Monday, August 31

Si kecil ini..

Semakin kuat kaki si kecil ini menendang2 tulang rusukku ke atas. Tu belum kira hentakan lutut dan siku dia lagi. Si kecil ini membahagiakan dan mengejutkan aku setiap saat, setiap masa. Biarlah semakin berat aku membawa si kecil ini, biarlah semakin mengah aku dibuatnya, semuanya kerana si kecil ini membesar dan memenuhi segenap ruang yang ada. Insya'allah ada beberapa minggu lagi untuk kami menatap wajah si kecil ini buat kali pertama. Semuanya kerana dia, merupakan zuriat keturunan kami, ketibaannya amat dinanti dan paling disyukuri.

Wednesday, August 26

7 hari seminggu

Rasa penat sungguh kene kerja 7 hari seminggu sejak 2 bulan lepas. Setiap hari ada kat ofis. Hari-hari kene siapkan keje dalam masa yang ditetapkan. Diri sendiri tak terurus. Nasib baik mak dan suami aku sangat-sangat bertimbang rasa. Yela, pagi-pagi before 8am sabtu dan ahad dah kene ada kat ofis. Apa boleh buat.. "SAYA YANG MENURUT PERINTAH". Siap dah sign akujanji sebagai penjawat awam masa mula2 masuk keje dulu. Tapi bila dapat claim tuntutan perjalanan sama OT (overtime) yang bagi aku giler lumayan tuu.. senyummmmm jekkkk.. tak ingat plak penat. Hehehehe...

Friday, August 21

Selamat Menyambut Ramadhan 1430H, 2009M..

Dikesempatan ini aku nak mengucapkan selamat berpuasa buat mak abah - puan hasnah dan en. hussin, mentua - puan che nah dan en. abdul rahim, adik beradik - angah sekeluarga, acik, lily sekeluarga dan akim, ipar duai - watie dan suami, luqman, sanak saudara, sahabat handai dan teristimewa sekali dah tentu wat suami terchenta - fardy hisham, semoga ramadhan ini membawa sejuta keberkatan dan keredhaan oleh Allah SWT dalam kita melakukan ibadah puasa bersama. Insya'allah.

Tuesday, August 18

Taklimat Kesedaran H1N1

Pada jam 12:30 tghr tadi, satu taklimat kesedaran H1N1 telah diadakan di dewan serbaguna Kompleks KDN, Negeri Pahang di bawah anjuran JPN (Jabatan Pendaftaran Negara). Dr. Wahid dari Kementerian Sumber Manusia dan juga merupakan pegawai kesihatan daripada JKKP atau Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (DOSH), merangkap doktor panel kat Klinik Keluarga Al-Farabi (banyak tol jawatan dia ni..) selaku penceramah taklimat kali ni.

Banyak info yang aku dapat, antaranya ialah virus pandemik ini tidak mati, cuma berubah bentuk dan sifatnya sahaja. Sebagai contoh, apabila virus ini memasuki tubuh manusia atau haiwan seperti burung, ayam atau babi, virus2 ini berubah sifatnya menjadi kod-kod tertentu berdasarkan permukaan protein virus tersebut (sama ada kod manusia, burung, ayam atau babi).


Virus pandemik ini tidak dapat dilihat melalui mikroskop biasa kerana saiznya hanya 1/1,000,000 inci sahaja. Dalam erti kata lain, virus ini hanya dapat dilihat melalui elektron mikroskop sahaja iaitu imej pembesaran objek sebanyak 2 juta kali berbanding mikroskop biasa yang hanya mempunyai imej pembesaran objek 2 ribu kali.

Gelombang kedua H1N1 juga bakal berlaku pada Oktober sehingga Februari tahun depan disebabkan musim tengkujuh kerana virus selesema mudah merebak sewaktu musim hujan nanti. Mujur Malaysia merupakan negara khatulistiwa dan bukannya negara 4 musim seperti Eropah dan lain-lain yang mempunyai musim sejuk yang sememangnya membawa risiko yang sangat tinggi kepada penduduknya.


Cara untuk mengawal penularan wabak ini adalah dengan menjaga kebersihan diri seperti:
-Penggunaan mask (mask N95 paling bagus, mask 3 ply - 60% filter)

-Membasuh tangan setiap kali bersin atau batuk (menggunakan hand sanitizer lagi bagus)

- Dan elakkan diri daripada orang ramai (ohhh.. aktiviti shoppingku.. giant, parkson, big apple, east coast mall, megamall.. aku rindu padamuuu.. woo.. wooooo). Boleh juga cuci tangan guna air suam selama 5 minit (wahh.. leh kecut tangan jadinya) dan gel alkohol (digosok kedua-dua belah tangan selama 20 saat)

Oleh kerana aku ni kategori risiko tinggi (ibu hamil 8 bulan niii..) aktiviti aku cuma pergi keje, balik keje dan duduk rumah. Sebarang aktiviti operasi ke, airport ke, pemeriksaan pos ke dibekukan sampai la aku bersalin kelak. Urusan membeli barang dapur dan lain-lain tu, aku tunggu suami aku pulang hujung minggu jela untuk dia uruskan.. (tak beh tak dapat jalan sama-sama..)

Friday, August 14

Tembam betol laaa ini budak..


Gambar terbaru anak buah aku, adlina sufieyah. Baru 3 bulan lebih, tetapiii.. yaaa... ada tapinya.. berat sudah cecah 7.5kg!!! Gilakkkk.. sangat tembam dan berat ini budak, sangat gebu lagi comel.. terasa ingin mengigit2 pipinya! Nanti bila anak aku lahir tak lama lagi, boleh la pia jadi kawan sebaya dia. Kiutnyeeee...

Thursday, August 6

Sepintas lalu..

Minggu ni jadual aku bertugas buat pemeriksaan kat pejabat pos. Bawak kenderaan sendiri sebab kenderaan jabatan bersama geng penguatkuasa keluar menjalankan operasi ke suatu daerah yang dirahsiakan. Semasa berhenti kat stesen minyak Petronas Jalan Bukit Ubi, aku ternampak seorang budak lelaki kurus dalam lingkungan 13-14 tahun sedang giat membasuh motosikal, kiranya sebelah kedai mesra petronas tu ada tempat car wash la. Ntah kenapa aku rasa kesian sangat kat dia. Budak tu punya ikhlas bekerja, maksud aku, dia punya berus tayar moto dan rim tu berkali2 sampai aku rasa boleh haus bunga tayar motor tu ditonyoh berkali-kali. Dia sambung balik cuci ekzos, body dan lain2 pastu sambung semula cuci tayar. Pastu dia cuci lagi tempat yang sama berulang-ulang kali. Aku memang respek aa budak ni, dapat upah halal setimpal dengan pekerjaan yang dilakukan. Mungkin pada pengamatan aku, budak ni sekolah sesi petang agaknye, sebelah pagi ambil upah cuci kereta atau motor.

Aku ingat lagi masa zaman aku muda2 bawak skuter NZ MOSKITO masa kat Shah Alam dulu. Duduk menyewa kat umah flat Seksyen 18, nak basuh moto kan payoh, aku duduk tingkat 4. Takkan la nak bawak baldi ngn air sabun turun bawah? So, suatu petang di hari Ahad, aku bawak la skuter aku tu g tempat car wash, dengan harapan agar dia menerima la skuter aku ni untuk dibasuh. Sampai je tempat car wash tu, tak dan aku nak tanya, mamat lelaki yang kerek gilerr tu kata kat aku, "Kami tak basuh motor kat sini, keter saja! Tak nampak ke tulisan tu CAR Wash???". Aku pon dengan panas telinga, trus blah dari situ siap membebel2 dalam hati, "Tengok aa bila aku ada kete nantii, aku tak kan g tempat korang, sombong! blah laaa.." dan ya, skuter aku tu tak pernah aku basuh, aku biarkan je skuter aku tu berembun, berhujan dan panas. Aku cuma lap2 ngn tuala buruk jek setiap pagi.

Dan sekarang bila aku sudah ada kereta, duduk umah atas tanah dan sudah berkahwin, aku tak basuh pon skuter aku tu, dok sekung jea depan pintu dapur, kesian lak rasa. Tengoklah bila dapat bonus nanti (dapat kerrrr????) aku anta la skuter tu g workshop dan tukar apa2 yang patut. Bateri ke, belting ke, major servis ke.. Nanti boleh la orang kat umah tu guna..

Ok ok, berbalik pada cerita aku nak pergi ke pejabat pos pagi tadi, sampai saja simpang masuk pejabat pos sebelah Maybank tu, aku nampak sekumpulan PBT MPK (Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Perbandaran Kuantan) sedang mengunci tayar-tayar kereta yang sedang parking semberono kat kawasan bank tu. Adala 3-4 bijik kete yang tayarnya kena kunci (kalo 1 kete rm300, rm300 x 4 bijik kete? beribu2 tuuu..). Apa yang menjadi kaitannya di sini, setiap pekerjaan yang dilakukan itu mungkin mendatangkan kegembiraan dan juga kesedihan. Sebagai contoh, budak lelaki kurus yang membasuh motor dengan begitu ikhlas dan jujur telah memberi kegembiraan kepada tuan punya motor tersebut sebab motornya bersih kilat berseri2 manakala PBT yang telah mengunci tayar kereta berkenaan telah mendatangkan kesedihan kepada pemilik kereta tersebut kerana terpaksa mengeluarkan RM300 untuk membebaskan kereta mereka.

Moral value, jangan parking kereta anda sesuka hati dan sediakan kupon parking serta hantar la motor anda ke car wash stesen minyak Petronas Jalan Bukit Ubi kerana anda pasti gembira dengan hasil basuhannya. :-D

Monday, August 3

Setahun sudah berlalu..


Genap 1 Ogos baru-baru ni, dah setahun aku menjadi isteri kepada Fardy Hisham. Rasa cepat sungguh masa berlalu. Ini baru sahaja permulaan dalam kehidupan berumahtangga, banyak lagi perkara-perkara yang bakal mendatang kelak. Banyak lagi cabaran2 yang harus ditempuhi. Langit tak selalunya cerah, begitu juga tak selalunya mendung. Aku beruntung menjadi isteri dia. Aku bersyukur sangat2. Suami aku sangat penyabar dan sangat bertoleransi. Dan aku sangat2 menghargainya. Semoga Allah S.W.T kekalkan jodoh ini selagi hayat kami berdua masih dikandung badan. Insya'allah..

BILA KO SIBUK..

Lama sungguh tak bersiaran.. laptop aku rosak.. aku sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga dan bekerja. Susahnya nak allocate masa.. kalo...