Wednesday, July 29

Kelas Pentashehan Al-Qur'an

Banyak yang aku blaja masa bengkel pentashehan Al-Quran, baik dari segi Hazf (buang atau mengurangkan sesuatu huruf pada kalimah2 tertentu), Ziyadah (tambah huruf), Humaz (penulisan huruf2 Hamzah), Ibdal (tukar huruf dari satu huruf ke huruf yang lain), Wasl wa Fasl (menyambung dan memisahkan tulisan pada huruf2 atas kalimah2 tertentu. Yang mengajar pula salah seorang Ahli Lajnah Tasheh Al-Qur'an (salah seorang pemeriksa Al-Qur'an di Malaysia) yang mempunyai 10 tahun pengalaman mengajar di Maahad Tahfiz dan kini merupakan pensyarah Jabatan Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Akademi Islam, KUIS. Memula tu memang pening sebab takde basic knowledge mengenai pentashehan, tapi pengajar tu memang sabar melayani karenah2 peserta bengkel. Kenkadang siap terfikir lagi, bagus juga kalo anta anak aku ni masuk Maahad Tahfiz, sejuk perut ibu mengandung. Huhu..

Kelas pentashehan Al-Quran

Bulatkan kesalahan dalam Rasm Imla'i

Pemandangan luar tingkap bilik hotel jam 7.15 pagi.. Matahari baru naik..

Wednesday, July 22

Kuala Terengganu pulokk..

Kursus ke Langkawi aku terpaksa tolak, sebab awal2 dah kena reject oleh MAS Airlines kerana kandungan dah cecah 7 bulan (aku takkan naik bas ekspres sampai 12 jam nak ke sana.. gilo apo!). Tetiba dipanggil lak suh g kursus 'Bengkel Kaedah Penyemakan Al-Quran 2009' kat Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu stat 22-25 Julai ni. Kiranya jap lagi la aku bergerak g sana.

Aku tengok la tentatif bengkel ni, siap ada slot kaedah asas pentashehan Al-Quran oleh Ustaz Shaharuddin Pangilun & Ustaz Nashruddin Ngah dan juga slot perbezaan Rasm Uthmani dan Imla'i. Kalo perbezaan rasm (tulisan) tu kira boleh la sket2 tapi bab 'pentashehan' tuuu.. perrghhhh.. cam susah jekkk.. hehehe. Tapi takpe, disamping dapat ilmu pentashehan tu nanti, mcm menarikkkk jek barang2 yang bakal di beli kat Pasar Payang tu nanti. Lalalalalaaaa...

Wednesday, July 15

Sakit dan Langkawi

Sejak ahad lepas aku dah rasa badan aku lain macam je.. Sakit tekak semacam jekk.. pastu tetiba lak batuk2 tanpa henti. Aku kalo batuk memang kalah aa.. Dah la batuk, mengandung lagi, jadi tekanan kat perut tu lagi kuat aa, bape kali aku terpaksa g tandas. Nak makan ubat batuk pon tak boleh sebab dikhuatiri akan memudaratkan baby. Sejak batuk ni aku tetiba je terjaga tengah malam dan berlari g bilik air muntah-muntah. Pas muntah terasa tersangat la leganya... Tido lena lak pastu.

Semalam hidung aku tersumbat lak, selsema. Bernafas ikut mulut dah ni, dah la batuk, selsema lagi. Takpee.. dah sampai waktu untuk sakit, tu pon semua dari Allah. Nanti sok lusa sembuh la tu. Mintak2 la aku jangan sampai demam.. Bukannya apa, kesian kat anak aku ni.

Putrajaya suh lak g kursus kat City Bayview Hotel, Langkawi. Kursus Lesen Mesin Cetak (LMC) dari 23-25 Julai ni. Aku tak penah lagi g Langkawi, mcm best2 je kalo dapat pergi. Tapi masalahnya, flight tak benarkan wanita hamil lebih 6 bulan naik kapal terbang.. Laaa.. Takkan la aku kene naik bas 12 jam???? Lenguh la aku nanti.. Kalo payoh2 sangat, aku tolak jela kursus ni. (tapi aku nak g.. Langkawi tuuuu.. woo woooooo..)

Wednesday, July 8

Puasa ganti di bulan Rejab

1st taim aku berpuasa di dalam kondisi mengandung.. Kalo sebelum ni aku takde sebarang masalah bab puasa2 ni tapi kini bila dah mengandung, terfikir juga tentang kandungan aku ni. Ok ke baby ni? Boleh tahan ke dia? Tidak mendatangkan sebarang kemudaratan kepada baby ke ni? Risau la jugak kan.. Tapi setelah 2 hari berlalu, aku rasa okeyyyy jeaa.. Sebab kita dah berniat untuk berpuasa kerana Allah dan mak aku suh aku cakap dengan baby, "Hari esok ibu nak berpuasa, baby dok dalam perut ibu baik2 yea.. tahan tau..". Itu petua orang tua la supaya baby kita baik2 je taim kita menjalani ibadah puasa. Dan aku percaya, baby aku baik2 je sepanjang tempoh aku berpuasa. Insya'allah...

BILA KO SIBUK..

Lama sungguh tak bersiaran.. laptop aku rosak.. aku sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga dan bekerja. Susahnya nak allocate masa.. kalo...