Wednesday, August 31

Eid Fitr 2011 - 2nd Day

Raya Kedua. Tulang rahang aku ni sampai naik lenguh sebab asyik makannnn je. Pastu ngantuk. Tido la plak. Bangun. Makan lagi. Haiyohhhhhhhhh!!! Kalo hari raya memang macam ni la gamaknya. Sia-sia je turun 2kg bulan puasa, pas puasa naik semula berkilo-kilo. Pastu layan la pulak muvi "Tolong! Awek aku Pontianak!" lakonan Sazzy Falak, Zahiril Adzim, Liyana Jasmay dan lain-lain. Serius aku gelak kaw-kaw dengan mamat bernama Bob dalam movie tu. Tak leh blah arrr.. Nyaris je aku nak cop si Bob tu gay.. Haihhhhh.. Kendian layan pulak cerita Karak, Curious Case of Benjamin Button ngan katun Rango. Sampai pedih2 bijik mata aku mengadap tv.

Malam tiba. Bosan gilak tak tahu apa nak buat, cuaca pon molek2 je, apa lagi.. ke i-City la kami semua. RAMAI GILER ORANG sebaik sahaja kami sampai ke sana. Aku tak tau nak jalan mana. Kiri, kanan, depan, belakang semua orang. Fuhhhhh.. tapi enjoy la jugak kan.. Kalo pergi ke mana-mana dengan orang yang kita sayang mesti best punye!

Sekitar i-City, Shah Alam..






Aku dan Adam bersama cekak rambut berlampu lip lapnya..

Lily beraksi ala-ala Hallyu

Pasukan adik beradik


Takpe lentok-lentok, halal apa...


Ahhhhh.. This is my favourite pic.

Pasukan Rumah Lily. Eh? Laaa.. baru aku perasan ada anak aku kat tepi gajah tu.. Hahaha.. Tula kamu Adam, kecik sangat.. ibu nyaris tak nampak kamu..

Nikmat menjadi seorang ibu apabila lahirnya zuriat sendiri.
Ibu sangat sangat sangat sangat sayangkan kamu Adam Fahri.
Kamu kan cinta hati ibu dan ayah..

Tuesday, August 30

Eid Fitr 2011 - 1st Day

Tahun ini aku berhari raya di Damansara Damai, rumah adik aku Lily. Memang lain suasananya, mungkin sudah terbiasa berhari raya di kampung namun kemeriahannya tetap sama kerana seluruh ahli keluargaku berhimpun di sini. Adik aku bertungkus lumus menyiapkan juadah raya iaitu Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Kuah Kacang dan lain-lain. Adik aku ni memang superb bab masak memasak. Sebagai bukti, lihatlah saiz hubby dia. Sempat juga dia menempah Sate Kajang Hj. Samuri. Bagi penggemar sate seperti aku ni, sate Hj. Samuri SANGAT SEDAP!! óóóóó (terkecur air liur aku jap beli taip pasal sate Hj. Samuri nih. Siap aku bagi 5 star lagi!). Terima kasih buat Lily sekeluarga kerana melayan makan minum, tempat tinggal segala bagai untuk kami semua! Aku sayang kamu Lilykuu...


Mak & abah aku

Seblom bertolak ke KL, kami bersalam-salaman la dulu. Kalau kita nak mintak maaf pada seseorang, kita kena cakap kesalahan kita dulu dan baru mintak dia maafkan kita. Oleh kerana aku banyak buat salah kat abah aku (seperti merembat parking dia dalam garaj, mengepau duit dia, dan lain-lain la..). Aku mintak la dia maafkan aku dunia akhirat. Agaknya dia terharu la tu sampai kesat-kesat air mata. Huuu.. Ayah tetap ayah, hubungan itu takkan terputus sampai bila-bila pun..

Turn laki aku pulak bersalam-salaman..

Wan Hadi Imran, anak saudara aku yang pertama. Sedap kan sate tu hadi kannn??

Sufieyah memeluk erat Baby nya..

Adam Fahri bergalak dengan pistol ntah siapa yang punya.

Aku sekeluarga.

Pasukan Rumah Atuk

Pasukan Rumah Angah

Pasukan Rumah Lily

Penampilan istimewa, Pasukan Rumah Adam

Pasukan adik beradik, Acu dan Acik

Friday, August 19

Persiapan Raya 2

Musim2 perayaan ni bagi aku apa yang paling penting sudah tentu pulang ke kampung halaman menemui keluarga. Dan untuk pulang menemui keluarga dengan selamat sudah tentu memandu dengan berhati-hati serta kondisi kenderaan anda berada di tahap yang paling optimum. Hari ini sudah hampir 50,000km mileage kereta aku. Sudah tiba masanya untuk dihantar ke Pusat Servis Proton di sini. Dari awal perbualan aku melalui telefon dengan staff pusat servis ni, purata caj servis untuk 50,000km adalah sekitar RM350. Dalam hati aku, "haihhhh.. murah la plak servis kali ni, kalo tak, mesti atas 5 rad punyerr!"..

So, suami aku pun hantar la kereta aku g pusat servis seawal 8 pagi memandangkan dia cuti hari nie, aku pulak g kerja guna kereta dia. Dalam 4 jam kemudian, suami aku anta mesej kat handphone aku, "Belt kena ganti, seal fr case kena tukar, oil seal crank shaft pun sama" dan etc..etc.. Hoihhh.. aku sepatah haram pun tak faham ape ke benda ni semua.. aku kan tau pakai je kan.. bab2 servis, minyak kereta semua aku pass kat suami aku. Baik suami aku ni :-)

Kalo nak pakai kereta tu lama, biar la guna genuine parts.. Takpe.. alah beli menang memakai..

Keseluruhan belt yang retak. Sebab tu bila start enjin kereta ada bunyi bising skett..

Antara parts yang kena ganti



Senarai servis yang telah siap ditukar baru.. Dan harganya....


Amekkawwwww!! Kami membayar RM958.80 tunai dengan muka tiada perasaan, tiada emosi dan penuh sifat rendah diri, bertawaduk dan bersopan santun.


Bagi aku tak mengapa berhabis duit untuk kereta sebab kereta inilah yang kita dok pulun sehari-harian untuk ke tempat kerja demi sesuap nasi untuk membesarkan anak-anak (macam ramai je anak aku). Dan juga untuk pulang ke kampung pada Syawal nanti. Chewahhh!!

Wednesday, August 17

Persiapan Raya 1

Mak aihhh.. dah lama tol aku aku tak menjenguk blog aku neh. Apa laa yang aku buat sampai terlupa nak update blog.. Hmmm.. p keje, balik keje, main sepak2 bola ngan anak, makan murtabak hampir setiap waktu berbuka, tido secukup rasa, bermalas-malasan depan telebesen dan lain-lain perkara..

Oraittt.. sempena cuti Nuzul Quran, daripada aku dok layan Channel Astro 618 ngan Adam, baik aku wat beskot raya sket.. Aku suka beskot yang gebu2 cair di mulut.. hmmm.. baik aku wat beskot ni.. Jeng.. jeng..jengggggg...

Biskut Dahlia

Bahan

225 gm butter
110 gm gula ising
1 biji kuning telur
1/2 s/k esen vanilla
70 gm tepung jagung
120 gm tepung kastad
170 gm tepung rose
ceri merah sebagai hiasan

Gaulkan butter dan gula ising sebati.

Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau rata. Pastu masukkan semua jenis tepung tu sedikit demi sedikit.

Dah siap bancuhan beskot dahlia

Sambil2 kita acukan adunan beskot dahlia dalam loyang, kita leh suh peminat arsenal ni putun2 ceri merah. (tu la ko.. sape suh jadi adik bongsu aku. kan dah kene putun ceri)

Pastu cam biasakla.. letak ceri atas beskot dahlia tadi.

Bakar dalam oven suhu 170'c selama 15 - 18 minit.

Dah siappp.. Walopon rupe huduh sket tapi rasanya.. perghhhhh.. maveles! Konfirm cair lam mulut.. Apa lagi, simpan dalam bekas kedap udara.

Wednesday, August 3

Home made anniversary simple cheese cake..

Oraittt.. sempena hari ulang tahun perkahwinan aku baru baru ini, aku buat la kek simple2 untuk diraikan bersama keluarga. Sangat mudah malah sangat sedapp.. Bagi pengemar cheese cake, anda boleh la try buat kek ni ye.


Oreo / Stereo / Cream-O Cheese Cake

Bahan-bahan yang diperlukan :
750gm cream cheese (Aku guna jenama Tatura daripada Philadelphia)
1 cup castor sugar
3 packs of Oreo / Stereo / Cream-O biscuits
3 eggs
3 tbsp melted butter

Ini adalah bahan-bahannya..

Kalo nak lebih sedap untuk makan sendiri, baik guna jenama Tatura. Rasanya lebih enak berkrim. 

Cara untuk buat tapak cheese cake @ crust:-

Okay, biskut tu dibuang inti tengahnya. Kita ambil biskut dia dan kisar sehingga menjadi serbuk. Setelah menjadi serbuk, gaul dengan mentega cair. Buat sehingga boleh dikepal dan dibentukkan. Jangan terlalu berderai ya..

Kemudian, kita bentukkan crust dalam loyang.

Sekarang, pukul cream cheese sehingga kembang sebati

Putar-putar ewahhh..

Masukkan 1 cawan gula kastor

Putar lagi sehingga gula dan cream cheese sebati gitu..

Masukkan 3 biji telur dan putar lagi..

Setelah sebati semuanya, masukkan serbuk biskut yang telah dikisar tadi. Nak crunchy sket, biskut tersebut dikisar kasar.

Oraitt, setelah settle, tuang adunan atas crust tadi..


Bakar selama 40 minit, 175°c

Tadaaa.. dah siap. Boleh hiaskan atas kek dengan serbuk biskut oreo atau blueberry filling atau raspberry filling ke.. Jangan lupa sejukkan kek di dalam peti ais semalaman sebelum dipotong..

Aku tak sempat nak rakam gambar kek keesokkan harinya sebab dah habis dulu.. Ini membuktikan bahawa kek aku sedap! Hahaha.. koya jap aku nie.. Majulah Cheese Cake untuk rakyat semua...

BILA KO SIBUK..

Lama sungguh tak bersiaran.. laptop aku rosak.. aku sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga dan bekerja. Susahnya nak allocate masa.. kalo...