Posts

Showing posts from June, 2010

Tengok2 je dulu..

Image
Petang semalam abis je waktu kerja, suami aku datang ambil aku kat opis. Nak bawa pergi Balok katanya. Huuu... macam menarik je petang-petang pergi jalan kat Balok. Dalam setengah jam kemudian, suami aku dah sampai kat perkarangan opis aku ni. "Jom p tengok umah jom!" katanya.
Sampai je kat lokasi pembinaan, aku nampak beberapa bijik kete parking sebelah umah contoh tu. "Waaa.. cantiknye umah ni.." hatiku berkata. Ada beberapa keluarga datang untuk meninjau2 umah contoh ni. Biasalah, mesti la kena survey2 umah kan, aset hartanah kan paling besar nilainya.. di situ la kita nak membesarkan anak2 kita, mempunyai kehidupan berkeluarga sendiri.. lagipon aku & hubby kan dah tua, kena la cari aset kediaman sendiri, nanti makin lama makin tinggi lak insurans yang perlu dibayar. Huuu.. Tua dah kami ni rupenya..

Semi-D dari pandangan belakang

Dari pandangan sisi
Ruang meja makan
Master bedroom
Living room
Living room juga..
Car porch siap tiles skali. Standard porch.
Standard Fen…

Tatih Laju-Laju..

Adam kini belajar ilmu menapak yakni berjalan. Bukan senang nak ajar baby 8 bulan berdiri dan bergerak laju2, mau jatuh tersembam nanti. Dengan bantuan Fisher Price Stride to Ride (aku saje buh nama ni) sudah pasti dia akan pandai berjalan tak lama lagi! Yoshhhh.. Maju la anakku!!

Happy Father's Day!

Image
My baby, Adam Fahri, was born in 21 October 2009, and given me unending hours of joy and pleasure. I am so fortunate to see him everyday, and to witness every stage of his growth and development.
For me, child are life elixir.. makes everything else pale in comparison, all unwell's well, fixes any kind of pain, makes everything right in the world..
For my hubby, Fardy Hisham.. I am thankful for my hubby who is always patient with my uncertainty moods, calm and adores me.
"Any fool can be a Father, but it takes a real man to be a Daddy!" - Philip Whitmore Snr.
REMEMBER : The children didn't ask to be born.. we brought them into this worlds, it is OUR duty to take care for them and bring them up properly.
Happy Father's Day to all daddies, especially for abah, tokwan (father-in-law) and my hubby, my beloved hubby fardy hisham..
Cheers, Adam Fahri's mom!

Adam Fahri with his daddy 8 months ago..

Adam Fahri with his daddy on present day..

mommy's the boss??

Image
Aku tatau nape aku post gamba baju nih?? why?? whyyyyy??? tapi aku suka baju ni.. hehehe.. mommy's the boss?? huhu!

Selamat Pengantin Baru Sheila!

Image
Selamat Pengantin Baru.. Tahniah buat Shiela dan suami!! Kawin jugak ko ngan cinta hati ko ye.. Hehehe.. Kawin ni bestttt.. Dulu kenmain ko merajuk ngan dia.. Haa.. sekarang dia dah sah jadi suami ko dah.. Tahniah sekali lagi. Semoga cinta kalian yang telah terbina sekian lama, tetap kekal di dalam hati kalian berdua buat selama-lamanya.. Pasni boleh serikan kehidupan korang berdua dengan kehadiran anak pula. Masa ni la boleh tengok muka anak korang macamana setelah dikacukkan oleh korang berdua. Nanti boleh tengok mata anak ikut sape.. mulut dia.. rambut dia.. Hohhh!! Apa yang aku merepek nih??
Adam Fahri nak bergambar ngan Auntie Sheila ye..
Opismate.. Kecuali yang berdiri. Tu mak aku tuu..
Hantaran Sheila buat suami terchenta..
Hantaran suami buat si isteri terchenta jua..
Wang hantaran pakai cheque dah sekarang..
Orang ramai berkerumun nak makan eskrim free.. Tengah2 panas terik sedap dapat makan eskrim nehh.. 1st time aku g kenduri kawin tuan umah provide eskrim.
Muka ceria dapat makan…

Hepi Birthday Wan Tutie!!

Image
3 Jun lepas genap la usia colleague aku, Wan Tutie yang ke-29 tahun.. Tahniah Wan Tutie, semoga panjang umur, murah rezeki dan cepat2 dapat jodoh ye.. Insya'allah.. Tapi yang best pasal birthday Tutie ni, aku dapat makan freeeeeeeeeeee... Tak semena2 lak dia ajak aku g lunch kat Johnny's, ECM. Nak blanja aku, katanya. Hohhh.. sape birthday girl ni sebenarnya?? Aku ke dia? Musykil.. musykil..
Ni laa 1st time aku makan steamboat.. Fuhhh... sedap rupernye steamboat nih! Tetiba aku rasa seperti mengambil diet pemakanan yang sihat. Semua menda rebus2 jek. Hoho!
Demo akan ditunjukkan oleh Wan Tutie (aku tukang tengok jek)
Mula2 tunggu sup mendidih dulu
Pastu masukkan benda2 yang lambat nak masak dulu, macam fish noodle ni ke..
Pastu masukkan sotong kembang, isi ayam, kulat liat2 tu..
Setelah tu masukkan sayo-sayoran lak
Last skali masukkan udang, cendawan inoki, tauhu telur
Biarkan seketika
Dah siap! Buleh dah makan sekarang..

Akhirnya.. Tapi sampai bila??

Langkah mengejutkan yang dibuat Presiden Mesir, Hosni Mubarak dengan mengarahkan pembukaan pintu sempadan Rafah di selatan Genting Gaza itu diumumkan selepas serangan tentera Israel terhadap armada kecil yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza. Golongan yang dibenarkan untuk melintasi pintu sempadan itu adalah :-
pesakit yang memerlukan rawatan luar negarapelajar yang memiliki visa untuk belajar ke seberang laut negarapenduduk yang perlu meninggalkan Genting Gaza atas sebab kemanusiaanPihak berkuasa Mesir turut membenarkan kemasukan empat generator elektrik ke Genting Gaza. Apa istimewanya sempadan Rafah ni?? Kenapa penduduk Palestin sanggup menyeludup untuk memasuki sempadan ini?? Ini adalah kerana sempadan Rafah adalah satu-satunya lintasan yang tidak menyeberangi Israel. Sebelum ini pihak berkuasa Mesir menutup lintasan Rafah dan hanya membukanya bagi tujuan kemanusiaan selama dua hari setiap minggu.
Mesir dikritik hebat oleh masyarakat rantau Arab kerana menutup sempadannya dan mem…

Memori bersama Shrek..

Image
Aku tak pernah miss tengok movie Shrek kat pawangam. Mesti aku tengok bersama si dia.
Aku teringat baru mula2 bercinta dulu.. Shrek la movie pertama yang kami tengok bersama2.. Masa tu Shrek yang first ditayangkan pada tahun 2001 kot. Takpun 2002. Tak ingat la tahun bila. Masa tu bercinta naik bas. Kalo ada duit lebih sikit leh la naik teksi. Hehehe.. Meredah panas, berjalan kaki. Kadang2 berjalan kaki dari bus stand pokok buluh sampai la ke Megamall. Henpon pon takde lagi masa tu.. Zaman remaja riang ria le katakan.. Duit tadok tapi hati gumbira. Masa ni Shrek baru bercinta ngan Fiona.
Shrek 2 pula ditayangkan pada tahun 2004. Masa ni aku dah mula kerja dengan gomen. Dan si dia sedang belajar kat UUM. Jumpa setahun 2 kali je rasanya. Bila dia cuti sem dan aku lak balik kampung dari Putrajaya. Tak mudah bercinta long distance ni. Bercinta melalui henpon jela. Kalo "ribut topan" boleh bergado. Kalo "angin terbuai2 tenang" rasa disayangi dan dihargai. Gitu la cinta jar…

Makan2 Sekeluarga Membawa Bahagia

Image
Dah lama family aku tak wat makan2 kat luar, cuma baru2 ni je adik aku yang bongsu tu balik cuti sem. Acik serta Lily sekeluarga pon balik ke Kuantan sempena cuti panjang minggu lepas. Lily la yang belanja kami sekeluarga makan kat Aneka Selera Kak Long, Tanjung Lumpur. Macam2 la si Lily sama Akim order.. Seingat aku depa order ketam masak stim halia, lala goreng berlada, tomyam campur, sayur campur, ikan 3 rasa, nasi, fresh oren 1 jag n air limau nipis 1 jag. Sampai sana pukul 8.30 mlm tapi dapat makan nak dekat pukul 10 mlm!!! hohhhhhh... anak aku dah wat aksi2 memberontak dahhhh.. Taim tu la dia nak mengamuk.. nak tido.. nak susu.. nak pacifier.. nak dukung... dan macam2 "nak" lagi laa.. perkara macam ni sudah dijangka.. Huuuu..
Setelah dikaji dan diteliti oleh pakar2 pemakanan yang terdiri daripada suamiku dan adik beradikku, faktor kelambatan servis di kedai makan ni adalah seperti berikut :- Tukang buat air sorang je. Dah le sorang, ais leh terputus bekalan lak tu!!! App…