Monday, July 25

Cool Stuff

Adakah anak anda sudah pandai menghempas pintu? Atau bimbang jari anak anda akan terkepit di celah pintu sehingga tercedera? Bimbang pintu anda rosak kerana terlalu kerap dihempas oleh anak anda? Atau sudah boleh mencapai tombol untuk mengunci pintu bilik dari dalam dan kebetulan anda tiada spare key di luar bilik? Anak anda terperangkap seorang diri di dalam bilik dan tidak dapat keluar semula?

Anda mungkin boleh beli produk2 sebegini untuk mengelakkan jari anak anda terkepit atau terkunci dari dalam. Cantik bukan? Lihat juga harganya..



Safety Door, £3.99 (RM 19.40)


Safety Door Jammer, £3.50 (RM 16.98)


Nak yang cantik pun ada tapi mesti la lagi mahal kan..

Anak aku kini sudah pandai menghempas pintu bilik dan membiarkan dirinya terperangkap dari dalam. Cuma dia tak cukup tinggi untuk tekan punat kunci kat tombol tu. Maklumlah, anak LELAKI memang la lasak sikit kan.. So, daripada aku nak bayar sekeping safety door RM20, aku hanya gunakan ini..

Tadaaa.. rubber door stopper. Lagi tebal laaagiii bagus! 2-in-1 lagi. Boleh letak di atas lantai dan juga digantung..

Hanya perlu paku tepi frame pintu, paku la tinggi sikit agar tak tercapai oleh anak anda

Inilah hasilnya, jari anak anda takkan terkepit dan pintu takkan tertutup selagi door stopper tu masih tergantung di situ. Pintu pun takkan rosak sebab ianya diperbuat daripada getah..

Dan cuma ini harganya.. Jimat bukan?

Friday, July 22

:-(

Dah lama aku tak update blog. Bukannye apa, digicam aku rosak. Lens Error. Tersekat macam tu je. Nak kata 'total loss' pon tak juga, mungkin boleh diselamatkan lagi tapi malas lak nak anta kat Service Centre Canon. Mungkin lain kali la aku anta. Sementara nak anta servis, aku guna dulu la digicam Sony cap ayam ni. Gambar pun tak berapa cantik macam Canon, padan la dengan harganya pun.. Takpun aku sendiri yang tak pandai guna. Nak guna DSLR aku memang takde skill. Mungkin akan berjinak2 dengan Performance Camera dulu. Tapi apa yang lebih penting, digicam perlu ada dalam apa jua situasi sekali pun. Senang nak capture the moment.



Okey, sisi depan mcm nampak ok lagi..


Kasi senget sikit, sudah nampak kebenarannya..


Lens lekat macam ni jela, tamau masuk ke dalam. Tiba2 jek rosak. Ngade2 tol.

Monday, July 4

Sibuk la aku ni..

Hishhhhh.. aku rasa blog aku tahun ni tak berapa produktif laa.. Puncanya aku sibuk... Tiap-tiap minggu ke luar daerah. Balik malam nampak bantal je.. Sangat penat dan mengantuk. Life aku pergi kerja, balik kerja, tengok anak kejap (tu pun waktu malam), jumpa laki hujung minggu dan rutin-rutin lain. Lama-lama bosan gak hidup gaya macam ni je. Aku mahu bercuti @ berbulan madu kali kedua @ main-main air kat Taman Tema Gambang ke.. Behnye! Behnye! Behnyeee!!!

Tapi sehingga kini aku masih sibuk... :-(

BILA KO SIBUK..

Lama sungguh tak bersiaran.. laptop aku rosak.. aku sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga dan bekerja. Susahnya nak allocate masa.. kalo...