Thursday, September 1

Eid Fitr 2011 - 3rd Day

Raya Ketiga. Setelah dua hari berhari raya di Kuala Lumpur, aku mengambil kesempatan cuti yang ada untuk menemui keluarga mertua di Parit Buntar, Perak. Perjalanan seperti biasa, cuma banyak berhenti di hentian rehat mahupun sekadar hentian sebelah. Nak rakam gambar la, adam berak la, nak terkucil la, nak beli buah potong la, haus la dan pelbagai 'la' lagi. Perjalanan yang sepatutnya menjadi 4 jam menjadi 6 jam. Memang pukul 6 petang kami selamat sampai ke Desa Aman rumah adik iparku Wati, dan menemui keluarga tersayang.

Sekitar Hentian Sebelah Gua Tempurung dan RnR Bukit Gantang, Perak..






BILA KO SIBUK..

Lama sungguh tak bersiaran.. laptop aku rosak.. aku sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga dan bekerja. Susahnya nak allocate masa.. kalo...