Posts

Showing posts from December, 2010

Inilah kisah sebenarnya!!!

Image
Hahahahaha!!! Punca kekalahan Markus sebenarnya!

Saat mata terbuka... kamulah yang pertama..

Image
This song for you.. you know who you are...

Cuti Maal Hijrah

Image
Hari cuti adalah hari yang paling bahagia buat insan2 yang bergelar pekerja seperti aku dan suami. Boleh lepak2 kat umah sambil tengok tv atau movie, basuh baju, tido siang, kemas bilik, main ngan anak dan wat Choc Muffin. CHOC MUFFIN????
Bukan aku yang wat choc muffin ni. Percaya atau tidak, suami aku yang buat. Hohhhhhh??? Dengan penuh keazaman dan jati diri yang jitu lantas bersemangat dia mengaul adunan muffin tersebut. Aku dengan pantas mengambil digicam dan merakamkan aksi2 beliau (wahhhh.. beliau lagi tu..). Kebetulan Adam tengah tido, lagi la mudah beliau membuat kerja. Berbakat besar rupenye beliau ni. Dah 2 tahun lebih aku kawin, baru aku tau beliau pandai wat muffin rupenya!
Adunan terdiri dari serbuk koko, tepung naik sendiri, gula kastor dll.
Beliau mengaul adunan bagi lebih sebati.
Papercup dlm tempat masing2
Masukkan telur
Sukat minyak masak
Yeahhh.. tuang minyak (style campak2 je beliau membuat muffin)
Gaul pakai tangan je, takde pon mixer2 neh
"Usaha Tangga Kejayaan!!&quo…

Haaa.. Kan Dah Kene Bayar!

Image
Saman trafik.. ohhhhhh.. saman trafik.. tak pasal2 kene bayar kat PDRM.. Seperti biasa, suami aku la drive masa nak g KL 6 bulan lepas. Dah kene speed trap bawah jejambat keluar simpang RnR Temerloh. Senyum je pakcik pulis semasa merekod kelajuan keretaku yang ketika itu 130km/j. Nak buat macamana, dah bawak kereta aku mesti la saman atas namaku, takpe.. takpe... (jangan harap aku nak bayar RM300 tu.. hahahaha!!)
30 November lepas, tetiba lak warga pulis menurunkan bayaran saman sebanyak 50%. Nak kutip utang la tu. Haishhhh.. kalo tak bayor karang hanya 1/2 tahun je roadtax leh renew. Tak kuasa aku nak ulang 2-3x kerja nak renew balik. Dengan rasa rendah dirinya, aku pergi la Balai Polis Trafik nak bayar saman punyer pasal. Sampai je kat sana, tak masuk balai pon lagi, mak aihhhhhhhh.. segerombolan manusia sedang berbaris bersimpang siur. Ada yang duduk tepi longkang, ada yang sedang berbaris sambil berkipas, yang mencangkung pon ada! Hohhhhhh.. tak bleh jadi nih! Aku tengok je dah pen…

Gaya Tido

Image
Hampir setiap pagi aku akan ambil gambar Adam tido seblom aku bertolak ke tempat kerja. Biasanya guna kamera henpon jek. Nak kata habit, tak la juga.. Tak tahu la nape.. Agaknya bila dah jadi seorang ibu, gini la jadinya kot... huuu...
Ini Adam baru bangun tido. Muka tiada emosi.
Setelah beberapa hari aku ambil gambar Adam tido, baru aku sedari, gaya tido anak aku yang sorang ni sama jekkkk.. Nyenyak kot tido gaya gitu je...
Gaya 1
Gaya 2
Gaya 3
Gaya 4 (Cadar lain dah..)
Gaya 5

Mee Goreng Adam Mamak Style

Image
Baru-baru ni aku macam teringin2 je nak wat mee goreng. Kenkadang kalo makan kat kedai tu macam tak brape kena dengan selera kita. Mee goreng kosong la, terlebih masin la, minyak lebih la.. Haishhhh.. Kalo masak sendiri ni, ikut selera kita nak goreng macamana. So, inilah Mee Goreng Adam Mamak Style! Sangat senang, mudah yang penting sedapppppp...
Bahan-Bahan :-
1 peket mee kuning (dibasuh dan ditoskan) 3 ulas bawang putih (diketuk) 1 biji bawang merah (dikisar) 2 sudu besar cili boh (ikut kesesuaian) 2 sudu besar sos cili (ikut kesesuaian) 2 sudu besar sos tiram (ikut kesesuaian) 4 sudu besar kicap (ikut kesesuaian) 1 peket tauhu telur (diramas) 2 biji telur udang (dibersihkan dan dibuang kulit) isi ayam sayur sawi tomato ceri / tomato perasa secukupnya tauge secukupnya
Goreng udang dulu. Ketepikan
Goreng isi ayam dulu. Ketepikan.
Masukkan bawang putih dan bawang merah. Tumis sampai naik bau.
Masukkan tauhu telur yang telah diramas tadi. Tumis sampai masak. Kemudian masukkan pula sos tiram. Kacau dan …