Tuesday, December 27

Yes, I will (soon)

To my families, friends, silent readers, bloggers from bloggerland.. I will update my blog after all the mess things have been cleaned up.. Yes, my life is turning upside down, topsy turvy.. need time to settle it.. Anyway.. i'm so eager to write again, lot's of photos will be stuff in this blog, and i hope to "see" you all soon (in this blog of course!)

Saturday, November 26

Panorama Kedah Darul Aman Dari Mata Seorang Marhaen

Kedah Darul Aman. Kalo bukan kerana suamiku berasal dari Kedah, rasanya aku memang tak 'tersampai' ke sini. Suatu daerah yang subur menghijau, memberikan satu perasaan yang cukup istimewa yang kita takkan dapat merasainya di pantai timur. Dialek percakapan yang berbeza antara timur dan utara, namun masih mudah untuk difahami. Kalo sampai ke Pekan Rabu, aku pasti akan membeli berketul-ketul belacan untuk dibuat stok dan diberikan kepada adik beradik aku yang lain. Kenapa belacan? Adakah belacan Pekan Rabu merupakan "signature" negeri Kedah? Jawapannya tidak. "Signature" Kedah Darul Aman adalah sawah padi yang cukup mengagumkan bagi mata yang memandang untuk orang pantai timur macam aku ni. Cuma belacan utara ni memang terbaik dari segi rasa dan paling best, takde bau tuuuu.. Suami aku yang tak makan sambal belacan tu pun sampai jadi penggemar sambal belacan dibuatnya.. (Aku ni patut jadi duta belacan utara aoppppp..)

Aku suka mengambil gambar yang pada kebanyakkan orang, ianya hanya sekadar gambar biasa, namun bagi aku, aku suka sesuatu panorama yang biasa namun memberikan impak yang luar biasa. Aku dapat melihat kebanyakkan orang menjalankan kehidupan sehari-harian seperti biasa, namun itulah kelangsungan hidup yang perlu kita tempuhi. Sama seperti aku. Kerana aku hanyalah insan marhaen di bumi Tuhan ini..










































Thursday, November 3

Ahhhhh.. Good life :-)



To Mr. FHAR :

I miss you all the time, but I miss you at most when i lay awake at night and think all the wonderful times we spent each other, because those moments are the best times in my life. What a good life that i have been with you because you are the one who understands me so well :-)

Monday, October 31

Happy 2nd Birthday Adam Fahri :-)

Apabila dah ada anak nie, secara tak langsung aku turut bersikap kebudak-budakan. Aku jadi seronok dengan suara budak gelak ketawa, dengan main kejar-kejar sekeliling rumah, tiup belon untuk anak-anak buah aku ni pastu tengok citer kartun. Rasa seronok apabila kita buat semua ni untuk bagi mereka rasa gembira. Takpelah, lagipun hari jadi anak aku ni pun setahun sekali. Aku post dalam blog supaya anak aku dah besar sok, leh tengok rupa dia semasa berumur 2 tahun. Aku pon tak ingat macamana rupa aku ketika berusia 2 tahun, sebab itu aku akan cuba simpan memori ini for future reference anak-anak aku untuk masa hadapan. Sebab aku pon tatau aku akan hidup sampai bila, namun selagi aku masih hidup, aku akan simpan kisah klasik ini untuk suatu masa yang akan datang.. Ibu sayang kamu Adam Fahri..

Ada belon-belon, ada hiasan gantung. Tu pon hiasan recycle sejak 3 tahun lepas.

Menu of the day, Pecan Butterscotch Cake from Secret Recipe yang sangat lazat giler tak terperi, bihun goreng, keropok, cocktail sausages dan air kiwi nyam nyam.

Geng Bulan Oktober

The birthday boy..

Tiup-tiup lilin

Yeyyyyy.. berjaya tiup lilin

Bersemangat betul budak-budak ni makan

Hadiah birthday untuk Adam Fahri pada tahun ni.

Tuesday, October 25

Oktober '11

Dah sampai bulan Oktober.. blog pun tak berapa nak update. Anak semakin membesar dan semakin banyak mengomel. Lepas ni aku akan "cuba" untuk kemaskini blog. Sebenarnya banyak event lately, cuma aku tak tau apa yang aku sibuk sangat sampai lupa nak berblog. Baca blog orang lain pun sekali sekali jea. Masa banyak tertumpu terhadap anak bujang aku yang sorang tu dan juga outstation sampai berhari-hari. Hidup aku biasa-biasa je macam orang lain. Pagi2 p kerja, balik kerja, tengok tv dengan anak, kenkadang kerja malam. Kenkadang layan berborak dengan mak aku. Pastu tido la. Bangun malam buat susu anak. Bangun pagi bermulanya rutin yang sama. Nak buat apa lagi aopp? Suami jauh lakk.. aisehhhh.. Seb baik jumpa hujung minggu. Kira orait la berbanding couple lain yang berpisah beribu-ribu batu.

Antara perkara-perkara yang berlaku dalam hidup aku baru-baru nie :-

  • Aku dah dapat kunci rumah baru daa.. Belum buat keputusan sama ada nak duduk atau nak bagi sewa kat orang lain. Aku dah siap renovate dapur buat table top, pasang 2 tubs singki + 2 kepala pili, pasang downlight segala bagai, pasang grill, pasang plaster siling berbunga2 lagi kat tepi siling tu, kipas siling setiap ruang / bilik termasuk dapur dan macam2 lagi la. Siap aku dan suami cabut pokok kenanga hok pemaju tanam dan kitaorang gantikan dengan pokok palma ekor musang. Aku suka jenis pokok2 palma ni, macam kemas jek.. Rasa macam nak duduk sendiri, tapi suami lak kerja jauh, macam tak best la plak dok berdua je ngn anak. Sunyi beb.. Sunyiiiiiii...
  • Aku sambut hari jadiku yang ke -30 tahun bebaru ni. Ye, aku sudah 30 tahun. Hidup di dunia semakin singkat. Alhamdulillah Allah berikan aku rezeki tak putus-putus. Syukur terhadap rezekinya. Tetap merasa cukup walaupun sedikit. Alhamdulillah Allah berikan kesihatan yang baik terhadap aku dan keluargaku. Alhamdulillah kerana Allah berikan rasa damai dan tenang di dalam hatiku. Alhamdulillah Allah kurniakan aku suami yang cukup baik, cukup penyayang dan cukup sabar orangnya. Usia kami cuma beza setahun (of course la dia lagi tua dari aku) dan perangai pun ala-ala gila remaja walopon kami ni dah kategori tua. 3 orang keluarga aku sambut hari jadi bulan Oktober, mak aku dah 57 tahun, aku dan sudah tentu anak bujang aku baru berusia 2 tahun. Anak aku semakin banyak mengomel dan ada je benda yang dia nak cerita termasuk lampu, api, kipas dan sewaktu dengannya. Aku pun layan jela.. Maklum laa, budak-budak baru nak dapat mulut.. Syukur Alhamdulillah terhadap mu Ya Allah di atas segala semua rezeki ini.. Amin.
  • Dalam bulan ni je aku dah kena outstation 2 kali, Cameron Highlands dan Besut, Terengganu. 1st time aku sampai Besut. Mula-mula aku ingat Besut ni satu daerah yang agak hulu atau terpinggir la kiranya. Namun aku silap. Kat sini MRSM (Maktab Rendah Sains Mara) je dah ada dua bijik! Ada ILIM (Institut Latihan Islam Malaysia), pantai yang cantik giler, ada Bukit Keluang yang memang best kalo buat aktiviti kembara dan macam-macam lagi. Jarak dari Besut ke Kota Bharu, Kelantan tak jauh pun, cuma lebih kurang 50km je, orang KB takleh wat solat jamak pon kat sini, tapi orang KT ( Kuala Terengganu) layak untuk buat solat jamak memandangkan jaraknya lebih kurang 110km. 4 hari aku "lepak" kat Besut, 4 hari jugak la aku homesick rindu kat laki dan anak aku.. wooo wooo woooo...
  • Tahun ni hadiah birthday aku paling best, photo book besarrrr giler ngn muka aku besarrr tak hengattt dan sebijik smartphone Android Gingerbread v2.3, 1GHz processor with Bravia Engine + HD video playback. Terima kasih suamiku. :-)

Thursday, September 1

Eid Fitr 2011 - 3rd Day

Raya Ketiga. Setelah dua hari berhari raya di Kuala Lumpur, aku mengambil kesempatan cuti yang ada untuk menemui keluarga mertua di Parit Buntar, Perak. Perjalanan seperti biasa, cuma banyak berhenti di hentian rehat mahupun sekadar hentian sebelah. Nak rakam gambar la, adam berak la, nak terkucil la, nak beli buah potong la, haus la dan pelbagai 'la' lagi. Perjalanan yang sepatutnya menjadi 4 jam menjadi 6 jam. Memang pukul 6 petang kami selamat sampai ke Desa Aman rumah adik iparku Wati, dan menemui keluarga tersayang.

Sekitar Hentian Sebelah Gua Tempurung dan RnR Bukit Gantang, Perak..






BILA KO SIBUK..

Lama sungguh tak bersiaran.. laptop aku rosak.. aku sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga dan bekerja. Susahnya nak allocate masa.. kalo...