Friday, December 10

Cuti Maal Hijrah

Hari cuti adalah hari yang paling bahagia buat insan2 yang bergelar pekerja seperti aku dan suami. Boleh lepak2 kat umah sambil tengok tv atau movie, basuh baju, tido siang, kemas bilik, main ngan anak dan wat Choc Muffin. CHOC MUFFIN????

Bukan aku yang wat choc muffin ni. Percaya atau tidak, suami aku yang buat. Hohhhhhh??? Dengan penuh keazaman dan jati diri yang jitu lantas bersemangat dia mengaul adunan muffin tersebut. Aku dengan pantas mengambil digicam dan merakamkan aksi2 beliau (wahhhh.. beliau lagi tu..). Kebetulan Adam tengah tido, lagi la mudah beliau membuat kerja. Berbakat besar rupenye beliau ni. Dah 2 tahun lebih aku kawin, baru aku tau beliau pandai wat muffin rupenya!

Adunan terdiri dari serbuk koko, tepung naik sendiri, gula kastor dll.

Beliau mengaul adunan bagi lebih sebati.

Papercup dlm tempat masing2

Masukkan telur

Sukat minyak masak

Yeahhh.. tuang minyak (style campak2 je beliau membuat muffin)

Gaul pakai tangan je, takde pon mixer2 neh

"Usaha Tangga Kejayaan!!" kata beliau. (Semangat toll..)

Beliau kata kena masuk adunan separuh papercup je.

Hohhhhh!! Naik dah muffin beliau! Sungguh tak ku sangka!

Double boil coklat masakan + unsalted butter. Leh wat topping atas muffin. Aku tolong buat yang ni jela. "Ibu pinjam garfu plastik adam yea..." kataku kepada Adam yang sedang menonton iklan sambil mengoyang-goyangkan kepalanya.

Sejukkan muffin

Tadaaa.. Siap da Choc Muffin!!

Haaa.. Kan Dah Kene Bayar!


Saman trafik.. ohhhhhh.. saman trafik.. tak pasal2 kene bayar kat PDRM.. Seperti biasa, suami aku la drive masa nak g KL 6 bulan lepas. Dah kene speed trap bawah jejambat keluar simpang RnR Temerloh. Senyum je pakcik pulis semasa merekod kelajuan keretaku yang ketika itu 130km/j. Nak buat macamana, dah bawak kereta aku mesti la saman atas namaku, takpe.. takpe... (jangan harap aku nak bayar RM300 tu.. hahahaha!!)

30 November lepas, tetiba lak warga pulis menurunkan bayaran saman sebanyak 50%. Nak kutip utang la tu. Haishhhh.. kalo tak bayor karang hanya 1/2 tahun je roadtax leh renew. Tak kuasa aku nak ulang 2-3x kerja nak renew balik. Dengan rasa rendah dirinya, aku pergi la Balai Polis Trafik nak bayar saman punyer pasal. Sampai je kat sana, tak masuk balai pon lagi, mak aihhhhhhhh.. segerombolan manusia sedang berbaris bersimpang siur. Ada yang duduk tepi longkang, ada yang sedang berbaris sambil berkipas, yang mencangkung pon ada! Hohhhhhh.. tak bleh jadi nih! Aku tengok je dah pening, belum beratur lagi. Last2 aku blah dari situ.

Balik je opis, bukak MyEG.

Details saman

Servis caj RM2. Tak kesah arr.. Dari aku kene beratur, berkipas, berpeluh, mencangkung kat balai polis trafik tuh.

Nak bayar guna kredit kad pun buleh, tapi aku guna internet banking je.

Tadaa.. bayar guna online kan senang. Tak perlu bersusah payah beratur. Lain la kalo ada orang yang suka beratur. Aku malas.

Wednesday, December 1

Gaya Tido

Hampir setiap pagi aku akan ambil gambar Adam tido seblom aku bertolak ke tempat kerja. Biasanya guna kamera henpon jek. Nak kata habit, tak la juga.. Tak tahu la nape.. Agaknya bila dah jadi seorang ibu, gini la jadinya kot... huuu...

Ini Adam baru bangun tido. Muka tiada emosi.

Setelah beberapa hari aku ambil gambar Adam tido, baru aku sedari, gaya tido anak aku yang sorang ni sama jekkkk.. Nyenyak kot tido gaya gitu je...

Gaya 1

Gaya 2

Gaya 3

Gaya 4 (Cadar lain dah..)

Gaya 5

Mee Goreng Adam Mamak Style

Baru-baru ni aku macam teringin2 je nak wat mee goreng. Kenkadang kalo makan kat kedai tu macam tak brape kena dengan selera kita. Mee goreng kosong la, terlebih masin la, minyak lebih la.. Haishhhh.. Kalo masak sendiri ni, ikut selera kita nak goreng macamana. So, inilah Mee Goreng Adam Mamak Style! Sangat senang, mudah yang penting sedapppppp...

Bahan-Bahan :-

1 peket mee kuning (dibasuh dan ditoskan)
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji bawang merah (dikisar)
2 sudu besar cili boh (ikut kesesuaian)
2 sudu besar sos cili (ikut kesesuaian)
2 sudu besar sos tiram (ikut kesesuaian)
4 sudu besar kicap (ikut kesesuaian)
1 peket tauhu telur (diramas)
2 biji telur
udang (dibersihkan dan dibuang kulit)
isi ayam
sayur sawi
tomato ceri / tomato
perasa secukupnya
tauge secukupnya

Goreng udang dulu. Ketepikan

Goreng isi ayam dulu. Ketepikan.

Masukkan bawang putih dan bawang merah. Tumis sampai naik bau.

Masukkan tauhu telur yang telah diramas tadi. Tumis sampai masak. Kemudian masukkan pula sos tiram. Kacau dan biarkan seketika.

Masukkan pula cili boh, sos cili dan kicap. Tumis sampai mesra gitu..

Masukkan tomato ceri dan sawi

Masukkan semula isi ayam dan udang yang telah siap di goreng tadi.

Setelah digaul sebati, masukkan telur dan biarkan seketika. Gaul lagi dan masukkan bahan perasa.

Masukkan mee kuning

Setelah dikacau sehingga sebati semuanya, tutup api. Masukkan tauge dan gaul lagi sekali.

Mee goreng mamak satu siapppppppp!!!

Result :-
Bibik angah 3x tambah (Ni sape jadi bibik ni, aku ke dia nihh???)
Suamiku 2x tambah (aku suka tengok dia makan.. saje nak bagi dia muncet lagi)
Adam semangkuk kecil (bersungguh2 anak aku yang sorang ni makan..)
Dan aku 2x tambah
Yang lain pergi KL, tinggal aku 4 orang ni je kat umah.

Klik untuk resepi yang lain :-

Friday, November 19

Kenali Tayar Kereta Anda..

Tips Penjagaan Tayar Kereta



Berikut beberapa panduan apabila anda mahu menukar tayar kereta.

1. Mula-mula pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Kalau Proton Gen-2 standard, dan kita hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 16 inci. kerana jika kita menggunakan saiz 17 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, kesemua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayatnya dan yang paling penting, minyak akan lebih sedikit.

2. Selepas mendapat saiz yang sesuai, cuba perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang seperti dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar di kilangkan (minggu dan tahun) dan batch pengeluaran di kilang. Jadi apabila tayar tidak memenuhi spesifikasi , maka senang bagi pihak pengeluar menarik balik tayar di pasaran. Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas di kilang (selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamat digunakan). Saya beri contoh rangkaian nombor yang ada 4001 bermaksud tayar tersebut di kilang pada minggu ke 40 tahun 2001 dan tarikh expired tayar tersebut sepatutnya minggu ke 40 tahun 2003. Jadi sekiranya kita dapat ada kedai yang menjual tayar dengan harga yang luarbiasa murahnya, cuba periksa tarikh tayar tersebut di kilang, mungkin tayar tersebut adalah tayar yang telah tamat tempoh penggunaannya. Dari pengalaman yang pernah diceritakan kepada saya, tayar yang telah tamat tempoh ini akan lebih senang meletup semasa kelajuan tinggi.

3. Tentang saiz tayar, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Biasanya seperti contoh ini 205/50 VR 16 maksudnya, tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan tayar (dari rim ke permukaan jalan) adalah 50 % dari kelebaran 205 mm, dan untuk kegunaan rim bersaiz diameter 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar tersebut sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar. Sekiranya dipandu lebih dari kelajuan tersebut, sifat fizikal akan berubah dan besar kemungkinan tayar tidak lagi berfungsi dengan baik.

4. Tentang jenis tayar pula, kebanyakkan kita lebih suka memilih tayar import terutama dari Japan. Harganya lebih mahal dan dikatakan lebih lembut. Memang benar, tayar seperti Michelin, Yokohama, Falken etc. lebih lembut kerana, tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana yang kurang panas dan apabila digunakan di Malaysia yang sememangnya panas terik, tayar tersebut akan mempunyai jangka hayat yang pendek (cepat habis bunganya). Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah. Jadi kalau kita hendakkan tayar yang senyap, kita terpaksa lebih berhati-heti semasa hujan.

5. Tayar sepatutnya di tukar kedudukannya setiap 3 bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (untuk 4 tayar sama saiz). Lebih baik sekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam rotation tukaran tayar. Caranya, masukan tayar ganti ke kanan belakang, belakang kanan ke depan kanan, depan kanan ke belakang kiri, depan kiri ke dalam boot ganti, belakang kiri ke depan kiri. Semua rotation ini bergantung kepad jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta.

6. Jika kita perhatikan bunga tayar selepas beberapa lama. Bunga mula menghaus. Sekiranya kadar kehabisan bunga di bahagian tepi kiri kanan tayar lebih cepat berbanding di bahagian tengah, ini bermaksud selama tekanan tayar adalah kurang dari yang sepatutnya. Sekiranya bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan terlalu tinggi. Sekiranya haus di bahagian luar sahaja, tayar kita terlalu mencapah ke dalam dan jika haus bahagian dalam sahaja, tayar kita terlalu mancapah ke luar (allignment tayar perlu dibetulkan). Sekiranya bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka absorber kita perlulah diganti.


Tuesday, November 16

1st Tagged

Pertama kali aku di tagged. Dan aku di tag oleh Paksu. Maklum laa.. aku ni low profile gitu.. Wat blog pon syok sendirik2 jea.. Aku rasa blog aku tak menarik pun untuk orang lain baca. Walawehhhh... Orait, demi paksu adam, aku jawab jugak la 25 perkara tentang aku.. jeng jeng jenggg...

1) Adakah anda tahu...
Pada awalnya aku nak letak nama anak lelaki aku FARHAN HAZIQ, tapi ntah macamana, leh tersangkut lak nama ADAM FAHRI.. (hohh??)

2) Adakah anda tahu...
Aku dah ada lesen kereta 10 tahun lalu, tapi aku baru je guna kereta 2 tahun lepas..

3) Adakah anda tahu...
Aku tak suka politik. Dalam blog aku tak sentuh langsung pasal isu politik. BORED!

4) Adakah anda tahu...
Aku suka lagu ala-ala TECHNO dan POP DANCE. (Laki aku annoyed giler bile naik kete aku.. Haha!)

5) Adakah anda tahu...
Aku ada kucing nama JAMIL, abah aku kutip tepi jalan. Tapi kini Jamil lari bersama "gadis pojaan" hatinya dan tak balik2 umah daa..

6) Adakah anda tahu...
Aku jatuh cinta pandang pertama pada seorang mamat specky rambut lurus sedang baca komik Doraemon ketika tunggu bas 10 tahun lepas. Sekarang mamat tu dah jadi SUAMI aku. Hehehe.. Dan aku masih cintakan dia hingga ke saat ini :-)

7) Adakah anda tahu...
Aku teringin nak berkawan dengan Mak Nyah tapi sampai sekarang takde Mak Nyah nak kawan dengan aku..

8) Adakah anda tahu...
Aku tak suka hadiah girlie2 macam tedi bear ke, music box ke dan sewaktu dengannya. Aku lebih suka benda2 praktikal dan gadget2.. (kalo dapat iPad best nihhh!)

9) Adakah anda tahu...
Aku takde Card Credit!! Bukan aku tak layak atau tak mampu, tapi aku tiada keperluan nak pakai kad plastik tu buat masa ini. "50% beban hutang anda hilang sekiranya tidak menggunakan kredit kad," bak kata AKPK masa diorang datang bagi taklimat kat opis aku bebaru ni.

10) Adakah anda tahu...
Ini wallpaper desktop aku sekarang


11) Adakah anda tahu...
Aku masih lagi pakai henpon HP Nokia 3500C yang suami aku hadiahkan 3 tahun lalu...

12) Adakah anda tahu...
Aku pandai bawak motor ketika berumur 9 tahun. Abah aku suruh aku pergi kedai bawak motor semata-mata untuk beli rokok dia (alasan abah aku : supaya aku berdikari. ada ke.. aiyaaa...)

13) Adakah anda tahu...
Semasa aku memohon pinjaman kenderaan untuk membeli kereta, aku nak beli Proton Gen-2 atau Kia Spectra. Malah bank luluskan kedua2 loan tersebut (sebab aku penjawat awam kot..) Last2 aku pilih Proton Gen-2 sbb Kia Spectra RM10K lagi mahal. Huhuhu!

14) Adakah anda tahu...
Skuter Moskito 125z adalah kenderaan pertama aku, and i'm so proud of it! Sekarang aku pass skuter tu kat adik bongsu wat blajar kat Arau sana.

15) Adakah anda tahu...
Aku ada 6 orang adik beradik. 3 lelaki dan 3 perempuan. Abang sulung aku meninggal 3 tahun lepas kerana kanser usus pada usia 32 tahun. :-(

16) Adakah anda tahu...
Tapak tangan aku jenis basah / lembab. Sebab tu tapak tangan aku lembut aje.. Hahahaha (gilak perasan!)

17) Adakah anda tahu...
Bacaan aku minggu ini, BUMI CINTA by Habiburrahman El-Shirazy, NEVER LIE TO A LADY by Liz Carlyle dan CELIK WANG by AKPK.

18) Adakah anda tahu...
Movie last yang aku tonton kat umah : HARRY POTTER - The Order of The Phoenix, Sabtu lepas.

19) Adakah anda tahu...
Minyak wangi aku yang terkini adalah OUTSPOKEN by Fergie


20) Adakah anda tahu...
Aku ada 4 nama timangan : Atie, Mummy, Mamim & Uchee

21) Adakah anda tahu...
Aku ada beberapa buku cerita kanak-kanak karya ENID BLYTON. Buku aku paling favourite - The Faraway Tree. Membawa aku ke alam fantasi bersama Jo, Bessie & Fannie.

22) Adakah anda tahu...
Blood Group aku adalah A+, begitu juga dengan anakku Adam Fahri

23) Adakah anda tahu...
Aku tak suka pakai barang kemas. RIMAS!

24) Adakah anda tahu...
Aku hanya ada sebatang lipstick sahaja. Tu pun pakai sekali sekala jek. Selalunya aku just apply Vaseline je.

25) Adakah anda tahu...
Aku suka beli cadar, aku ada lebih dari 10 pasang cadar. Aku suka mengemas dan mengecat juga. Masak kadang2 jek. Huhuhu!

So, aku nak tag KUNCISUDU!

Sunday, November 7

Musim Tengkujuh sudah bermula..

Di sini hujan hampir setiap hari.. Sudah bermulanya Angin Monsun Timur Laut yakni dari awal November hingga Mac nanti (jadi cikgu Geografi jap). Tidur malam pun terasa sejuknya. Setiap kali Adam tidur, dia mesti akan mengerekot di sisiku. Serapat yang boleh. Aku suka je.. Bau rambut dia, haba tubuhnya.. Nyaman je...

Cuaca petang pun tidak menentu.. Pukul 6 lebih pun sudah terasa gelapnya. Hujan gerimis sentiasa menemani suasana di sini..

Gumpalan awan gelap di ufuk horizontal.. Jam 6.54pm

Awan 1

Awan 2

Awan 3

Awan 4


Jam 7.06pm.. sudah mula hujan, angin bertiup sederhana kencang, suasana sudah mula gelap

Saturday, November 6

Petua Moden

Di sini aku ingin kongsikan petua moden untuk menjaga butiran permata atau manik pada keronsang / kasut dan lain-lain agar tidak mudah tercalar, tercabut dan pudar. Apa yang anda perlu hanyalah pengilat kuku kaler jernih. Itu sahaja. Tak mahal pun, hari tu aku beli RM3.99 je sebotol. Sapukan sahaja pada keronsang atau permata kasut anda dan biarkan kering. Pengilat kuku itu berfungsi sebagai gam dan melindunginya daripada calar dan pudar :-)

Aku suka kaler hijau, so aku amek la model2 keronsang kaler hijau..

Sapukan je pada keronsang dan biarkan kering

Sapu la pada semua keronsang yang anda ada..

Aku juga suka pada si Ijau Froggy (sebab dia hijau), aku ada banyak benda 'berasaskan' Froggy ni, malas je nak tunjuk dalam blog.. hehehe..

BILA KO SIBUK..

Lama sungguh tak bersiaran.. laptop aku rosak.. aku sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga dan bekerja. Susahnya nak allocate masa.. kalo...