Wednesday, March 28

.......

Selalunya aku boleh menangani urusan diri sendiri, baik dari segi pengurusan masa, urusan kerja mahupun urusan peribadi. Tetapi semenjak akhir-akhir ni, aku jadi hilang fokus, emosi kurang stabil, tidak boleh nak membezakan yang mana satu lebih penting. Aku jadi tak seronok nak bekerja buat masa ni. Aku tak bersemangat nak pergi kerja. Asyik kerja, kerja, kerja je. Korang rasa seronok ke kalo hari-hari tidur 4 jam je? Korang rasa seronok ke balik rumah jam 1 - 2 pagi disebabkan operasi yang semakin mengila-gila menjelang PRU ni? Lepas tu outstation ke luar daerah plak.. Minggu ni hanya HARI INI sahaja aku balik petang macam biasa, 6 hari yang lain kerja sampai malam. "Seronoknyeeeee"!!!

Aku tak tau macamana nak naikkan semangat aku ni. Aku dah letih dengan semua ni, kalo aku apply cuti sah-sah kene reject atau di'postpone'kan. Kan best kot-kot ada doktor yang baca blog aku ni pastu pos sijil cuti sakit (MC) untuk aku "cuti" sehari dua secara percuma. Leh aku lepak umah layan game dalam FB, dating atau bercuti ngan laki aku ke, takpon layan movie ke, main bola ngan anak bujang aku tu ke, tido puas-puas siang malam (qada' balik waktu tido malam). Leh gitu??

p/s : baru aku sedar mengapa anak aku masih sorang buat masa ni, apa taknya, time laki aku balik, aku pun masih bekerja sampai pagi.. :-( wooo woooooo woooooooo..

Friday, March 23

Fields of Gold

Bila aku rasa sedih, biasanya aku akan dengar lagu ni. It will ease the burden and lighten the mood..


Tuesday, March 13

Kuala Terengganu (again...)

Kuala Terengganu (KT). Aku dah tak ingat ntah berapa kali aku datang sini. Yang pastinya dalam setahun memang berkali-kali laa. Aku suka KT sebab secara jujurnya KT lebih maju dari Kuantan. Muzium dan perpustakaannya jauh lebih hebat dan besar. KT ada Taman Tamadun Islam, manakala Kuantan hanya ada Mini Zoo Taman Teruntum. Kalo nak rasa gah sket sebagai anak jati Kuantan, boleh la aku rekomen Pantai Teluk Cempedak sebagai mercu pelancongan. Walaupun begitu, Kuantan lebih tenang dari segi aliran trafik dan menjadi signifikan pada diri aku sendiri sebagai "daerah keluarga" di mana di daerah inilah aku dilahirkan, bersekolah, menemui pasangan cinta hatiku, berkahwin, berkongsi kasih dan aliran, menjadi ibu kepada anak-anak cinta hatiku, membeli kediaman dan kampung halaman aku di sini. Sejauh mana aku bekerja suatu ketika dahulu, aku tetap rindukan Kuantan sebab orang-orang yang aku kasihi masih menunggu aku di sini.

Intro yang panjang, mengambil kesempatan di waktu rehat pejabat untuk menulis apa yang terlintas di dalam fikiran. Aku tak mahu fikir sangat soal kerja, sememangnya kerja tidak pernah habis sehinggalah aku pencen kelak. Kerja aku meliputi waktu siang dan malam, mengikut keperluan semasa.

Aku suka post gambar dalam blog aku ni. Sebab suatu masa yang akan datang, aku pasti akan membaca dan melihat gambar melalui post-post yang dah lama. Kemungkinan besar, anak-anakku juga akan membaca blog ibu dia ni.

Ini antara gambar-gambar aku bercuti di Kuala Terengganu baru-baru ini. Yang pastinya, aku akan datang lagi di sini..


PANTAI BATU BURUK




















HOTEL FELDA RESIDENCE















MUZIUM TERENGGANU










PASAR PAYANG















PANTAI KELULUT, MARANG









BILA KO SIBUK..

Lama sungguh tak bersiaran.. laptop aku rosak.. aku sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga dan bekerja. Susahnya nak allocate masa.. kalo...