Friday, August 30

Apple Pie Syiok Sendiri Oooooo..

Baru-baru ni aku buat apple pie. Memang mudah la sebab aku beli puff pastry tu siap-siap kat Giant. Aku cuma buat intinya saje... Huk alohhh.. intinye memang senang arrr..

Cara-caranya:-
*Epal Hijau (ikutla nak bape bijik, pastu potong dadu)
*Gula Perang (ikut la nak banyak mana bubuh, ikut logik la, kalo banyak manis, kalo sikit dop manis)
*Serbuk Kulit Kayu Manis (buh sikit jea bagi hawa-hawa rasa dan bau cinnamon tuu)
*2-3 bijik Cengkih (clove ni nak seimbangkan manis gula perang tuu)

Panaskan gula perang dalam pan, biarkan cair mcm karamel tu, pastu masukkan epal, serbuk kulit kayu manis dan cengkih. Masak sampai epal tu lembut. Siap. Pastu sumbatkan inti ni dalam puff pastry, sapu kuning telur atas apple pie tu. Bakar dalam oven selama 180◦C, 15-20 minit. Pastu bulih makan da..

Apple Pie Syiok Sendiri Ooooo.. :-)

Dadih Senang-Senang Oiii..

Biasa la bila taim raya, mesti setiap staff dalam opis aku DIWAJIBKAN membawa potluck masing-masing.. Ada yang bawa ketupat daun palas, rendang ayam dan daging, laksa dan laksam, soto, spagetti dan menu utama je dah nasi putih gulai kawah.. Memang berat-berat belaka.. Tu belum lagi yang bawak kek coklat, puding buah-buahan, lemang, rojak bla.. bla.. bla...

Oleh kerana dah banyak sangat hidangan berat, so aku buah dadih @k@ yogurt kata orang KL.. Kalo kat pasar malam Kuantan sini depa jual 1 bekas macam aku nie RM1.50.. Ohhoooooii.. memang banyak la untungnyee.. Padahal aku beli sepeket dadih ni je tak sampai pon RM5.. Boleh dapat lebih 20 bekas lagi..

Padahal buatnye tersangat la senang.. amek periuk, letak air, letak gula, tuang susu cair dan akhir sekali masukkan serbuk dadih. Tunggu sampai mendidih, tutup api. Pastu isi dalam bekas. Biarkan sejuk..


Masukkan 3 liter air, 1 cawan gula, 1 tin susu cair, 1 peket serbuk dadih ikut perisa yang anda suka laa. Panaskan sehingga mendidih. Tutup api. Pastu masukkan sepeket kecil serbuk malic asid yang terdapat dlm serbuk dadih tu dan kacau sekejap 1-2 minit.

Ikut la nak beli perasa apa.. Aku beli perisa mangga, jagung dan coklat.. Melambak ni kat pasaran..

 Masukkan dalam bekas, dan biarkan sejuk suhu bilik.. Ini perisa mangga..

 Ini plak perisa jagung..

Nak lagi nyam-nyam, masukkan dalam peti sejuk.. Makan bila sejuk tersangat laa heaven nyee..

Wednesday, August 28

YE DOP NIEE.....

Okey, pagi-pagi tadi aku dah tergelak sorang diri kat meja opis aku nie, apa taknya, laki aku send mesej WhatsApp  ni kat hp aku. Nyaris tak berguling je jatuh kerusi.. Yap, it's true.. Pompuan memang banyok benor "terms & condition" nyerr.. Tapi tak sumua pompuan mcm ni tau. Example mcm aku, aku tak suka barang kemas (cincin, rantai, gelang, bla bla blaaa).. Kalo laki aku belikan pon mesti aku simpan dalam bekas dia tu je.. Aku suka gadget. Beli la apa benda pun, steam iron ke, vakum ke, ipad, smartphone ke.. mesti aku suka tahap guling-guling. Aku suka try sesuatu masakan bila taim cuti, dan nasib la orang kat umah aku tu kena abiskan kalo tak sedap sekalipun..

Ini adalah isi kandungan mesej tersebut..


BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT LELAKI dan SUAMI GEMBIRA :

1. Jaga makan minum dia
2. Tidur dengan dia
3. Biarkan dia dengan ketenangan
4. Jangan memeriksa telefon beliau (Mesej)
5. Jangan mengganggu dia dengan pergerakannya

Jadi APA YG SUSAH sangat tentang itu?

CARA MEMBUAT WANITA dan ISTERI GEMBIRA :
Ia benar-benar tidak terlalu sukar tetapi .... Untuk membuat wanita bahagia,
seorang lelaki hanya perlu jadi : 

1. rakan
2. teman
3. kekasih
4. saudara
5. bapa
6. induk
7. tukang masak
8. juruelektrik
9. tukang paip
10. mekanik
11. tukang kayu
12. penghias 
13. stylist
14. sexologist
15. pakar sakit puan
16. ahli psikologi
17. pembasmi perosak
18. psikiatri
19. penyembuh
20. pendengar yang baik
21. penganjur
22. bapa yang baik
23. sangat bersih
24. bersimpati
25. olahraga
26. panas
27. perhatian
28. gagah
29. pintar
30. lucu
31. kreatif
32. tender
33. kuat
34. pemahaman
35. toleran
36. berhemat
37. bercita-cita tinggi
38. mampu
39. berani
40. bergaya
41. benar
42. boleh dipercayai
43. bersemangat

TANPA lupa untuk:

44. memberi pujian selalu
45. membeli-belah bersama
46. jujur
47. menjadi sangat kaya
48. tidak menekankan keluar
49. tidak melihat perempuan lain

DAN PADA MASA YANG SAMA, ANDA MESTI JUGA:

50. memberikan banyak perhatian beliau
51. memberikan banyak masa beliau,terutama masa untuk dirinya
52. memberi beliau banyak ruang, tidak pernah bimbang tentang di mana dia pergi .Namun yang paling penting
53. Raikan jika isteri nak tukar baju baru, langsir baru dan apa2 pun baru bagi menyambut hari lebaran ..
54. Biarkan isteri menonton film & drama seberang & berkaitan cinta tiga segi serta film2 Bollywood ..

INI SANGAT PENTING

55. tidak pernah lupa* hari lahir* ulang tahun* dia
 
ANDA JUGA HARUS:

mesti alim .... tlg buang sampah... dan perkhidmatan hantar kereta dan Bayar cukai jalan dan bawa melancong dan ...jgn LEBIH Tidur.... dan makan habis2 Masakan dia.. dan bila nak Tidur Bila cakap i luv u,,, dan berhenti membaca akhbar @ memberi perhatian apabila dia bercerita, ...dan beberapa lagi dan oh ya kamu juga perlu menjadi spiderman atau superman pada masa-masa untuk menyelamatkan beliau ....
& +++++++... (Infiniti)...

(sila sambung sendiri)

Apa yang kita tanam, itulah yang kita tuai

Anak-anak kecil yang banyak kerenah akan semakin besar dan menjadi dewasa. Ibu bapa yang sudah dewasa akan menjadi bertambah tua dan lemah tenaga.

Masa anak-anak kita kecil dan banyak kerenah akan berlalu dengan cepat dan pasti. Namun, masa ibu bapa bertambah tua dan lemah dan tidak berupaya tidak tahu sampai bila.

Oleh itu bersabarlah semasa anak-anak kecil kita masih belum bijak mengawal perlakuan dan berfikir. Jika dia salah, betulkanlah dengan sabar dan menghormati perasaannya. Dia ada hormat diri, janganlah diruntuhkan dengan idea-idea bongkak yang datang dari ego yang bermaharajalela.

Suatu hari, anak yang dulunya kecil akan lebih besar daripada kita dan lebih bijak serta berupaya daripada kita. Kita akan berlapang dada bila anak-anak ini penuh dengan kasih sayang yang tebal kepada ibu bapanya. Mereka akan menyuap kita dan membersihkan lampin serta tempat tidur kita.

Ya, kita bukan buat baik supaya anak buat baik balik kepada kita. Namun, Allah mentadbir alam ini dengan hukum yang tidak memilih kasih. Diantaranya, hukum TANAM DAN TUAI. Apa yang kita tanam, itulah yang kita tuai.

Kita tanam kasih, maka kasihlah yang kita tuai. Dan ia datang kembali kepada kita berlipat kali ganda tidak semestinya daripada anak-anak kita.

Allah itu sangat adil. ~Prof. Dr. Rozieta Shaary~

Wednesday, August 14

Good To Read

Artikel ni aku baca kat facebook. Bukan aku yang tulis. Credited to penulis artikel ni. Gigih giler pepagi buta aku baca artikel yang agak berjela-jela jugak la. Aku suka baca sesuatu yang memberi pengajaran atau kesedaran pada diri sendiri. Artikel ini sebenarnya lebih kepada panduan seorang suami, tetapi untuk wake-up call untuk para isteri juga. Title sebagai seorang isteri jangan sampai melepasi border atau garisan yang telah ditetapkan dalam Islam. Syurga seorang isteri di bawah redha seorang suaminya. Artikel ni memberi kesedaran pada diri aku sebab kadang-kadang aku merajuk atau marah pada suami atas kesalahan aku sendiri juga.. Biasa la orang pompuan, emosi je lebeyy.. seb baek suami aku jenis lek lek kool jea.. hehehhehehe...


Ini artikelnya..

"Cerita penceraian aku dgn isteri ni berlaku pd taun lepas . Kitorg da 9 taun kawen , & da ade 2 org anak . Mase tu aku ade dkat office , dapat 1st sms dri isteri . ' Assalam abg , Ina nak mintak cerai dri abg . Harap abg dapat tunaikan . ' Tersentak aku . Knape pulak tibe2 . Aku xblas ap2 sms dri isteri . Jam pulak dah pkul 5 waktu aku bersiap utk ambil isteri balik kje . Sampai ke office die pn dalam roughly pkul 5.30 ptg . Die masuk dalam kereta dan diam . Aku pn mula la bukak suara , ' kita ke tasik titiwangsa nak ? ' . Die jwb ringkas , 'ok ' . Xjauh pn dalam 10 minit dah smpai sebab tempat keje die kat area jalan Ampang . Jalan pn xjem sgat time tu . Kitorg duduk dkat satu pondok . Aku mule bertanye .

Aku : Why so sudden ? Skrg da rase abg xcukup kacak ke ? ( aku cube bergurau )
Ina : Sebenarnye ina da agak letih . Kesihatan abg xpernah baik . Setiap pkul 3 pgi , ina mesti bgun buatkan abg air jus epal utk ubat sakit batu krg abg , tapi xpernah baik . Mlm smlm ina bgun pkul 3 lagi , buatkan air . Smpai ke office plak , pendrive ina rosak , dlam tu ade dokumen yg bos nak , ina dah kne marah . Smpai waktu lunch , ina beli mknn , bihun tu basi plak . Mcm2 hal jdi hari ni . Nak balik tdi , kaki ina terpeleot smpai jatuh kat dpan client . Malu la abg . Ina xcukup tidur , ina nak mintak cerai .

Memang betul . Dah lame tp kesihatan aku xpernah baik . Aku ditakdirkan terkena batu karang . Da mcm kaedah berubat tapi xjugak baik . Da 3 taun . Ubat tradisional . Aku pn xpernah gune alternatif perubatan laser sbb mhal . Jus epal yg aku minum tu cume bole reduce sakit ap yg aku alami ni . Kalau x malam2 aku mesti berdarah jugk la . Financial pulak problem sbb anak aku kne hinggap lelah , so duit byak keluar utk die msuk wad . Aku bgi jawapan utk isteri .

Aku : Abg sbenarnye agak terkedu . Tapi ina da buat keputusan . Abg berkahwin dgn ina bersebab . Klau bukan utk bhagiakan ina , utk spe lagi . Tapi ina xbhagia , abg kne pulangkan balik hak ina . Ina berhak utk lebih bhagia drpd skrg . Abg mintak maaf atas ap yg ina dah lalu ni . Mgkin 3 taun mse abg tgah sakit ni byak buatkan hati ina menangis . Tapi takdir Allah ni abg xboleh tolak . Abg kne truskan jugk kehidupan . Abg tunaikan permintaan ina utk lepaskan ina . Abg redha sbb abg sygkan ina . Ini pn tggungjwb . Tapi mggu dpan abg lafazkan cerai bole ? Lagipn mggu dpan abg outstation , ank2 kite pulak cuti skolah . Takut diorg terkejut pulak bnd yg dtg tiba2 ni . Soal pembahagian anak tu abg xkan berebut . Kite ad 2 anak , abg akan ambil yg sulung , ina ambil yg bongsu . Utk sminggu ni , abg tidur dkat ruang tamu atas sofa . Mgkin anak2 xkan syak sbb abg akan buka tv smpai pgi mse abg tido . Terima kasih atas jagaan ina slame 9 taun ni . Da mcm2 yg kite tempuh . Ina jgn menangis lagi . Air mate ina tu sgat berharga . Bila kita dah xbersama nnt , ina jgn lupe utk tutup suis sterika pgi2 . Lepas ina gosok tudung , ina mesti lupe . Abg xmrah . Kereta kita ni manual , ina dah lame xbwak manual kan ? Esok abg akan hantar utk tuka gearbox auto . Ina boleh pkai kereta , abg pkai moto je pegi kje . Safety first ina , pkai seat belt mse memandu . Ina slalu lupe , tapi abg pkaikan .
Ina : Minggu dpan ? Boleh la , lagipn mse tu cuti skolah , ina akan bwak budak2 balik kg . Ok .

Dalam mse smggu tu , aku tidur dkat luar . Bernyamuk jugk & pnas sbb air cond dkat dlam bilik . Aku jenis tido mati , berpeluh pn lena je tido . Tapi ina tu xpenah lupe utk bgun pagi buatkan aku jus epal utk aku minum , seperti kebiasaan . Da bermcm dvd jugk aku tgk kat rumah tu , walhal xpenah2 tgk dvd slame ni . Cume tau beli je . Tu pn ina yg nak sbb lepak mapley je msti beli satu dvd . Aku dgn die ni xsme taste , mane la aku suke cerita jiwang2 ni . Huhu . Smpailah cukup smggu hari sabtu pagi .

Aku : ina , abg nak cakap sket ni . Dtg dkat abg kejap bole ?
Ina : ye abg , knape ?
Aku : abg da jnji dgn ina abg nak lepaskan ina , abg nak lafazkan cerai .
Ina : hah ? Xboleh abg . Jangan ! Ina sygkan abg . Ina da buat keputusan yg slah . Ina mintak maaf . Kite balik smula ye abg . Ina lupe dgn janji abg , tapi ina xbiase bile abg xde . Org yg boleh fham ina dgn baik cume abg . Ina xkan ulang bnd ni lagi dkat abg . ( Ina menangis . Nasib baik anak2 ad dkat luar rumah , kitorg dkat dapur )
Aku : abg dah lame ampunkan ina . Ina xslah dlam hal ni . Abg pn susah hati bile ina xde . Takdir Allah , tuhan da baikkan hati ina . Abg tipu sunat dkat ina . Sbnrnye abg xde outstation . Abg bgi alasan tu sbb abg nak ina bertenang utk ina fikir balik keputusan ap yg ina dah buat . Abg mintak maaf . Dah 9 taun , abg pn xbiase klau xtgk kecantikan ina waktu pgi tanpa mekap . Abg rase sejuk . Walaupn ina tidur dgn berbagai gaya . Sendawa ina lepas makan , betul2 buat abg tergelak . Lnsung xcover . Tapi tu la , klau ina xnak kat abg ni , abg makin tua makin tampan . Melepas la ina .
Ina : abg niiii . ( ina pn peluk aku ) . Ina shampoo rambut abg nnt nak ? Da slalu rase air tgan ina ni bru la abg xmenggatal .
Aku : Hamboii . Bodek num 1 . Haha .

Alhamdulillah aku dgn ina xjdi bercerai . Takdir Allah hubugn tu slamat dgn masa . Ad care sbnrnye mcm mane aku nak tackle problem ni . Alasan die sbb die letih bgun pgi buat jus epal utk aku . Die kene tau , level die sbgi isteri die terpaksa buat . Aku xpernah pakse , cume aku ni pn org yg susah utk bangun seawal 3 pgi . Huhu . Tapi terpaksa die ni adalah kerja utk Allah . Yelah sbb jge suami kan . Dari hati yg terpakse tu die akan ikhlas . Macam solat . Org yg nak berubah die kne bentuk diri die dgn solat . Die buat dlam keadaan memaksa . Tapi hati ni milik Allah . Lame2 die akan ikhlas & redha . Ikhtiar aku , cume aku berdoa mintak die dilembutkan hati . Standard org perempuan , emosi die ni turun naik . Bile emosi die naik , moral die akan down & marah . Time ni la die kurg sabar . Bile buat keputusan , mmg die akan ikut ape aje yg terlintas . Die akan capai yg mane ade dulu dalam fikiran die . Emosi die xstabil .

Ina ni agak pelupa . Sebenarnye ade helah knp aku bawak die ke tasik titiwangsa dulu mse die mintak cerai . Kat situ mulanya date kitorg dulu . Waktu tu , Ina tersalah dial telefon . Angka cuma lari 1 je dari num yg die nak dial tu . Die cari Ramli mase tu . Aku bile dgar suara perempuan je , ape lagi . Gune kan lah teknik penyamaran . Lagipn suara die ni sedap didengar sbb suara manje . Lagilah aku lentok . Cume die cakap laju je . Kete die tgah problem mase tu sbb xleh nak start ( kete kancil ni da jual , aku beli kete baru ). Aku bgi die troubleshoot . Tapi die xpndai sbb org perempuan kan . Bab2 ni die xlaju . Kesian pn ade sbb dgar suara die dah nak nanges . Lagilah aku xjdi nak menipu , aku ckap aku bukan Ramli . Aku cakap aku dtg nnt , kalau die sudi . Die dah start risau , tapi aku gtau waktu siang ni . Aku xmungkin nak culik die . Klau die ade rase ragu2 , die boleh jarakkan diri 50 meter dri aku & start menjerit klau nampak aku ni meragukan nnt . Niat cume nak tolong . Aku smpai & jumper battery die balik & kete boleh start . Tapi die xjarakkan dri aku pn , die tgk dgn penuh minat & penuh dgn pertanyaan . Aku pn tanye la , ' dalam kete awak ni ade payung berger x ? ' die tnye ' kenape ? ' . Aku jawab , ' kalau ade , sy nak bukak kaunter pertanyaan kat sini ' . Die kate aku perli pulak . Haha . Kete die mmg kemas & superb wangi . Die bukak pintu kete & ambil air twister mase tu bgi dekat aku . Aku balas , ' Aih xkan ni je . Nasik2 xde ke ? Kot ade jamuan ringan nnt , jgn lupe call pulak . Sy ni kuat makan ' . Tu la 1st aku tgk die senyum & gelak . Memang mengekek . ' Aih minah ni . Ade bela ke , ' tanye aku dalam hati . hahaha .

Memang betul . Tiap kali gaduh ni , 1st thing yg aku akan recall , mcm mane aku boleh kenal ina ni & knp mesti aku mule bercinta dgn die dulu . Mase tu da berlalu . Bab ni mmg pentg . Itulah resepi knp aku dgn die bole bertahan smpai 9 taun lamenye . Tapi mate die mmg sgat cantik . Mungkin tu sbb knape aku terpikat dgn die kot . Main2 mate dgn aku , mane aku boleh than . Cair terus . Haha

Sblum kawen dgn ina ni , aku da kaji habis-habisan ape watak die . Tapi mse bercinta tu xnampak . Agak tricky jugk , xkn la xde salah lansung . Makan pn elok je sopan . Macam aku makan dgn permaisuri agong plak . Haha . Tapi mse bercinta dulu ina da terkantoi . Aku tgk tudung die ad sikit terbakar . So aku tanye kenapa . Die kate die nak cepat tdi sbb aku da nak dtg . Dri situ sbenarnye aku tau die seorg yg agak kurg sabar . Die xprepare awal sblum aku nak dtg . Org mcm ni die cpat buat keputusan bila die mrah .

Orgnya sensitif . & die seorg yg simple . Simple tu sbb die suke knekan pkaian yg ringkas . Die xpndai pilih baju . Sluar jeans die pn akak die yg belikan .Die takut pd lipas , so aku agak die seorg yg pengemas . Bwah katil die mesti clear xde brg . Klau x die xsng tido .

Penyayang , tu pn sbb die bela kucing . Waktu kucing die mati dulu , aku ade & die riba mayat kucing tu . Kucing tu dah berdarah2 , tapi die msih boleh riba .

Concern , tu pn sbb die tgk budak2 laki xsolat , lepak2 dkat mapley . Die tanye aku dah solat blom , die risau klau aku xsolat , mcm mane aku nak jge die esok2 .

Family first , mse aku kenal die , die cpat2 bgtau family die yg die tgah berkenalan dgn aku .

Caring , stiap pgi die xkan lupe utk bgi salam dkat aku & die xnak aku kerja lebih mse sbb takut kesihatan aku terabai .

Talkative , klau berckp telefon dgn die , 10 minit pn xcukup utk 1 sesi .

Tabah , die pernah sakit tapi die slalu sedapkan ati kuatkan diri utk family die , xnak family die risau keadaan die .

Terurus , die suke pd bnd yg wangi , die secara natural xade bau yg mengharukan .

Friendly , die seorg yg suke b'kwn tapi kdg2 org suke amek kesempatan pd kebaikan die ni .

Rajin memasak , die suke klau bab2 nak suro aku try makan ni . Tapi die ttap xpndai buat nsik grg . Mee grg ok . Lagipn , die ni jenis yg xmakan nasik .

Cantik , ini yg kdg2 buat aku risau ( jeles memanjang ) . Die ade kacukan korea & die gebu orgnye . Tapi da slmat jdi isteri aku pn . So aku xrisau . She's really a perfect girl to be married .

Ingat bro . Perempuan ni die perlukan perhatian . Kesilapan paling utama , bile ko buat die menangis . Time ni la , cerita yg xde bakal diada2 kan . Sbb die confuse . Org laki ni plak suke buat org perempuan confuse . Bile marah @ kecik ati je diam . Klau yg pnas baran tu , mgkin naik tgan la . Maki2 ke . Ini lansung xgentleman . Alam perkahwinan ni lain . Susah mmg ade , tapi seronok pn ad . Aku kawen dgn ina waktu die msih mude , die bru abes blaja . Pembawakan die agak kebudak-budakan tapi perlahan2 die matang bile da jdi isteri . Byak part yg die akan blaja , secara automatiknye die akan pndai . Contoh , die xpndai gsk baju kemeja dlu sbb die xpernah buat . Aku ajr die gosok , smpai skrg die pndai , baju kemeja aku mmg kemas . Member2 msti tego , ko pkai baju bru ke ni ? Kembg semangkuk sat . Bini pndai jage , mmg tip top lah hasilnye aku ni . Hehehe .

Blanje aku nasik kandar berbuka nnt boleh ? Aku da penat turunkan ko ilmu ni nik . Lauk tambah ye . Haha

~ pengalaman ni diceritakan balik oleh seorg sahabat , kpd aku . Baik sbnrnye utk panduan org lelaki . Secara overall prgi org perempuan lebih kurg sme . Cume tanggungjwb kita utk lebih memahami ."

Tuesday, August 13

Eid Fitr 2013

Alhamdulillah.. Hari ini sudah memasuki 6 Syawal 1434.. Aku dah pun masuk kerja sejak semalam. Opis masih lagi sunyi sepi sebab kebanyakan staff opis aku ni orang Kelate, memang standard la sek-sek ni musti cuti panjang punyer bila taim raya..

Oleh kerana line internet opis aku hari nie agak laju daripada hari-hari biasa (sebab ramai masih bercoti), so, aku mengambil kesempatan upload gamba-gamba raya mana yang sempat. Nanti ada lagi kesinambungan cerita raya selepas ini.


JILID 1 : KAMPUNG BINTANG, PESERAI, BATU PAHAT, JOHOR

 Sempena PRU 13, jalan kampung rumah nenek aku sudah di tar dengan jayanya.. Baru la best masuk kampung..

 Keluarga kak ngah dan keluarga aku antara orang paling awal pulang ke kampung. Makcik dan pakcik aku lain tak balik lagi..

 Ini la mak aku.. Abah aku tak sampai kampung lagi masa nie.. 

 Kalo hari raya mesti la ada gamba family kan..

 Pasukan Rumah Adam dari Kuantan. Yang tengah tu nenek aku.. dah 87 tahun usianya.. masih kuat lagi tau.. Bole kemas rumah, memasak, angkat sampah, bercucuk tanam.. Dia panggil anak bongsu aku tu "Mamat"..

 Alhamdulillah.. Tahun ini kami beraya berempat.. Tahun lepas Ahmad masih dalam perut lagi.. Tahun depan tak tau lagi.. eh?

 Pasukan rumah Angah dari Kertih.. Kaler merah gitu..

 Ni laki aku la yang amek gamba curik bini dia ni.. Seb baek chumil.. Leh letak dalam blog.. Hahahahahah.. Tak abis perasan lagi aku neh. Puji diri sendiri suda laaa..

Dah la ensem, baik hati, pemurah lak tu.. Bertuah laa sape dapat kawen ngan dia nehh.. (Aku la yang bertuah tuu.. Tapi dia masih ada 3 kekosongan lagi nehhh.. Hohhhhhh.. deborrrr.. deborrrrr kita.. Hahahaha!)

Bila dah tengahari sket, ramai sedara mara datang berkunjung ke rumah nenek aku. Full parking daa.. Sampai ada sedara mara aku terpaksa parking keter kat laman jiran sebelah.

Ini la kampung aku.. Masih kekal persekitaran desanya.. Ada parit depan rumah, belakang ada kebun dan ladang pokok kelapa sawit..


JILID 2 : ADAM FAHRI BIN FARDY HISHAM

Bila anak sulung dah besar sket ni, dia tak berapa kesah sangat bab-bab raya nie.. Dia lebih seronok main game kat Ipad.. Sepupu sepapat dia yang lain pun turut berbuat benda yang sama. Haishhh.. budak-budak zaman sekarang.. Tak macam aku dulu.. Asal balik kampung je aku ngan adik aku naik basikal tua pusing-pusing keliling laman, kutip bijik getah, main teng-teng, pergi tangkap ikan kecik apatah kenamanya kat parit depan rumah dan cabut ubi kayu. Tapi bila dah jadik mak orang ni takkan la aku nak pergi meranduk ikan kat parit depan rumah la pulak kan.. Kene gak la cover ayu depan laki kann..

Geng main kejar-kejar dah cukup korum, apalagi, gamat la umah Tok Yang depa nehh..

Geng sepupu

Tetap aktif dan cerdas macam biase..

Fikir apa la budak Adam nie..

Main la game tu sampai abis bateri..


JILID 3 : AHMAD ZIKRI BIN FARDY HISHAM

Tahun ni buat pertama kalinya anak aku yang comel ni beraya.. dah kena paksa pakai baju melayu teluk belanga segala bagai.. Oleh kerana dia dah berusia 6 bulan, dah pandai merangkak dan berpaut.. senang la sket nak amek gamba.. Aku saje upload gamba Ahmad Zikri banyak-banyak sebab raya tahun depan dah berubah dah muka dia.. Sebab tu kena treasure wajah-wajah baby kesayangan hamba nie..

















JILID 3 : CANDID RAYA

Sebenarnya gambar-gambar candid la yang mencerminkan keikhlasan sesuatu gambar tu sebab ianya berlaku tanpa kita sedari. Tak perlu kontrol ayu atau perasan comel. Tak perasan gerak-geri kita dirakamkan. Dan paling best, bila gamba candid tu turns out menjadi gamba yang paling cantik dan sempurna sekali.. Heheheheh..

Aku suka gamba ni.. Membuatkan aku tersenyum sepanjang hari.. Bila dah jadi mak bapak macam ni laaa.. nak pakaikan baju raya untuk budak kecik ponnn kena bantuan suami isteri..

Bila Adam Fahri tamau bergambar raya beramai-ramai sebab sibuk nak main game.. Orang lain dah ready depan kamera daa..

Tiba-tiba je Ahmad Zikri melonjak keriangan sambil melompat-lompat! Serius CHOMELLLLL sungguh Ahmad Zikri nehhh!!

Bukan senang tau nak amek gamba suami aku tergelak besar macam nie... Al-maklum laaa.. dia ni pemalu dan soft spoken sket orangnye.. Siap sedara-mara aku gelarkan dia Ustaz tuuuu sebab mungkin penampilan dia berkopiah putih dan muka innocent jea..Haaaa.. jadi bini Ustaz da aku ni tau! 

Monday, August 12

Beats around the bush

Kebiasaan wanita, apabila mereka berkomunikasi, mereka menggunakan ungkapan yang tidak terus. Mereka menggunakan bahasa berlapik, maksud terbalik dan berpusing-pusing sebagaimana peribahasa Inggeris “beats around the bush”. Laporan ScienceDaily (Jan. 21, 2005) berjudul “Intelligence In Men And Women Is A Gray And White Matter” mengatakan binaan otak wanita yang memang telah diprogramkan memiliki lebih “white matter” yang bertugas menghubungkaitkan sesuatu perkara dengan yang lain hingga menyebabkan mereka pakar menggunakan pendekatan ‘komunikasi-bahasa-tidak terus’ ini. Bercakap adalah asas perhubungan yang utama bagi wanita. 

Mereka menggunakan pendekatan ini untuk membina jambatan perhubungan dengan orang lain untuk mengelakkan konfrantasi secara terbuka, bersopan santun dan berbudi bahasa. Wanita memang suka menggunakan proses komunikasi cara ini untuk menyampaikan mesej terutama sekali kepada orang yang dia sayangi. 

Bagi mereka, jika orang yang dia sayangi ini memahami apa yang dia ungkapkan dengan tepat, maka orang itu dilabelkan sebagai seorang yang romantik. Sebagai contoh kalau mereka berdua sedang menaiki kereta dalam perjalanan yang jauh dan isterinya berasa lapar.

Pada masa itu mereka sedang melalui deretan kedai-kedai makan. Terdapat beberapa ungkapan yang tidak terus yang wanita gunakan untuk memberitahu suami yang mereka lapar. Mereka tidak sanggup mengungkapkan perkataan, “Abang saya lapar, berhenti di kedai makan depan itu sekarang”. Mereka akan menggunakan bahasa tidak terus seperti berikut, “Abang tak lapar ke?”. Atau, “Dulu kita pernah makan di kedai depan tu kan, sedap masakannya”. Atau, “Tomyam kedai di depan tu sedapkan Abang”. Dan banyak lagi ungkapan-ungkapan yang kebanyakan lelaki tidak faham. 

Maka suami yang romantik ialah apabila sahaja dia mendengar isyarat ini, dia telah tahu bahawa isterinya sedang lapar dan mahu makan. Tanpa bersoaljawab, dia terus sahaja membelokkan keretanya ke halaman deretan kedai makan dan mencari pakir yang dekat dengan restoren yang dia sebut tadi.

Namun kebanyakan lelaki tidak faham dengan bahasa-tidak-terus ini. Minda lelaki yang memiliki lebih sepuluh kali “grey matter” daripada wanita yang tugasnya hanya memproses maklumat, kurang dapat mengaitkan ungkapan atau ayat-ayat yang berlapik-lapik ini.

Kefahamannya hanya bergantung kepada apa yang diucapkan. Dia tidak pandai untuk mentafsirkan apa yang tersirat daripada apa yang tersurat. Oleh itu, jika isterinya beri isyarat. “Abang tak lapar ke?”, Dia akan jawab, “Tak lapar” dan meneruskan pemanduannya. Kecewalah isteri ini dan suaminya ini akan dicopkan sebagai tidak romantik.

Berbalik kita kepada kisah yang mula-mula saya paparkan itu. Apabila isteri bertanyakan kepada suaminya, “Sedap ke char kue teow tu bang?”. Ini bermaksud, “Abang, saya nak rasa sikit char kue teow tu”. Dan sebaik-baiknya, tanpa soal jawab, suaminya itu terus menukar piring char kue teownya dengan mangkuk bihun sop isterinya.

Selepas minum separuh, suami itu juga menukarkan gelas minuman milo aisnya dengan minum isterinya. Suami yang berbuat demikian dicopkan sebagai seorang yang romantik. Dia bukan hanya dipuji kerana memahami kehendak isterinya, malah isteri juga puas kerana dapat merasai dua jenis makanan dan minuman pada malam itu dengan harga yang dibayar oleh seorang mengikut perkiraan wanita.

Berikut saya paparkan sedikit daripada ungkapan bahasa-bahasa-tidak-terus yang boleh dijadikan panduan kepada suami jika dia terdengar isterinya.

1. Bila suami mengajak isterinya pergi ke sesuatu tempat dan isterinya menjawab, “Tengoklah”. Besar kemungkinan maksudnya dia tidak mahu pergi.

2. Bila suami isteri sedang berbincang untuk membeli atau memberikan sesuatu kepada isteri, tetapi dalam perbincangan itu timbul pelbagai masalah hingga isterinya seolah-olah mengalah, “Saya tak kisah”. Sebenarnya apa yang dia maksudkan itu ialah dia kisah dan mahu juga benda itu.

3. Bila suami pulang dari kerja dan sesampai di pintu, isterinya menegur suaminya, “Abang letih eh”. Bagi suami yang tidak faham, pasti akan menjawab apa yang dia rasai seperti, “Aa, letih”. Maka kecewalah isterinya itu kerana maksud sebenar ialah dia hendak mengajak suaminya keluar masa itu juga.

Mengapa orang lelaki tidak faham bahasa perempuan ini ialah kerana kebiasaannya orang lelaki berkomunikasi menggunakan ayat yang pendek, terus, tepat kepada maksudnya dan penuh dengan fakta. Lelaki dengan watak kepimpinan dan penguasaan sering menggunakan komunikasi ini untuk mendapatkan kuasa dan sokongan daripada orang lain. 

Di dalam perniagaan, cara komunikasi sebegini amat sesuai untuk membuat keputusan dan keberkesanan perundingan dengan cepat. Tetapi kalau cara ini digunakan untuk berkomunikasi dengan orang perempuan, ia dilihat sebagai kurang sopan dan tidak beradab.

Oleh itu nasihat saya kepada suami yang ingin memahami bahasa terbalik isterinya ialah,

1. Bila isterinya bersuara, cuba dengar betul-betul ungkapannya dan lihat juga air muka serta pandangan matanya. Pasti kita boleh memahami maksudnya sama ada terus atau terbalik melalui tonasi dan bahasa badannya.

2. Kalau suami masih merasai tidak faham maksudnya, cepatlah bertanya secara terus terang, “Apa maksud awak tadi?”.

3. Bila suami telah memahaminya, maka simpanlah ilmu dan kemahiran ini untuk digunapakai masa depan apabila diucapkan oleh isterinya nanti. Pastinya suami ini dilebelkan sebagai lelaki yang paling romantik.

4. Terimalah cara bahasa terbalik yang amat memeningkan kepala ini sebagai tanda isteri masih sayang kepada kita. Kebiasaannya, isteri tidak menggunakan kaedah ini kepada sesiapa sahaja yang dia tidak kenal melainkan kepada orang yang dia sayangi dan teman sejenisnya

Kepada isteri pula,

1. Sebelum anda menggunakan bahasa berbahasa ini kepada suami, sila lihat dulu keadaan suami anda. Jika dia dalam keadaan serius atau kelihatan letih atau mengalami stres, jangan gunakan lagi pendekatan ini. Dibimbangi, ketidakfahamannya nanti boleh menyebabkan jiwa panas barannya mengganas.

2. Kalau keadaan suami kelihatan ceria dan bersedia untuk bergurau senda, bolehlah anda bermanja-manja menggunakan bahasa terbalik berpusing-pusing ini untuk menagih kehendak dan keperluan anda. Kalau dia tidak faham juga, anda hendaklah dengan suara manja menerangkan maksud sebenar. Jangan mengharapkan dia faham sendiri kalau dia kelihatan tidak faham. Nanti anda juga yang kecewa.

sumber : Internet.


Suami aku jenis tak pandai bahasa-bahasa kiasan neh.. kalo nak bercakap dengan dia, kene straight to point.. Sebagai contoh, ini perbualan aku dan suami aku semalam.

Uchee : "Ayah, kenapa ye handphone ibu ni screen dia dah retak?.. Tapiii... masih boleh pakai lagi ni, tak rosak lagi ni, swipe ngan touch screen boleh lagi nie.. cuma macam bila nak cas tu la problem sket. mungkin wayar charger ni dah rosak.. kalo nak elok, beli charger dia jela.." (ini ayat berbolak balik dan tak terus maksudnye. Dan ye, screen hp aku memang da retak seribu sebab terjatuh atas jalan tar.)

Suami : "Nanti kita gi cari charger dia kat bandar."

Suami aku hanya faham kene beli charger baru je sebab hanya ayat itu sahaja yang berfakta. Ayat-ayat lain hanya bersifat umum dan tergantung. Dia tak boleh nak detect maksud bahasa-bahasa kiasan ni. Sepatutnya, ayat aku kene begini.

Uchee : "Ayah, Ibu nak handphone baru Samsung S4. Takpun IPhone 5 macam ayah tu pon ok juge. Hp ibu dah rosak." (ayat yang pendek, ringkas, padat dan terus ke maksudnya.)

Haaaaa.. kalo aku cakap macam tu memang sah la dia faham aku nak hp baru. Hahahahaha.... Haishhhhhh.. lambatnye la besday aku..

BILA KO SIBUK..

Lama sungguh tak bersiaran.. laptop aku rosak.. aku sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga dan bekerja. Susahnya nak allocate masa.. kalo...