Posts

Showing posts from September, 2010

Jom Raya Utara 2010

Image
Part 1 - Raya @ Parit Buntar, Perak Darul Ridzwan, 10 September 2010
Raya kali ini kami sambut di Utara, yakni kampung suamiku. Untuk pertama kalinya aku dan Adam beraya di sini. Merasa juadah raya orang utara yakni ketupat pulut, rendang ayam dan gulai daging. Oleh kerana mak dan abah aku orang Selatan (Johor), aku dah terbiasa makan juadah raya seperti ketupat nasi, kuah kacang, rendang ayam dan daging, lontong, sambal goreng dan kuah lodeh.. A bit different but still yummy and tasty! Air tangan mak mentua aku memang sedap! Dan 1st time aku beraya di rumah sanak saudara, mereka hidangkan bihun sup pada hari raya. Wahhhh... bagus juga, tak la jemu sangat makan ketupat aje dokkkk.. Aku suka beraya di sini, pertembungan budaya antara Utara dan Selatan seperti makanan, loghat percakapan dan sebagainya memberikan aku peluang untuk lebih mengenali keluarga besar suamiku.. Precious Moments with Maktok
Selamat Hari Raya semua!!
My lovely mom (ini Adam yang cakap, ibu tolong taip je ayat ni..)