Tuesday, March 30

Terbang.. Terbanglah Tinggi-Tinggi...

Hari yang cukup menjerihkan bagi aku. Fizikal dan emosi. Pepagi lagi aku kena ganti orang keluar operasi kat Jengka 15 dan Kota Gelanggi (somewhere in Jerantut). Sepatutnya aku kena kerja sampai malam hari ni kat opis, tapi ada hikmah disebalik "pemilihan" aku untuk join operasi hari ini.

Lebih kurang jam 4 petang, setelah selesai operasi di sana, kami pon sampai la kat Kuantan. Masa kat dalam basement opis, dari jauh aku tengok apsal la tayar belakang kereta aku ni macam tak cukup angin jekk.. padahal baru je pam minggu lepas.. Musykil sungguh rasanya. Tapi takpela, masa aku nak isi minyak nanti, aku pam la skali.

Baru je aku nak keluar dari basement tu, aku dengar orang terjerit2 panggil nama aku. Tu nasib baik dengar, sebab aku ni jenis suka pasang lagu kuat2 dalam kereta. Aku tengok dari side mirror, Herry sama Zaidi (colleague sama2 g operasi tadi) berlari2 kat arah aku. "Awat la depa ni, aku dah la nak balik tengok adam, sebok jek!" aku bermonolog dalaman. "Atie!! tayar kete mung pancit tuhhh!!" aku dengar Herry jerit. Hohhhhh!!! PANCIT?????? pulok dohhhhh!!! apa aku nak buat nihhh???? (dalam fikiran aku dah fikir nak tinggalkan kete kat situ dan suh laki aku amek je nanti)

Aku pon keluar aa dari kereta, mak aihhhhhhh... pancit sepancit-pancitnya tayar belakang kiri kereta aku.. sampai sport rim tu sikit lagi nak cecah lantai. Waaaaaaaa... Aku panik dah.. 1st thing dalam otak aku, tepon laki.

aku : "ayah, kete ibu pancit la! guano nihhh??"
suami : "pancit ye.. (dengan nada biasa2 je) HAHHH!! Pancit kat mana?? (baru sedar situasi sebenarnya)"
aku : "ada kat dalam basement opis ni, tayar belakang pancit sampai cecah sport rim"
suami : "macamana tayar boleh pancit?? (soalan lazim)"
aku : "mana la ibu tau! tiba2 je 'dia' pancit. Tapi Zaidi sama Herry ada tolong skali ni (aku nampak kelibat Zaidi amek 'jack' tayar kat dalam bonet dia)"
suami : "kalo ada kawan tolong takpe la.. "(harapan aku agar laki aku ni datang tolong aku)
aku : "hah! takpela kalo gitu!!" trus aku off henpon.

First time aku tengok rupa jack tayar, macamana nak guna, macamana nak naikkan kereta tu, macamana orang bukak nut & bolt tayar, cabut tayar dan pasang balik guna spare tyre.Fuhhhh.. bukan keje senang.. berpeluh gak mamat dua orang tu. Aku dok tepi je, aku tau bawak kereta je, tak pandai nak tukar tayar pon. I did learn my lesson today. What if kalo pancit tengah jalan ke, sebelah by pass ke? Tak ke naya aku nanti?

Setelah depa pasangkan spare tyre aku, depa bgtau la suh p kedai tayar pasni, tak boleh bawak lebih dari 80km/j dengan tayar ni. Aku dah berkira2 brape la duit dalam handbag aku ni ada kalo kene tukar 2 bijik tayar baru sekaligus.. (walaupon sebijik je rosak, kena cover dua2 bijik tayar untuk bagi seimbang).. waaaaaaa....

kesan bulat tu kene gesek ngn sport rim dia la.. takleh guna dohh..

close - up kesan gesek

kelihatan sebelah tayar kecik, sebelah besar

ni la rupa spare tyre, cam tayar kete sorong jekk..

nipis jek tayar ni, patut la tak bleh bawak lebih 80km/j

empat2 tayar tadop..

chambering & balancing

pinjam tayar kedai, sok datang balik (tayar kene tinggal untuk baiki balik rim yang bengkok)

tayar baru, sport rim lama

tayar pinjam (walawehhhh.. cam matching2 jek ngn keretaku)

hati berkenan pulok dohhhh (satu set sport rim 16 inci ni= RM 1.3k - 1.5k)

Korang tau bape aku kene bayar untuk semua ni??
  • Tayar baru GoodYear 15 inci 2 bijik= RM350 (termasuk sebijik yang telah di trade in)
  • Chambering = RM150
  • Balancing = RM14
  • Baiki rim bengkok = RM70
  • Upah = RM46
  • TOTAL UP = RM630
Dalam beg duit aku ada cash money rm450 jek, aku mana bawak cash money lebih2. Dalam bank ada la. "Tauke, sok saya datang amek tayar, baru saya bayar yang balance punya aaa!!!". Tauke tu tau aku mesti datang punya, sebab tu dia sengaja pasangkan tayar pinjam sebijik 16 inci, dan selebihnya 15 inci.. pasti tak balance punyaaa.. Hampehh!!

Terbang.. Terbanglah tinggi-tinggi RM630 kuuuu.. tambah rm70 dah boleh buat bayar bulanan keretaku sebulan. Sib baik aku dah bayar ansuran kereta tu bulan ni. Duit shopping2ku sudah tiada.. waaaaaa...

Thursday, March 25

Keretaku terguris luka..

Kejadian ni dah lama dah, isnin minggu lepas.. aku baru sampai umah petang tu dari tempat keje. Masa aku nak masuk parking dalam garaj tepi umah, aku nampak mak aku sedang meriba adam kat buaian tepi pintu dapur. Hati aku terdetik, "kesian mak aku ni, lately aku tak pernah ajak dia kluar jalan2..". So, aku pon kabo la kat mak aku, "Jom mak jalan2, round2 sg.isap ni ke.. kalo nak kuar g TC kita tunggu la Fardy sampai nnt..". Mak aku dengan wajah ceria trus amek tudung yang tergantung belakang pintu dapur dan dokong adam masuk dalam kete aku.

Aku pon drive la macam biasa.. ntah macamana aku boleh sampai depan umah mak mentua aku. Mak aku pon dah lama tak p umah besan dia. Padahal bukan jauh pon, belakang umah aku tu je haa.. Mak mentua aku suka la kami bertiga datang. Aku tengok mak n mak mentua aku berborak2 dan siap gelak ketawa macam kawan dah lama.. Ayah mentua aku plak tengah berkebun kat belakang. Bila dah nak maghrib baru la kami pulang..

Tapi ntah macamana, aku boleh terlanggar pasu bunga mak aku masa nak parking depan tembok umah. Aku brek mengejut aa! Nasib baik mak dan adam tak apa2. Cuma adam nangis kuat sbb terkejut la. Padahal dah beratus2 kali aku parking kat situ, takde le sampai nak bahang pasu bunga! Aku tak parking kat garaj sbb abah aku dah masukkan kete dia kat situ. Dalam hati memang berderau aa.. sebab bagi aku, benda kecik macam ni tak sepatutnya berlaku. Tapi apa nak buat, biarkan jela. Kereta aku tu pon dah banyak bercalar dah pon, tapi kali ni mmg betul yang aku buat, seblom ni adik aku g bahang divider la, abah aku parking tepi umah sampai tergesek dinding umah la, laki aku reverse sampai terlanggar palang pengunci motor kat masjid UDM laa..

Pasu pecah dua bijik, pastu gelak2 tanpa rasa bersalah

Aduyaii.. calar dalam tuu.. kat bumper depan pecah sket.


Tanah dalam grill bumper

Friday, March 19

Daddy love you too..


Aku beli baju ni kat internet. But the best part is, this garment only cost RM28 and handed to me by hand. Tengahari tadi aku saje survey baju ni kat ECM sebelah CRS (Chicken Rice Shop) dan harga dia RM39.90!!! Mahal RM 11.90 tuuuu!!! Biasak aa tempat2 macam tu, dia nak kaver sewa kiosk dia lagi.. By the way, aku tak sabar nak pakaikan Adam baju ni sok! Ayah Adam pon teruja jua..
I © Dad

Thursday, March 18

Percubaan seterusnya!! Berusahalah!!!

Dalam seminggu dua ni, lepas sesi anak aku menghisap jari kaki, dia sedang berusaha untuk merangkak pula.. Anak aku ni baru je 4 bulan 3 minggu dan 4 hari (on this date).. Aku rasa progress dia sangat cepat! Dan aku sangat bangga melihat kesungguhannya. Melihat dia sedaya upaya untuk mengangkat badan, terjatuh, dan cuba lagi membuatkan aku cukup terharu!

Merangkak maju jaya! Berusahalah adamku!

Bagus! Usaha Tangga Kejayaan! (Semangat tol aku nih!)

Berkahwin, mempunyai suami dan seterusnya memperolehi anak membuatkan kehidupan aku penuh dengan perasaan yang sangat bahagia dan berwarna-warni. Hidup aku sangat berbeza ketika bujang dahulu di mana jiwa aku kosong dan membosankan. Menjalani rutin yang sama sahaja setiap hari. Pergi keje, balik keje, makan, tgk tv dan tido. Walopon dikelilingi oleh rakan2. Begitulah setiap hari.

Tapi kini aku ada suami untuk berkongsi hati, menjalani tanggungjawab kehidupan bersama, mendidik dan membesarkan anak agar dia mempunyai jati diri terbaik. Sesungguhnya Adam adalah pengikat cinta kami..

Tuesday, March 16

Piknik Mempiknik Amalan Mulia

13hb lepas yakni hari Sabtu, unit bebudak opis aku mengadakan sesi 'piknik-mempiknik' kat Taman Bandar, Indera Mahkota.. Macam best jek dapat meluangkan masa ngan kenkawan in da same time bawak anak + hubby lepak2 tepi tasik. Kira macam pot luck la.. Kak Dah & Abg Busu bawak lauk Ayam Masak Lemak Cilipadi & Belacan, Wan Tutie bawak lauk Sambal Udang, Shiela lak bawak Sup Sayur Cendawan & Sayur Campur + Ulam, Watie bawak Nasi + Otak2 sama Satar dan aku bawak Sirap Bandung Soda & Vanilla Coke & Air Mineral + Ais. Anak aku siap tido lena terbuai angin sepoi2 bahasa dan pepohon liuk2 melambai gitu...

Adam & ibu bergambar dulu sementara tunggu ayah beli ais.


Adam ni pandang bawah lak, wat penat je ibu senyum sorang2..


Adam riang bersama meinan bola ajaibnya..


Sangat sayang pada kamu ni..


Taman Bandar, Indera Mahkota

.
Sesi mengambil gambar makanan


Sesi mengambil tempat duduk


Sesi makan memakan


Adam tidoo.. (Senang ibu dan ayah nak makan nasik.. hehe)


Tido la nak oii.. kamu kan suka tido.. (macam ibu)


We are bond to each other

Balik je dari piknik, terus ayah dan adam ZZzzzz dan aku lak, layan Avatar kat dvd player sampai petang.. Malam tu layan lak movie The Corpse Bride dan Up bersama mereka berdua.. Huu..

Wednesday, March 10

Kegiatan baru berjaya dibongkar!

Dah dua hari aku perasan kegiatan terbaru anak aku ni, memula mak tok sama ayah dia yang nampak dulu, aku baru tau semalam. Sangat musykil.. Sangat flexible.. dan sangat.. errrr.. sedap???

Apa la yg anak aku tengah wat nih?? Siap kaver2 ngan tangan lak tu.. Kene wat sesi Terjah bersama Ayah nih!

Hohhhh!! Ko isap jari kaki rupernyerrr??? Siap tolak tumit guna tangan lagi! Mata sampai stimmm woooo! Tu brape 'bijik' jari buleh masuk dalam mulut tu.. Terlalu sedap agaknye sehingga melupakan pacifier Avent tuh?? (Wat penat je ayah ko beli mahal2 Adam oii.. Kaki lebih sedap rupernye)

Arkkk!! Alamak! Kantoi lak depan ibu ngan ayah! Guano nok buak nihh?? (Tetibo kecek kelate pulokk)

Tetiba je muka dia berubah seperti tiada apa2 yg berlaku..

Monday, March 8

Thought of the day..

Time anak tido, kita tido.. Time anak makan, kita makan.. Time anak nangis, erkk.. kita takyah aa nangis.. bagi je dia susu @ pacifier @ tukar diapers @ peluk. Diam la dia..

Friday, March 5

Berilah si kecil peluang..

Bagi setiap wanita yang pernah merasai saat melahirkan bayi, ia ibarat berada dipersimpangan antara hidup dan mati. Kesakitan ketika bersalin diibaratkan yang kedua tersakit selepas kesakitan Izrail datang mencabut nyawa.
- HM, Jumaat 5 Mac 2010

Aku pernah mengandung selama 40 minggu, komplikasi diebetes sewaktu hamil lagi, dengan kena induced sebab anak aku tak keluar sebelum 21 Oktober 2009.. dan aku tau betapa susah payah bertarung kesakitan untuk melahirkan zuriat halal dan melihat wajah kudus anakku buat kali pertama. Dan setiap kali aku membaca dalam akhbar tempatan mengenai pembuangan bayi atau penderaan kanak-kanak sehingga mati, aku menangis. Naluri aku sebagai wanita dan sebagai ibu membuatkan aku sangat sensitif bila berkaitan dengan soal anak2 yang masih kecil.

Apalah gunanya jika seseorang gadis yang telah terlanjur, mengandung selama 9 bulan, melahirkan dengan begitu susah payah sekali, kemudian tergamak pula membuang atau membunuh bayi tersebut dalam masa yang sama. Di manakah akal waras mereka? Ramai lagi pasangan2 yang telah berkahwin tetapi tiada rezeki untuk memperolehi anak. Adalah lebih mulia sekiranya bayi tersebut diserahkan kepada badan-badan kebajikan dan sebagainya walau hakikatnya diri sudah terpalit dengan dosa yang dilakukan sendiri.

Berilah bayi tersebut peluang untuk hidup dan bernafas di muka bumi Allah ini. Bayi ini tidak bersalah. Mereka tidak tahu apakah itu dosa ataupun pahala. Mereka hanya anak-anak kecil yang memerlukan ihsan daripada kita sebagai orang dewasa untuk mereka terus hidup sehinggalah mereka mampu berdikari sendiri. Siapalah kita untuk memutuskan kehidupan anak-anak ini... Fikir-fikirkanlah.

Monday, March 1

28 Februari 2010

Alkisah.. suatu petang pada 28 Februari 2010.. aku, suami dan adam saje jenjalan kat East Coast Mall. Niat di hati aku nak la sambar 2-3 helai t-shirt long sleeve dan suami aku pula nak cari SD Card 4G. Tiba-tiba adam merengek-rengek mau keluar dari stroller. Aku pun dukung la, mungkin sebab dia lapar agaknya. Aku bersama suami pon cari la kerusi @ sofa kat area2 Chicken Rice Shop tu. Ada jugak la sofa merah kosong kat situ. Aku pon duduk la sambil menyusukan adam. Habis 6oz susu sekali isap jek. Aku dalam hati, "lapar benor budak ni".. Pastu aku main-main la dengan adam sementara suami aku naik kat tingkat atas cari SD Card.

Tak lama kemudian, datang la seorang kakak berusia 30an bersama 3 orang anak dia duduk sebelah aku. Anak perempuan dia kembar seiras dalam lingkungan umur 5 tahun dan si bongsu plak lelaki tengah tido dalam troli Carrefour. Yang kembar tu suka la main dengan adam, adam plak jenis suka sengih2 jekk. Siap main cak-cak lagi kat belakang badan aku..(aku tau aku chubby, tu yg main nyuruk2 belakang aku tu..) Pastu salah seorang si kembar tiba2 bersuara, "Ehhh.. ada taik laaa.." Yang aku ni plak ingat anak aku sedang meneran2 tengah berak macam biasa, so biar la anak aku ni habis berak dulu baru aku nak pergi tukar diapers dia kat nappy changing room, in the same time tunggu suami aku turun sekali. Pastu kakak sebelah bagitau aku, "Dik, baby awak tengah berak sampai terkeluar taik tu.." Aku apa lagi, tengok la seluar adam, habis penuh sebelah kaki dari peha sampai kasut kene taik dia!! Dah la tu, seluar aku pon kene taik dia sekali!! Bukan sikit, tapi banyakkkkk giler taik dia sana sini! kat sofa merah tu, kat stroller dia sket, kat seluar aku, kat plastik tisu..

Aku punya la panik, macamana la taik anak aku boleh terkeluar nihhh???? Aku terus call suami aku supaya cepat turun dengan kadar segera. Tak lama kemudian aku nampak la kelibat suami aku jalan punye la laju tak hengat! Dia pon terkejut tengok taik anak dia melepek cantekkk je atas seluar aku, tu blom dia tengok taik kat kaki anak dia lagi tu.. Dengan pantas dia keluarkan baby wet wipes dalam handbag aku, terus bersihkan taik kat seluar aku dan aku plak bersihkan kaki adam.. kakak kat sebelah aku tu dok suka tengok gelagat kami. Adam ni pulak jenis tak geli, lagi suka sengih2 lagi ada laa.. Mujur dia dok mencok, kalo tak lagi panik le aku kat tempat orang ramai macam tu.. Lepas bersihkan apa2 yang patut, kami pergi ke nappy changing room untuk tukarkan diapers adam. Punya la banyak taik dia!!! Fuhhh..

Aku pon asyik tergelak je sambil bersihkan taik adam. Aduhaii.. Adam.. Adam.. Sesungguhnya kami sangat sayang pada kamu..

Adam pagi tadi dalam baby cot seblom aku bertolak pergi kerja, masih tido lagi anak kesayangan aku ni..

BILA KO SIBUK..

Lama sungguh tak bersiaran.. laptop aku rosak.. aku sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga dan bekerja. Susahnya nak allocate masa.. kalo...