Posts

Showing posts from January, 2010

Waktu riang bersama Maktok & Tokwan

Image
Adam Fahri bersama Maktok & Tokwan merangkap mak & pak mentuaku. Aku saja post gambar mereka supaya bila Adam dah besar sok, dia boleh tengok blog ibu dia ni dan aku nak dia tau betapa Maktok & Tokwan sangat sayangkan cucu sulung dia ni. Aku nak hargai saat-saat sebegini sebab aku tatau aku boleh hidup sampai bila dan juga orang-orang tersayang di sekeliling aku ni.

Maktok kuat dokong Adam ni

Nanti dah besar sok ngaji Quran ngan Maktok ye Adam..

Adam lena dipangkuan nendanya..

Tokwan beli apa tu untuk Adam?? Hehehe..

Adam's 1st Outing

Image
1st taim aku bawa anak bujang aku ni keluar berjalan-jalan kat East Coast Mall. Memang agak teruja sebab keluar bertiga untuk bersantai-santai sambil shopping2 dan makan2. Tu pon disebabkan sebelum tu kami bawa dia keluar jumpa doktor kat klinik Al-Farabi untuk imunisasi 2 bulan. Banyak persediaan nak bawak dia ni keluar. Beg dia penuh dengan diapers, 3 bijik botol susu, termos, wet wipes, baju, tuala kecik, pacifier dan paling penting stroller! Aku dok larat nak dokong baby 5.1kg ke sana sini. Mau senget bahu oooo.. Dan ya, pada mulanya Adam agak merengek2 sket (sebab dia tak suka baring sangat), aku pon adjust seat stroller tu ke depan sket supaya dia boleh tengok pemandangan. Terus mood dia baik sebab dapat tengok pelbagai barang yang tersusun dan suasana yang bingit dengan lagu dan suara orang ramai. Pandai anak aku ni bawa diri kat tempat orang ramai. Taim kami lunch kat Black Canyon pon dia boleh siap tertido dalam stroller. Lenkali ibu dan ayah boleh bawak Adam berjalan2 lagi y…

7 Januari 2010

CINTA.. hmmm.. topik yang bagi aku sangat subjektif. Adakah aku sedang jatuh cinta? Ya. Sesungguhnya. Adakah hati aku sentiasa penuh dengan kasih sayang tak berbelah bagi? Of course.. no doubt about that.. Definisi cinta bagi aku senang je, cinta itu give and take. Memberi dan menerima. Perkongsian naluri dua orang manusia. Dan mengapa Allah jadikan jari jemari kita ada celah di antaranya? Kerana celahan jemari tersebut diisi dan di genggam oleh pasangan kita.. Jatuh cinta hanyalah satu permulaan, namun untuk mengekalkannya bukanlah satu perkara yang mudah. Tipulah kalau aku kata aku tak pernah bergaduh, tapi jenis aku ni, aku tak tahan marah atau merajuk lama-lama. Aku bukanlah jenis keras hati atau mempunyai ego yang tinggi. Kalau sememangnya aku yang salah, aku pasti akan meminta maaf dan sekiranya bukan kesalahanku, aku akan sentiasa memaafkan. Life is short, kita tak tahu kita boleh hidup sampai bila. Kita tak tahu adakah kita akan hidup bersama suami yang kita cintai sampai ke h…

Like mother like son???

LIBRA (Sept 24--Oct 23)

This child loves beauty and comfort. He will often act as peacemaker and go-between, unable to bear discord and inequality. At times, he tries too hard to please everyone so seems indecisive. He is fair, honest and never gives avoidable offence, but can be strong-minded. He loves security and the company of others; a loyal friend and champion.
Personality key: Aesthetic, decorative, loving, cooperative, harmonious, fair, sociable and likes equality. • Parent power: It is a mistake to think that the unassuming Baby Libra can be pushed around.
http://www.babycenter.com.my/pregnancy/naming/astrobabes/#20

P/S : Adam sama perangai dengan ibu.. bulan sama kan Oktober + Libra lagi. Leh jadi geng ibu. Ayah jangan jeles. Ngeh3!!