Wednesday, December 30

Gigi - 11 Januari

I wish that my husband would sing this song to me. Well, it's nothing special about 11th January but i really love the lyrics (will he sing this to me?? in ur dream laa uchee..haha!)

Catch the moments..

Adam's growing up so fast! As a working mom, i didn't have so much time with my baby (sorry dear..). Last night, when i cuddling my baby, i did realize something. He got more fairer skin, more taller and fleshy, gurgling, cooing more than usual, giving me affectionate smile that i never seen before.. it's really touch deep inside my heart. So, i decided to 'catch' that "gurgling, cooing, big grin" moments because i know, this time will never come again as he did growing up so fast..

cooing

staring

smiling

laughing

chubby

Thursday, December 24

Wanita..

"Ketika AKU menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuatkan bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun harus cukup lembut untuk memberikan keselesaan"

"AKU memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya"

"AKU memberikannya kekerasan untuk membuatnya tetap tabah ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh"

"AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya"

"AKU memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya ketika suaminya menemui kegagalan dan dilengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya"

"AKU memberikannya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, AKU memberikannya air mata untuk dititiskan. Ini khusus miliknya untuk digunakan bila-bila masa sahaja"

"Kecantikan wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakan, susuk tubuh yang ditampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya"

"Tetapi kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya - tempat dimana CINTA itu ada..."

Wednesday, December 23

Bidadari..

Seorang bayi bersiap untuk dilahirkan ke dunia. Dia berkata pada dirinya sendiri : "Para Malaikat mengatakan bahawa esok aku akan dikirimkan ke dunia, tetapi bagaimana aku boleh hidup di sana? Aku begitu kecil dan lemah?"

Tiba-tiba terdengar suatu suara : "Jangan bimbang. Aku telah memilih seorang bidadari untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihi kamu disana." Bagaimanapun bayi itu merasa bimbang dan takut untuk menghadapi dunia yang amat asing baginya.

"Di sini 'syurga', apa yang aku lakukan hanyalah menyanyi dan ketawa sepanjang hari. Ini sudah cukup bagi aku untuk berasa bahagia", kata bayi itu dalam nada yang cukup sedih.

"Jangan kamu bimbang. Bidadarimu akan menyanyi, sentiasa tersenyum dan menjagamu sepanjang masa. Dan kamu akan merasa kehangatan cintanya. Dengan semua itu kamu akan lebih bahagia daripada di sini", terdengar sekali lagi suara tadi.

"Tapi bagaimana aku akan mengerti apa yang dibicarakan oleh bidadariku jika aku tidak memahami bahasanya?" tanya bayi itu separuh merintih. "Bidadarimu akan berbicara kepadamu menggunakan bahasa lembut paling indah pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan mengajarkan kamu cara berbicara", berkata suara itu lagi.

Bayi itu masih tidak puas hati, dia terus juga bertanya : "Aku mendengar bahawa di dunia banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi aku?"

"Bidadarimu akan memberikan perlindungan kepada kamu dengan sepenuh jiwa dan raganya", balas suara itu. "Tetapi aku pasti akan merasa sedih kerana meninggalkan tempat yang begini indah", rintih bayi itu lagi.

Bidadarimu akan menceritakan segala-galanya. Dia akan mengajar kamu segala ilmu yang ada. Jangan bimbang kerana bidadarimu sanggup mengorbankan segalanya untukmu. Padanya, kamu adalah segala-galanya!

Di saat itu suasana menjadi begitu tenang dan perlahan-lahan bayi itu bertanya lagi : "Jika aku harus pergi sekarang, bolehkan diberitahu siapakah bidadari itu?"

"Kamu akan memanggil bidadari itu..... IBU!"

Monday, December 21

Biru???

Aku tak tau la, memang trend baju baby atau kanak-kanak yang dijual kat Malaysia ni lebih banyak menjurus kepada baby / kanak2 perempuan. Punya la banyak pilihan, design, dan sudah tentu kaler2 girlie such as pink, lilac, soft pastel colour..

Alkisah, semalam aku dan suami saje jenjalan kat Megamall Kuantan nak survey baby cot dan cari sweater untuk Adam memandangkan sekarang ni musim hujan, sejuk pula tu. So, dengan berbekal semangat Y.E.S (Year End Sale), kami pon berkobar2 aa g cari baby cot dan sweater, mana tau dapat murah yang tak terhingga ke..(kunun2 laa)

Masuk kedai Anakku, huhhh.. dari hujung dinding sampai la ke dinding nun sana tu, kebanyakkannya semua bebaju bebudak pompuan. Kaler pink2 belaka. Adehhh.. siap tanya kat sales girl Anakku tu, "Cik, ada tak sweater untuk baby boy?". Jawapannya, "Yang ni je ada kak" sambil menunjukkan sweater berbunga2 rambu ramba warna pink. Aku dalam hati, "ko cakap jela takde! yang ko nak g tunjuk sweater bunga2 tu pehal!"

So, aku jalan2 lagi area baby cot. Iya, memang ada diskaun 30% for all baby cots tapi dah less pon harga boleh bayar monthly sebijik kete Savvy! Ishkk..ishkkkk.. Tak jadi nak beli lagi. Then kami keluar dari kedai Anakku tu dan turun ke lobby, kebetulan ada plak Anakku punya sales kat bawah. Sia2 je aku naik atas, ruper2nya kat bawah lagi banyak pilihan, termasuk Fisher Prices punya toys dan produk2 Philip Avent. Cari punya cari, jumpa jugak la sweater untuk Adam. Tu pon kaler dah ala2 girlie. Kaler peach + oren gitu. Ambik jela. Tu pon mujur ada. Nak harapkan biru?? payoh aa..

Dapat gak sambar selai, tu pon dah kaler ala2 peach gitu. Nasib baik ada gamba gajah naik kereta, nampak la maskulin sket. Adam pon nampak lebih teruja bersama sweater barunya. Hehehe..

Wednesday, December 16

Adam + Car Seat = ZZzzzzz..

Kiutnye la anak teruna aku yang sorang ni tido.. dalam car seat pon lena juga. Adam.. Adam... macam2 gelagat kamu ni yaa...



Wednesday, December 9

Kronologi cahaya mata pertama kami Adam Fahri b. Fardy Hisham

Biasanya setiap penghujung tahun mesti aku akan post dalam blog mengenai suatu event terbesar dalam hidup aku. Macam tahun lepas, aku posting event ini tetapi tahun ini bertambah pula ahli keluargaku iaitu Adam Fahri, buah hati cinta kami berdua.

Pada bulan Oktober 2008, setelah dua bulan aku melayari kehidupan berumahtangga, aku dapati diriku hamil buat kali pertama. Hati memang teruja + bersyukur sangat. Ada rezeki Allah nak bagi kat kami berdua. Tapi bila 1st time aku guna pregnancy test, aku dapati line merah satu lagi kelihatan kabur dan pudar, sepatutnya dalam usia kandungan sudah mencecah 9 minggu, hormon Hcg aku kuat dan line merah pada pregnancy test sepatutnya terang. Tapi aku cuba sedapkan hati dengan berkata takde pape kott..

Akhirnya, sesuatu yang aku risaukan terjadi juga, tiba2 saja aku start bleeding dan makin lama makin banyak. Terus suamiku bawa aku ke klinik Al-Farabi dan doktor melakukan scan mendapati tiada janin dalam kandunganku. Aku keguguran tanpa diketahui sebab musababnya. Aku berdoa agar janinku gugur sepenuhnya (complete abortion) sebab aku nak elak daripada menjalani D&C iaitu pembersihan tisu2 janin di dalam rahim dengan menggunakan peralatan seperti spatula dan sebagainya. Komplikasi mungkin terjadi sekiranya menjalani D&C.

Setelah dua minggu bleeding, aku pergi scan sekali lagi dan doktor mengesahkan aku complete abortion. Alhamdulillah... Sedih memang la sedih tapi suami aku memujuk dengan mengatakan ada rezeki Allah nak bagi lebih baik untuk kita dan Allah mengetahui segalanya apa yang kita tidak ketahui. Oleh itu jangan la bersedih, mana tau baby tu tak cukup sifat ke, sakit ke.. Kata-kata suamiku dah cukup buat aku kuat semangat. Dan dia paling bersemangat kata ada banyak masa untuk kita buat baby lagi (cehhhh....)

Dan selepas sebulan kemudian, aku mendapati diriku hamil sekali lagi (wahhh.. apo subor bonar aku nehhh..) tapi aku tak teruja pun. Rasa biasa2 je sebab kalau ada apa2 terjadi pada kandungan kali ni, aku tak mau rasa sedih sangat. In fact, dah nak masuk 3 bulan pon aku rasa aku macam tak mengandung pun. Aku takde alahan sangat macam morning sickness, mengidam tah hape2 ke dan aku rasa semangat dan tak la lembik cam orang lain. Cuma mengidam nak makan cekedis Supering tu jek.


Positif mengandung kali kedua


Hamil 5 minggu


Hamil 9 minggu

Aku mula memahami realiti yang aku sedang mengandung apabila sudah masuk bulan ke-4. Sebabnya, masa aku pergi scan, aku boleh melihat degupan jantung anakku begitu cepat, aku boleh nampak struktur tulang belakang, kepala, tangan dan kaki dia. Ohhh, ada manusia dalam rahimku rupernya.. Dan bila dia start menendang, makin kuat rasa sayang aku kat dia ni.

Tarikh jangkaan aku bersalin 21 Oktober 2009, tapi sampai ke tarikh itu aku tak bersalin2 lagi. Dah aku kene induced untuk bagi laluan supaya bersalin.. Bila aku ingat2 kembali sakit kontraksi, fuhhhhhh.. tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata. Maklumlah, aku dipaksa bersalin, bukan bersalin secara semulajadi. Dalam masa 4 jam serviks ku boleh terbuka sampai 10cm, punya la cepat ritma kontraksi tu, tak sempat aku nak berehat. Sampai ketar2 tanganku. Suamiku slalu ingatkan aku supaya banyak2 ingat Allah, mengucap 2 kalimah syahdah sambil pegang erat2 tanganku. Lagi kuat sakit kontraksi, lagi kuat aku genggam tangan dia. Dan ye, aku lebih kuat dan bersemangat bila dia ada di sisi menemani aku di saat2 sebegini. Dan tepat 7.30 malam, Rabu 21 Oktober 2009, lahirlah seorang bayi lelaki yang diberi nama Adam Fahri.. Sebaik sahaja dia keluar, hilang serta merta rasa sakitku, yang tinggal hanya nikmat senikmat-nikmatnya. Lega teramat sangat..


Monitor degupan jantung Adam masa dalam kandungan


Bole le sengih2 sebab tak sakit lagi

Klinik Al-Farabi merupakan pusat rawatan keluarga Islam memang menyediakan bahan untuk membasuh uri dan bertahnik

Adam Fahri sebaik sahaja dilahirkan

Cover depan buku checking Adam Fahri

Selepas seminggu Adam dilahirkan, dia mengalami jaundis yakni warna kuning di kulit, mata putih dan gusi disebabkan serum bilirubin yang berlebihan di dalam darah. Hati aku rawan giler. Sebak tengok dia dalam keadaan macam ni. Oleh kerana Adam sudah sampai ke tahap 319mmol jaundisnya, dia terpaksa la kena tahan di dalam wad. Kalau tak ditangani dengan segera, akan ada komplikasi yang berlaku iaitu pekak, terencat otak, lumpuh dan kekejangan. Selama dua hari Adam di hospital dan diberi UV fototherapi. Alhamdulillah, jaundisnya menurun kepada 255mmol dan dibenarkan pulang.


Cian anak ibu ni..

Spek mata Adam yang pertama

Dan alhamdulillah Adam sihat setakat ini, sudahpun diberi suntikan untuk dos sebulan, menjalani adat mencukur rambut, dicukur botak oleh ibu dan ayahnya sendiri (hati kene kering oo nak cukur kepala anak guna pisau cukur, takut kot2 terluka ke kulit kepala dia..) supaya cerdas pemikirannya, insya'allah...

Adam Fahri botak sekarang ni

Tuesday, December 8

Apa yang aku baru fikir tadi - II

  • Dos suntikan Adam dah pon dibuat. Baik aku g Al-Farabi jek. Takyah nak tunggu klinik kerajaan ni lama2. Sampai sekarang tak tepon2 lagi. Tima kasih yea iPerintis & Mediclinic. Lain kali bagi kami rawatan percuma lagi. :-D
  • Tombol gear kereta aku dah pon dibaiki. Tu pun sebab aku terjumpa skru tombol gear kat alas kaki masa aku driving g bandar itu hari. Terus mood aku riang ria seperti biasa. Dan abah aku tak panggil aku *'musang' lagi. Hua hua huaa..
  • Borang SKT dan borang cuti dah siap diisi. Huu..
  • Sekarang cuma tinggal nak bayar roadtax + insurans + monthly installment jela. Apsal la kerajaan x bagi bonus tahun nehhh.. demn! Terpaksa la aku mengepau suamiku macam biasa. Hehehehehe..
* musang = garang

Wednesday, December 2

Apa yang aku baru fikir tadi

Perkara yang belum selesai lagi : -

  • Dos suntikan bayi sebulan untuk Adam masih tak buat lagi sebab klinik desa sebelah umah ni takde stok dos tu, padahal anak aku tu dah nak masuk 2 bulan dah.
  • Solusi : - Tunggu depa kol bagitau dah ada stok
  • Tombol gear kereta aku yang tercabut tu belum dibaiki lagi. Aku tak tau sape yang buat. Yang paling best tu, aku boleh tak tau benda tu tercabut, padahal tu kereta aku tuh. Sedangkan semua orang dalam umah aku dah tau termasuk la husband aku! (Hiding this things to me really make me pissed off!! )
  • Solusi :- Hantar Proton Servis & confront dengan siapa yang buat dan merahsiakan dari aku
  • Borang Sasaran Kerja Tahunan 2009 tak isi lagi. Benda yang simple tapi di'complicated'kan.
  • Solusi :- Pergi opis dan tiru Sheila punya. Abis cerita.
  • Isi borang cuti untuk bercuti seminggu pas habis maternity leave.
  • Solusi :- Pergi opis gak
  • Roadtax & insurans kereta aku tamat 30 Disember nanti (aduh aiii.. $$$$$)
  • Solusi :- Tunggu gaji dan guna saving yang ada.. woo wooooo...
Itu jela buat masa ni, sepatutnya lagi 2 minggu aku masuk kerja dah, tapi memandangkan ada perancangan lain, terpaksa sambung cuti lagi seminggu. So, tak dapat la cuti rehat aku tu dimasukkan dalam 'golden hand shake' huhuu..

BILA KO SIBUK..

Lama sungguh tak bersiaran.. laptop aku rosak.. aku sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga dan bekerja. Susahnya nak allocate masa.. kalo...