Posts

Showing posts from 2013

Akhirnya..

Image
Yaaa.. akhirnya aku melepaskan sesuatu "benda" yang telah sekian lama aku pertahankan selama ini. Kerana sayangkan "benda" yang baru inilah aku biarkan dia kesepian selama beberapa tahun.. But as the time goes by, dan aku dah tak boleh nak berikan komitmen setelah mempunyai dua orang anak ni, aku dengan redha campur rela hati berikan orang lain untuk merasai "benda" baru ni..
"Benda" yang dimaksudkan ini adalah rumah aku. Harta kedua yang aku beli setelah kereta dan merupakan aset paling mahal yang pernah aku beli laa.. Yelah.. harga pun mencecah ratusan ribu kan.. Aku beli rumah ni lebih kurang setahun selepas kahwin.. Dan kebetulannya, aku beli rumah ini agak berdekatan dengan rumah mak aku, lebih kurang 15-20 minit jarak perjalanan dengan menaiki kereta. Oleh kerana suami aku kerja jauh dan mak aku pulak kadang-kadang duduk keseorangan, aku teman la mak aku ngan anak-anak aku sekali. Risau la kot-kot mak aku pengsan ke, demam ke.. Adik berad…

Adventures of your life

Beberapa minggu kebelakangan ni kehidupan aku agak "topsy turvy" sket.. Banyak perkara yang perlu dibuat dan beberapa event penting yang perlu dihadiri. Kehidupan sebenar mempunyai cabarannya tersendiri. Mengharungi susah senang bersama menjadikan sesuatu perjalanan yang sukar menjadi mudah. Kita nampak jalan itu dan tahu peranan apa yang perlu kita lakukan. For the rest, we just follow the flow..
Pertambahan usia mengajar kita erti kematangan.  Kematangan terbina melalui masa, menjadikan kita tahu bagaimana untuk mengawal emosi, belajar untuk menjadi sabar dan serasikan diri dengan persekitaran. Some says, your marriage is the adventures of your life. 
Dalam konteks perkahwinan, kita akan meniti pengembaraan kehidupan bersama, pergi ke tempat yang tak pernah kita pergi, melalui pengalaman hamil dan bersalin, berkongsi buah fikiran, pendapat, rasa cinta, tanggungjawab dan menjadi diri sendiri. Dengan itu kita tak akan rasa terbeban dengan perkara-perkara yang menganggu pera…

Puding Karamel Nyam - Nyam

Image
Jumaat minggu lepas aku try buat puding karamel.. Yelah.. suami balik hujung minggu kann.. mesti nak buat sesuatu dengan air tangan sendiri.. Padahal boleh je beli kat mana-mana tapi bila buat sendiri ni kita rasa puas hati, lagipun bila kita masak dengan iman, kita masak dari hati, (tiru tagline Chef Ammar) jadi rasa kasih sayang tu tercurah dalam makanan yang kita buat.. Itu mawaddah warahmah namanye.. 
Okeh, kali ni aku buat puding karamel, bagi aku puding ni semua orang pandai buat sebab senang je.. Aku kalo kuih-kuih senang ni suka la buat, pastu suka tengok orang makan.. Kat umah aku memang ramai orang, ada mak ngan abah, anak-anak, adik beradik aku bila depa balik.. Memang meriah laa.. Cepat sket abis puding yang aku buat.
Cara-caranya:- Letak loyang atas api kecilThen letak 5 sudu besar gula pasir atas loyang tadiMasukkan 1 sudu besar airBila agak-agak gula nak cair sket, letak 1 sudu besar air lagiBiarkan gula cair jadi karamel (coklat keemasan) tapi jangan sampai hangit tau!…

Pilihan hanya ada dua.. Persoalannya mahu atau tidak mahu?

Image
Pagi-pagi buta dah dapat emel, nama aku tersenarai sebagai calon urusan pemangkuan / kenaikan pangkat.. Adui laaaa.. aku baru je seronok-seronok renovate rumah, buat table top, kabinet segala bagai.. dah dapat surat macam nie.. ni kalo terima ni, sah-sah kene transfer entah ke mana.. aku ni dah 5 tahun kawen, tak penah nak dapat duduk serumah ngan laki aku.. tapi kalo tolak memang entah ke bila la nak naik pangkatnye.. 
Takpe laa.. mudah-mudahan Allah SWT permudahkan urusan aku.. Sesungguhnya Allah itu Maha Perancang dan Maha Mengetahui terhadap semua perkara yang tidak kita ketahui.. Allah itu Sebaik-Baik Perancang.. Takde rezeki yang ni, mesti ada rezeki lain aop??

Mesin Basuh Skellengg

Image
Bila dah seminggu lebih lepak KL dan Damansara Damai, mula la baju menimbun-nimbun..Kalo basuh pon, lambat nak kering sebab cuaca tak menentu.. sekejap panas pastu mendung.. pastu langit gelap gugup (orang pantai timur kabor langit gelap gugup neh maksudnya gelap sangat la tuu..).. Tak lama kemudian, hujan selebat-lebatnya.. Dah mula masuk musim tengkujuh disebabkan peralihan angin monsun timur laut kepada angin monsun barat daya.. Sebab tu cuaca berubah-ubah.. (Ni apsal masuk subjek Geografi plak nehhhh..)
Sebenarnya aku nak cerita pasal mesin basuh syiling, atau versi pantai timur dipanggil skelleng.. Pada asalnya nak anta baju-baju semua kat laundry biasa je, tapi sambil pusing-pusing kat area Damansara Damai tu terjumpa lak Self Service Laundry. Macam beh la plak kan, kene try neh.. Memang mesin basuh syiling ni dah lama ada kat Malaysia, cuma hok ni nampak lebih canggih sket dan ada vending machine untuk sabun dan pelembut pakaian yang dijual sepeket kecil RM1. Memang harum maca…

Road to Petrosains KLCC

Image
Malas nak fikir tajuk bombastik, aku tiru je tajuk kat bawah tu.. Kali ini pasukan rumah Kuantan yakni keluarga aku la berlintas secara tidak langsung ke Petrosains yang terletak di Level 4, KLCC pada 14 September lepas.. Saje nak bawak anak-anak gi jalan.. Bila dah jadi mak bapak yang bekerja macam ni laa.. kena spend time untuk anak-anak, bagi hati anak-anak tu enjoy dan hepi sket... takla terperuk kat rumah dan kindergarden je kan..
Kami park Gingeyyy kat area apartment berhampiran dengan Bangsar South City, sebab nak naik LRT Putra kat Stesen Universiti (sebab straight to KLCC) dan kebetulan mak mentua adik aku memang tinggal kat situ... Naik je LRT, dah nampak muka teruja anak-anak aku dan sepupu dia skali.. lebih senang naik LRT ke KLCC, kalo bawak kete ke sana, mau sesat aku sampai Seremban kanggg.. hahaha!
Petrosains memang seronok, tetapi untuk kanak-kanak bawah 5 tahun mereka akan cepat bosan.. proses pembelajaran agak berat untuk mereka sebab antara games yang disediakan m…

Road To Ikea 2013

Image
Wahhhh.. tajuk pon ala-ala catchy gituu.. Macam "Road To Wembley" lak kann... Aku dan suami memang SUKA SANGAT laa gi Ikea.. Sebab hobi yang satu ni memang aku dan suami serasi.. Suami aku jenis suka mengemas dan suka benda-benda yang simple but neat. Dia tak boleh nampak benda-benda yang serabut dan barang banyak sangat, "sakit mata memandang" katanyaa..
Aku pulak memang suka rumah yang bersih dan kemas.. bukan kategori cerewet, tapi sebab anak aku sekarang jenis mengutip semua benda dan masuk dalam mulut.. pastu mula la sakit perut.. tapi aku memang suka rumah yang nampak kemas, baru rasa beh sket bila balik umah..
Banyak jugak yang kitaorang borong kat Ikea baru-baru ni.. Seb baek teringat bawak Gingeyyyy, kalo bawak MPV atau van ke memang meroyan dah beli barang yang besar-besar... hahahaha.. Harga kat Ikea takla semahal mana, ikut atas item laa.. aku suka beli yang murah-murah jea.. kita sedor diri kan..

Meat ball dia memang sedap lagi marvelles!  Aku order fi…

Kasut Baru Gingeyyyy...

Image
Waduh.. waduhhh.. kok udah lama tidak ketemu di dalam laman sesawangku ini.. Sebenarnya tidak banyak perkara yang berlaku, tapi aku suka nak rekod sesuatu perkara yang terjadi di dalam persekitaran hidup aku ni.. namanya pon "Persekitaran Uchee Dalam Mengharungi Kehidupannya".. Aku start blog ni pon masa aku bujang trang tang tang dan comel lote sejak 6 tahun yang lepas.. Sekarang bila dah jadi mak orang ni, tak brape la nak comel lote la sangat.. hahahha..
Okeh, entri kali ni aku nak bercerita mengenai kasut baru gingeyy.. Gingeyyy ni bukan la haiwan peliharaan, mahupun biskut berperisa halia.. Gingeyyy ni kete aku laa.. nama Gingeyyy ni pon sebab kaler body dia bukan pure black (Onyx Black), tapi dah macam kelabu-kelabu asap sket.. Atau dalam spec official nye di panggil Nanbu Black. Kete ni aku dah pakai 5 tahun, Alhamdulillah... Syukur pada Allah, takde lagi masalah major buat masa ini.. Kalo masalah hok minor-minor tu biasa sangat dah...
Oleh kerana dah 5 tahun aku gun…

Apple Pie Syiok Sendiri Oooooo..

Image
Baru-baru ni aku buat apple pie. Memang mudah la sebab aku beli puff pastry tu siap-siap kat Giant. Aku cuma buat intinya saje... Huk alohhh.. intinye memang senang arrr..
Cara-caranya:- *Epal Hijau (ikutla nak bape bijik, pastu potong dadu) *Gula Perang (ikut la nak banyak mana bubuh, ikut logik la, kalo banyak manis, kalo sikit dop manis) *Serbuk Kulit Kayu Manis (buh sikit jea bagi hawa-hawa rasa dan bau cinnamon tuu) *2-3 bijik Cengkih (clove ni nak seimbangkan manis gula perang tuu)
Panaskan gula perang dalam pan, biarkan cair mcm karamel tu, pastu masukkan epal, serbuk kulit kayu manis dan cengkih. Masak sampai epal tu lembut. Siap. Pastu sumbatkan inti ni dalam puff pastry, sapu kuning telur atas apple pie tu. Bakar dalam oven selama 180◦C, 15-20 minit. Pastu bulih makan da..
Apple Pie Syiok Sendiri Ooooo.. :-)

Dadih Senang-Senang Oiii..

Image
Biasa la bila taim raya, mesti setiap staff dalam opis aku DIWAJIBKAN membawa potluck masing-masing.. Ada yang bawa ketupat daun palas, rendang ayam dan daging, laksa dan laksam, soto, spagetti dan menu utama je dah nasi putih gulai kawah.. Memang berat-berat belaka.. Tu belum lagi yang bawak kek coklat, puding buah-buahan, lemang, rojak bla.. bla.. bla...
Oleh kerana dah banyak sangat hidangan berat, so aku buah dadih @k@ yogurt kata orang KL.. Kalo kat pasar malam Kuantan sini depa jual 1 bekas macam aku nie RM1.50.. Ohhoooooii.. memang banyak la untungnyee.. Padahal aku beli sepeket dadih ni je tak sampai pon RM5.. Boleh dapat lebih 20 bekas lagi..

Padahal buatnye tersangat la senang.. amek periuk, letak air, letak gula, tuang susu cair dan akhir sekali masukkan serbuk dadih. Tunggu sampai mendidih, tutup api. Pastu isi dalam bekas. Biarkan sejuk..


Masukkan 3 liter air, 1 cawan gula, 1 tin susu cair, 1 peket serbuk dadih ikut perisa yang anda suka laa. Panaskan sehingga mendidih. …

YE DOP NIEE.....

Okey, pagi-pagi tadi aku dah tergelak sorang diri kat meja opis aku nie, apa taknya, laki aku send mesej WhatsApp  ni kat hp aku. Nyaris tak berguling je jatuh kerusi.. Yap, it's true.. Pompuan memang banyok benor "terms & condition" nyerr.. Tapi tak sumua pompuan mcm ni tau. Example mcm aku, aku tak suka barang kemas (cincin, rantai, gelang, bla bla blaaa).. Kalo laki aku belikan pon mesti aku simpan dalam bekas dia tu je.. Aku suka gadget. Beli la apa benda pun, steam iron ke, vakum ke, ipad, smartphone ke.. mesti aku suka tahap guling-guling. Aku suka try sesuatu masakan bila taim cuti, dan nasib la orang kat umah aku tu kena abiskan kalo tak sedap sekalipun..
Ini adalah isi kandungan mesej tersebut..

BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT LELAKI dan SUAMI GEMBIRA :
1. Jaga makan minum dia 2. Tidur dengan dia 3. Biarkan dia dengan ketenangan 4. Jangan memeriksa telefon beliau (Mesej) 5. Jangan mengganggu dia dengan pergerakannya
Jadi APA YG SUSAH sangat tentang itu?
CARA MEMBUAT …

Apa yang kita tanam, itulah yang kita tuai

Anak-anak kecil yang banyak kerenah akan semakin besar dan menjadi dewasa. Ibu bapa yang sudah dewasa akan menjadi bertambah tua dan lemah tenaga.
Masa anak-anak kita kecil dan banyak kerenah akan berlalu dengan cepat dan pasti. Namun, masa ibu bapa bertambah tua dan lemah dan tidak berupaya tidak tahu sampai bila.
Oleh itu bersabarlah semasa anak-anak kecil kita masih belum bijak mengawal perlakuan dan berfikir. Jika dia salah, betulkanlah dengan sabar dan menghormati perasaannya. Dia ada hormat diri, janganlah diruntuhkan dengan idea-idea bongkak yang datang dari ego yang bermaharajalela.
Suatu hari, anak yang dulunya kecil akan lebih besar daripada kita dan lebih bijak serta berupaya daripada kita. Kita akan berlapang dada bila anak-anak ini penuh dengan kasih sayang yang tebal kepada ibu bapanya. Mereka akan menyuap kita dan membersihkan lampin serta tempat tidur kita.
Ya, kita bukan buat baik supaya anak buat baik balik kepada kita. Namun, Allah mentadbir alam ini dengan hukum y…

Good To Read

Artikel ni aku baca kat facebook. Bukan aku yang tulis. Credited to penulis artikel ni. Gigih giler pepagi buta aku baca artikel yang agak berjela-jela jugak la. Aku suka baca sesuatu yang memberi pengajaran atau kesedaran pada diri sendiri. Artikel ini sebenarnya lebih kepada panduan seorang suami, tetapi untuk wake-up call untuk para isteri juga. Title sebagai seorang isteri jangan sampai melepasi border atau garisan yang telah ditetapkan dalam Islam. Syurga seorang isteri di bawah redha seorang suaminya. Artikel ni memberi kesedaran pada diri aku sebab kadang-kadang aku merajuk atau marah pada suami atas kesalahan aku sendiri juga.. Biasa la orang pompuan, emosi je lebeyy.. seb baek suami aku jenis lek lek kool jea.. hehehhehehe...

Ini artikelnya..
"Cerita penceraian aku dgn isteri ni berlaku pd taun lepas . Kitorg da 9 taun kawen , & da ade 2 org anak . Mase tu aku ade dkat office , dapat 1st sms dri isteri . ' Assalam abg , Ina nak mintak cerai dri abg . Harap abg da…

Eid Fitr 2013

Image
Alhamdulillah.. Hari ini sudah memasuki 6 Syawal 1434.. Aku dah pun masuk kerja sejak semalam. Opis masih lagi sunyi sepi sebab kebanyakan staff opis aku ni orang Kelate, memang standard la sek-sek ni musti cuti panjang punyer bila taim raya..
Oleh kerana line internet opis aku hari nie agak laju daripada hari-hari biasa (sebab ramai masih bercoti), so, aku mengambil kesempatan upload gamba-gamba raya mana yang sempat. Nanti ada lagi kesinambungan cerita raya selepas ini.

JILID 1 : KAMPUNG BINTANG, PESERAI, BATU PAHAT, JOHOR
 Sempena PRU 13, jalan kampung rumah nenek aku sudah di tar dengan jayanya.. Baru la best masuk kampung..
 Keluarga kak ngah dan keluarga aku antara orang paling awal pulang ke kampung. Makcik dan pakcik aku lain tak balik lagi..
 Ini la mak aku.. Abah aku tak sampai kampung lagi masa nie.. 
 Kalo hari raya mesti la ada gamba family kan..
 Pasukan Rumah Adam dari Kuantan. Yang tengah tu nenek aku.. dah 87 tahun usianya.. masih kuat lagi tau.. Bole kemas rumah, mem…