Posts

Showing posts from April, 2013

Goodbye Oriana.. You'll be missed... :'-(

Image
Aku mula kenal Oriana pada tahun 2007.. Sudah 6 tahun berlalu.. Oleh kerana cinta hati aku ni adalah tuan empunya kepada Oriana, sedikit sebanyak Oriana banyak berkait rapat dalam membina kenangan bersama, dari zaman alam bercinta, alam pekerjaan sehinggalah ke alam pertunangan, perkahwinan dan keibubapaan..
Mengapa nama Oriana dipilih? Mudah sahaja kerana warnanya oren.. So, nak bagi nampak komersial sket, nama Oriana diberi. Oriana banyak berjasa kepada kami, dari membeli persiapan pertunangan, perkahwinan, membawa pengantin lelaki iaitu tuan empunyanya, pergi berbulan madu sehinggalah kepada menghantar anak ke taska.. Malah, anak aku paling kecik pon pernah merasa naik Oriana untuk ke rumah Maktok.. Tapi buat masa nie Oriana dah tak brape 'sihat' dah.. Macam-macam 'penyakit' sehingga kos untuk membaikinya tidak berbaloi untuk kereta yang sudah berusia 6 tahun..
Kadangkala sesuatu benda yang paling kita sayang pun terpaksa kita lepaskan demi kebaikan semua pihak. D…

Adam Fahri : Botol Susu dan Toilet Trained

Image
Adam kini sudah memasuki usia 3 tahun lebih. Bagi aku sudah sampai masanya untuk memutuskan penggunaan botol susu yang sudah lama menjadi rutin bertahun-tahun dalam hidupnya. Begitu juga dengan penggunaan lampin pakai buang. Setiap kematangan kanak-kanak adalah berbeza. Ada yang cepat matang dan pandai berdikari,terutamanya kanak-kanak perempuan. Ada juga kanak-kanak jenis lambat berdikari, bergantung kepada persekitaran. Kanak-kanak yang dah biasa duduk taska atau bergaul dengan rakan-rakan sebaya biasanya lebih pandai berdikari berbanding kanak-kanak yang duduk di rumah.
Adam kategori kanak-kanak yang duduk di rumah sejak usia bayi lagi sehingga berumur 2 tahun setengah. Kemudian aku dan suami membuat keputusan untuk menghantarnya ke taska yang berdekatan dengan rumah. Dalam masa sebulan dia sudah pandai membaca ABC dan mengenal nombor. Dia juga pandai bergaul dengan rakan-rakan seusia dengannya. Oleh kerana aku sudah sampai masa untuk bersalin anak kedua, aku tidak menghantarnya …

Running Man dan Hadiah Beranak

Image
Kata orang, setiap anak ada rezekinya... Alhamdulillah.. Memang ada rezeki aku Allah SWT nak bagi.. Cuti 3 bulan ni aku habiskan masa menjaga anak dan menonton "Running Man", salah satu "variety show" kat Korea. Semua ni penangan adik aku yang dua orang tula.. Selok tol diorang ni bergelak ketawa gumbira.. Aku pon join tumpang sekaki laa.. Memang tak dinafikan, memang kelakar tol Running Man nehh.. Ketagih aku dibuatnya.. Asal anak kecik aku tido je, mula laa aku gelepor gelak sorang diri tengok Running Man nehh..
Oleh kerana setiap episod Running Man ni ada dalam external hard disk adik aku, dan aku pulak memang la takde external hard disk macam depa nie, so tak dapat la aku nak tengok lain kali bila adik aku balik KL nanti.. huuuuu.. Takpe laa.. Mungkin boleh tengok lain kali bila datang KL nanti.. Nak download kat laptop memang line internet kat rumah slow daa..
Tapi tula kan.. Naluri seorang suami dapat membaca riak wajah isterinya.. Lalu dibelikan hadiah untu…