Lai..lai.. laii.. Cempedak kasi murah sajaa..

Alhamdulillah tahun lepas hasil tanaman pokok cempedak kebun abah aku kat Paloh Hinai, Pekan tu agak menjadi. Kira boleh la kalo nak dipetik-petik, ditimbang-timbang dan dijual-jual kepada sesiapa yang lalu lalang depan rumah aku tu. Memang agak banyak la abah aku bawak balik geng-geng cempedak tu semua dalam van. Bau tak yah cakap arrrr... Siap bergolek-golek la semua cempedak tu dalam van memandangkan Paloh Hinai dengan Kuantan agak jauh.. 

1st customer yang datang rumah aku nak beli cempedak ni adalah penjual pisang goreng kat warung Batu 3. Abah aku jual murah-murah je kat dia sebab kira borong kan.. 1kg = RM2. Habis dia borong semua.. Yelaa.. kalo kat sini, 3 bijik cempedak goreng RM1, kira banyak juga la dia dapat untung.. Hari tu abah aku dapat RM400 hasil jualan cempedak kat depan rumah. Bukan buat promosi pon, dah orang datang rumah sekadar bertanya, abah aku pon memang niat nak jual, tak habis pon kami anak-beranak nak makan..

Rasa kelakar pon ada, sebab tak pernah lagi ahli keluarga aku jadi penjual buah sambilan.. Rasa kekok la pulak bila ada orang datang rumah nak beli buah cempedak.. Anak aku pon turut sebok nak pegang buah cempedak, bila dah kene getah kat tangan mula laa dia rasa gelisah tak tentu rasa.. Hehehehe.. Chomelll..

 Lai.. lai.. laiii.. Mulah mulah sajaaaa.. kasi lelong sajaa..  Satu kilo lua linggit sajaaa..

 Abah aku cakap ni baru hasil dua pokok. Ada berpokok-pokok lagi kat kebun. Katanya laa.. aku tak cara sangat pon, kebun dia belah mana pon aku tatau. Yang aku tau kat Paloh Hinai jea..

Mak aku cakap, kalo nak pilih buah cempedak, pilih hok "mata kulit" dia tumpul-tumpul, besar-besar dan jarang-jarang.. Baru la isi banyak. Kalo pilih hok "mata kulit" dia tajam-tajam dan rapat-rapat, itu bermaksud  "jerami" dia yang banyak. Ooo.. macam tu rupenya.. Orang dulu-dulu memang banyak ilmu, orang muda (hoihhh.. muda lagi kerrr) macam aku ni tau facebook & blog jea..


*** Kepada readers di luar sana, post ini ditulis pada tahun 2013, masa tu buah cempedak ni memang banyak giler kat kebun.. tapi kini abah saya tak jual dah pon.. maklum laa orang dah tua.. kudrat pon dah takde.. so, takde sape yang uruskan cempedak2 sumua tu..jadi saya minta maaf kepada individu-individu yang ada anta komen (actually baru baca komen2 kat bawah ni, ada yang anta emel.. saya minta maaf banyak-banyak la eh.. abah kita dop jual dah cempedak2 ni sumua).. sekian, terima kasih - uchee hussin, 17 november 2015***

Comments

Nic Teoh said…
hi nice blog.
saya nak tanya samada yg abah u masih jual cempedak x? sebab kita nak 500 kg sehari tuk sebulan taupun dua bulan cam tu. klu ade boleh x call tau msj aku di 0164777741
Kenji Ng said…
hi, I nak beli semua cempedak yg u masih ada, pls contact 0162102527
ana jun said…
Salam..saya nak borong cempedak..camne nak hubungi..tel saya 0166360314

Popular posts from this blog

Hiking Bukit Pelindung

Pasar Karat, Batu Pahat, Johor Darul Takzim - 8 Jun 2014