Thursday, December 6

Just love me for being me..


"My legs are short, 
Please slow down, so I can keep up with you.

Don't slap my hand when I touch something bright and pretty.
I don't understand.

Please, look at me, when I talk to you.
It' lets me know you are really listening.

My feeling are tender, don't nag me all day.
Let me make mistake without feeling stupid.

Don't expect the bed, make or the picture, draw to be perfect
Just love me for trying.

Remember I am child not small adult.
Sometimes I don't understand what you are saying.

I love you so much
Please love me just for being me - not just for the thing I can do"

~Anonymous~


Chenta Hati Ibu..


"Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
"

~ Awan Nano, Hafiz AF7~

Thursday, November 29

Wanita 31 tahun paling cantik?


“Seumur hidup, tidak pernah saya dengar orang memuji busut. Ini kerana busut lebih kecil dan dianggap tidak menarik berbanding gunung.

Gunung memang selalu dipuji orang. Mana-mana gunung pun akan dipandang indah dan oleh sebab keindahannya itulah, ia dipuji. Ada yang berpantun, berpuisi dan bersyair mengenai gunung. Ada juga yang bikin lagu untuknya seperti Gunung Santubong.

Orang bercinta pilih gunung sebagai lambang keindahan dan keteguhan cintanya kepada kekasih. orang berbulan madu, pun ramai yang pilih kawasan gunung  juga jika tidak mampu ke luar negeri.

Ini kerana hawa di kawasan gunung yang dingin dan nyaman boleh mengurangkan rasa malu pengantin perempuan untuk minta dipeluk atau didakap bagi mengurangkan rasa sejuk.

Saya terfikir mengenai perbandingan gunung dan busut ini tatkala membaca satu laporan mengenai wanita bahawa seseorang wanita dikatakan mencapai tahap kecantikan yang paling sempurna ketika berusia 31 tahun.
Fakta itu diperolehi daripada tinjauan yang dilakukan ke atas dua ribu lelaki dan wanita di Britain.

Hasil tinjauan itu mendapati  kecantikan seseorang wanita boleh ditafsirkan bukan sahaja daripada paras rupa tetapi juga personaliti dan penampilan.

Sebanyak 70 peratus responden mentafsirkan wanita dipandang cantik apabila dia berkeyakinan atau memperlihatkan tahap keyakinan diri yang tinggi.

67 peratus daripada responden mengatakan, kecantikan bergantung pada wajah yang menawan. 47 pula peratus melihat kecantikan berdasarkan penampilan.

Tidak kurang  yang berpendapat bahawa kecantikan wanita bukan terletak pada yang empunya diri, tetapi mata orang yang melihat.

Sudah faham mengapa saya mengaitkan busut dan gunung tadi?

Mengikut laporan itu, wanita yang lebih dewasa dipandang lebih cantik dan menarik berbanding wanita muda. Ada disebutkan  bahawa wanita berusia awal 30an sebenarnya jauh lebih cantik berbanding wanita yang berusia 18, 19 atau awal 20an.

Saya bukan seorang pengkaji sosial. Akan tetapi daripada pengalaman sebagai lelaki yang sudah hidup selama 41 tahun, harus saya akui bahawa hasil  kajian itu boleh diterima sebagai benar.

Walaupun tinjauan itu melibatkan kumpulan responden yang berbeza latar belakang budaya dan agama dengan kita, ia masih boleh dianggap benar.

Ini kerana lama sebelum laporan kajian itu saya baca, sudah ada tulisan saya yang disiarkan menyebut kelebihan wanita berusia 30an dan bagi saya, termasuk juga yang awal 40an.

Saya menilai demikian bukan kerana usia mereka yang seiring atau sebaya dengan saya – yang memungkinkan adanya  tanggapan bahawa cita rasa saya terhadap wanita juga semestinya yang sama baya. Sebenarnya ini tidak ada kena mengena!

Wanita berusia 30an atau awal 40an bagi saya paling cantik kerana inilah ketikanya mereka memiliki aset hidup yang paling berharga iaitu kecantikan rupa, kematangan fikiran, keyakinan diri dan juga mungkin kemampuan ekonomi untuk melebihkan belanja bagi memanjakan diri.

Ya, jika mahu dipandang dari satu dua sudut tertentu, memanglah gadis-gadis yang berusia muda antara 19 hingga 24 tahun umpamanya, tidak boleh dinafikan mempunyai kecantikan paras rupa yang gemerlapan.

Namun bagi sesetengah lelaki yang tidak hanya memandang rupa lahiriah, mereka akan terasa kekurangan dalam pandangan mereka terhadap wanita pada usia itu, iaitu dalam isu kematangan berfikir dan mungkin juga keyakinan diri.

Paling tidak, setelah bergaul rapat, kekurangan itu yang mungkin cuba dilindungi awalnya, akan terdedah satu persatu.

Ini jarang berlaku bagi wanita yang berusia 30an ke atas, yang biasanya mempunyai cukup pengalaman dan keyakinan untuk diri mereka.

Mereka biasanya teliti dan amat berhati-hati dalam mengemudi tingkah laku dan sentiasa menuntut penghormatan yang tinggi daripada lelaki. Mereka bijak menyembunyikan apa yang mereka mahu, tidak sekali-kali meminta dan jika sekalipun apa yang mereka mahu itu cuba ditawarkan, mereka tidak akan mudah untuk terima.

Inilah yang menyebabkan mereka yang berada pada usia ini, selalu dipandang sempurna. Dan kesempurnaan inilah yang disebut orang sebagai anggun”

BY KOLUMNIS : MUHAMAD MAT YAKIM
23 November 2012


P/S : saje je aku post artikel kat atas, bukannya apa.. sebab umur aku sekarang ni kan 31 tahun.. ngeh..ngeh..ngehhhhhh.. (perasan chomel la tuuuu)

Tuesday, November 27

.::Selamat Bertunang Buat Luqman dan Haziqah::. 10 Muharram 1434H


Alhamdulillah adik iparku dan pilihan hatinya sudah selamat mengikat tambatan janji untuk membina kehidupan bersama suatu hari nanti. Tahniah buat kalian berdua kerana telah melepasi fasa ketiga dalam hubungan cinta. Perhubungan yang stabil perlu melalui beberapa fasa. Fasa pertama sudah tentulah mengenali hati budi, perlu mencari keserasian bersama, kepentingan berkomunikasi dan tahu untuk menyelesaikan masalah dan cabaran yang mendatang. Aku percaya dalam membentuk keserasian perlu ada sifat memberi dan menerima, meluahkan rasa hati sekiranya perlu, kadang kala ada ketikanya lebih baik berdiam diri, kematangan fikiran dan bijak mengawal emosi dan situasi. Fasa kedua adalah mencari kestabilan ekonomi untuk menjana sumber kewangan demi masa hadapan dan seterusnya melalui fasa bertunang, berkahwin, memiliki anak, aset- aset peribadi dan mengembangkan kerjaya sehingga ke tahap seterusnya. 

 Tanda kasih tambatan janji

 Sirih junjung dan buah-buahan

Sepersalinan kain

 Kek nyam nyammm

Set hantaran pertunangan

Cincin emas sebagai tanda kasih Luqman kepada Haziqah.. Wahhh gituuuu..

 Kedua-duanya chenta hati aku nie.. Can't live without 'em

 Bermula la episod meminang anak dara orang.. Aku yang duduk tepi tak buat pape pon berdebor giler, apatah lagi si empunya diri.

 Setelah keluarga pihak perempuan dah bagi green light, boleh daa suh bakal mak mentua sarungkan cincin.

 Tahniah buat Haziqah Aunie kerana dah bergelar tunangan orang. Welcome to the family!

 Salam jangan tak salam.. 

 Bergambar bersama mak dan bakal mak.

 Aku nak gak interframe bersama Adam.. Perut kasi cover sket walopon dah sarat hamil 8 bulan..


Konsep perkahwinan adalah perkongsian dua jiwa, sehingga kini aku masih mempelajari ilmu alam rumahtangga, masih belajar menyelami hati dan jiwa sanubari suamiku, serta masih lagi mengutip pengalaman hidup bersama mereka. Cuaca perkahwinan perlu ditempuhi dengan sendiri, bukan sekadar mendengar pengalaman pasangan hidup orang lain. Ketua rumahtangga harus bijak mengemudi dan mengawal gelombang sekiranya berlaku kepincangan atau tersasar dari landasan sebenar konsep perkahwinan yang bersyariatkan Islam.

Alhamdulillah Allah S.W.T telah mengurniakan aku seorang suami yang cukup sempurna dan hebat di mataku. Dan aku berbangga menjadi ibu kepada anak-anaknya dan aku sentiasa mengharapkan keredhaan daripada Allah dan suamiku kerana aku tahu, syurga bagi seorang isteri adalah di bawah keredhaan hati seorang suami ke atas isterinya..   

Sunday, October 28

Barut Hijau

Kerana kasih sayangku kepada anak yang masih belum dilahirkan ini, terdetik di dalam hatiku untuk menjahit sesuatu untuk dia.. Benda yang paling mudah nak jahit adalah barut. Wanita bekerja macam aku ni mana la ada masa sangat nak buat benda-benda macam nie, kalo hari cuti pun, kami akan keluar untuk membeli barangan dapur, atau menonton televisyen atau paling kerap yang aku lakukan ketika ini adalah tido waktu siang. Adalah lebih mudah untuk membeli sendiri atau order secara online, tetapi aku nak "hadiahkan" sesuatu dengan hasil tangan aku sendiri, biarpun tak seberapa sempurna, biarpun aku tatau size badan anak aku kelak besar mana, biarpun design jahit barut ntah hape-hape, tapi aku ikhlas nak jahit. Lagipun barut masa Adam lahir dulu masih ada lagi, saje nak tambah lagi untuk menyambut kehadiran orang baru.

Sebagai percubaan, aku hanya membeli kain kapas flannel hijau lembut 1 meter dan "zap on" 1 meter. Tu jela.. Aku beli dua jenis barang ni tak sampai pun RM7.00. Boleh dapat 6 helai barut lagi..

 Kain semeter dibahagikan kepada dua bahagian.

 Gunting kain yang berlebihan dan ukur sama rata. Kemudian gunting kain kepada tiga bahagian. Setiap satu bahagian itu pula, dilipat dua dan digunting tengahnya.

 Selepas itu, dijahit keliling barut tersebut. Lagi elok guna benang sama kaler, aku ni main guna je benang yang sedia ada pada mesin tu. Kebetulan mak aku tengah jahit jubah kaler hitam, so hitam la benangnya.. Takpe, pakai barut pun dalam baju baby.. Orang lain tak nampak.. Hehehe.. Ambil "zap on", tandakan dengan pen.

 Antara tanda yang telah dibuat.

 Jahitkan "zap on" tersebut.

 Barut bayi dari belakang

 Barut bayi yang telah siap di "zap on"

Jahit laa sampai siap 6 keping barut..

Doa aku sebagai seorang ibu semoga anak yang dikandung ini sihat wal'afiat dan cukup sifatnya. Insya'allah apabila sampai masa anak dalam kandungan ini selamat dilahirkan, akan ku gunakan barut ini untuk membalut tubuhnya agar dia sentiasa berasa hangat, kejap dan selesa. Hopefully muat laa... :-)

Gulai Kuali..

Sabtu, 27 Oktober, Hari Kedua Aidil Adha, 11 Zulhijjah 1433 H.

Pagi-pagi lagi abah dan suamiku dah keluar sama-sama naik moto yamaha C70 lampu bulat sebab nak pergi join gotong-royong ibadah korban kat lorong yang sama dengan rumah aku.. Tak jauh mana pun, selang beberapa bijik dari rumah aku je pon.. Tapi CHOMELL GILERR aku tengok depa dua orang tu naik moto kapcai tu sesama. Tahun ini keluarga aku tak join buat ibadah korban, cuma gotong-royong tolong jiran-jiran jela..

Setelah beberapa jam kemudian, suami aku pulang dulu. Abah aku pulang kemudian dengan membawa sebaldi perut lembu yang masih belum diproses.. Perghhhhhhh.. bau lembu memang takyah cakap laa.. Menusuk-nusuk kalbu lubang hidung nihh.. Ada juga beberapa ikat plastik yang terisi daging, tulang, limpa, lempung dan hati lembu.

"Uchee, ko gi masak gulai kari daging. Campur sekali limpa, hati semua tu.. Mak ngan abah nak proses perut lembu ni. Banyak pulak la abah kau ni bawak balik, nanti mak jugak yang kene settlekan sampai sudah. Kau tau jela abah kau tu.. Jap lagi dia gi isap rokok laa.. tengok tv la.. bla.. blaa.. blaaa" kata mak aku mengomel-ngomel sendirian sambil isi air dalam periuk sebab nak rebus perut lembu.

Aisehhh.. kene masak kari la plakk.. Kan senang kalo mak suruh aku masak daging goreng kunyit kelantan ke, masak kicap ke.. Bila dah settle rebus daging, hati, lempung semua tu, aku start mesin kelapa sebijik. Boleh la nak buat gulai kawah tapi versi kuali.. So aku namakan masakan aku ni, gulai kuali.

 Mula-mula tumis cili boh, aku suka guna cili kering blend sendiri. Tumis sampai cili masak dan pecah minyak.

 Kemudian, masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar. Kacau sehingga mesra gituu..

 Masukkan hirisan bawang besar dan bawang putih yang telah diketuk. Kacau lagi..

Oraittt.. Bahan utama, bancuh serbuk kari BABA'S dengan sedikit air, aku guna 4 sudu besar serbuk kari sebab masak daging kan, kalo masak ikan boleh kurangkan sikit. Masukkan sekali 1 1/2 sudu besar kerisik. Tumis sampai masak dan naik bau.

 
Jangan lupa masukkan rempah "4 beradik" iaitu, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Masuk ikut suka hati nak banyak mana, tapi jangan banyak sangat, nanti terlalu berempah rasanya. Aku suka masukkan sikit jea..

  Setelah rempah kari masak dan pecah minyak, boleh la masukkan kentang dan daun kari sesuka hati. 

 Kemudian, masukkan daging, limpa, lempung dan hati lembu yang dah siap direbus tadi. Masukkan pula perahan santan kedua sehingga tenggelam la daging semua tu.. Ohye, aku masukkan sekali serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar. Gaul sampai mendidih..

 Jangan lupa masukkan air asam jawa sedikit, garam, serbuk perasa dan gula. Seimbangkan rasa masam, manis dan masin. Bila kentang dah empuk, boleh la masukkan perahan santan pertama. Kacau sehingga mendidih.

 Tadaaaa... dah siap pon Gulai Kuali!

Pastu aku buat sayur goreng baby fatt choy + cendawan + karot, tumbuk sambal belacan, buat air oren sunquick ais sejag, hidangkan nasik putih panas-panas berasap punyer. Abah dan suami aku makan sampai licin!!

Thursday, October 4

Anak Mat Lela Gila ~ Pak Sako

Sabtu lepas suamiku mengajak aku ke Ekspo Buku Islam 3 Pahang yang bertempat di Kuantan Parade. Aku tahu kesukaan suamiku untuk ke tempat-tempat sebegini. Namun untuk membawa anak bujangku ke sana membuatkan aku berfikir banyak kali. Sudah pasti anak aku tu akan berlari-lari ke sana dan ke mari, lantas menghilangkan minat dan fokus untuk membelek-belek buku. Lagipun dalam keadaan berbadan dua sebegini, aku lebih suka "berehat" atau erti kata sebenar tido secukup rasa sambil anak bujang aku kat sebelah tengah tengok kartun Pada Zaman Dahuluuuuuuu....

Lalu dengan lirikan mata suamiku yang bersinar gilang gemilang, senyuman manis yang sukar ditafsir (ye.. ye... aku tau dia suka pergi sorang-sorang tempat macam ni, tenggelam dengan dunianya tersendiri, boleh spent masa berjam-jam untuk membelek dan membuat keputusan buku manakah yang terbaik untuk dibeli) beredarlah dia dari rumah dengan memilih kereta hitam untuk ke ekspo tersebut.

Selang beberapa jam kemudian...

"Nah, buku ini untuk mamim.. Ada masa bacalah.." katanya sambil menghulur buku sederhana tebal kepadaku.






"Jangan lupa bukak page belakang sekali tau!" dia mengingatkan aku.





Ohhhhh.. (dalam hati terharu.. soo sweetttt..)

Aku membaca buku ini dalam masa sejam, tanpa melangkah satu muka surat pun. Lenggok bahasa sastera yang lembut dan lancar, pemahaman yang mudah walaupun buku ini telah diterbitkan buat pertama kalinya 50 tahun yang lalu namun tetap relevan hingga ke zaman kini. Aku senang membaca karya sebegini, mungkin kerna Pak Sako itu sasterawan negara, mudah memancing pembaca dengan karya bersifat mudah namun terkandung ketegasan di dalam nukilannya.

Antara kandungan Anak Mat Lela Gila:

"Lagi seperkara engkau wajib ingatkan selama hidup engkau ialah jangan menghina orang-orang miskin, jangan mengeji orang-orang yang tiada cukup sempurna kehidupannya seperti orang buta, orang bisu, orang pekak pekung, kurap, anak yatim dan sebagainya. Orang-orang seperti itu jika berkehendakkan pertolongan engkau dan jikalau rasanya patut engkau memberi pertolongan maka wajiblah engkau beri pertolongan itu. Engkau jangan membanyakkan hasad dengki, umpat keji dan fitnah pesona kerana yang demikian tiada membawa kepada keselamatan dan kebahagiaan hidup. Umpamanya orang buta : jangan dikeji akan dia kerana di dalam dunia ini siapakah yang tidak buta? Orang-orang alim itu buta kerana kejahilannya, ia tidak nampak, orang-orang cerdik itu buta kerana ia tidak nampak akan kebodohannya, pencuri-pencuri itu buta kerana mereka tidak nampak akan Tuhan, bahkan siapakah yang tidak buta? Barangkali orang-orang yang buta matanya itu lebih baik kerana lazimnya mata hati mereka itu cerah" ~ mukasurat 130-131.

Aku tanak cerita lebih-lebih pasal buku ni.. kang jadi spoiler lak kepada sesiapa yang ingin membeli buku terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad ni. Pada hemat aku, buku ini berbaloi dengan harganya kerana mutu dan kata-kata nasihat dan teladannya mampu membentuk sahsiah peribadi kepada sesiapa yang sudah lupa diri.
  

Monday, September 10

Riang Ria Raya Sebagai Isteri dan Ibu

Ketika ini kita masih lagi di bulan Syawal 1433H.. Sudah banyak "open house" yang sudah dihadiri, esok lusa masih ada lagi jemputan jabatan lain untuk dipenuhi.. Alhamdulillah aku berpuasa penuh tahun ini, sesuatu yang jarang berlaku untuk para wanita melainkan mereka yang sedang mengandung.. Syukur kepada Allah S.W.T kerana kandunganku ini sudah masuk bulan ke -5.. Sudah terasa kaki kecil di dalam rahim ini menendang-nendang lembut..

Sudah 4 tahun aku beraya dengan status sebagai seorang isteri dan ibu.. Semoga perasaan bahagia yang Allah S.W.T berikan ini berkekalan sehingga akhir hayat. Amin..

 Tahun pertama perkahwinan kami, Adam Fahri masih lagi di dalam perut ketika ini.. Sedang sarat hamil 8 bulan.. Boleh la tangkap gambar rapat-rapat sebab anak tak keluar lagi.. Hehehehe..

 Tahun kedua raya bersama.. Adam Fahri sudah mencecah 1 tahun.. Memang lain beraya bila ada anak nie.. Banyak benar keletahnya.. Comel.. Tangkap gambar pon da jauh sket, bagi anak dok tengah-tengah pulak..

 Tahun ketiga, tak banyak bezanya.. cuma Adam semakin membesar dan lasak bagaikan juara.. Raya KL kami tahun ini, siap jalan-jalan kat I-City Shah Alam lagi..

Tahun keempat, beraya di rumah nenekku di Batu Pahat, Johor.. Memilih pakaian raya sedondon bersama dan Adam masih lagi duduk di tengah.. Insya'allah tahun hadapan bertambah lagi ahli keluargaku.. Amin..

Thursday, July 12

Cuti Panjang - Episod 5 (Penang)


Serius.. Aku SUKA pergi Penang.. Mungkin sebab persekitaran bandarnya yang seolah-olah memberi satu nostalgia peribadi di dalam diri sendiri. Bangunan-bangunan lama tetapi masih tersergam indah. Bandarnya kecil dan bersih. Lorong-lorong yang sempit dimeriahkan dengan penjaja-penjaja kecil. Rojak Pasembor dan Cendol Penang memang best. Rata-rata di sini rumah flat atau apartment. Mungkin faktor geografi menyebabkan pembinaan rumah bertingkat sebegini lebih menguntungkan developer dan menarik minat pembeli untuk memiliki rumah sendiri.

Lebih seronok explore bandar Penang dengan berjalan kaki. Boleh memasuki setiap lorong-lorong kecil. Mengingatkan aku ketika zaman kanak-kanak sewaktu tinggal di berek polis 20 tahun yang lalu. I miss the good old days..

Sekitar Penang..






























Sekitar Teluk Kumbar, Balik Pulau..




BILA KO SIBUK..

Lama sungguh tak bersiaran.. laptop aku rosak.. aku sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga dan bekerja. Susahnya nak allocate masa.. kalo...