Posts

Showing posts from October, 2009

Adam Fahri b. Fardy Hisham, 21 Oktober 2009, 7:30 malam

Image
Akhirnya, 40 minggu penantian yang cukup menguji kesabaran, penat lelah, persediaan mental, fizikal, kerohanian dan ya.. kesakitan untuk melahirkannya yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata, sudah berakhir dengan kehadiran Adam Fahri, nikmat Allah paling BERHARGA untuk kami berdua. Sesungguhnya Adam adalah amanah Allah untuk kami..
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan, Maha Agung nama Tuhanmu Yang Mempunyai Kebesaran dan Kurnia - Surah Ar-Rahman 77-78

Detik demi detik..

Image
Aku selalu pujuk baby dalam kandungan aku ni, "kalo boleh, kuar la hari sabtu 10hb ni yea.. leh sama ngn besday ibu.. nanti senang ayah nak belikan hadiah dan belanja kita makan best2!". Baru-baru ni aku pergi klinik kerajaan Jalan Gambut dan doktor pon dah sahkan baby aku ni dah engaged dan boleh bersalin bila2 masa je. Paling lewat pon 21hb ni sebab aku ada rekod diabetes sewaktu hamil (even gula dalam darah aku normal jekkkk..). Pendek kata kalo 21hb ni tak sakit2, kena induced jela bagi bersalin hari tu jugak. Takpe, 12 hari tak lama lagi. Nak gak tengok macamana la muka baby hasil perkongsian hidup Fardy Hisham dan Susilawaty ni.. Huhuuu..

Massive Congestion

Image
Aku cam biasa kuar g keje 7.20 pagi. Bagi panas2 enjin sket, buang taik cicak yang bermaharajalela kat atas bumbung dan cermin depan (sbb parking bawah lampu) dan perjalanan ke ofis biasanya mengambil masa 20 minit la dari umah sampai la ke tempat duduk opis aku ni. Tapi tah macamana, aku tengah sedap2 bawak kete sambil dengar lagu Modern Talking dengan kelajuan tak sampai pon 110 km/j kat hi-way bypass, tetiba kete kelisa depan aku brek mengejut! Aku ni brek mengejut gak aa, safety belt pon kuat aa menahan daya tujahan daripada aku ke depan. Kesian anak dalam perut aku ni, dah le aku ni sarat mengandung! Sakit ooo.. Tapi bila aku rasa dia bergerak2 balik, aku dah bersyukur sangat dah. Takut efek apa2 pada dia ke.. macamana laa aku nak jawab ngan suami aku nanti.


Aku konfius giler nape hi-way leh jam. Kalo tak road block, mesti ada accident. Tapi tak mungkin JPJ @ Polis wat road block taim orang g keje. Mau mengamuk pengguna jalan raya..

Dah jadi 3 lane dahh..
Pukul 7:44 pagi masih ter…