Monday, May 31

Lohhh.. Hal kecik macam ni pon leh jadi isu ke???

"Apsal ko tak letak nuffnang ke atau google adsense ke dalam blog ko? Buleh dapat duit oooo.. Dan lagi satu, mana follower ko? ko tak follow blog orang lain ke? Nanti macamana orang nak tau kewujudan blog ko?" tanya colleague aku yang turut mempunyai blog sendiri.

Hmmm.. aku pon tak tau nak jawab macamana. Kenapa aku tak letak nuffnang? Kenapa aku takde benda2 sampingan dalam blog aku? Apa aku nak jawab nih... Last2 aku bagitau dia, "Being popular or not it is your own choice. Mempunyai ramai follower atau tidak bukan menjadi isu. Meletakkan nuffnang atau google adsense terpulang kepada tuan punye blogger. But as for me, i decided to be low profile and kept any memorable moments in my life in my blog. Apparently, its like a diary in my life.. I'll try to keep it as low as i can.."

"Dah tu, apsal ko tak tukar je privacy setting tu?" tanya colleague aku ni lagi. "Eh mamat ni, ikut suka hati aku la! Blog aku! Ada ke blog aku ni menyusahkan idup dia????" aku bermonolog dalaman. Being humble and profesional at one time, i replied, "Kalo awak perasan title blog saya, "Persekitaran Uchee dalam mengharungi kehidupannya," ianya jelas memfokuskan kehidupan saya dan saya buat blog ini agar saya dapat mengingat kembali moments2 dalam kehidupan saya. Kalo awak tak suka, it's up to you. Dan terpulang kepada saya sama ada saya nak letak itu dan ini atau tukar privacy setting ke. Dan lagi satu, saya hanya follow blog yang saya rasakan betul2 mempunyai kualiti tersendiri." (baru aku perasan, aku hanya follow 2 blog je???? blog pertama laki aku dan yg kedua sebab blog dia ada nilai2 kekeluargaan). Follower aku? Ntah. Takde rasanya. Aku tak amek tau pon.

Begitu juga dengan FB aku. Aku hanya accept friend yg aku kenal je. Dan 96% friends aku tu bebudak KDN. Asal nama yang aku tak kenal, atau image profile yang takde kena mengena, aku dengan senang hati meng"ignore" mereka.

Mungkin jenis aku ni low profile. Mungkin aku berbeza dengan suami aku, dia akan meluahkan apa yg dirasakan perlu (exempli gratia or e.g : post something in FB). And i respect that. Because that's the way he is..

Tuesday, May 25

Deko.. Deko.. Deko...

Tetiba datang lak mood aku nak ubah suasana bilik tido.. Memang faveret aku beli cadar, kebanyakkannya warna plain sbb nak bagi bilik nampak besar dan tak serabut, ataupun tukar2 langsir ke.. tapi kali ni saje wat kelainan sket. Tetiba jek ada pokok bunga sakura atas kepala katil kerawang2 tu. Leh le dikatakan sebagai feature wall bedroom aku.

Sebelum

Selepas.. Ini hasilnya. Hebak skaleyy..

Kasi close-up sket


Nak buat feature wall ni mudah je. Dah le mudah, murah lak tu. Aku beli sticker ni, yaaaa.. ianya sticker, bukan aku lukis aaa.. hanya sekeping RM2 je. Kalo macam pokok sakura ni memerlukan 2 set la, yakni RM4. Aku beli kat pasar malam je sticker ni. Macam2 corak ada...

Friday, May 21

Benarkah Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra' Mikraj di Palestin?

** Salamun’alaik.. Mohon kongsi dgn para jemaah sekalian..

Ramai sgt yg sebar gambar palsu.. Ini gambar sahih terkini dari bumi Palestine..

[GAMBAR TERKINI] BENARKAH: Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra’ Mikraj Di Palestin..? Sila ke;

http://qhazanah.wordpress.com/2009/07/21/benarkah-batu-terapung-dalam-peristiwa-isra-mikraj-di-palestin/


Syukran.. **

Tuesday, May 18

Masjid Al-Takwa @ Pekan

Semalam aku ada la keje sket kat Pekan. Biasa la, operasi. Singgah jap solat Zuhur kat Masjid Al-Taqwa. Bila aku masuk je dalam masjid ni, tetiba aku dilanda perasaan Deja vu. Perasaan aku sama seperti aku solat Zuhur kat Masjid UUM, Sintok. Seolah2 aku sedang solat di Masjid UUM, bukan di Pekan. Sangat mendamaikan hati, rasa hening je.

Aku teringat masa aku baru lagi kawin, ketika itu baru 3 bulan aku jadi isteri Fardy, dia bawa aku jalan2 kat Taman Tamadun Islam Rasa damai je berjalan2 kat situ tengok monumen masjid2 di seluruh dunia. Masa tu aku baru je keguguran anak pertama, so suami aku bawak la aku jalan2 bagi hepi2 sket. Memang hepi pon. Hehe .

Dome

1st taim aku g masjid ada ekon depan mata. hebak skaleyyy.. ni saf muslimah tingkat atas.

Kat bawah tu saf muslimin. Hebat mimbar dia.

Pencahayaan jelas dari tingkap. Jimat duit lampu (bila siang la..)

Tingkap kaca warni warni


Peti duit sumbangan ikhlas orang ramai

Besar dome ni..

Dari luar, langit mendung aje.. Sejuk sikit..

Operasi @ Genting Highlands


Kerja aku ni memang la kene keluar dari ofis sokmo. Dalam seminggu mesti kene keluar dari daerah Kuantan. Macam minggu lepas aku kene operasi kat Genting Highlands. Aku last skali datang kat sini 20 tahun lepas! Masa tu aku baru darjah 3 dan adik bongsu aku baru je umur 3 bulan. Sekarang adik bongsu aku tengah amek degree kat UiTM Arau, Perlis. Lama tuu..

Memang banyak perubahan. Dah macam Las Vegas lak aku rasanya. Ramai bebudak couple remaja Chinese datang bercuti kat sini. Seksi2 belaka. Bak kata si Herry, colleague aku yang join operasi ni kata, "Haa, tu datang sini nak pecahkan dara la tuh!" Huihhh.. statementttt!!! Takde sensitiviti langsung! Aku just datang sini just buat keje, snap2 gamba sket, pastu balik.

Eiffel Tower @ Genting


Statue of Liberty @ Genting

Twin Tower @ Genting


Academy Oscar Award @ Genting


Enchanted Forest @ Genting


Bot kat langit, yippieee


Cantik mata memandang..


Iklan 3D


Jalan2 atas langit..


Liberty naik Harley tuu..


Superman kasi pecah dinding punye..


Kuda pusing2.. Merry Go Round

Nak gak interframe tu..

Spring gantung2.. letak mana2 pon boley sajaa..

Galeries Du Palais, Paris @ Genting

Kenduri @ Lepar Hilir...

9 Mei lepas, aku bersama keluarga mentua aku memenuhi jemputan kenduri kat Lepar Hilir, Kuantan. Aku pon tatau nak klasifikasikan hubungan pengantin tu dengan keluarga mentua aku macamana.. kiranya macam abang kepada ayah mentua aku punye anak saudara la.. eh, ke anak saudara kakak ipar ayah mentua aku??? hohhhh.. yang penting nasik pengantin dia sedappp sangat, siap ada ikan kering bagi ummphhh! makan pon lek lek kool jekkk sebab kami datang lewat la sket, tadok orang dahh.. (tapi bagi aku tak lewat mana pon.. pukul 2 ptg ok apa pas zohor? kenduri aku dulu abis pukul 5 petang! tu pon pukul 6.30 ptg ada lagi kawan2 laki aku datang..)

Memang banyak betul goodies bag dia! Dalam handbag aku je dah ada 6 goodies bag! Ada agar2, sumi jeli, kerepek, kekacang, gula2, baulu ikan, bunga telur, london swiss roll, wajik dan banyak lagi laaa kalo nak recall balik! fuhhhh.. kat dapur ada lagi 2-3 kotak besar goodies bag. Meriah gituu..

Pagi hari berjalan ke sumur,
Berjalan ke sumur menumpang mandi,
Semoga bahagia sepanjang umur,
Kerana cinta tersemat di hati



Sedapnye makan.. perut masing2 tengah lapar..


Tokwan tersenyum kekenyangan..


Aksi manja seorang pakcik kepada anak saudaranya..


Maktok gembira berborak bersama birasnya.. Tokwan mungkin dah letih dukung cucu!


Sedara mara berpupu-pupu..


Kemana saja Tokwan pergi, mesti dia dukung Adam kesana kemari.. Sah manja cucu dia nanti ni

.

Kelihatan seorang ibu sedang mendukung anak kesayangannya..


Kelihatan seorang ayah sedang mengajar anak kesayangannya bertatih..

Thursday, May 6

Movie.. Dating.. & Cinta..

Movie...

Hampir setiap malam aku, suami dan adam tengok movie (adam bukan tengok pon, guling2, panjat kusyen lagi ada laa..). Bukannya apa, mak aku dah "konker" Astro Ria kat TV dapur, aku malas la nak join drama2 melayu ni, bukan jiwa aku tengok drama jiwang @ tengok siaran ulangan Akademi Pantasia tuu.. haishhhh.. terpaksa la layan dvd kat TV ruang tamu. Haaa, malam tadi aku tengok dua movie iaitu : -


Best katun ni, mengisahkan suatu tempat di Shallow Falls, terdapat seorang mamat berambut ala-ala Edward dalam movie Edward Scissorhands (I LOVE YOU JOHNNY DEPP!!) iaitu Flint Lockwood. Mamat Flint ni memang pandai la merekacipta benda2 pelik lagi unik tapi sayangnya benda2 yg dia cipta tu memang tak menjadi seperti yang diharapkan. Bapak dia iaitu Tim Lockwood la yang sokmo jadi mangsa ujikaji benda2 yg dia invent ni. Pada suatu hari, si Flint ni cipta satu mesin pemproses makanan di mana mesin ini menggunakan input air untuk menghasilkan output makanan. Tapi ntah macamana mesin dia ni leh malfunction lantas meluncur laju nun terbang tinggi ke angkasa raya. Tak semena-mena turun la hujan makanan dari langit (yippieee!!). Atas desakan Datuk Bandar Shallow Falls iaitu Shelbourne yg tamak haloba telah menjadikan mesin pemproses makanan ni berubah menjadi mesin ganas akibat mutasi makanan. So, makanan yg jatuh dari langit ni menjadi besor gedabak akibat mutasi lantas memusnahkan bandar tersebut. Tapi of kos la movie2 mcm ni hepi hepi ending. Aku suka tol karetor dalam movie ni. Dengan mamat polis gagah perkasa melompat ke sana sini tu, dengan mata kecik ayah Flint disebalik kening tebal, dengan monyet yang boleh bercakap dan suka makan gummy bear.. Aku dari mula sampai abis tengok movie ni asyik gelakkkk jek. Hati riang gumbira aman makmur je rasanya. Terlupa lak pada laki aku yang dah tertido baekk punye kat sebelah dan adam merengek2 mintak susu.

Pastu sambung lak 2nd movie iaitu : -


Movie ini berdasarkan novel dari Stephen King (aku suka baca novel dia, especially The Green Miles), movie ini mengisahkan penulis fenomena supernatural terkenal iaitu Mike Enslin. Dalam mencari bahan rujukan untuk terbitan novel seterusnya, Mike nekad mahu menginap kat bilik 1408 di Dolphin Hotel, New York di mana bilik ini terkenal dengan pelbagai kes2 misteri yang disangkanya sebagai dongengan semata-mata. Memang suspen thriller movie ni, laki aku siap ulang2 movie ni berkali2. Aku sampai dah boleh tau jalan cerita seterusnya. Bercorak fast paced, kita akan terpaku di depan TV sampai citer abis. Nasihat : - orang sakit jantung, orang yg takut tgk cite antu (mcm aku), ibu hamil tidak digalakkan tgk movie ni. Aku hanya tgk movie ni bila ada orang teman jek. Nak tgk sorang? Sori, baik aku bukak movie Shrek! Tak la takut sangat.. hahaha!

Dating..

Baru kejap tadi laki aku amek aku kat opis. Lunch sesama. Perlu mencuri masa untuk berdua-duaan. Bukan senang nak dating berdua je sekarang ni semenjak ada si comel hati kami berdua, Adam Fahri (IBU LOVE YOU ADAM FAHRI!!!). Aktiviti yang simple iaitu makan tapi nilai disebalik aktiviti ini begitu kualiti. Makan sama2.. bercerita sama2.. gelak sama2.. berkongsi hati, saling menyintai, saling mempercayai. Baru la dalam hati tenang, buat apa pun senyum jek. (i'm in hepi hepi mood! yeyy!)






Mushroom sauce with chicken n rice @ Secret Recipe


Cinta..

Dan lastly, anak bujang aku yg sorang ni baru je masuk 6 bulan, tapi boleh tahan lasaknye!! Penat jugak nak kutip dia sana sini bila dia dah start menjalar bawah kerusi, masuk bilik, jilat karpet, jilat tiles, jilat walker, jilat besi buaian! Hohhhhhh! Aktif betol la! Tapi memang begitu pon milestone seorang baby berusia 6 months, tapi anak aku ni kategori cepat dapat skill baru. Sayanggggg sangat pada dia.. Cinta hati aku dan suami kan.. Tengok je muka dia, terus sejuk hati. Cium berkali2 sampai aku puas! Sebab dia anak aku..









Skill terbaru, cubaan memanjat baby cot dan melepaskan diri dari dikurung! Haishhh, letak dalam baby cot, dia sebok nak kluar, letak kat bawah, dia sibuk nak mengutip benda pastu bawak masuk dlm mulut lak dan jilat2 lantai lak! Aduyaiiii..

BILA KO SIBUK..

Lama sungguh tak bersiaran.. laptop aku rosak.. aku sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga dan bekerja. Susahnya nak allocate masa.. kalo...