Tuesday, February 23

Cinta Tanpa Syarat

"Wahai anak, kamu mungkin lebih bijak daripada kami, tetapi kamu tidak mungkin dapat mengatasi kasih seorang ibu dan bapa. Kamu hanya mampu mengasihi kami selepas kamu bijak, tetapi kami mengasihi kamu sebelum kamu lahir!"
- Saifulislam.com

Wednesday, February 17

Balik kampung... Hohohoooo.. Balik kampunggg!!

13 hingga 15 Februari 2010 baru-baru ni, aku & angah sekeluarga, abah, mak & akim serta acik berpakat untuk menziarahi nenekku di Batu Pahat, Johor. Dah lama aku tak balik kampung.. memang dah lama.. memang patut pon aku balik kampung ziarah nenek aku yang kini sudahpun mencecah 86 tahun.. last skali aku balik tahun 2007 lepas. Masih bujang remaja riang ria lagi taim tu (remaja lagi ker kalo tahun 2007 pon aku dah 26 tahun... huhu!). Semua adik beradik aku balik kecuali Lily yang "terpaksa-rela" mengikut suaminya bercuti ke Langkawi kerana"family day" opis suaminya.

Kami semua menaiki 3 buah kereta dari Kuantan, terdiri daripada 12 orang ahli keluarga dan acik terus datang dari KL straight to Batu Pahat. Meriah memang meriah dan aku pon bertujuan nak bawa Adam jumpa moyang (Tok Yang) dia. Tu pon sebab Tok Yang selalu tanya bila nak bawa Adam jumpa dia. Aisehhhh.. memang wajib balik dah ni..

Banyak yang dah berubah sejak 3 tahun aku tak balik kampung. Bumbung sudah diganti, ada sofa dan tv baru serta bahagian dapur telah dinaik taraf daripada kayu kepada batu. Suasana kampung aku masih seperti dulu, dengan baunya (bau pokok @ asfalt setelah hujan berhenti), parit depan rumah, suasana bising jiran sebelah serta bunyi kokokan ayam. Beberapa ekor ayam nenek aku siap berdiri atas bumbung Storm abah aku sambil "berborak2" dengan rakan sebayanya. Dah la tu, siap "ceret baekk punye" meninggalkan bukti bahawa mereka2 ini pernah bergurau senda di situ. "Alahhh.. nanti hujan hilang la taik tuu" kata abah sambil sambung baca paper kat kerusi kayu. Huh!! kalo kene la kat kete Gen-2 aku, jaga baik aa ayam2 ni semuaaaaa!! (Ngan haiwan ternakan pon buleh carik gaduh.. Hahaha!) Adam yang baru belajar nak fokus terhadap pemandangan dan pergerakan pun teruja tengok haiwan yang digelar ayam itu. "Tengoklah nak, nanti bila kamu dah ada gigi, kamu boleh la makan ayam tuu" aku bermonolog dalaman sambil mendukung Adam Fahri..

Percutian aku kali ni memberi kesan ke dalam hidup aku. Bila aku lihat wajah nenek, entah bila aku dapat ketemu dia lagi. Masih sempatkah pada pertemuan yang akan datang? Aku tiada jawapannya..

Adam Fahri bersama Tok Yangnya (Generasi paling tua bersama paling muda)

Parit depan umah Tok Yang

Adam Fahri tido dalam kete bersama caterpillarnya. Tak bawak car seat, takut dia penat dan tak tahan nak duduk lama. Baringkan lagi bagus. Tido pon lena.

Pasukan Rumah Angah (Adam terselit skali)


Suasana depan umah Tok Yang

Ibu dan Adam - sunset Pantai Minyak Beku

Pasukan Rumah Adam

Pasukan Rumah Adam lagi

Kalo tido mesti ada caterpillar..

Aksi ala-ala Baywatch

Kamu ni memang comel la Adam. Ibu yang tengok hari2 pon geram. Dah la mata bulat. Ikut sape la tuu..

Adam kelihatan bulat seperti ayahnya.. (oppss.. opppssss!)

Thursday, February 11

Selesai membaca...

Aku baru selesai membaca dua buah buku untuk iaitu, Ikhtiar Hidup Di Siberia, Jeong Jun Gyu dan Aku Terima Nikahnya, Hasrizal Abdul Jamil (Saifulislam.com). Pengisian yang sangat menarik, sangat menyentuh jiwa dan memberi ilmu pengetahuan yang sangat berguna (mungkin sebab suamiku yang hadiahkan). Actually, aku jarang baca buku-buku sebegini kerana sebelum ini minat aku lebih tertumpu kepada penerbitan berbahasa Inggeris, mungkin disebabkan core business tempat kerja aku tertumpu kepada bahasa ini. Namun sejak berkahwin dengan Fardy Hisham ni, minat aku beralih arah kepada kategori bahan penerbitan berbentuk ilmiah pula. Suami aku rajin beli majalah Solusi keluaran Telaga Biru dan beberapa bahan ilmiah bercorak metafizik yang semestinya bukan fiksyen dongengan semata-mata..

Ikhtiar Hidup Di Seberia.. Antara info yang menarik :-

  • Berat udara bagi 1 m ³ mencapai 1.25kg! (Serius aku tatau udara ada berat! Haha!)
  • Menghasilkan sabun daripada minyak masak terpakai (erkk.. kalo guna minyak goreng ikan mesti badan bau ikan goreng lak.)
  • Mengajar kita bagaimana memberi pertolongan cemas sekiranya tulang patah sama ada bahagian bawah siku, atas siku dan juga tulang lutut.
  • Jika kucing garu2 muka, bermakna hujan akan turun? - Kucing menggosok muka dengan kaki depan kerana tahap kelembapan udara meningkat tiba-tiba. Ini menyebabkan kutu bergerak lebih aktif. Peningkatan tahap kelembapan dalam udara menandakan hujan akan turun. (Ada benarnya.. Teringat dulu aku ada bela kucing nama Jamil. Abah aku kutip kat tepi jalan.. Tapi kini Jamil dah lari bersama pasangannya.. )
  • Dan pelbagai lagi info menarik.

Aku Terima Nikahnya.. Haaa.. buku ni boleh di 'shortlisted' antara buku yang paling gemar aku baca. Aku sejak jadi isteri dan ibu ni jiwa jadi lebih halus dan sensitif. Antara petikan yang boleh diambil iktibar untuk bermuhasabah diri sendiri ialah :-


  • "Terimalah pasangan kita seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai.."
  • "Bagi pasangan yang berumah tangga, setahun dua pertama, biasanya indah dan ditambah lagi dengan kedatangan cahaya mata penambah seri.Tetapi masuk tahun ketiga dan keempat, hubungan suami isteri akan teruji. Mudah terjadi, suami mula mudah marah terhadap isteri. Manakala isteri pula kerap tertekan dengan 'warna sebenar suaminya' "
  • "Bukti terpisahnya suami daripada seorang isteri lantaran kerja, tidak menimbulkan prasangka apa-apa kerana kedua-duanya saling mengikat diri kepada Allah. Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah.."
  • "Restu ibu bapa.. Lebih besar dan agung dari segala motivasi dan rawatan kaunseling yang ada di alam maya ini. Maka jangan sesekali disingkirkan restu ibu bapa daripada sebuah perkahwinan yang ingin dibina. Ini soal restu.. "
  • "Pandanglah isteri dengan pandangan hati, kerana hati itulah yang memberi makna kepada pasangan hidup kita. Walaupun sudah dimamah usia, dialah separuh hidup kita"
  • "Anak-anak, jiwanya tidak sebesar ibu bapa. Kasihnya kadang-kadang tidak sampai ke makam ibu dan bapa. Namun seorang ibu dan ayah, mampu menahan pedih dan perit membesarkan anak-anaknya. Bukan setahun dua, malah majoriti nyawa dan usia. Mereka mampu membelai, mereka mudah memaafkan kita, kerana mereka kasih dan cinta, dengan cinta tanpa syarat.."
  • "Kalau ikut pengalaman saya di hospital, orang yang baik-baik memang sakit bersalin, tetapi senang melepaskan nyawa bila nak mati. Tetapi perempuan zina, memang cukup mudah semasa bersalin, tetapi ketika nazak, na'uzubillah.."
  • "Jika mahu bercinta, jangan merancang hanya ke pelamin. Masukkan sekali urusan lampin. Kerana rumah tangga bukan Utopia cloud nine. Ia adalah kombinasi suka dan duka. Namun dalam duka tetap ada bahagia, itulah nikmat hidup berumah tangga. Medan memberi yang paling mulia"
  • "Keindahan itu berubah kepada suatu keadaan baru dengan ketibaan cahaya mata kurniaan Allah. Hanya Dia yang tahu betapa hebatnya perasaan saya dan isteri semasa mendukung anak buat kali pertama.."

Wednesday, February 10

The apple of my eyes...

Apakah yang perlu dititik beratkan dalam membina kualiti keluarga yang bahagia? Mungkin sesetengah orang akan kata, "aku memberi segalanya yang terbaik untuk anak aku.. aku belikan dia baju yang mahal-mahal, kasut bayi jenama terkenal, stroller atau car seat yang mencecah hampir seribu ringgit, mainan jenama tertentu yang sudah tentu mencecah 400-500 ringgit..". Perkara ini bagi aku sangat subjektif. Masing-masing ada pendapat masing-masing.. Tapi bagi aku, kualiti kebahagiaan terbit dari dalam diri, bukan sekadar material luaran semata-mata.

Aku sudah cukup bahagia dengan adanya anak dan suami aku di sisi, ada di depan mata, sentiasa ada sewaktu aku memerlukan. Tak perlu material yang mahal-mahal atau pergi ke tempat percutian yang hebat-hebat. Aku sudah cukup bahagia dan terharu kalo suami aku datang bersama anak teman aku berjogging di Taman Tasik Bandar, Indera Mahkota, tengok dvd atau membaca surat khabar bersama sambil minum kopi di pagi Ahad, peluk anak sambil tengok kartun Shaun the Sheep, melakukan kerja rumah seperti basuh baju, cuci pinggan atau pergi basuh kereta bersama, waima sekadar membawa anak berjalan-jalan di depan rumah. Konteks perkahwinan adalah berkongsi. Berkongsi hati, memikul beban bersama dan merancang masa depan yang lebih baik.

"Rumah kecil atau besar bukanlah ukuran, yang penting bahagia di dalamnya.."


Ayah dan Adam teman ibu jogging ni (tapi ibu tak kurus2 lagi ponnn?? woo.. wooooo....)

Ayah bawak Adam g taman mainangg..

Lebih kurang jek dua beranak ni..

Adam manja ngan ayah ni..

Tuesday, February 9

Aku, kamu dan dia..

Dah lama tak update blog, mungkin sebab PC opis yg semakin membengong setiap hari (buat kat opis sbb tu je yg ada masa), keje yang melambak2 tapi kurang motivasi nak menghabiskannya, kene keje malam hampir setiap hari weekdays, dan karenah anak kesayangan aku yang semakin demanding (bila tido nak ibu ngn ayah peluk, cium, sayang dia dulu, susu pon kurang dah nak minum, air kosong lagi la tamau, belajar berguling dan slalu minta di dukung ke hulu ke hilir). Adam Fahri mengajar aku menjadi individu yang lebih penyabar. Benarlah kata orang, kehadiran anak menambahkan lagi keceriaan dan ikatan kekeluargaan juga bertambah erat. Terima kasih Adam kerana mengajar ibu menjadi lebih matang dan lebih bertanggungjawab. Terima kasih buat Fardy Hisham juga kerana bersabar dan tak pernah jemu melayan karenah diriku ini.. I love both of you more than you guys can imagine..

BILA KO SIBUK..

Lama sungguh tak bersiaran.. laptop aku rosak.. aku sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga dan bekerja. Susahnya nak allocate masa.. kalo...