Thursday, February 14

Ahmad Zikri bin Fardy Hisham, 19 Rabiulawal 1434H bersamaan 31 Januari 2013

Syukur Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah SWT, Tuhan Sekalian Alam.

Aku telah selamat melahirkan bayi lelaki kedua aku, seberat 2.96kg, tepat jam 11:00 pagi, secara normal di Hospital Pakar MUIP (Majlis Ugama Islam Pahang). Alhamdulillah, proses bersalin berjalan dengan agak lancar, walaupun berdepan dengan sedikit komplikasi di mana pangkal rahim aku tidak menipis secara sepenuhnya walaupun jalan bersalin sudah terbuka 10cm. Maksudnya, aku tak dibenarkan meneran bayi walaupun jalan sudah ada. Kena tunggu pangkal rahim menipis sepenuhnya baru boleh teran bayi. Secara jujurnya, bersalin kali kedua ni lebih sakit daripada bersalin yang pertama 4 tahun lepas (2009). Sape kata bersalin tak sakit???? Kalo ceaser pon sakit tau (lepas abis bius la kan..). Mujur suami sentiasa menemani di dalam labor room, dari saat AMR (artificial membrane rupture a.k.a doktor pecahkan air ketuban) sampai la selesai semuanya.. Kesian dia sampai terlelap-lelap kat tepi aku, maklum laa.. dari jam 7:20 pagi masuk labor room sampai la selamat bersalin jam 11:00 pagi.

Kuasa Allah SWT, sakit bersalin hilang serta merta (completely gone) setelah baby keluar. Lepas tu nikmat senikmatnya laa.. Perut tetiba je menipis, beban pinggang pun hilang.. Sebelum bersalin, nak berjalan pun macam penguin daa.. Nak kerja pun tak larat, sebab tu aku ambil cuti 11 hari lebih awal dari due date bersalin.

Syukur Alhamdulillah, Allah SWT mengurniakan dua orang anak dalam keluarga kami buat masa ini. Sesungguhnya anak-anak adalah pengikat kasih sayang kami suami isteri, menceriakan rumahtangga, mengajar kami erti tanggungjawab, mendidik kami agar lebih sabar dalam membesarkan anak-anak dan sesungguhnya anak adalah amanah dari Allah untuk kami.

Ahmad Zikri diberi rawatan oksigen sebaik sahaja keluar dari rahim ibu.. Dari muka biru dah jadi muka cerah daa..

 Berada dalam pangkuan ibu buat pertama kalinya.. Sebijik macam muka abang dia.. Maklum laa.. dari sumber yang sama kan.. Hehehe..

Ini abang dia masa mula-mula lahir dulu. Adam Fahri bin Fardy Hisham, 21 Oktober 2009, 7:30 malam.

BILA KO SIBUK..

Lama sungguh tak bersiaran.. laptop aku rosak.. aku sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga dan bekerja. Susahnya nak allocate masa.. kalo...