Posts

Showing posts from June, 2011

Mini Zoo Taman Teruntum

Image
Hmmm.. Mini Zoo Taman Teruntum ni dah wujud sejak aku kanak-kanak lagi.. Memang salah satu tempat favourite abah aku bawak kitaorang adik beradik masa kecik-kecik dulu. Malah, suatu ketika dulu hari raya pertama abah bawak kami sekeluarga tengok haiwan kat mini zoo ini. Nak tengok beruang pun siap berbaju kurung, bersampin segala bagai. Nak tergelak sorang rasanya bila teringat kembali saat-saat itu.
Zaman aku kini tertumpu kat zoo.. atau taman mainan... atau makan kat McDonalds yang ada playground.. kerana apa? semuanya kerana aku sudah mempunyai anak yang baru nak mengenali kehidupan di luar sana. Zaman aku dating, menonton wayang, shopping dah lama berlalu..
Mini Zoo Taman Teruntum kini sudah banyak berubah. Lebih banyak haiwan, haiwan pun nampak lebih 'muda' dari sebelumnya, sudah ada aktiviti bersama pengunjung dan haiwan.. Sudah ada pembaharuan ke arah yang lebih baik. Aku suka datang sini. Kini baru aku faham kenapa abah aku suka sangat bawak kami tengok zoo atau taman …