Posts

Showing posts from April, 2010

Outstation @ Cameron Highlands

Image
Pada 12hb & 13hb lepas, aku kena outstation selama 2 hari kat Cameron Highlands. Dulu aku pernah outstation kat Tioman. Kalo ikutkan ni kali ke-3 la aku ke sana. Bagi aku apa yang best kat Cameron ni sebab suasana dia. Mood nak bercuti2 jek.. Dan aku tak menafikan ramai couple2 yang baru kawin selalu datang hanimun kat sini. Mungkin sebab suasana romantis kott.. Ada couple baru kawin tu (sebab ternampak inai merah kat jari) pegang2 tangan, peluk bahu, kiss pipi si isteri.. walawehhhh.. baru kawin kan.. terharu lak aku tengok! hehehe!
Memula wat kerja dulu. Setelah agenda dan misi rasmi dah tercapai, baru la jalan2! Banyak gambar yang aku ambil, sbb jarang dapat pergi percuma kan...
Check in kat Rosa Pasadena Cameron Highlands.. Sangat letih woo.. Baru sampai..
Aku kongsi bilik sama Tutie
Breakfast time!
Kaktus lagi dan lagi..
Tauke stoberi..
Sape yang wat replika ni mmg aku respek aa..
Desert nyam nyam.
Lagi2 stoberi..
Smoke house? Serenity..
Ladang Pakcik Bharat
Tea Valley
Aku rekemen la sesa…

Resepi campakkan aje...

Image
Hari ni aku terpaksa EL (emergency leave) sebab mak aku kurang sihat dan aku kena la jaga adam hari ni.. kesian mak aku.. sakit tekak + sakit sendi + demam. Aku pon rasa macam dah lama aku tak cuti.. asyik kerjaaaaa jek. Oleh kerana aku cuti hari ni, aku pon kena la memasak.. Aku memang "tersangat jarang" memasak sebab bila aku balik je kerja, dah ada makanan terhidang atas meja.. baiknya la mak aku ni (dah aku sorang je anak dia yang tinggal dengan dia kan.. adik beradik lain dok negeri lain..). Aku ni nak kata pandai masak tu takla, tapi bulih laa nak wat makan sendiri..
Okey, hari ni aku masak mee rebus. Ke.. mee bandung? entah la! Apa yang penting, semua bahan main campak2 jek. Kunun2 air tangan le katakan... Bahan2 yang perlu disediakan adalah :-
Mee Kuning (dicelur)Ubi Keledek dalam 1/2kg (direbus dahulu kemudian dikisar sehingga halus)Udang Kering dalam 150-200gm (direndam sehingga kembang kemudian dikisar sehingga halus)Serbuk Ketumbar (2 sudu besar)Serbuk Jintan Manis…

Tanpa pautan kalian, sudah tentu diriku jatuh tenggelam..

Sejak akhir-akhir ni, banyak tol keje aku.. selalu balik malam, pukul 8-9 mlm baru sampai rumah, tu blom kene outstation satu, dua hari lagi.. kesian kat keluarga aku yang terpaksa bersusah payah menjaga anak aku yang masih kecil, menjaga makan minum aku, sepatutnya tanggungjawab aku yang kena menjaga makan minum mereka semua..
Kepada suamiku, terima kasih kerana tidak pernah merungut perihal tanggungjawabku sebagai seorang isteri, tidak pernah melemparkan amarah terhadapku, menjaga anak bila isterimu ini pulang lewat ke rumah, sentiasa bermurah hati dan tidak pernah sedikitpun berkira untuk memberi kepadaku dan isterimu ini meminta ampun dan maaf sekiranya sebarang tingkah laku, butir bicara atau layanan yang pernah mengguris hati dan perasaan.. Sesungguhnya diriku yang sangat bertuah memiliki dirimu. I'm really glad that i'm married to you. YOU, complete me..
Kepada emakku, anakmu ini sampai bila2 tidak termampu untuk melunaskan semua jasa2 mak dari ku kecil sehinggalah dewas…

8 April 2010, 7.23 pagi (waktu tempatan)

Dialog sepasang suami isteri pada suatu pagi, 8 April 2010 jam 7.23 pagi...
Isteri : "Bang, hari ni abang kerja mana? Kuantan ke Kertih?" (sambil memeluk pinggang si suami)
Suami : (Muka masih blurr dan konfius..)
Isteri : "Abang kerja mana hari ni?" (sambil tersenyum-senyum manis)
Suami : (Trus mencapai henpon sambil mengecek2 sms.. Kot2 la ada sms baru masuk ke..)
Isteri : "Abang kerja kat Kertih hari ni?" (Ishhh.. laki aku ni.. payoh benor nak jawab! tapi aku maintain senyum lagi..)
Suami : "Nape?" (baru bersuara setelah sekian lama)
Isteri : "Kerja mana hari ni?" (suara semakin mendatar)
Suami : "Kerja kat Kertih.. ada miting. Kenapa tanya?" (muka masih blurr..)
Isteri : "Haa!! Apa kata kita tukar kereta hari ni? Abang bawak Gen-2, mamim bawak Savvy!" (muka tersenyum malah gembira tanda keriangan)
Suami : "Haihhh!! Kenapa pulak nak tukar kereta hari ni? Mesti ada apa2 nih??" (Sambil garu-garu kepala)
Isteri : &…