Thursday, January 10

Nesting Instinct

Ya.. aku kini seorang ibu yang sedang sarat hamil anak kedua dengan usia kandungan sudah pun mencecah 37 minggu. Dan aku masih lagi menjalani kehidupan rutin seperti biasa, menguruskan anak aku yang sulung tu, menjalani pemeriksaan mengandung setiap minggu seorang diri, memandu ke tempat kerja dan menunggu dengan setia akan kepulangan suami dari Kerteh, Terengganu setiap hari Khamis.

Baru-baru ni entah mengapa aku menjadi rajin dan bersemangat, semua baju-baju Adam sewaktu bayi, selimut, tuala, baju-baju baru untuk baby kedua ni aku keluarkan, basuh dan sidai. Kebetulan 2,3 hari ni matahari memancar dengan jayanya. Siap keluarkan baby cot Adam yang dulu-dulu dari sarungnya dan jemur di tepi tingkap. Mainan soft toy lain pun aku jemur juga... Segala habuk bawah katil semua aku vakum.. Masa tengah buat kerja rumah tu memang tak sedar, lepas siap je baru terasa macam nak patah pinggang, kaki jadi bulat dan sembab dan akhirnya aku tertido dengan nyenyaknya selama 3 jam. Laki aku la tolong kawal dan jaga Adam supaya jangan kacau aku tido siang.. Heaven tau dapat peluang tido lama-lama macam nie.. Hehehe..

Persediaan menyambut anak kedua ni jimat sikit berbanding persediaan menyambut anak sulung. Pakai je mana yang ada.. 

Monday, January 7

Selamat Hari Jadi Yincik Fardy Hisham

7 Januari 2013. Hari ni genap suamiku berusia 33 tahun. Nak kata tua, tak tua sangat pon.. Kategori matang dan masak ranum la kan bang kan.. Usia aku dan dia cuma berbeza setahun. Lingkungan umur kami lebih kurang sama, perangai memang berbeza sebab aku jenis riuh rendah, laki aku jenis lek lek kool je tapi kami saling melengkapi. Kalo sama-sama riuh, bising juga, kalo sama-sama pendiam pon tak beh juga. Sedang-sedang elok gitu.. 

Tahun ni aku postpone dulu hadiah sebab kaki aku dah sembab giler nak jalan-jalan cari hadiah, kedai bunga pon tak sempat nak pergi macam tahun lepas. Cuma sabtu lepas je keluarga aku sempat buat BBQ chicken wing, goreng french fries dan makan ramai-ramai sempena besday laki aku yang 33 tahun. Abah dan mak aku pon nampak berselera walopon menu hari itu agak western. Terima kasih juga kat adik aku hok bongsu tu sampai pedih-pedih bijik mata kene asap kepak ayam yang diadun khas resipi dia sendiri.

Sekali lagi buat suamiku, SELAMAT HARI JADI.. anda adalah suami yang terhebat, sahabat susah dan senang, pemangkin ekonomi keluarga, pemberi ilmu kepada kami anak beranak, menjadi imam sewaktu solat kami, sebagai tempat untuk curahan rasa kasih dan sayang dan banyak lagi laaa.. (Berat rupenye tugas suami ni yea..)


Hepi Besday Bos!

Friday, January 4

Lai..lai.. laii.. Cempedak kasi murah sajaa..

Alhamdulillah tahun lepas hasil tanaman pokok cempedak kebun abah aku kat Paloh Hinai, Pekan tu agak menjadi. Kira boleh la kalo nak dipetik-petik, ditimbang-timbang dan dijual-jual kepada sesiapa yang lalu lalang depan rumah aku tu. Memang agak banyak la abah aku bawak balik geng-geng cempedak tu semua dalam van. Bau tak yah cakap arrrr... Siap bergolek-golek la semua cempedak tu dalam van memandangkan Paloh Hinai dengan Kuantan agak jauh.. 

1st customer yang datang rumah aku nak beli cempedak ni adalah penjual pisang goreng kat warung Batu 3. Abah aku jual murah-murah je kat dia sebab kira borong kan.. 1kg = RM2. Habis dia borong semua.. Yelaa.. kalo kat sini, 3 bijik cempedak goreng RM1, kira banyak juga la dia dapat untung.. Hari tu abah aku dapat RM400 hasil jualan cempedak kat depan rumah. Bukan buat promosi pon, dah orang datang rumah sekadar bertanya, abah aku pon memang niat nak jual, tak habis pon kami anak-beranak nak makan..

Rasa kelakar pon ada, sebab tak pernah lagi ahli keluarga aku jadi penjual buah sambilan.. Rasa kekok la pulak bila ada orang datang rumah nak beli buah cempedak.. Anak aku pon turut sebok nak pegang buah cempedak, bila dah kene getah kat tangan mula laa dia rasa gelisah tak tentu rasa.. Hehehehe.. Chomelll..

 Lai.. lai.. laiii.. Mulah mulah sajaaaa.. kasi lelong sajaa..  Satu kilo lua linggit sajaaa..

 Abah aku cakap ni baru hasil dua pokok. Ada berpokok-pokok lagi kat kebun. Katanya laa.. aku tak cara sangat pon, kebun dia belah mana pon aku tatau. Yang aku tau kat Paloh Hinai jea..

Mak aku cakap, kalo nak pilih buah cempedak, pilih hok "mata kulit" dia tumpul-tumpul, besar-besar dan jarang-jarang.. Baru la isi banyak. Kalo pilih hok "mata kulit" dia tajam-tajam dan rapat-rapat, itu bermaksud  "jerami" dia yang banyak. Ooo.. macam tu rupenya.. Orang dulu-dulu memang banyak ilmu, orang muda (hoihhh.. muda lagi kerrr) macam aku ni tau facebook & blog jea..


*** Kepada readers di luar sana, post ini ditulis pada tahun 2013, masa tu buah cempedak ni memang banyak giler kat kebun.. tapi kini abah saya tak jual dah pon.. maklum laa orang dah tua.. kudrat pon dah takde.. so, takde sape yang uruskan cempedak2 sumua tu..jadi saya minta maaf kepada individu-individu yang ada anta komen (actually baru baca komen2 kat bawah ni, ada yang anta emel.. saya minta maaf banyak-banyak la eh.. abah kita dop jual dah cempedak2 ni sumua).. sekian, terima kasih - uchee hussin, 17 november 2015***

Tuesday, January 1

Yelaa.. Yelaaa.. Korang amek la balikk...


Alaaaaa... bukan bawak laju ponnn.. terlebih laju 19km/j je.. Bukannya bawak sampai 110km/j pon.. Korang ingat senang ke nak drive kereta sambil pandang meter dashboard in the same time nak kawal jarum meter tu jangan melebihi 70km/j?????. Dah la aku pakai kereta jenama orang kebanyakan je pon, musti la pakai meter analog, bukan meter digital. Lain la kalo aku pakai Toyota Prius Hibrid ke.. dok la ralat sangat nak bayar saman RM300 tuu..

Yelaaa.. yelaaaa... korang amek la balik duit bonus yang korang dah bagi kat aku tuuu.. Dah bagi tapi mintak balik.. Semuanya kerana terlebih 19km/j.. Huuuuuuuuuu... :-(

BILA KO SIBUK..

Lama sungguh tak bersiaran.. laptop aku rosak.. aku sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga dan bekerja. Susahnya nak allocate masa.. kalo...