah aku 3 orang tu. Setiap sorang ada ragam masing2. Yang sulung tu sensitif, yang nombor 2 tu kuat mengadu dan last skali tu lasak bebenor.. Biasanya tiap-tiap minggu pasti kak ngah aku balik kuantan, tapi semenjak dia mengambil bibik baru dari lombok, indonesia tu, jarang dah nak balik. Hasben aku pon hari2 anta msg tanya pasal yamen, si bongsu tu. Apa laa yang dia rindu sangat kat yamen tu, rindu nak bawak jalan2 kt taman mainan dan lambung2 dia la tu agaknya.. :-D

Tuesday, March 3

Tiada kesempatan..

Aku busy giler lately. Ni pon curi2 masa memblog. Banyak kerja nak disettlekan memandangkan aku cuti panjang untuk balik ke rumah mak mentua aku nanti. Checking ke airport pon aku dah tukar pada Watie, begitu juga dengan statistik mingguan pintu masuk negara baik dari segi udara, darat dan naziran. Minta tolong sama Tutie untuk settlekan minggu ni. Nanti pas aku balik bercuti, aku sambung balik blog aku ni. :-)

BILA KO SIBUK..

Lama sungguh tak bersiaran.. laptop aku rosak.. aku sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga dan bekerja. Susahnya nak allocate masa.. kalo...