Thursday, August 26

Mari membayar zakat..

Tahun ini untuk julung-julung kalinya nama Adam Fahri bin Fardy Hisham tersenarai dalam resit zakat fitrah.. Yelah, tahun ni juga pertama kali menyambut Ramadhan & Syawal bersama anakku yang manja ni jua.. Hmmm.. aku tak pernah bayar zakat fitrah, seblom ni abah aku yang bayarkan. Bila dah kahwin suami aku pula. Walaupon ketika bujang aku dah bekerja, abah aku tetap bayarkan untuk aku juga. Katanya, anak perempuan belum berkahwin masih tanggungan ayahnya. Oh hooo... beruntung jadi anak perempuan ni..


Doa : Semoga Allah Taala membalas dengan sebaik-baik balasan pada apa yang anda berikan serta melimpahkan berkat pada harta anda yang masih tinggal, amin.

Tuesday, August 17

Masjid Besi Putrajaya

Pada 08.08.10 yakni Ahad dua minggu lepas, aku dan bebudak opis aku pepagi buta lagi dah gerak g Putrajaya semata-mata untuk jaga pameran sempena Karnival Inovasi Islam di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin @k@ Masjid Besi. Biasak arr bila dah keje, time cuti ke.. balik malam ke.. itu semua kerana "Saya Yang Menurut Perintah".. Biasanya apabila ditugaskan untuk menjaga pameran ni, kita mesti knowledgeable tentang apa yang kita pamerkan, kene pandai bercakap, jangan malu2 dan bersedia dengan soalan2 yang bakal ditanya oleh pengunjung. Aku masih ingat lagi ketika aku ditemuduga untuk keje gomen ni 6 tahun lepas, penemuduga biasanya nak test kita pandai cakap atau tidak dan dalam kes jawatan aku ni, aku kene faham / mahir dalam english, jawi dan baca Al-Quran. Kalo pandai mandarin / tamil adalah satu bonus.

Aku dan Watie kene jaga pameran pulokk..

Karnival yang terletak di Qiblat Walk, berhadapan dengan Istana Kehakiman

Hebat masjid ni ada esculator.. Rasa dalam kompleks membeli belah la plak

75% struktur binaan dari besi, selebihnya konkrit dll..

Dewan sembahyang yang luas.. Orang pompuan pon leh solat kat dewan terbuka ni

Kubah besi tertera kalimah Allah

Orang pompuan sedang bersolat

Antara barang2 yang menyalahi Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986









Sempat berposing demi peminat2... Hahaha.. (Stok angkat bakul sendirik)

Ohhhh.. Aku sangat suka lukisan ni. Sape lukis aku tatau. Tapi dia sungguh berbakat. Kalo letak kat umah ni cun gilak nihh..

Tuesday, August 3

Mari mengunyah pizza!

Oh hoooo!!! Aku sangat suka pizza! Dan sebab pizzalah (dan makanan yang lain2 spt donut, kfc, mcD, air gas, etc..) membuatkan tubuhku yang kecil dan ramping (ketika kanak2) menjadi gebu dan chubby!! (i prefer to use chubby than gemok, hahahaha!!). Oh ye, sempena 2nd Anniversary aku baru2 nih, aku wat hidangan spesel untuk family aku. Jeng.. jenggggg!!! Inilah Pizza Syok Sendiri! Rasa sekali pasti mau lagi! 2 thumbs UP from my mom and hubby!

Bahan2 : Pizza base, cheese, bolognese paste, jumbo sausage & isi ayam. Semua ni boleh di beli kat Giant.

Bancuh bolognese paste dengan air sket

Hiris sosej

Cairkan mentega/margerin dalam non-stick pan

Masukkan isi ayam, biarkan seketika sehingga masak sedikit

Masukkan bolognese paste

Kacau sehingga sebati dan masak. Masukkan bahan perasa.

Sapu mentega kat pan, pastu letak pizza base tadi.

Ratakan sos bolognese

Letak pula hirisan sosej

Taburkan cheese sesuka hati dan sebanyak mana yang anda mahu..

Bakar dalam oven, 15-20 minit, 200° celcius, and bake it until cheese turns to golden brown..

Tadaaa.. dah siap Pizza Syok Sendiri

Makan panas2 baru syiokkkk!!!

2 years pass by & more wonderful years to come!

Pejam celik pejam celik, dah sampai bulan Ogos.. Kejap je masa berlalu. Sedar tak sedar, dah 2 tahun aku menjadi isteri kepada Fardy Hisham. Dah hampir 10 bulan aku bergelar ibu kepada Adam Fahri. Kehidupan sebagai isteri, ibu dan pekerja ni memang tersangatlah berbezanya dengan zaman bujang dulu2. Bila ada anak ni, nak baca majalah@paper pon punyalah susah. Dia mesti datang pastu ambil majalah yang kita sedang baca. Nak tengok TV pon sama. Dia mesti berdiri depan TV dan main2 pulak punat kat TV tu. Nak bermanja2 sket dengan suami pon sama juga. Mesti dia datang pastu duduk tengah2 antara kami berdua. Sometimes, i did missed my solitary life but hey, now is the reality of life and i must admit it, i love and enjoy my life more than before. I had someone to love for and this kind little fella, Adam Fahri, never missed make my day. I love them, soo much and my heart feel ached if i didn't see them a day.

To my SIL (sister-in-law), Mardyahwati, whom expecting 8 months, we can't wait to see your beautiful/handsome baby this coming September! Yeyyyyyy!!! Kita jumpa di sanaaaaaa!!!

BILA KO SIBUK..

Lama sungguh tak bersiaran.. laptop aku rosak.. aku sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga dan bekerja. Susahnya nak allocate masa.. kalo...