Posts

Showing posts from July, 2010

Jaga pameran la pulokkk...

Image
Semalam, 28 Julai 2010, aku DIARAHKAN TANPA SEBARANG PREJUDIS untuk menjaga pameran di Masjid Daerah Bera sempena Bengkel Rasm Uthmani anjuran JAIP (Jabatan Agama Islam Pahang). Para peserta program terdiri daripada guru-guru KAFA sekitar daerah Bera. Biasalah bila dah deal dengan peserta yang celik Qira'at ni, agak mencabar untuk menjawab soalan-soalan mereka. Aku bila dah kerja dalam Bahagian PQ, KDN ni kenalah amek tau sket pasal Rasm Uthmani ni, zaman kecik2 dulu aku belajar guna Quran Majid jek yakni Rasm Imla'i, khatam Quran pon Rasm Imla'i gak. Cuma sekarang di Malaysia Rasm Uthmani telah dikuatkuasakan dan Rasm Imla'i tidak lagi digunakan. Gambar2 di bawah adalah bahan-bahan Al-Quran yang menyalahi APTQ 1986 (Akta Pencetakan Teks Al-Quran). Untuk lebih jelas, sila klik di gambar2 tersebut.








Orang yang tahfiz Al-Quran memperolehi kemuliaan dan diberi rahmat kepada ibu bapanya. Sabda Rasulullah S.A.W, "Sesiapa yang membaca al-Qur'an dan beramal dengan isi …

Latest event..

Image
Ada banyak event berlaku baru-baru ni, cuma malas nak update dalam blog je. Nak tulis dalam blog pon kena ada mood juga tau..
Kisah pertama : Pokok kaktus aku yang bernama "Mamim" semakin lemah terkulai layu. Kan aku dah kabo, tangan aku ni jenis panas. Pokok pon payoh nak idup kalo dengan aku ni. Ishhhhkkk... tapi aku tau dah sebab apa, aku TERsiram dia lebih. Dah lecur jadinya. Seb baik "Papim" dan "Adam Adik Beradik" masih tough lagi.
Cian mamim.. Kisah kedua : Aku sudah mulakan projek "Mari Menjahit Baju Raya Adam Fahri". Mak aku bagi kain perca ntah zaman bila punyer tapi material cukup cun sekali untuk dibuat baju raya. Sesi ukur mengukur badan Adam Fahri berjalan dengan "separa lancar" (susah tu nak ukur badan baby yang tengah aktif memanjat & merangkak). At the end, saiz pon jadi besar gagah berani.. Takpe.. Takpe.. Leh pakai sampai darjah 6. Seb baik sifu menjahit aku iaitu mak banyak mengajar aku teknik2 menjahit baju melayu…

Pupuk2 Hobi..

Image
Dalam fikiran aku ni sedang merangka-rangka untuk melakukan sesuatu. Yaa.. aku ingin memupuk satu @ dua aktiviti untuk hobi. Aku rasa aku nak belajar cara2 mengait la. Abis keyword aku search kat internet, "crochet for idiots" la, "how to do a basic crochet" atau paling cikai pon "mari belajar asas mengait". Siap tengok video cara mengait kat youtube lagi tuu.. Dan kebetulan mak aku memang pandai mengait. Kat umah tu alas tv, alas meja sama chairback semua dia yang buat. Hebat2.. Tapi dia gelakkan kat aku je bila aku kabo ke dia yang aku nak belajar mengait. "Napa??? Tak pecaya ka??"
Mungkin dia tau sifat makrifat anak dia ni macam mana, tu yang dia bahan gelak kaw2 tu. Aisehhhh.. Last2 dia pon kabo, "Ko blajar jela buat baju anak ko tu.. mak ada banyak kain perca ni, anak ko tu bukannya besar sangat pon.." Hohhhhhh.. belajar jahit baju melayu tahap saiz baby??? Susah tuuu.. tapi demi anakku Adam Fahri, ibu akan cuba sehingga berjaya!!!…