Monday, November 16

30hb November 2009

Cepat laa 30hb November.. Tak sabar nak tunggu habis pantang. Tak mudah orang yang dah biasa bekerja macam aku ni dok *sekung dalam umah selama tempoh 40 hari. Aku nak kuar g jenjalan, makan sidap2 dan bila Adam dah besar sket, bleh bawak jalan2 guna stoller sambil tengok pemandangan. Oh ye, kesian Gingeyy (kete Gen-2) aku tu dah lama tak gerak. Sama mcm aku gak, dok *sekung je dia. Aku tengok tayar dia pon mcm dah flat sket. Bumbung sama cermin depan kete aku takyah cakap aa, penuh ngan habuk dan taik cicak! apa cicak2 ni ingat bumbung kete aku tu tandas ke apa??

*sekung = mendiami / dibiarkan dalam jangka masa yang lama

Thursday, November 12

Sunat Muakkad

Aqiqah adalah menyembelih kambing untuk anak yang baru lahir, dicukur dan diberi nama akan anak itu pada hari ketujuh setelah kelahirannya. Tujuannya adalah untuk mengungkap rasa syukur ke atas kelahiran bayi, baik bagi bayi laki-laki mahupun perempuan. Hukum bagi aqiqah adalah Sunat Muakkad yakni sunat yang sangat dianjurkan.

Kewajiban mengaqiqahi bagi si anak yang baru lahir adalah tanggungjawab orang tua bayi yang baru dilahirkan, yang memikul nafkah si anak. Namun demikian, ianya dapat ditunaikan oleh orang lain atas kehendaknya sendiri. Dari sudut jumlah aqiqahnya, dua ekor kambing yang berdekatan umurnya (hampir seusia) bagi bayi lelaki dan seekor kambing bagi bayi perempuan

Pembahagian daging aqiqah terdiri daripada 3 yakni :
  1. Dimakan sendiri
  2. Disedekahkan kepada fakir miskin
  3. Dihadiahkan kepada jiran / tetangga, kerabat, sanak saudara dan sebagainya
Sebaiknya daging aqiqah / kambing dipotong-potong, dimasak dahulu, setelah masak dagingnya dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin, anak-anak yatim, kaum kerabat, jiran tetangga terdekat yang muslim, tujuan dimasak terlebih dahulu adalah bermaksud untuk memudahkan pembahagiannya.

Mengenai faedah mencukur rambut bayi berkenaan, Ibnu Al-Qoyyim berkata : "Mencukur rambut adalah pelaksanaan perintah Rasulullah SAW untuk menghilangkan kotoran". Dalam hal ini, kita membuang rambut yang lemah dengan rambut yang kuat dan lebih bermanfaat bagi kepala dan lebih meringankan untuk si bayi. Dengan ini ianya dapat membuka lubang pori-pori yang ada di kepala supaya gelombang panas dapat keluar melaluinya dengan mudah dan sangat bermanfaat untuk menguatkan indera penglihatan, hidu dan pendengaran si bayi (Athiflu Wa Ahkamuhu, ms 203-204)

Kemudian rambut yang telah dipotong tersebut ditimbang dan kita disunatkan untuk bersedekah dengan perak (seharga emas atau perak, seberat timbangan rambut si bayi)

Dalam pelaksanaan mencukur rambut, perlu diperhatikan larangan Rasulullah SAW untuk melakukan Al-Qaz'u, yakni mencukur sebahagian rambut dan membiarkan yang lainnya (HR. Bukhari Muslim). Ada sejumlah gaya mencukur rambut yang termasuk Al-Qaz'u tersebut :
  1. Mencukur rambut secara berceracak sana-sini
  2. Mencukur rambut bahagian tengahnya sahaja dan membiarkan rambut di sisi kepalanya dan sebaliknya.
  3. Mencukur rambut bahagian depan dan membiarkan bahagian belakang dan sebaliknya.
Untuk pencukuran disunatkan sampai habis / botak, kalau sulit dikhuatiri melukai kulit kepala si bayi yang masih lembut, boleh ditipiskan sahaja. Disunatkan mencukurnya dari kanan ke kiri, kerana setiap pekerjaan yang baik hendaknya dimulai dari kanan terdahulu.

Faedah aqiqah adalah sebagai ungkapan rasa syukur atas kelahiran seorang anak dengan melaksanakan salah satu syiar agama dan merupakan wasilah untuk taqorrub kepada Allah SWT khususnya bagi si anak yang baru lahir ke dunia.

sumber : http://www.mail-archive.com/syiar-islam@yahoogroups.com/msg05498.html

Monday, November 9

Ibu 19 hari..

Aku dalam proses 'menyesuaikan' diri menjadi seorang ibu. Hari ini sudah masuk hari yang ke 19. Tapi macam dah lama je rasanya. Padahal usia anak teruna aku ni tak sampai pon sebulan lagi. Sampai sekarang aku dok kelam kabut kalo dia menangis. Lama-lama nanti aku jadi biasa la tuu..

Usia Adam sehari..

Tidolah nak oiii.. lagipon kamu nak buat apa lagi. Dah besar sket ibu ajar kamu blogging ya..

Comel sungguh la anak aku ni. Maklum laa.. ayah encem mak pon comeiii
(stok angkat bakul sendirikk)

Adam dan ayah

Friday, November 6

Con te Partiro..

Dah bertahun-tahun aku cuba cari tajuk lagu nie ngan penyanyi dia sekali. Oleh kerana aku ni 'buta' bahasa Itali, aku biarkan jela. Cuma kebelakangan ni iklan coklat ferrero rocher kat tv ada background lagu ni. Aku siap kata kat suami aku lagi masa tengok iklan ni, "mamim suka tol lagu ni, tapi tatau apa tajuk dan sape penyanyi dia.." dan suami aku hanya tersenyum..

Dua hari kemudian, aku dapat sms dari suami aku - "andrea bocelli, con te partiro". Aku fikir bende alah apa lah laki aku taip nehhh, sejenis baby car seat ke?? Suami aku pon sms balik, "lagu iklan coklat yang mamim suka tu.." Aku pon trus la bukak youtube dan ya, memang lagu ni yang aku dok tercari-cari sekian lama.

Sebenarnya aku tak sangka yang suami aku ni ingat perkara-perkara yang aku anggap hal ini cuma perkara remeh bagi dia, sebab reaksi dia hanya tersenyum jekk. Tak sangka lak dia seorang thoughtful dan sanggup lak cari benda2 kecik macam ni. Dan ya, dia berjaya buatkan aku terharu.

Tuesday, November 3

Totally different

Kelahiran Adam Fahri membuatkan hidup aku berubah sama sekali. Setiap masa tertumpu pada si kecil ini. Tiada lagi tidur yang berkualiti, mandi lama2, makan santai2 tapi semua itu sedikit pun tak menjadi hal bagi aku. Sebab bagi aku, inilah pengalaman terindah dalam hidup. Hamil dan melahirkan zuriat aku dan suami. Aku sangat bersyukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnianya yang begitu berharga. Semua pengalaman ini tidak boleh dibayar dengan wang ringgit.

Bagi aku, 3 perkara penting yang begitu berbeza. Yang pertamanya tentang tanggungjawab. Kalau dulu aku hanya jaga diri sendiri dan suami sahaja. Ikut suka nak tidur pukul berapa atau makan kat mana. Tapi kini, seluruh masa aku terpaksa mengikut waktu si kecil Adam. Dia bangun tengah malam buta, aku pun kena bangun sekali , dia tidur siang, aku pon tidur siang. Ishkkkk..

Yang kedua tentang kegembiraan. Kalau dulu selalu hanging around dengan kawan2, g shopping ke, pilih2 kasut atau handbeg ke, tapi kini, Adam adalah segala-galanya. Aku tak fikir dah sandal Crocodile ke, handbag Bonia ke, sekarang hanya terfikir tentang baby cot la, stoller la, baby car seat la..

Yang terakhir adalah masa hadapan. Dulu aku hanya fikir masa depan aku jek, tapi bila dah ada anak, aku kena fikir masa depan dia sekali. Aku dah fikir tentang SSPN, penukaran nama wasi dalam insurans kepada anakku ini, tabungan kecemasan, permohonan kad insurans medikal dan lain-lain lagi.

Aku mahu menjadi ibu terbaik untuk Adam. Semoga dia menjadi anak yang baik, soleh dan mendamaikan hati ibu dan ayahnya.

BILA KO SIBUK..

Lama sungguh tak bersiaran.. laptop aku rosak.. aku sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga dan bekerja. Susahnya nak allocate masa.. kalo...