Tuesday, April 26

Ibu 18 bulan

Percaya atau tidak, dah 18 bulan aku bergelar ibu. Aku rasa baru je semalam aku melahirkan anak lelaki aku nih. Memang cepat masa berlalu. Aku memang tak ingat muka anak aku ketika lahir dahulu. Nasib baik laa ada digicam yang mampu mengimbau priceless moments seperti ini. Aku rasa digicam ni suatu gajet yang wajib ada. Tak kisah la jenama apa pun. Yang aku punye ni pon cap ayam 10mp je. Kalo korang mampu leh la pakai DSLR..

Anak-anak memang cepat membesar. Oleh itu rakam la kenangan sebanyak mana yang anda mampu kerana ianya akan menjadi kisah yang amat berharga. Kita sedang merakam sejarah, sebagai rujukan generasi kita untuk mengetahui susur galur asal keturunan, demi masa hadapan..


7 minit pertama

Usia 2 hari

2 hari

3 hari

4 hari

2 bulan

2 bulan

2 bulan

2 bulan

3 bulan

3 bulan

3 bulan

4 bulan

4 bulan

4 bulan

5 bulan

5 bulan

5 bulan (Ayah suap celerac sampai comot ni.. tapi bagi aku sangat la comelnya..)

5 bulan

5 bulan

5 bulan

7 bulan

7 bulan

8 bulan (Alolololo.. bulat-bulat comel..)

9 bulan

9 bulan

9 bulan (pra dapat kaki)

10 bulan

11 bulan

12 bulan

12 bulan

12 bulan


13 bulan (pipi merah baru lepas jatuh longkang)

13 bulan

14 bulan

14 bulan

15 bulan

16 bulan

17 bulan

18 bulan

Ada pepatah menyatakan bahawa "Having children will turn your life upside downs". Agreed. Aku memang setuju sangat la.. Memang takkan sama waktu bujang2 dulu. Lebih bahagia, lebih meriah, lebih akrab, lebih sempurna dan lebih disayangi.. :-)

Friday, April 15

Durian Bentong.. Terbaekkk!!

Aku antara penggemar durian. Malah hantaran kek kawin aku pun berperisa durian dari kedai "Resepi Rahsia". Kandungan isi durian terdiri daripada gabungan gula, karbohidrat, lemak, protin, vitamin C, potassium bla.. bla.. bla.. (sumber dirembat dari wikipedia). Ahhhh.. peduli kan semua nutrisi itu! Yang aku tau, rasanya lazat, manis dan enak berkrim. Lebih2 lagi yang baru gugur dari pokok. Perghhhh.. Rasa sengit tak terperi! Marveles! Marveles!

Dalam 2, 3 hari lepas, aku outstation ke Bentong. Musim durian baru nak bermula. Penjaja durian di tepi jalan meletakkan longgokan durian yang baru gugur. Bau lazat tak terperi. Kat rumah aku cuma aku dan mak aku je gila durian. Hok lain tak makan sangat, jadi tukang tengok je, terutama laki aku. Bagus2! Oleh kerana Bentong dan Kuantan tu boleh tahan jauhnya, tak beli la bawak balik.. Kang ada yang pengsan dalam kenderaan ofis kangg..

Berbekalkan kamera henphone chap ayam 2mp, aku snap-snap la sikit gambar (biasa la, aku kan suka amek2 gamba) kami berhenti tepi jalan dan makan durian. Ada la meja + kerusi + air basuh tangan. Kat sini kalau durian kampung dalam RM5 sekilo manakala D24 RM10 sekilo. So aku and the geng pakat2 la beli D24 2 biji dan makan kat situ juga. Fuhhhh.. Puas hati tol! Memang sedap tak terperi! Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati!





Sunday, April 10

Family Day

Kompeni hubby aku buat event family day kat Impiana Resort Cherating, Kuantan. Resort yang sangat cantik, sangat mendamaikan, sejuk dipupuk bayu laut. Dulu aku honeymoon kat Holiday Villa Cherating. 1st time sampai Impiana Resort ni. Cuma aku tak berapa berkenan dengan bidai buluh yang digunakan dalam bilik. Aku lebih suka kalau pihak hotel gunakan langsir tebal agar privasi terpelihara. Just my two cents. Bak kata staff Impiana Resort, omputeh suka sangat bidai2 macam ni.. Huuuu..

Adam Fahri buat pertama kalinya tidur kat hotel, pertama kalinya dia pegang pasir pantai sambil berlari-lari di gigi air. Moments yang cukup indah because it's so hard for me to spend a very quality time together. Semuanya kerana kekangan kerja. Kadang2 Sabtu siang dan malam aku kene kerja. Dan hari Ahad my hubby dah berangkat ke Kerteh sepanjang minggu. Takkan aku nak berenti kerja lak dok? Mungkin tidak... Hutang kereta dan rumah aku tak habis bayar lagi nih. Hehehehe...

Welcome Gift. Aku berkenan kat buah longan tu je.

Permandangan dari tingkap bilik

Pepohon kelapa meliuk2 gitu..

Adam Fahri di beranda bilik


Dua beranak ni memang kamceng sejak dulu lagi ni..

Tunjuk apa tu?


Ahhhhh.. My favourite pic..

Telematch

Bukan senang nak tengok ayah Adam berlari kencang nihh..

Oh hohooooo.. Kudaku berlari gagah. Ceng ceng cenggg...

BILA KO SIBUK..

Lama sungguh tak bersiaran.. laptop aku rosak.. aku sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga dan bekerja. Susahnya nak allocate masa.. kalo...