Friday, July 19

Pernahkan anda terfikir tentang kebakaran?

Semalam office aku mengadakan taklimat mengenai pencegahan kebakaran.. Tahun ini amat berlainan kaedahnya berbanding tahun-tahun yang lepas. Biasanya pada tahun-tahun yang lepas Kompleks KDN tempat aku kerja nie akan menjemput bomba dan semua staff di setiap jabatan kat kompleks ni terlibat dalam "fire drill".

Memula loceng kecemasan setiap floor akan berbunyi. Lepas tu semua staff jangan guna lif, sebaliknya guna tangga kecemasan dan berlari ke parking luar bangunan dan berkumpul di situ. Oleh kerana kitaorang dah dapat memo bahawa fire drill akan dijalankan pada sekian-sekian tarikh, so dah tau bila loceng akan berbunyi dan kedengaran la bunyi siren kecemasan jentera bomba kat luar sana. Kitaorang dengan lek lek kool, penuh dengan lemah lembut dan lemah gemalai berjalan menuruni tangga dengan suasana gelak tawa dan ceria, tak serius langsung. Pastu berkumpul tengah panas kat parking, dengar taklimat daripada pihak bomba dan pulang semula ke office sambil gelak-gelak. Tak terasa kesedaran langsung. Tak berkesan langsung dalam hati. Ini cerita tahun-tahun yang lepas.

Tapi tahun nie memang berbeza, takde lagi fire drill. Office aku just jemput consultant keselamatan dan dengar ceramah mengenai kebakaran dan kesannya terhadap diri kita dan keluarga. Penceramah tu siap tayangkan video anak-anak terperangkap dalam rumah, mati akibat terbakar.. Hanya mak dan bapak dapat keluar sebab hanya mereka yang tau jalan keluar. Anak-anak masih kecil, hanya seusia bayi dan juga anak-anak 2 ke 3 tahun. Bagaimana kesan kebakaran begitu meninggalkan kesan yang amat mendalam baik dari segi emosi dan fizikal. Ceramah ni memang tayangkan video kebakaran agar kita tau bagaimana situasi sebenar berlaku. Aku tak malu menyatakan bahawa aku menangis melihat video anak-anak kecil mati akibat kebakaran dan juga beberapa individu yang mati disebabkan terhidu asap yang tebal.

Ada juga video dan keratan akhbar yang menunjukkan seorang ibu menyelamatkan dan mengeluarkan anak-anaknya yang masih kecil melalui tingkap bilik dengan membengkokkan grill tingkap tersebut. Anak-anak beliau terselamat tetapi ibu tersebut terkorban kerana api sedang marak dibelakang tubuhnya. Betapa besarnya pengorbanan ibu tersebut! Luluh hati aku sebab aku juga ada anak-anak yang hanya berusia 3 tahun lebih dan juga seorang bayi berusia 5 bulan. Aku sayang keluarga dan anak-anak aku..

Sesungguhnya kehadiran sang penceramah tadi telah membuka minda dan perasaan aku betapa pentingnya pencegahan kebakaran. Memang ajal dan maut di tangan Tuhan, tetapi kita sebagai manusia perlu mengambil iktibar di atas kejadian yang menimpa ke atas orang lain.

Mencegah lebih baik dari merawat!

Terus aku beli pemadam api 1kg ni dan smoke detector. Aku nak letak kat dalam rumah. Depa mencadangkan pemadam api ni letak di dalam bilik tidur sebab biasanya api marak pada waktu malam dan kita pula sedang lena tidur. Smoke detector ini akan memberi bunyi amaran yang kuat apabila ada asap. Aku beli kedua-duanya dengan harga RM225.00. Memang agak mahal tapi duit boleh dicari, nyawa tiada ganti..

Thursday, July 18

Puasa dan Anak- Anak

Alhamdulillah.. Ramadhan sudah bertamu ketika ini.. Syukur dipertemukan sekali lagi dengan bulan yang penuh barakah dan mulia..

Kehidupan aku agak.. errr... macamana nak terangkan ek.. sibuk kot.. Terikat dengan komitmen yang sangat tinggi.. tiada masa untuk diri sendiri.. semua masa diperuntukkan sebagai seorang pekerja, isteri, ibu dan anak.. Seawal 6.30 pagi dah berperang dengan anak sulung yang sangat laaaa malasnye nak bangun pagi pergi ke sekolah.. siapkan makan minum dia.. tu belum dia mengamuk dan membuat pelbagai alasan tak nak g skool.. aduyaii.. mencabarnye la jadi ibu.. Alasan dia yang paling tak munasabah bila tanak g skool, "Ibu, skool cuti.." lantas menarik selimut dan selubung satu badan. Padahal sah-sah hari tu hari Rabu..

Yang si adik kecik dan comel tu plak dah pandai merangkak, berpaut dan memanjat.. Padahal baru 5 bulan lebih.. bila aku balik je dari kerja, mula la dia depang-depang kan tangan mintak dukung dan bulatkan mata dia yang memang dah tersedia bulat tu.. sekali pandang macam ala-ala Puss in Boots bila buat muka kesian tu.. alahaiii.. comelnyee..

Walaupun ketika ini hidup aku agak kelam kabut sket, yelah.. anak dah dua, suami pulak termasuk dalam kategori weekend husband.. tapi keletah dua orang anak ni membuatkan masa-masa aku terisi sepenuhnya. Sehari pun dah terasa cepatnya berlalu..


 Abang buli adik.. biasa dah tuu.. hehehe..

 Kadang-kadang ada masa bawak abang g makan breakfast kat mcD ngan ayah.. Adik tinggal umah jap. Ni gamba seblom pose yaa..

 Adik dapat tengok dari kejauhan jea meinan abang tu..

 Kadang-kadang adik kacau je abang tengah tengok movie katun..

 Macam ni gayanye bila dah ada anak dua.. Chomel je tengok diorang berdua ni.. Ni bila taim tak gaduh la.. Bila dua-dua dah mengamuk, ibu sampai tatau nak pujuk yang mana satu dulu..

 Akhirnya ada jugak abang kawan yaa..

 Kadang-kadang dok jauh..

 Kadang-kadang dok dekat..

Adik dapat kete baru.. Kenmain dia "berlari-lari" kat dapur nenek..

BILA KO SIBUK..

Lama sungguh tak bersiaran.. laptop aku rosak.. aku sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga dan bekerja. Susahnya nak allocate masa.. kalo...