Posts

Showing posts from January, 2012

Errr.... Romantic mood, I guess?

Image
"Sometimes you have to be apart from the people you love, but that doesn't make you love them any less. Sometimes it makes you love them more" - Nicholas Sparks
I miss my husband.
The key for a long distance marriage is commitment, communication, sense of humor and trust. Recently I had been watching romantic film, Leap Year starring by Amy Adams and Matthew Goode. It most likely a 'wake-up call' for me. We have been married for almost 4 years, blessed with a wonderful son but we only seeing each other on weekends, for must I say, only perfect whole Saturday because both of us not working on that day. I'm not complaining, I must assure this. The point is, I missed the day he propose me, until this very day, even we are apart from each other, it just make me love him more and miss him a lot.
I'm not good to put in words, but I can assure you one thing my dearie husband, everytime you go away, you took a piece of me with you. And that is my HEART.

Team Building @ Felda Residence Tekam

Image
Lebih kurang dua bulan lepas, nama aku naik untuk mengikuti kursus Team Building anjuran BKF, KDN. Aku rasa tahun 2011 paling banyak kursus yang aku pergi sehingga mencecah 17 hari. Tapi dalam banyak-banyak kursus, kursus Team Building paling best pada tahun lepas. Bertempat di Felda Residence Tekam, Jerantut dengan suasana yang damai, cantik dan selesa, memang best buat aktiviti fizikal sebab semua kemudahan disediakan. Seumur hidup aku, inilah pertama kali aku berkayak, berakit dan menjelajah gua. Perghhhhhh.. memang marvellous arr..
Hari Pertama Sampai je kat sana, daftar nama, ambil kunci bilik, letak beg, solat pastu terus ada taklimat berkayak.
Ok, memula memang takut nak berkayak sebab tak pandai berenang, tapi bila instructor kata kayak paling susah nak terbalik, tetiba aku jadi semangat giler nak kayuh paddle. Dah la tengah hujan lak tu.
Kenapa aku gigit daun? Sebab daun tu merupakan check point apabila dah sampai ke hujung tasik dan berpatah balik ke starting point. So kalo takd…

Adam ft. Android

Image
Budak zaman sekarang memang cepat belajar. Ajar sekali je, dia akan cepat tangkap. Dalam konteks anak aku ni, aku ajar game dalam smartphone android sekali je, dia boleh main dengan mudah. Anak aku baru 2 tahun, cakap pun tak berapa jelas lagi tapi dah boleh ingat button restart, resume dan boleh main semula. Aku umur 30 tahun baru kenal apa tu smartphone.. Kalo aku balik kerja, anak aku akan salam tangan aku pastu mintak "pon" (handphone) sebab nak main game.. Huuuuu.. Budak-budak zaman sekarang memang maju..



Adam ft. Gayung

Image
Ok, aku rasa gambar-gambar ni sangat adorable. Aku tatau nape dia leh letak gayung atas kepala tapi bagi aku, dia comel giler buat aksi-aksi macam tu. Apa lagi, aku ni kan jenis "meroyan" bila bab-bab amek gambar ni, amek handphone, apa lagi snap snap gambar seround dua aksi dia ala-ala comel tu..
Lokasi : Giant Hypermarket T-Shirt : Tajaan Mak Ngah, Parit Buntar (Terima Kasih Mak Ngah!)





Adam ft. Bedak

Image
Mempunyai anak lelaki berumur 2 tahun yang sangat aktif dan cergas agak mencabar. Memang kena pantau sentiasa sebab pada usia begini banyak benar akalnya. Setiap hari anak aku akan bertanya, "Abu (ibu), apa tu?". Dan pandai-pandailah bagaimana kita sebagai ibunya menjawab setiap persoalan dia. Dan paling kerap dia tanya "apa tu" sambil menunjuk kat sawang labah-labah di dalam bilik air. Hampir setiap hari dia akan bertanya benda yang sama. Aku jawab la habuk. Kang kalo aku jawab 'itu sawang labah-labah sebab ibu selalu lupa nak bersihkan siling bilik air' kang rasa cam tak wajar untuk budak berumur 2 tahun. Aku bagi jawapan habuk pun muka dia dah confused giler. Nanti dia dah besar sikit aku akan bagitau dia jawapan yang sebenarnya.
Jika anak anda jenis aktif, riuh, cergas, cerdas, bertenaga seperti bateri Energizer macam anak aku ni, secara tiba-tiba dia leh duduk diam-diam, cakap sorang-sorang pun slow jea, menyorok di sebalik sofa atau mana-mana tempat ya…