Monday, May 30

Nyamukku bernama Hanibie

Hanibie, cinta pertama aku.. Pertama kali aku jumpa dia 5 tahun lepas. Dengan stripe merah hitam, berkuasa 125cc, keluaran MZ di bawah jenama MOSKITO. Tak silap aku, harga body + insurans + alarm skuter = RM5,200. Benda paling mahal yang pernah aku beli ketika itu. Keputusan untuk membeli skuter ni tercetus apabila aku dah banyak kali tertinggal bas mini kat Shah Alam tu. Masa tu rumah sewa kat Seksyen 18, kerja lak kat Seksyen 9 Plaza Masalam. Kena naik 2 biji bas mini untuk sampai ke tempat kerja. Terpaksa bersesak2 dengan student UiTM, warga asing, warga emas dan bebudak sekolah. Seksa beb!!

Aku tak tunggu lama, terus amek lesen motor (sebelum ni aku memang dah ada lesen kereta, tapi kereta lak tadok.. huu), beli MZ MOSKITO sebab aku suka style sporty (macam kereta aku sekarang la.. sporty juga) dan bawak kerja tanpa masalah. Setiap pagi aku lap Hanibie. Siap belikan sarung besar untuk melindungi dia. Hantar servis setiap 1,000km. Hanya guna minyak hitam paling mahal. Siap guna petrol Shell V-Power tu.. Seminggu minyak RM8 je, tapi yela.. masa tu petrol murah lagi kan.. Hujan, panas aku redah je. Tak kisah dah semua itu, janji aku tak bersempit2 dalam bas mini dengan abang2 bangla sambil diiringi aroma ketiak mereka yang perghhhhhhh... mau berdarah hidung kalo bau lama-lama..

Tapi kini 5 tahun telah berlalu.. aku pass Hanibie ni kat adik aku buat belajar kat UiTM, Arau sana. Dapat jugak Hanibie masuk universiti. Aku pun dah lama tak bawak Hanibie sejak dah kahwin. Kesian pulak kat dia. Padahal banyak betul jasa dia pada aku. Bila dah berpindah tangan ni, semakin suram dirinya.. Kenapa aku kata begitu..

Inilah Hanibie sekarang...


Inilah Hanibie aku.. Nampak baik-baik je kan?


Hmmm.. Side mirror takde sebelah. Tatau mana perginya..


Hampir 20,000km. Last aku pakai 10,000km.. Luas perjalanan Hanibie aku ni..


Okeyyy.. Nombor plat patah kiri kanan tapi masih ada nombor lagi..


Signal belakang patah sket..


Kotor sebab tak pernah dibasuh ni..


Ekzos suda karat..


Signal depan terkulai layu..


Pecah sket casing depan..


Sticker MZ hilang..


Calar tergores ..


Tersagat..


Kesan petrol tumpah, menggelupas cat dia..


Calar balar sedikit

Aku rasa korang boleh rasa macamana perasaan aku sekarang bila tengok Hanibie.. Tapi itu realiti, bila dapat yang baru, yang lama dipinggirkan..

Thursday, May 26

Goodbye My Friend :-(

Seorang colleague aku, akhirnya dapat jua transfer ke Johor Bahru setelah sekian lama menahan kesabaran bekerja di sini. Tidak dapat dinafikan, politik pejabat mana-mana pun ada. Aku transfer balik Kuantan pun disebabkan nak kahwin dan juga mak ayah aku tinggal di sini. Selagi mereka masih ada, selagi itu aku cuba untuk tinggal dekat dengan mereka. Senang nak tengok sakit pening mereka. Lagipun, aku sorang je anak dia yang tinggal kat Kuantan, adik beradik aku lain semua tinggal luar Pahang.

Kalo cakap pasal politik pejabat ni, fuhhhhh.. tak boleh tido malam dibuatnya. Dalam soal ini, kawan aku menjadi serangan peribadi individu terbabit. Apa sahaja yang kawan aku ni buat, ada je yang tak kena di mata individu terbabit. 5 tahun menelan bulat-bulat tanpa melawan, akhirnya kawan aku dapat jua keluar dari sini. Aku? Aku suka je kerja sini. Mindset aku, masalah kerja hanya di opis. Luar opis, aku dengan dunia aku, urusan kerja tolak tepi. Mungkin aku ada suami untuk berkongsi cerita, ada anak untuk mencurahkan rasa sayang dan simpati, ada ibu dan ayah untuk menyokong dan juga keluarga mentua yang sangat memahami. Kawan aku ni masih bujang, tiada jua teman istimewa untuk didampingi, masalah tidak dapat diluahkan. Keluarga pun jauh.. Simpati aku dengan dia.

Goodbye my friend.. You'll be missed.. A good friend like you is hard to find, but if this 'transfer' things that make you feel deserved, happy, relieved, "the most top list you must do", then im so happy for you too.. I'll hope you get your life back, dear! Be yourself again.

Jangan muram-muram lagi yaa.. Ini sedikit sedutan kisah kita di sini..












Wednesday, May 25

Kuala Terengganu lagi...

Serius dah lama aku tak update blog.. Sibuk dengan diri sendiri, keluarga, kerja + malas + ketagih main Citiville di Facebook dan lain-lain perkara yang bersangkut paut dengan aktiviti-aktiviti yang telah dinyatakan.

Ohye, aku ke Kuala Terengganu lagi untuk menghadiri kursus intergriti. Aku drive dari Kuantan ke Kertih, tido dua malam di sana kemudian sambung perjalanan ke Kuala Terengganu seorang diri. Memang mengantuk giler kalo sorang-sorang dalam kereta. Nyanyi lagu Adele - Rolling In The Deep kuat-kuat. Lagu Colbie Caillat - I Do pun jadi juga.. Jalan yang begitu lengang, lek lek kool jea.. Nak potong lori tangki minyak pon tak payah tekan minyak lebih. Nyaman tol...

Jalan lengang

Lengang lagi..

Tepi pantai..

Lagi-lagi lengang

Ada tasik juga..

Sampai dah kat Hotel Grand Continental. Dah la drive kete sorang, duk dalam bilik hotel pon sorang.. Huuuu...

Pemandangan luar tingkap

Pantai lagi

Bandar Kuala Terengganu

Wiggy full bar kat sini. Terbaekk!

Matahari di ufuk pagi



BILA KO SIBUK..

Lama sungguh tak bersiaran.. laptop aku rosak.. aku sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga dan bekerja. Susahnya nak allocate masa.. kalo...