Monday, February 21

Kebun Bunga..

Mak aku kategori green fingers. Tanam apa pun insya'allah menjadi. Sama la dengan pak mentua aku pun. Cuma bezanya, pak mentua aku suka tanam sayur-sayuran, buah-buahan dan sedikit pokok hiasan manakala laman hijau mak aku dikelilingi bunga-bungaan. Kadangkala aku balik kerja, dari kejauhan aku dah nampak mak aku sembur2 baja, urut-urut daun, cakap dengan pokok dan sudah tentu siram pokok bunga kesayangan dia setiap petang. Kalau tak sempat siram petang, pagi-pagi jam 7 mak aku dah start siram pokok.

Antara bunga-bungaan yang sedang mengelilingi rumah aku buat masa ini..






















Adam Fahri pun ada.. :-)

Wednesday, February 16

Northern Peninsular Last Part

Khamis, 03 Feb 2011.
Hari ini CNY (Chinese New Year). Hari ini juga kami pulang ke Kuantan setelah 6 hari bercuti merangkumi KL, Parit Buntar, Alor Setar, Pokok Sena, Taiping dan kawasan sekitarnya. Orang ramai sudah mula bercuti hari ini, tetapi kami mengambil langkah sebaliknya dengan bercuti lebih awal. Perancangan sebegini dapat menghindari daripada terperangkap di dalam kesesakan lalulintas yang sangat menggila di musim perayaan. Tak kira musim perayaan apa pun, hi-way mesti jammed punyer. Adik aku menghabiskan masa 15 jam dari KL ke Kota Bharu kerana terperangkap di dalam kesesakan lalulintas. Fuhhhhh...

Perjalanan ke Kuantan dari Parit Buntar bermula jam 9:30 pagi. Selalunya kami suami isteri akan bergilir-gilir drive, maklumlah, perjalanan mengambil masa 9 jam termasuk mengisi minyak, top-up Touch 'n' Go, berehat, solat dan makan-makan kat RnR Tapah tetapi kali ini aku drive sepenuhnya dari Parit Buntar sehinggalah selamat sampai ke Kuantan jam 6:00 petang. Adam hanya mahu melekat bersama ayahnya sahaja. Manja sungguh la anak aku yang sorang ni..

Insya'allah, panjang umur kami akan sampai ke utara lagi!

Merajuk! Ntah apa la yang dirajukkannya nie.. Huuu..

Maktok pujuk Adam yaa...

Menangis lagi.. Takut kena tinggal ni..

Tokwan & Adam Fahri.. (Muka Adam macam takut kena tinggal)

Muadz yang bulat-bulat gebu..

Tuu diaaaa.. bulat sungguh mata Muadz nih.. (terkejut kot Mak Long dia comel sangat.. Hahaha!)

Aksi-aksi hebat mat motor. Aksi meniarap, kuak lentang, lompat pagar, semua boleh dilakukan oleh mereka secara profesional. Hiburan dari PLUS.

Kereta bersesak-sesak dari belah KL / Selatan ke Utara. Perjalanan dari Utara ke KL /Selatan macam aku ni lengang giler.. Beh behhh..

Jeng.. jeng.. jeng.. Masuk je Tol Gombak, terus jammed sampai la ke Exit Genting.. Huuu.. Time cuti ramai tol orang suka gi Genting Highlands..

Seperti yang diduga, habis je jalan Exit Genting, laluan Hi-way Karak menjadi seperti biasa.

Friday, February 11

Northern Peninsular Part Three

Rabu, 02 Feb 2011.
Cuaca tersangatlah baik hari. Mentari terik menyinari (sesuatu yang sukar ditemui ketika musim monsun di Kuantan). Basuh baju pun cepat je kering. Sejak semalam lagi aku planning nak pergi Zoo Taiping. Mengambil peluang yang ada untuk melakukan aktiviti berkualiti bersama keluarga. Nanti bila dah masuk kerja, jarang dapat masa untuk bersama. Kadangkala suamiku outstation, kadangkala aku balik kerja jam 10 malam, kadangkala aku operasi di luar daerah..(berapa banyak kadangkala daaa....)

Jam 11 pagi dah bergerak dari Parit Buntar ke Taiping. Perjalanan mengambil masa hampir 50 minit untuk sampai ke destinasi. Seronoknya pergi time tak ramai orang, maklumlah, orang ramai masih bekerja lagi hari ini. Esok baru public holiday. Anak aku teruja tengok pelbagai jenis haiwan. Mulut dia pun riuh berbicara dalam bahasa yang hanya difahami oleh dirinya sendiri. Bila dikenang-kenang balik, tak sangka aku dah ada anak dah.. haishhh.. buleh la wat lawan-lawan cakap. Ibarat bercakap antara itik dan ayam. Tak le aku sunyi sangat bila ayah dia outstation.

Antara sedutan kenangan di Zoo Taiping..

Sebelum sampai zoo, kena sampai junction penjara Taiping dulu..

Tunggu mini train datang..

Jom naik!

Suka aku naik mini train ni, teringat ketika aku naik train macam ni gak kat Masjid Kristal, Terengganu.

Dah naik jangan terjun keluar pulak ye..

Tak sangka haiwan bab1 leh ditempatkan dalam zoo ye..

African Ostrich

Ada unta..

Amboih... fokusnya Adam Fahri..

Tenuk / Tapir

Sang Gajah

Kiutnya anak gajah..

Badak Sumbu..

Burung Kakak Tua / Parrots

Teratai / Lotus

Ayah + Adam + Rabbit

Ular Sawa / Python

Beruang / Sun Bear

Memerang / Otter

Alahai anak ibu.. besar dah kamu ye.. Sangat sayang pada kamu ni..

Maktok, Nenek, Ibu & Adam..

Panjang umur kami jumpa lagi!

BILA KO SIBUK..

Lama sungguh tak bersiaran.. laptop aku rosak.. aku sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga dan bekerja. Susahnya nak allocate masa.. kalo...