Wednesday, May 27

Cuti Cuti Kuching, Sarawak

Pada 7 - 9 Mei lepas, aku bersama suami pergi bercuti ke Kuching, Sarawak. Ini pon disebabkan aku tengok iklan sotkaba The Star mengenai Air Asia dimana tambang ke Kuching hanya RM9 sehala (kene booking secara online la..) dan pakej Tune Hotel hanya RM5 semalaman. Kiranya pakej tambang dan penginapan sekali laa. Dah termasuk tambang pergi balik, admin fee, airport tax, fuel surcharge, insurans, bilik hotel untuk 4 malam (Tune Hotel LCCT 2 malam dan Tune Hotel Kuching 2 malam) lebih kurang RM400 untuk 2 orang. Kira oklaa kan, cuma tinggal duit shopping dan makan jek. Separuh daripada opis aku mengikuti rombongan cuti2 Kuching ni memandangkan Pahang cuti hari Hol pada 7 Mei lepas. Senarai aktiviti Tutie dah sediakan awal2 lagi termasuk tempat2 yang perlu dilawati, mencari tour guide, tempat makan yang menarik dan sebagainya. Bagus ada tour planner macam Tutie nih, everything under schedule.


Pemandangan dari udara KL-Kuching

Dalam flight sempat lagi bergamba

Lepas je check in kat Tune Hotel Kuching, kami terus dibawa ke Pulau Santubong dan melawat di kawasan sekitarnya
Pemandangan Pulau Santubong dari udara. Mitos mengatakan bahawa pulau ini merupakan seorang puteri yang bernama Santubong sedang berbaring memandang ke langit. Struktur pulau ini menyerupai Puteri Santubong di mana kepalanya di sebelah kanan gamba ini sehinggalah kepada kakinya di sebelah kiri..

Selepas itu kami dibawa ke Muzium Kuching. Kiranya semua kucing kat sini merupakan trademark ibu negeri Sarawak la. Sedap kalo kucing gemuk ni bawak balik semenanjung. Boleh letak kat depan tembok umah aku nih..

Aku dan suami, sepatutnya ruang satu lagi tu untuk anak kami tapi dia dok dalam perut lagi kan.. Nanti bila dia dah lahir, aku copy paste je muka dia kat situ. Huhuhu!

Keesokkan harinya, selepas bersarapan, kami dibawa melawat ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh dan juga Taman Periuk Kera & Orkid Liar.

Kat pintu masuk tempat Orang Utan

Tuu.. Ada Orang Utan kat belakang tu tengah makan pokok apatah. Nama dia Delima. (Ada ke bagi nama delima.. bagi la nama komersial sket, mcm Francisca ke, Jennifer ke, Angelina ke.. heheheh..)
Ni la rupanya Periuk Kera.. Banyak nyamuk sama semut kat dalam periuk ni. Makanan dia kan..
Orkid Liar. Agak wangi..
Selepas itu kami dibawa melawat ke Kilang Pasu Sarawak. Memang murah dan best giler. Siap ada 10% diskaun. Rambang mata nak beli yang mana sebab terlalu banyak.
Kemudian kami ke Taman Sahabat, Jalan Song pula. Kat sini lebih kepada monumen2 negara Cina.
Lepas tu pergi pulak kat kilang membuat kek lapis Dayang Salhah. Macam2 perisa ada, antaranya ialah cheese ice cream soda, masam manis, horlicks, pudina dll.
Kat Indian Street. Syurga kain. Kat sini aku beli kain batik sarawak untuk dibuat cenderahati.
Suami aku kat Indian Street
Aku dan Watie. Sempat gak menyambar t-shirt2 untuk diberikan kat anak2 buah aku tu
Ada pulak Exhibition Germany Many Face.. masuk jangan tak masuk ewahhh.. Poster2 dari Jerman dipamerkan kat sini.

Hari terakhir percutian. Kami dibawa ke Serikin. Di sini merupakan border Indonesia. So barang2 dia banyak la dari Indonesia. Banyak benda yang menarik. Kita boleh tawar menawar secara besar-besaran kat sini. Nak apa, sebut jek. Telekung berkerawang2 hebat kat sini kalo harga kat semenanjung RM70-80, kat sini leh dapat RM30 jek. Wat hantaran cantik sangat dah nihh..

Tikar Sarawak. Rambang mata nak pilih yang mana satu. At the end, satu pon tak terpilih.

Runner songket untuk meja makan. Nak buat frame gantung kat dinding pon cantikk. Tak mahal. RM5 jek selaiii.. Beh behhh..

Macam2 produk rotan ada dijual kat sini. Nak rocking chair, baby chair, garden chair, living room set, baby cot.. Aiyaaaa, rambang mata.. (kalo beli pon susa nk bawak balik semenanjung nih..)

Langsir dah siap jahit pon turut dijual. Tinggal pasang jek. Macam2 kaler ada. Dijual ikut panel tingkap.

Suami aku puas berjalan kat sini. Periuk belanga, kuali pon ada.
Petang tu kami dah ada kat Kuching International Airport. Nak balik KL dahh..

Lepak2 dalam airport dulu sebelum check-in.

Check in flight, boarding departure dan sampai je KL, terus kami check in Tune Hotel LCCT. Habis dah cuti2 sarawak.. Lusa dah kena keja semula..

Thursday, May 21

Kompleks KDN Kuantan Banjir

Aku baru je menyiapkan statistik unit aku dan hantar report tu kat bilik pengarah, tetiba jek CC ofis aku kecoh2 tak tentu pasal. Aku dalam hati, "pehal pulok la CC ni 'ribut2' nihh.. aku baru jek nak curik2 tido". Aku sejak mengandung ni, mudah benor ngantuk nye. Tak tau lah bakpe jadi gitu. Pembawa budak gitu la kot (agaknye la..). Rupa-rupanya level G dan 1 Kompleks KDN ni dah bertakung dipenuhi air. Aku rasa water reservoir diorang pecah agaknya. Memang staff2 JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) kelam kabut giler. Blackout dan lif memang tak berfungsi dah. Orang turun naik tangga nak menyelamatkan kenderaan masing2. Memandangkan ofis aku level 2 dan kereta kesayangan aku tu (mesti la sayang, xabih bayor lagik) kat 'basement 2', so agak mencabar la aku nak turun tangga dengan air penuh melimpah2 (kiranya aku kene turun 4 tingkat aa sbb kene melalui level 1, G, Basement 1 dan last skali Basement 2). Level 2 pon dah kira mengah2 nak naik semula, apatah lagi Jabatan Pertubuhan, Rela dan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan yang tingginya bertingkat-tingkat tu. Aku turun slow2 sbb risau la tangga licin, tengah mengandung lagik, kalo tergelincir atau jatuh, sendiri tanggung akibat dan risiko yang aku sendiri xmampu nak bayangkan.

Sebaik sahaja sampai kat kereta aku, trus aku stat enjin dan keluar dari basement naik ke open parking level G. Maksudnya nak parking area luar lobi JPN la, tapi penuh pulak dahh.. Aku turun lak g bangunan Imigresen sebelah. Pon parking penuh. Macamana la nak buat ni.. last2 aku parking sebelah kantin bangunan Imigresen. Takpelah.. janji jangan dalam basement.. JPN pon dah menampal notis menyatakan bahawa "JPN Pahang akan ditutup buat sementara waktu dan akan buka sehingga diberitahu kelak. Sebarang urusan kad pengenalan serta urusan kelahiran dan kematian, sila berurusan di JPN yang berdekatan." Aku rasa yang paling dekat pon 3 daerah jela, Pekan, Maran dan Kemaman..

Air bertakung kat Lobi Kompleks KDN. Air mengalir dari level 1

Air dari atas dok mengalir tak henti2

Tangga yang dipenuhi air. Licin nih..

Staff2 kompleks melarikan kenderaan masing2 dari basement ke open parking, baik motor ke, kete ke, semua parking ke tempat dirasakan selamat. Gambar ni betul2 depan tangga pintu masuk kompleks. Kalo hari2 biasa parking macam ni, awal2 dah kene halau dan pak guard dah buat anouncement dah..

Tuesday, May 19

Ayat-Ayat Cinta


Aku baru habis baca novel karya saudara Habiburrahman El Shirazy - Ayat Ayat Cinta ni malam tadi. Sebenarnya dah 2 bulan kak ngah aku rekomen aku baca novel ni memandangkan memang hobi dia mengumpul novel-novel best seller. So dia hulur la novel ni suruh aku baca. Aku seperti biasa la, ambil dan simpan peram lama2 dulu dalam drawer bilik aku. Dan tabiat suami aku ni pula, dia suka mengemas. Kalo ada je benda yang tak berkenan kat mata dia, dia ambil dan keluarkan semua barang, dia akan susun dan kemas balik. Tak kisah la benda apa sekali pun, dvd ke, rak buku ke, barang2 dlm peti sejuk ke, almari baju ke. Dalam kes ni, dia terjumpa la novel Ayat-Ayat Cinta ni sewaktu dia kemas drawer dalam bilik aku tu. (Untung aku ni dapat suami yang suka mengemas.. huhu!)

So, dia pon membaca la novel ni dengan penuh kusyuk, siap bawak balik paka sambung baca kat rumah sana pula. In fact, dia baca novel ni sampai 2x! Lepas tu dia baru hulurkan kat aku suruh aku baca novel ni. Best sangat ke novel ni? Sampai kak ngah aku siap rekomen dan suami aku baca 2x? Nampak sangat la aku kena baca novel ni.

Dan baru malam tadi aku tau betapa novel ni cukup memberi kesan ke dalam hati. Sebuah novel pembangun jiwa. Sebuah novel yang memberi kesedaran betapa pentingnya ilmu agama dalam segenap aspek kehidupan baik dari segi keazaman jati diri, cinta kepada Allah SWT, hubungan sesama pemberi ilmu dan penerima ilmu, kekuatan nilai persahabatan dan kecintaan yang begitu mendalam kepada belahan jiwa hatinya.


Novel ini turut membuatkan aku terus menerus menghargai cinta kepada belahan jiwa hatiku yakni suamiku Fardy Hisham dan membuatkan aku lebih berusaha untuk menjadi isteri yang solehah, taat, menjadi ibu terbaik untuk anak-anaknya dan menjadi penyejuk mata serta pendamai hatinya.

BILA KO SIBUK..

Lama sungguh tak bersiaran.. laptop aku rosak.. aku sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga dan bekerja. Susahnya nak allocate masa.. kalo...