Posts

Showing posts from April, 2009

Welcome To The World, Dina..

Image
Sabtu, 25 April 2009, 2:15 petang, adik aku Lily selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9kg dan diberi nama Adlina Sufieyah bt. Mohd Arif. Aku rasa nama baby dia macam ngam2 sangat. Macam cantik2, bulat2, putih2 dan gebu2 gitu..

Tembamnya pipi dia.. rasa nak cium pipi dia puas2!! Geram sungguh!
Baby Dina yang tido sepanjang masa.. Di hari persandingan Lily dan Arif tahun lepasSabtu lepas juga aku dan suami pergi scan bayi di dalam kandungan aku yang kini sudah masuk trimester kedua. Kami boleh nampak degupan jantung dia, tulang belakang dia.. Suami aku agak teruja bila melihat degupan jantung anak dia begitu cepat sekali. Aku hanya tersenyum melihat gelagat suamiku. Mudah-mudahan Allah lindungi kandungan ini sehingga sampai waktu untuk aku melahirkannya..

Hati Shiela dipujuk lagi..

Image
Hehehe.. aku kenal si Shiela ni masa sama2 kami kene interview keje gomen ni la kat IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) Kuantan. Dah lama dah, cuma lucky bagi dia, dia dapat berkhidmat kat daerah kampung dia kat sini sejak mula lapor diri sampai la sekarang.. Aku pulak dicampakkan ke Putrajaya la, pastu dipindahkan ke Shah Alam then baru la dapat pindah balik kampung semula sebab reason yang teramat kukuh iaitu mengikut suami di sini. (tapi jumpa laki pon ujung minggu jugak... woo wooo wooo..)
Berbalik kepada cerita asal, nak dijadikan cite, tengah aku sedap2 berborak dengan Shiela kat dlm opis pasal keje, ikan belaan dia yang dah seminggu mati, mengenai harga dedak ayam yang semakin meningkat di pasaran tempatan, tetiba sorang mamat kedai bunga datang membawa sejambak bunga yang besar sama sekor tedi bear putih kuit di tengah rimbunan bunga ros merah itu datang kat arah kami. Yelah, mau tak debor dada tgk sejambak bunga ros. Aku siap berkata dalam hati, "besday aku ke? eh lambat la…

Terharu..

Image
Seperti biasa, setiap hari Sabtu aku dan suami aku akan balik ke rumah mak mentua kat sini. Tak jauh pon dari rumah aku. Rumah tu kini kosong, sbb mak dan pak mentua aku dah balik dan menetap kat utara. Dekat aje, nak jalan kaki pon boleh.. Pergi sana pon just wat pembersihan berkala. Sapu2 sket, mop2 sket, basuh sarung kusyen, pasang balik.. biasanya pas buat keje semua tu, kami pon balik. Tapi kali ni mood suami aku ceria, baik dan tahap kerajinannya bertambah 2x ganda. Dia siap tolong basuhkan kereta aku lagi (kereta dia sendiri tak terbasuh), lap bagi kering, kendian siap tolong polishkan lagi kereta aku tu. Wahhhh.. aku dalam hati terharu gilerrr... siap bermonolog di dalam hati, "baiknye laki aku ni.."
Pas applywax, tunggu sampai kering jap, leh la guna polisher

Dengan penuh skill, suami aku 'memolish' (perkataan ini tiada dlm kamus) bumper depan pulatadaaaa... hasilnya, keretaku kilat memancor2!Malam tu aku mengajak dia ke Teluk Cempedak, aku saja nak treat dia …

Kisah pagi tadi..

Aku saja ikut jalan lain ke tempat kerja pagi tadi. Saja tukar2 angin. Aku lalu kat Tanah Putih, masuk simpang ke Cenderawasih, keluar kat perumahan Indera Mahkota. Pada mulanya okla, traffic smooth je, tapi sampai je kat traffic light simpang 4, baru aku sedar aku tersilap lorong. Lorong yang aku berhenti tu sebenarnya hanya ke kanan sahaja dan menuju ke pusat bandar. Mana la aku tau seblom ni, aku tak biasa pon lalu situ. Padahal aku ni nak straight je sebab opis aku depan simpang 4 tu je haa. Dan sebelah kiri aku lak bas dah bagi signal nak ke kanan pulakkk.. Isshhkkk.. nampak sangat la aku terpaksa ke pusat bandar dengan rasa sebal di dalam hati punye tak hengat. Tak pasal2 aku meround2 bandar cari U-turn dan membazirkan berpuluh-puluh minit atas jalan raya. Sampai je kat basement opis aku, tempat yang aku biasa parking dah di ambil orang.. Dah le lewat sampai, nak cari parking bukan senang. Sambil2 cari parking tu, fm modulator dalam kete aku memutarkan lagu 'Berita Kepada Ka…