Posts

Showing posts from November, 2012

Wanita 31 tahun paling cantik?

“Seumur hidup, tidak pernah saya dengar orang memuji busut. Ini kerana busut lebih kecil dan dianggap tidak menarik berbanding gunung.
Gunung memang selalu dipuji orang. Mana-mana gunung pun akan dipandang indah dan oleh sebab keindahannya itulah, ia dipuji. Ada yang berpantun, berpuisi dan bersyair mengenai gunung. Ada juga yang bikin lagu untuknya seperti Gunung Santubong.
Orang bercinta pilih gunung sebagai lambang keindahan dan keteguhan cintanya kepada kekasih. orang berbulan madu, pun ramai yang pilih kawasan gunung  juga jika tidak mampu ke luar negeri.
Ini kerana hawa di kawasan gunung yang dingin dan nyaman boleh mengurangkan rasa malu pengantin perempuan untuk minta dipeluk atau didakap bagi mengurangkan rasa sejuk.
Saya terfikir mengenai perbandingan gunung dan busut ini tatkala membaca satu laporan mengenai wanita bahawa seseorang wanita dikatakan mencapai tahap kecantikan yang paling sempurna ketika berusia 31 tahun. Fakta itu diperolehi daripada tinjauan yang dilakukan ke ata…

.::Selamat Bertunang Buat Luqman dan Haziqah::. 10 Muharram 1434H

Image
Alhamdulillah adik iparku dan pilihan hatinya sudah selamat mengikat tambatan janji untuk membina kehidupan bersama suatu hari nanti. Tahniah buat kalian berdua kerana telah melepasi fasa ketiga dalam hubungan cinta. Perhubungan yang stabil perlu melalui beberapa fasa. Fasa pertama sudah tentulah mengenali hati budi, perlu mencari keserasian bersama, kepentingan berkomunikasi dan tahu untuk menyelesaikan masalah dan cabaran yang mendatang. Aku percaya dalam membentuk keserasian perlu ada sifat memberi dan menerima, meluahkan rasa hati sekiranya perlu, kadang kala ada ketikanya lebih baik berdiam diri, kematangan fikiran dan bijak mengawal emosi dan situasi. Fasa kedua adalah mencari kestabilan ekonomi untuk menjana sumber kewangan demi masa hadapan dan seterusnya melalui fasa bertunang, berkahwin, memiliki anak, aset- aset peribadi dan mengembangkan kerjaya sehingga ke tahap seterusnya. 
 Tanda kasih tambatan janji
 Sirih junjung dan buah-buahan
Sepersalinan kain
 Kek nyam nyammm
Set…