Posts

Showing posts from October, 2010

Adam Fahri new hair cut..

Image
Petang semalam aku balik je kerja, tetiba mak aku kata, "muka anak kamu dah berubah dah..". Aku pelik la kenapa mak aku kata macam tu padahal sebelum aku pergi kerja pagi sebelumnya, anak aku macam biasa-biasa aje, takde apa-apa yang berubah pun..
Rupa-rupanya suami aku bawa dia pergi kedai gunting depan rumah dan minta tukang gunting rambut tu guna mesin pencukur rambut no.2 dan hasilnya.....

Lebih kemas, lebih hensem dan memang muka dia berubah sama sekali. Macam bukan anak aku je. Rasa tak percaya pun ada.. Tapi trademark bulu mata lentik dan apabila suara manja-manja mintak dukung selalu itu kedengaran.. Ianya memang sah anak aku. Hehehehe..

Taman Bandar Indera Mahkota

Image
Sempena cuti umum Negeri Pahang lepas, suamiku bawa kami semua ke Taman Bandar Indera Mahkota. Ambil angin petang katanya. Aiii.. memang jenis family guy dia ni. Anak aku dan sepupu-sepupunya memang suka sangat la playground ni. Berlari ke sana ke mari, main itu dan ini.. I love my life nowdays.. Never better!! :-)
Bawa mak aku jalan-jalan sekali
Suka dapat pergi taman yeaa...
Main gelonsor pula..
Weeeeee...
Hoh! Berkaki ayam pulak dah..
Sukanya dia dapat jalan kat kawasan luas..

Sepupu-sepupu Adam dan bibiknya..
Kasut mana Adam oii..
Satuuuuu Malaysiaaaaaa!!
Balik je dari playground, Atuk ajar Adam main keyboard pula.. :-)

1st Birthday

Image
Sabtu 23 Oktober lepas, aku dan suami serta keluarga meraikan majlis hari jadi untuk buah hati kami, Adam Fahri. Buat secara kecil-kecilan sahaja, hanya terdiri daripada kaum keluarga. Usia setahun hanya sekali, aku cuba merakamkan memori indah ini agar dia dapat melihatnya suatu hari nanti. Aku pun tak tahu sampai bila aku hidup, adakah masih ada kesempatan untuk melihat dia membesar di depan mata, aku sendiri tiada jawapannya. Namun yang pasti, selagi hayat di kandung badan, aku dan suami akan sentiasa berada di sisinya, membimbingnya serta menyayangi dirinya sepenuh hati..
Menu : Bihun Goreng Singapore, Sate, Nasi Impit, Kuah Kacang, Sosej, Chicken Wings, Kek dan Air Bandung (Ini menu untuk birthday boy ke @ mak ayah dia punya nih???)
Ayah tiup belon, Ibu tolong gantungkan..
Kek Black Forest.. Sedap wooo..

Selamat Hari Jadi sayangku Adam Fahri
Kami sentiasa sayang kamu..
Nyum Nyummmm
Candid!!
Me & My Loving Family
Sebelum makan baca doa selamat dulu..
Hadiah dari Lily untukku. Trima kasi…

Selamat Hari Jadi Pertama Sayang...

Image
Hari ni genap setahun usia anakku, Adam Fahri.. Bagiku, dialah 'racun', dialah 'penawar'. Tetapi lebih kepada 'penawar' sebenarnya.. Dirinya perlu dikasihi dan disayangi, diberikan ihsan dan simpati serta harus dibentuk jati dirinya agar membesar sebagai insan yang diberkati. Secara jujurnya, memang tidak mudah untuk membesarkan anak. Memerlukan kesabaran hati yang sangat tinggi. Kadangkala tahap kesabaran tidak dapat dibendung lagi apabila kami tidak dapat membaca kemahuan dan kehendak anakku yang seorang ni.. Apakan daya.. kami hanyalah manusia biasa.. Namun sebagai ibu bapa, kami tetap meletakkan Adam sebagai kepentingan utama mengatasi kerja dan diri sendiri. Kerana dialah PENAWAR hati, melenyapkan gusar, mendamaikan jiwa serta hadir dirinya sebagai bukti cinta antara aku dan suami...

A picture worth a thousand words...





Lalalala Langkawi....

Image
15 sehingga 19 Oktober lepas, nama aku tersenarai dalam list kursus anjuran KDN dan bertempat di Hotel Langkasuka, Langkawi. Hotel yang sangat strategik kerana berada di tengah2 Langkawi Parade dan duty free shops. Aiyaaaa.. sape2 yang kaki shopping mesti suka punyerrr. Oleh kerana kursus diadakan time tengah2 bulan, aku hanya mampu menengok jelaa.. huhu.. :-(
Namun pengisian kursus yang sangat menarik dan berbeza dari kursus2 yang pernah aku hadiri sebelum ni. Mana nak cari kursus yang mempunyai slot belajar menembak di LISRAM (1st aku pegang senjata api nih), assemble pistol Walther P99, 9mm caliber @ 3/8 perinch, masukkan magazine bullets dalam pistol dan tembak sasaran dari jarak 10 meter. Oleh kerana nama aku tersenarai dalam Top 10 Shooter versi 10 meter (hebak rupenye aku ni.. hahaha), nama aku dipanggil sekali lagi untuk menembak 2 magazine (20 bullets) untuk jarak 15 meter. Dapat lak tempat ke-4 dari 10. Aku tatau macamana aku leh berani pegang pistol tapi ini peluang seumur…