Tuesday, June 26

Cuti Panjang - Episod 4 (Kuala Sepetang)

Dah lama tak update blog.. Dengan kondisi sekarang yang tidak beberapa menentu, aku lebih suka tidur je. Kalo hari cuti kat rumah, aku boleh marathon tidur dari pagi, bangun sekejap, tengahari tidur lagi, bangun sekejap, petang tidur lagi, bangun sekejap then sambung tidur time malam.. hebat betol kali nie.. kalah anak bujang aku yang sedang membesar tu..

Oraitt, bersambung kepada Episod 3 setelah pulang dari Pokok Sena, Kedah, antara agenda tempat yang harus dilawati adalah Kuala Sepetang, Perak. Lebih kurang sejam perjalanan dari Parit Buntar. Memang perjalanan ke sini mendamaikan, dengan pohon-pohon besar di tepi jalan memayungi kiri dan kanan jalan, menjadikan perjalanan menjadi redup dan mengasyikkan. Lebih-lebih lagi apabila bersama dengan keluarga yang kita sayangi.

Apa yang menarik di Kuala Sepetang? Sudah tentulah mee banjir udang yang lazat dan timbunan udang segar yang tak hengattt.. Sesiapa yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi, alahan terhadap makanan laut, penghidap gout, dinasihatkan agar berhati-hati apabila mencuba makanan sebegini, bukannya apa, takut "tersadai" pulak pas makan nanti. Memang rasa mee udang asli yakni gabungan mee, kuah udang sebenar dan berekor-ekor udang kategori sederhana besar.. Petang tu memang puas la aku sekeluarga makan mee udang di Kuala Sepetang..

 "Pencarian satelit bermula.. Mak Teh Mee Banjir Udang, Kuala Sepetang." ~ suara merdu gadis GPS jenama chap ayam. Sampai jugak kami kat sini.. Memang simpan perut ni sebab nak makan banyak kat sini (kononnya..)

 Dah petang pun still ramai orang lagi

 Suamiku yang encem dan anak bujang aku share makan ABC

Sayang betol aku kat mak dan ayah mentua aku ni, kerana izin dan restu mereka dapat gak aku kawin dengan anak sulung mereka.. :-)
Tips perkahwinan bahagia : Restu kedua-dua ibu bapa AMATLAH PENTING. Sebab syurga seorang suami terletak di bawah keredhaan ibunya dan syurga seorang isteri terletak di bawah keredhaan suaminya.    

 Ayah mentua aku merasai kelazatan mee banjir udang nyam nyam.. Komen beliau : "Ayah rasa laa, mee udang sini kira oklaa, tapi Teluk Kumbaq punya laaagi sedap".. Aisehhhh.. kalo yang ni pon aku dah rasa sedap, maksudnya yang Teluk Kumbar, Penang lagi maveles la! Next trip leh try Teluk Kumbar plak la.

 Ni la rupa paras Mee Banjir Udang Mak Teh. Siap kupas udang guna tangan dah ni, tak main da kupas guna sudu garfu.. Huuuuu.. 

Alhamdulillah.. habis sudaa..

Tuesday, June 5

Cuti Panjang - Episod 3 (Alor Star, Pokok Sena dan Telok Kechai)

Setelah menjelajah Pasar Kemboja di mukim Permatang Tok Mahat, aku sekeluarga (ecece.. statement macam ramai je keluarga aku, padahal 3 orang je) bergerak ke negeri jelapang padi iaitu Kedah Darul Aman. Seperti biasa la, aku kalo sampai Alor Star mesti singgah Pekan Rabu punya.. Bukan beli banyak pun.. sekadar jajan-jajan ataupun buah tangan untuk di bawa pulang ke Kuantan nanti.. Belacan WAJIB beli. Hehehe..

Pekan Rabu:


 RnR Gurun Kedah

 Pekan Rabu.. Adam seperti biasa.. Suka meinan kan..

Seberang Pekan Rabu


Ada anak lelaki yang cerdas dan aktif macam ni laa.. Panjat sana sini.. Nasib baik ayah dia fit jugak nak lari-lari kejar anak dia sana sini.. 



Hi-way baru yang dah siap..


Hampir sampai ke rumah Mak Teh



Pokok Sena:


Mak Mentua aku memang berasal dari Pokok Sena, boleh dikatakan semua adik beradik mak mentua aku menetap di sini. Kalo balik beraya sini, hampir kesemua rumah saudara mara kami pergi. Al-maklumlah, juadah ketupat daun palas sama rendang ayam memang top la kat sini. Anak aku bila datang sini memang suka sangat la.. Kawasan luas, boleh la lari-lari sepuas hati..

 Berkunjung ke rumah Pak Andak.. Alhamdulillah Mak Andak semakin sihat, siap boleh menjahit sikit-sikit tu.. Adam seperti biasa la, explore kawasan sekeliling.

 Kejar-kejar kucing..

 Tarik-tarik daun..

 Tok Teh ajar Adam macamana nak cabut sabut kelapa.. 
1st lesson, tengok dulu Tok Teh buat macamana.

 2nd lesson, tarik sabut sambil diperhatikan oleh Tok Teh.

3rd lesson, kamu buat la sendiri sampai habis.. 


Taman Berlian dan Telok Kechai:

Lepas makan tengahari dan solat Zuhur kat rumah Tok Teh, kami ke Taman Berlian untuk mengunjungi sahabat suamiku zaman student-student dulu. Paan dan isteri baru sahaja menerima kedatangan orang baru dalam hidup mereka, baby boy gitu.. leh geng sama adam nanti bila masuk 'U'. Selepas berborak-borak dua, tiga jam.. kami pun beransur kerana mahu ke Telok Kechai pula.. Ada sesuatu yang menarik di Telok Kechai.. jeng..jeng.. jenggggg...

 Suami dan Paan

 Me and Munirah

 Adam and baby

 Adam siap tdo lagi kat umah orang

 Ini la dia Zakaria Laksa Teluk Kechai.. Dah lama nak pergi sini, cuma sekarang baru ada kesempatan.. Kereta bersusun sebab ramai nak makan kat sini.

 Ramainya orang nak tunggu turn meja..


 Inilah 'rupa paras' laksa teluk kechai.. Sambal kelapa sebagai keunikkannya.. Bagi yang suka laksa jenis cair, ringan, tak terlalu masam, anda pasti sukakannya.. Kegemaran adalah subjektif, aku lebih suka laksa jenis pekat dan masam. Suami aku pula suka jenis macam ni.

 
 Side order, sate untuk Adam..

 Habis licin pinggan laksa aku.. Cair-cair pun sedap juga.. Lai Chi Kang menanti..

 Adam makan sate..

 Sebelah Zakaria Laksa Telok Kechai, ada restoran Din Laksa Beras.. lain kali kena try kat sini pula..

Mahu pulang ke Pokok Sena semula.. kereta berderet-deret kat tepi jalan, Kereta aku nun jauh di ufuk sana. Parking takde kan.. Takpe! Demi Laksa Teluk Kechai!

Friday, June 1

Cuti Panjang - Episod 2 (Pasar Kemboja, Permatang Tok Mahat)

Setelah semalaman di Kuala Lumpur, selepas Zohor kami meneruskan perjalanan ke Parit Buntar, Perak Darul Ridzwan. Ini merupakan agenda utama percutian kami, menemui ibu bapa serta kaum keluarga yang sudah lama tak berjumpa.. Alhamdulillah mak dan ayah aku masih seperti dahulu, masih sihat dan mampu untuk melakukan rutin seharian.. Kebun ayah aku pun subur dengan tanaman terung bulat, jagung dan sebagainya. Adik ipar aku pon hanya tunggu hari untuk bersalin dan adik ipar aku yang sorang lagi tu pula sedang hangat dilamun cinta asmara.. wah gituuu..


Ayah dan cucunya 

Hasil tanaman ayah.. Kebetulan hujan rahmat.. sejuk sikit bumi Desa Aman


Keesokan harinya, kami ke Pasar Kemboja, Seberang Prai Selatan yang terletak di mukim Permatang Tok Mahat. Ini pon aku adik ipar aku yang bagitau.. kalo tak, memang takkan tahu punyer.. Kebanyakkan penjual memang berasal dari Kemboja yang datang merantau di sini, dwi bahasa juga mereka ni, bila dengar depa dok berborak sesama sendiri, terasa berada di luar negara.. International gitu.. kalo tanya harga berapa, dengan lek lek kool je depa jadi fasih berbahasa melayu..

Kat sini semua kain pasang dijual sekodi, yakni 20 helai sekaligus.. memula aku tak faham sangat "kodi-kodi" ni apa.. aku cuma tau pasang atau meter je.. maklumla.. aku ni bukannya pemborong atau pon penjual di pasar malam, aku ni sekadar pekerja yang makan gaji tiap-tiap bulan je..

Oh ye, harga sekodi kain pasang polka dot adalah RM 380 (harga berbeza mengikut jenis kain). So, sehelai kain pasang 4 meter jatuh pada harga RM19. Biasanya kat pasar malam jual kain jenis macam ni sepasang RM 25. Dapat untung RM6 atas sehelai kain pasang. Aku dan suami ada terfikir juga nak beli sekodi, buat jual kat opis sempena hari raya nanti.. amek la untung RM3 je ke.. Hehehehehe.. Tapi angan-angan jela.. Tak beli pun.. Jamu mata jela..


 Kerongsang pun dijual secara pukal.. Dan ya, budak kecik baju kelabu tu anak aku.. Sibuk dia nak tengok orang buat kerja

 Sekitar Pasar Kemboja

 Barangan basah.. Sayur, ikan jeruk bla.. bla..

 Haa.. ini la kain sekodi.. Seikat ada 20 pasang. 

 Aku interframe je ni.. Tak beli pun..

 "Kakak! Kakak! 3 pasang RM50 saja kakak!" (ada ke panggil aku kakak, aku rasa dia lagi tua dari aku. cessssssss)

 Tudung aneka warna dan harga

 Pasar Kemboja ni depan rumah orang je 




BILA KO SIBUK..

Lama sungguh tak bersiaran.. laptop aku rosak.. aku sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga dan bekerja. Susahnya nak allocate masa.. kalo...