Posts

Showing posts from May, 2012

Cuti Panjang - Episod 1 (Kuala Lumpur)

Image
Rasanya dah lama aku dan suami tak bercuti bersungguh-sungguh. Jumpa pun hujung minggu saja.. Jadi la daripada tak dapat jumpa langsung kan.. So, dengan berbekalkan semangat berkobar-kobar untuk bercuti panjang (2 minggu tuuu..) kami mengambil masa 4 bulan sebelum itu untuk merangka perjalanan dan perbelanjaan (duit hotel, touch n go, shopping, duit minyak dll)..
Tempat pertama yang suami aku dah lama TERINGIN sangat nak pergi adalah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIBF). Bertempat di PWTC, kami sanggup meredah "belantara kenderaan dan bangunan" serta bingitan hon-hon kenderaan yang tidak sabar apabila terperangkap di dalam kesesakan. Situasi yang jarang berlaku di Kuantan. Dan ya, sangat menuntut kesabaran apabila perjalanan 800 meter mengambil masa 40 minit!! Aku sangat kagum dengan ketabahan warga KL.. mungkin mereka sudah lali dengan situasi jammed sebegini..
Kami menginap di Sunway Putra Hotel, hanya seberang jalan sahaja dengan PWTC.. senang tak payah fikir pas…

Topsy Turvy

Dah lama tak menjengah ke dalam blog sendiri.. Seronok bercuti selama 2 minggu, lupa terus pasal kerja. Masuk kerja je, tetiba kepala jadi serabut. Seperti biasa, kerja malam, hadiri miting, kene jaga pameran, buat presentation dan lain-lain. Tambahan pula anak aku dah 6 hari demam + batuk + selsema. Agak kelam kabut seminggu dua ni.. 
Apabila keadaan menjadi tenang seperti biasa, aku akan cuba update blog dari semasa ke semasa.. :-)