Posts

Showing posts from October, 2012

Barut Hijau

Image
Kerana kasih sayangku kepada anak yang masih belum dilahirkan ini, terdetik di dalam hatiku untuk menjahit sesuatu untuk dia.. Benda yang paling mudah nak jahit adalah barut. Wanita bekerja macam aku ni mana la ada masa sangat nak buat benda-benda macam nie, kalo hari cuti pun, kami akan keluar untuk membeli barangan dapur, atau menonton televisyen atau paling kerap yang aku lakukan ketika ini adalah tido waktu siang. Adalah lebih mudah untuk membeli sendiri atau order secara online, tetapi aku nak "hadiahkan" sesuatu dengan hasil tangan aku sendiri, biarpun tak seberapa sempurna, biarpun aku tatau size badan anak aku kelak besar mana, biarpun design jahit barut ntah hape-hape, tapi aku ikhlas nak jahit. Lagipun barut masa Adam lahir dulu masih ada lagi, saje nak tambah lagi untuk menyambut kehadiran orang baru.
Sebagai percubaan, aku hanya membeli kain kapas flannel hijau lembut 1 meter dan "zap on" 1 meter. Tu jela.. Aku beli dua jenis barang ni tak sampai pun R…

Gulai Kuali..

Image
Sabtu, 27 Oktober, Hari Kedua Aidil Adha, 11 Zulhijjah 1433 H.
Pagi-pagi lagi abah dan suamiku dah keluar sama-sama naik moto yamaha C70 lampu bulat sebab nak pergi join gotong-royong ibadah korban kat lorong yang sama dengan rumah aku.. Tak jauh mana pun, selang beberapa bijik dari rumah aku je pon.. Tapi CHOMELL GILERR aku tengok depa dua orang tu naik moto kapcai tu sesama. Tahun ini keluarga aku tak join buat ibadah korban, cuma gotong-royong tolong jiran-jiran jela..
Setelah beberapa jam kemudian, suami aku pulang dulu. Abah aku pulang kemudian dengan membawa sebaldi perut lembu yang masih belum diproses.. Perghhhhhhh.. bau lembu memang takyah cakap laa.. Menusuk-nusuk kalbu lubang hidung nihh.. Ada juga beberapa ikat plastik yang terisi daging, tulang, limpa, lempung dan hati lembu.
"Uchee, ko gi masak gulai kari daging. Campur sekali limpa, hati semua tu.. Mak ngan abah nak proses perut lembu ni. Banyak pulak la abah kau ni bawak balik, nanti mak jugak yang kene settlekan …

Anak Mat Lela Gila ~ Pak Sako

Image
Sabtu lepas suamiku mengajak aku ke Ekspo Buku Islam 3 Pahang yang bertempat di Kuantan Parade. Aku tahu kesukaan suamiku untuk ke tempat-tempat sebegini. Namun untuk membawa anak bujangku ke sana membuatkan aku berfikir banyak kali. Sudah pasti anak aku tu akan berlari-lari ke sana dan ke mari, lantas menghilangkan minat dan fokus untuk membelek-belek buku. Lagipun dalam keadaan berbadan dua sebegini, aku lebih suka "berehat" atau erti kata sebenar tido secukup rasa sambil anak bujang aku kat sebelah tengah tengok kartun Pada Zaman Dahuluuuuuuu....
Lalu dengan lirikan mata suamiku yang bersinar gilang gemilang, senyuman manis yang sukar ditafsir (ye.. ye... aku tau dia suka pergi sorang-sorang tempat macam ni, tenggelam dengan dunianya tersendiri, boleh spent masa berjam-jam untuk membelek dan membuat keputusan buku manakah yang terbaik untuk dibeli) beredarlah dia dari rumah dengan memilih kereta hitam untuk ke ekspo tersebut.

Selang beberapa jam kemudian...

"Nah, bu…